Panas Politik Sate Dah Membarah Dalam Umno


 

March 25, 2021 Semua pemimpin dan ahli UMNO mesti menjauhkan diri daripada amalan ‘politik sate’ yang boleh menghancurkan perpaduan dan keutuhan parti.
Saranan itu disuarakan Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan ‘politik sate’ itu merujuk kepada perbuatan kipas-mengipas dan menikam sesama sendiri.
Beliau berkata, amalan sedemikian tidak akan ke mana malah UMNO serta akar umbi yang sayangkan UMNO akan menjadi mangsa keadaan.
“Membina perpaduan dan meletakkan permuafakatan sesama sendiri sesungguhnya satu perkara yang bukan mudah, namun apabila salah percaturan dan istiqamah perjuangan ianya boleh menghancurkan masa depan parti,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Norshidah turut menyeru kepada pemimpin dan ahli UMNO agar menjauhkan serta mengelakkan fitnah, iri hati, hasad dengki dan cemburu buta sesama sendiri.
“Apatah lagi masing-masing menimbulkan syak dan wasangka antara satu dengan yang lain kerana ia bukan sahaja akan memudaratkan perpaduan sesama sendiri malah boleh menjadi barah dan nanah kepada institusi parti UMNO yang kita sayangi ini,” katanya.
Beliau dalam masa sama turut mengingatkan tentang komplot pihak tertentu yang ingin melihat UMNO berpecah-belah sehingga menyebabkan ‘kapal yang sedang berlayar terhenti dan karam di tengah lautan’.
“Marilah kita bersama-sama mendayung kapal yang sedang belayar ini sampai menuju ke destinasi kejayaan yang gemilang.
“Janganlah kita mudah terperangkap dengan mainan-mainan politik ‘politik sate’ kerana natijahnya tidak akan ke mana,” katanya.
Berhubung Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini, Norshidah menyifatkan ia sebagai pengalaman baharu yang cukup penting untuk masa depan parti merangkumi sokongan pendukung, penyokong serta kepimpinan akar umbi pelbagai peringkat.
Beliau berkata, ia merupakan perhimpunan bersejarah yang akan berlangsung untuk melihat serta memperkemaskan formula terbaik untuk parti melangkah dengan lebih perkasa ke depan.
Menurutnya, sudah tentu norma baharu yang diaplikasikan pada perhimpunan kali ini bukanlah satu halangan kepada pimpinan untuk sama-sama membangkitkan semangat yang tinggi dan jitu dalam kalangan pejuang-pejuang parti.
“Malah satu platform terbaik dalam merungkai segala formula dan keluh kesah akar umbi untuk mendepani cabaran dan gelombang yang tentunya akan berada di masa hadapan.
“Paling penting dan paksi kepada perjuangan hari ini adalah perpaduan Melayu.
“Ia sekali lagi ditekankan kuncinya agar parti Melayu keramat ini terus bersemangat waja, kekal utuh dalam muafakat yang dibina secara berhemah sejak sekian lama,” katanya.
Katanya, bagi Wanita UMNO di seluruh negara, inilah masa dan platform untuk sama-sama menggenggam erat tali persaudaraan ukhuwah dan tali permuafakatan.
“Di depan kita banyak cabaran yang bakal mendatang,” katanya.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/panas-politik-sate-dah-membarah-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Kena Berfikiran Waras Dalam Politik Realiti Berpijak Dibumi Yang Nyata

Umno Kena Berfikiran Waras Dalam Politik Realiti Berpijak Dibumi Yang Nyata

papar berkaitan - pada 1/4/2021 - jumlah : 501 hits
Nampaknya dalam hal ini nampaknya Papagomo selaku Exco Pemuda UMNO Malaysia ada mempamirkan kematangan dan kebijaksanaan serta berfikiran waras dalam politik realiti berpijak dibumi yang nyata Tidak menyindir dan pukul tetamu Tidak pernah j...
Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

Menjelang Pru 15 Majoriti Sokong Kerjasama Politik Umno Ph

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 260 hits
ARIF ATANMajoriti pengguna Facebook dan Twitter bersetuju dengan kerjasama politik antara Umno dan Pakatan Harapan menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 ini Keputusan undian atas talian menerusi saluran Facebook Studio Dahsyat malam ini mendapa...
Dap Kekal Pendirian Tiada Kerjasama Politik Dengan Umno Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

Dap Kekal Pendirian Tiada Kerjasama Politik Dengan Umno Pada Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 347 hits
GEORGETOWN DAP hari ini mengulangi tidak akan bekerjasama dengan Umno melainkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti memutuskan untuk berbuat demikian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata pendirian CEC berhubung kerjasama politik dengan ...
Umno Kena Waspada Dengan Politik Diplomasi Azmin

Umno Kena Waspada Dengan Politik Diplomasi Azmin

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 422 hits
ULASANAzmin sang pemikat yang handal AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin b...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 316 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Fatamorgana Politik Umno Di Perak Dap Dan Amanah Ditegur

Fatamorgana Politik Umno Di Perak Dap Dan Amanah Ditegur

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 275 hits
March 17 2021 Ada sahabat tanya aku Bagaimana dengan Amanah dan DAP yang sokong UMNO di Perak aku menulis pada 7 Disember sebelum Shaarani dari UMNO ditabalkan Sebagai MB Perak Aku menegur DAP dan Amanah yang terikut ikut dengan game budak ...
Strategi Politik Umno Perlu Keberanian

Strategi Politik Umno Perlu Keberanian

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 335 hits
Strategi politik adalah kepentingan dan keuntungan Jika sesuatu itu memberi pulangan maka ia sesuatu yang wajar dilakukan Dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku Ia satu seni yang memerlukan kepada strategi dan keyakinan Tidak perlu ...
Rentasan 846 Panas Umno Bakal Berentap Dengan Pas Pada Pru 15

Rentasan 846 Panas Umno Bakal Berentap Dengan Pas Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 225 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8461 SIAPA MENTERI MALAYSIA PALING GAGAL 2 DIGELAR PELACUR POLITIK APA KATA PEMIMPIN PAS 3 MCA MELUKUT DI TEPI GANTANG UMNO 4 PENGKHIANAT TIDAK AKAN MENANG
Rentasan 844 Panas Usaha Kerjasama Ph Umno Akhirnya Didedah

Rentasan 844 Panas Usaha Kerjasama Ph Umno Akhirnya Didedah

papar berkaitan - pada 12/3/2021 - jumlah : 272 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8441 APA ADA PADA KERJASAMA PAS UMNO BERSATU 2 JANGAN JADI LUNCAI 3 BAGAIMANA PERWATAKAN AHLI POLITIK BAIK 4 WARGA EMAS TAKUT ANAK MUDA UMUR 18 TAHUN
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Kenapa Kita Diuji Hikmah Ujian Dalam Surah Al Ankabut Ayat 2 3

Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah