Panas Netizen Serang Muhyiddin Di Facebook Istana Negara


 

February 5, 2021 Seolah-olah tidak tahan dengan pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di bawah pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, warga maya menyuarakan rasa tidak puas hati mereka menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara.
Dalam satu hantaran yang memuatnaik gambar Muhyiddin menghadap Yang di-Pertuan Agong semalam bagi sesi perbincangan dan pertukaran pendapat berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan, rata-rata warga maya menggunakan platform media sosial untuk mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19 dan tidak kurang juga yang “menyerang” pentadbiran Muhyiddin.
Tidak terkecuali juga, ada yang meninggalkan komen-komen nakal mengenai jumlah majoriti yang menyokong pentadbiran Muhyiddin.
Salah seorang pengguna dengan nama Hazriq Zamali berkata; “Kami perlukan seorang pemimpin yang baik, serta bijak laksana untuk membantu kami di kala negara dilambung musibah.
“Bukan seorang pemimpin sekampit beras.. Daulat Tuanku moga Allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang baik pada seluruh kaum kerabat Sultan Pahang.”
Salman Khair pula berkata; “PM tiada majoriti pertama di Malaysia. Pelik bin ajaib. Daulat tuanku. Mohon tuanku sentiasa memberikan yang terbaik buat kami rakyat Malaysia,” katanya.
Mohd Farhan yang turut menyokong pendapat Salman itu membalas; “Betul tu. Sampai bilalah kita nak duduk di bawah kerajaan tak ada majoriti ni. YDPA sahaja harapan rakyat.”
 
Terdapat pengguna lain yang menyuarakan kebimbangan mereka berhubung isu kestabilan ekonomi negara dan tindakan pelabur yang berpindah ke negara-negara jiran.
Antaranya warga maya dengan nama Wan Jitraa yang mengadu; “Mohon tuanku faham kehendak rakyat. Rakyat dah cukup terseksa dan menderita di bawah kerajaan PN.
“Pelabur dah ramai lari, rakyat dah ramai yang tak ada kerja, hilang punca pendapatan, ekonomi negara makin teruk tuanku, kes rasuah makin meningkat. Harap tuanku dengarlah suara majoriti rakyat Malaysia.”
Pengguna Zainol Azhar turut menyuarakan kebimbangan yang serupa; Zainol Azhar “Tuanku, negara dan rakyat tidak akan berada di dalam keadaan yang baik jika income negara tidak berkembang.
“Pelabur asing hilang kepercayaan jika kerajaan itu rapuh. Kini pun terdapat banyak sektor-sektor awam telah mulai tutup sedikit demi sedikit. Ada di antara para pelabur asing pun sudah mulai berpindah arah ke negara-negara lain.”
 
Untuk rekod, sebelum ini beberapa pemimpin politik dari Umno mahupun pembangkang membangkitkan isu yang sama.
Antaranya Pengerusi PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh pula menggesa kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri agar lebih giat memainkan peranan membawa masuk pelaburan asing ke dalam negara serta merangka pelan untuk memanfaatkan pelaburan untuk rakyat dan ekonomi negara.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki turut menuntut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mohamed Azmin Ali menjelaskan tindakan segera kerajaan bagi menangani kejatuhan terus pelaburan langsung asing (FDI) negara.
Dia turut memetik laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) yang diterbitkan 24 Jan, FDI Malaysia merosot sehingga 68 peratus – jauh teruk berbanding negara negara lain Asean yang disebut dalam laporan itu.
 
Dalam laporan itu, FDI Malaysia ialah sebanyak AS$2.5 bilion berbanding negara Singapura (AS$58 bilion – jatuh 37 peratus), Indonesia (AS$18 bilion – jatuh 24 peratus), Vietnam (AS$14 bilion – jatuh 10 peratus), Thailand (AS$11.4 billion – jatuh 50 peratus), dan Filipina (AS$6.4 bilion – naik 29 peratus).






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/panas-netizen-serang-muhyiddin-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Netizen Gelar Muhyiddin Bapa Perutusan Khas

Panas Netizen Gelar Muhyiddin Bapa Perutusan Khas

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 359 hits
February 7 2021 Baru beberapa minit selepas Perdana Menteri membuat perutusan khasnya pelbagai komen negatif diterima Tidak seperti di awal awal Muhyiddin dilantik kali ini nampaknya kemarahan rakyat kepada Muhyiddin makin tinggi Malah ada ...
Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

Rakyat Serang Muhyiddin Melalui Istana

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 207 hits
3 Februari 2021 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta in Billah berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin...
Jika Sayangkan Negara Ini Jangan Takut Dan Jangan Berhenti Menolak Muhyiddin

Jika Sayangkan Negara Ini Jangan Takut Dan Jangan Berhenti Menolak Muhyiddin

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 232 hits
Semua kita memang sayang dan cintakan negara ini kerana di Malaysia inilah kita dilahirkan membesar mencari rezeki berkeluarga membina kehidupan melalui hari tua dan akhirnya sehinggalah menemui kematian Malah melalui sedikit sebanyak harta...
Muhyiddin Dimalukan Dalam Dan Luar Negara Tok Abah

Muhyiddin Dimalukan Dalam Dan Luar Negara Tok Abah

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 292 hits
Perjalanan karier politik Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin sekali lagi tercalar dalam kalangan pengguna media sosial berikutan beberapa tindakan beliau baru baru ini Rakyat seolah olah telah memberikan mesej yang sangat jelas kepad...
Berita Video Rentasan 817 Panas Kerajaan Muhyiddin Dikecam Zahid Hamidi

Berita Video Rentasan 817 Panas Kerajaan Muhyiddin Dikecam Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 240 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 8171 EKONOMI BERCELARU PERIKATAN NASIONAL TERNYATA GAGAL2 JUAL BALAK TAK BERMAKNA EKONOMI PULIH 3 INDEX PERSEPSI RASUAH MALAYSIA MERUDUM TIDAK MENGEJUTKAN4 SIAPA PENGKHIANAT MELAYU
Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

Muhyiddin Dihina Di Negara Orang Oleh Rakyat Sendiri

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 331 hits
Gempar Muhyiddin dihina di negara orang oleh rakyat sendiriFebruary 6 2021BILA PM TERHINA DI NEGARA ORANG OLEH RAKYAT SENDIRI Suatu masa dulu Tak kira kunjungan ketua Negara Atau suka Bola sepak Netizen atau haters Indonesia sering menghina...
Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

Zahid Kata Serangan Netizen Terhadap Muhyiddin Adalah Serius

papar berkaitan - pada 8/2/2021 - jumlah : 204 hits
February 8 2021 Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengulas serangan warga maya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi ruangan komen di akaun Facebook Istana Negara Zahid pada hantaran di media sosial menyertakan pautan laporan Ma...
Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

Najib Buli Muhyiddin Di Facebook Supaya Dibenci Rakyat

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 365 hits
Nampaknya sejak akhir akhir ini Najib Razak kerap memBULI dan TROLL Muhyiddin Yassin melalui Facebook beliau Malang betul nasib Muhyiddin Dulu kena PECAT dengan Najib hari ini dibuli di Facebook Tidak ada kesudahan nampaknya BENCI Najib kep...
Kenyataan Bodoh Pimpinan Pas Buat Netizen Serang Parti Tersebut

Kenyataan Bodoh Pimpinan Pas Buat Netizen Serang Parti Tersebut

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 225 hits
ANTARA YANG BODOH IALAH LEBAI TAR SENIK NIK ABDUH NIK AMAR DAN JUGA PIMPINAN LAIN TERMASUK JUGA IDRIS AHMAD DAN AT TAKIRI PANJANG KALAU NAK SENARAI PEROSAK DALAM PAS NI BOB KELANANGKOH KOH KOH cuba pok lebai list kan apakah kejayaan PAS mam...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat