Umno Kena Waspada Dengan Politik Diplomasi Azmin


ULASAN

Azmin sang pemikat yang handal.AZMIN Ali telah melontarkan idea politik diplomasinya kepada Umno dengan mengajak parti itu duduk berbincang bagi memperkuatkan kerajaan PN. Sambil melupai soal 13 kerusi parlimen yang dibawa lari Azmin berkata tumpuan perlu kepada kesemua 222 kerusi. Azmin memang seorang yang licit dan lincah dalam mencari kesempatan politik untuk menyelamatkan dirinya. 

Beliau berkata Umno tidak sepatutnya mempertikaikan 13 kerusi yang dibawa oleh MP Umno kepada Bersatu sebaliknya perlu melihat kepada agenda lebih besar menyelamatkan kerajan. "Janganlah pertikaikan 13 kerusi sampai melupai 222 kerusi," demikian kata Azmin. 
Amaran bernada psikoligi olehnya dengan berkata "apakah dengan 13 kerusi ini kita mahu musnahkan 222 kerusi lagi?" Tanya Azmin.
13 kerusi yang dimaksudkan itu ialah ialah Tasek Gelugor (Shabudin Yahaya), Bagan Serai (Dr Noor Azmi Ghazali), Larut (Hamzah Zainuddin), Bukit Gantang (Syed Abu Hussin Hafiz), Sabak Bernam (Mohd Fasiah Mohd Fakeh), Masjid Tanah (Mas Ermieyati Samsudin), Mersing (Abdul Latiff Ahmad), Jeli (Mustapa Mohamed), Tanah Merah (Ikmal Hisham Abdul Aziz), Hulu Terengganu (Rosol Wahid), Beaufort (Azizah Mohd Dun), Beluran (Ronald Kiandee), Kudat (Abd Rahim Bakri), Libaran (Zakaria Mohd Edris), dan Sipitang (Yamani Hafez Musa).
Bagi mereka yang tidak arif dengan politik Azmin, panggilan dan rayuan Azmin itu dirasakan lunak dan menyerlahkan kejujuran bekas timbalan presiden Keadilan itu dalam berpolitik. Tetapi mereka yang sudah kenal apa lagi sudah terkena dengan jerat bingkasnya, mencuriagi diplomasi beliau itu bahkan dilihat sebagai perangkap.Kekuatan PN untuk menghadapi pilihan raya kelak, terletak ditangan Azmin selaku Ketua Penerangan Bersatu. Azmin adalah arkitek dan engineer nya. Manakala yang menjadi kata kunci apakah PN boleh mengekalkan kerusinya. Kemungkinan itu ditentukan sejauh manakah kerjsama Bersatu, Pas dan Umno kekal. Kalau tidak, kerajaan PN akan jadi mendiang. 
Setakat ini Umno bekeras tidak akan bersama Bersatu. Umno sudah menolak kerjasama politik dengan Bersatu atau (MN) sehingga parlimen dibubar. Selepas sahaja parlimen dibubar kerjasama itu tidak akan terbentuk lagi. Kenyataan dan penegasan dikeluarkan oleh Setiausaha Agungnya Ahmad Mazlan, yang memaklumkan keputusan Umno masih kekal, menolak kerjasama dengan Bersatu.
Cita-cita jadi Perdana Menteri.
Untuk menyatukan itulah tugas dan tanggungjawab besar Azmin. Kejayaan menyelamatkan keadaan turut menjamin kedudukannya selamat dan menetukan apakah cita-cita besarnya untuk jadi PM akan berjaya atau tidak.
Untuk rekod, Azmin sudah mencapai beberapa kejayaan di luar jangka umum. Perjalanan politiknya licin dan mencapai kejayaan cemerlang walaupun atas langkahan mayat orang lain. Dia berjaya mengepong Anwar dan mengehelkan Ezam Muhammad Noor daripada Anwar sehingga dapat menjadi timbalan presiden Keadilan. Dia berjaya dalam percaturan dan politik selingkuhkan menjadi MB Selangor dua penggal. 
Kejayaan terbaru beliau melakukan pengkhianatan dengan merampas kerajaan PN dan dia menjadi anggota kabinet selaku menteri "kanan kiri" dalam jemaah menteri kerajaan PN.
Azmin tidak pernah gagal dalam politik. Tidak pernah terseksa dan rugi. Itulah kebijaksanaannya dalam politik. Saat orang lain bergelumang dalam penjara, berpergi balik ke mahkamah, beliau hanya diam dalam bilik dingin memerhati dari jendela kaca tertutup sambil mencatur.

Justeru pelawaan dan rayuan baru kepada Umno itu adalah tugas dan cabaran buatnya. Umno kena berhati-hati disebalik logikal kata-kata dan pandangan Azmin itu. Ingat Azmin seorang pakar dalam matemetik dan sangat mampu menguruskan nombor dengan mahir. Kebolehan dan kepakarannya yang satu inilah yang ramai dialpakan oleh orang ramai yang akhirnya menjadi mangsanya.
Di sini selain mengenali cula dan wajah politik seorang Azmin, Umno kena fikir semak-masaknya dimana dan apakah bentuk jerat Azmin. Ajakan itu adalah umpan semata-mata yang bersifat untung seguni rugi sekarung buat Umno
Memanglah 13 kerusi itu bukan perkara pokok yang tidak boleh diuruskan. Tetapi apakah natijah daripada penyesaianya itu kelak. Jika ia dituntaskan maka kerjasama berlaku dan Umno akan bersama PN. Dalam pilihan raya nanti gerenti PN akan menang, tetapi berapa kerusi untuk Umno?
Perkara yang Umno tidak boleh lupakan nawaitu asal Bersatu itu adalah untuk membunuhnya. Bersatu sang ular lidi yang mahu menjadi naga. Umno kena waspada dan tidak mudah termakan dengan ajakan penuh tektikal oleh Azmin itu.
Benar Umno tidak boleh memimpikan akan dapat menjadi peneraju kerajaan selepas Piraum ke-15. Tugas dan peranan Umno kini hanya untuk survive parti itu sahaja. Umno harus selamatkan diri dahulu barulah bergerak untuk kembali berkuasa semua. Umno kena perkukuhkan parti itu baik dari segi fizikal dan spiritual. Ia memerlukan sekurang-kurang 20 tahun untuk kembali menerajui kerajaan. 
Manakala untuk menyelamatkan diri, Umno perlu memilih regu dan patner yang boleh dipercayai. Berkawan dan menjalinkan kerjasama dengan orang yang belum ada rekod khianatan kepadanya. Di sini tidak ada pilihan paling baik buat Umno melainkan bergabung dengan Keadilan atau Anwar Ibrahim. 
Mungkin untuk disebut PH agak alergik kerana PH ada sama DAP parti yang dilihat anti oleh Umno. Walhal perubahan dan putaran politik hari ini, persepsi lapok kepada parti chauvenis itu sepatutnya tidak timbul lagi. 
Mungkin setengah orang Umno mengira ia mustahil untuk bekerjasama dengan Keadilan atau Anwar. Masih ada orang Umno yang tidak dapat menerima Anwar Ibrahim yang dilihat sebagai memberi masalah kepada parti itu dan juga dengan masalah peribadi yang dihadapinya. Sebenarnya rasa itu - perasaan mereka yang tidak cuba membebaskan diri keluar dari orbit politik sebenarnya.
Orang Umno perlu waras dalam menilai dan mengenali siapa oknum sebenarnya yang merosak dan damage Umno, bukan berpegang di atas sesuatu yang dipancang oleh mereka yang cemburu dan bencikan Anwar. 
Umno mempunyai alasan baik untuk bersama Keadilan atau Anwar. Setidak-tidaknya Anwar tidak pernah mengkhianati Umno secara langsung atau secara sengaja. Anwar tidak kelur daripada Umno tetapi ia dibuang diera OT95. Ini hakikatnya yang seakan dilupakan. Begitu juga masalah peribadi dihadapi Anwar, adalah masalah peribadi yang tidak perlu diheret ke dalam perdebatan politik untuk menyoal apakah perlu atau tidak bersama Anwar. Dalam era politik hilang maruah wajarkan itu dipersoalkan?
Anwar tidak pernah mengecam kewujudan Umno yang juga merupakan parti kedua-dua orang tuannya. Yang beliau kecam dan tidak bersetuju kepada beberapa individu dalam Umno yang menyimpang daripada perjuangan Umno. Yang menggunakan Umno sebagai alat menggembungkan diri.
Peluang ini sepatutnya diguna sebaik mungkin oleh Umno. Peluang seperti ini tidak akan datang berulang kali. Politik selain daripada perlu cermat dan tangkas, ia juga perlu bijak mengambil kesempatan. 
Diualng ingat lagi, Umno jangan muda terkesan dan empati dengan rayuan dan ajakan Azmin. Bacalah sejarah politik Azmin yang disenaraikan tadi. Azmin seorang pemikat yang cukup pandai kadang-kadang dia boleh menjerat mangsa hanya dengan kata-kata tanpa umpan yang nyata. [wm.kl.12:10 pm 15/03/2021]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2021/03/umno-kena-waspada-dengan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketegangan Politik Umno Bersatu Pas Kini Di Persimpangan Dilema

Ketegangan Politik Umno Bersatu Pas Kini Di Persimpangan Dilema

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 311 hits
KUALA LUMPUR Pas kini berdepan dengan cabaran paling besar menguruskan ketegangan hubungan politik antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre Hisomuddin ...
Umno Beri Amaran Pada Pas Azmin Kata Ketepi Agenda Peribadi

Umno Beri Amaran Pada Pas Azmin Kata Ketepi Agenda Peribadi

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 278 hits
Shakira BuangSekarang adalah waktu terbaik untuk memperkukuh kedudukan sesama parti dan mengetepikan kepentingan peribadi kata Ketua Penerangan Perikatan Nasional Mohamed Azmin Ali Menurut menteri kanan PN itu ia boleh dilakukan walau ketik...
Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

Pas Hanya Cari Untung Dengan Politik Dua Kolam Kata Bekas Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 660 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONBekas pemimpin Umno Datuk Zaharin Mohd Yassin mendakwa politik Pas ketika ini hanya mahu mencari keuntungan untuk diri mereka sendiri dan bukannya demi perjuangan Beliau berkata ini dapat dibuktikan dari sikap parti Is...
Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

Kerjasama Politik Ada Perbincangan Antara Pimpinan Pkr Umno Masih Terlalu Awal Anwar

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 301 hits
Ketua Pembangkang yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menafikan kemungkinan kerjasama antara parti pimpinannya dengan UMNO namun setakat ini ia masih dalam peringkat perbincangan awal Agak terlalu awal un...
Azmin Wants To Discuss 13 Defectors Seats With Umno

Azmin Wants To Discuss 13 Defectors Seats With Umno

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 284 hits
Perikatan Nasional information chief Azmin Ali wants Umno back at the negotiating table to discuss the party s traditional seats that it originally won in the 14th general election The issue is said to have affected the relationship between...
Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

Mp Umno Masih Bermain Politik Ketika Muhyiddin Membeli Majoriti

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 201 hits
ARIF ATANNaib Presiden AMANAH Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa mengingatkan anggota Dewan Rakyat khususnya Umno untuk segera menyelesaikan krisis politik yang berlaku pada masa ini Ahli Parlimen Parit Buntar tersebut berkata Muhyiddin terde...
Umno Berhati Hati Memilih Kawan Politik

Umno Berhati Hati Memilih Kawan Politik

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 476 hits
Kawan baik adalah sahabat sepanjang masa susah atau senang kalah ataupun menang Kawan terbaik ialah kawan yang boleh berkawan baik dengan kawan kita Itu adalah ungkapan kawan baik dalam konteks hubungan persahabatan antara individu Namun da...
Fatamorgana Politik Umno Di Perak Dap Dan Amanah Ditegur

Fatamorgana Politik Umno Di Perak Dap Dan Amanah Ditegur

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 233 hits
March 17 2021 Ada sahabat tanya aku Bagaimana dengan Amanah dan DAP yang sokong UMNO di Perak aku menulis pada 7 Disember sebelum Shaarani dari UMNO ditabalkan Sebagai MB Perak Aku menegur DAP dan Amanah yang terikut ikut dengan game budak ...
Umno Berpeganglah Pada Realiti Politik

Umno Berpeganglah Pada Realiti Politik

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 173 hits
Ahmad Abd Hamid The Malaysian Insight KE MANA sebenarnya arah tujuan dan pilihan UMNO Bersandar kepada harapan yang belum pasti menjadi kenyataan atau berpegang kepada realiti yang lebih berpijak di bumi nyata Umno bagai di persimpangan sam...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025