Panas Nazri Bidas Zahid Enta Yang Salah Jika Rakyat Marah Dengan Umno


 


May 26, 2021 Dua orang pemimpin Umno berkata presiden parti Ahmad Zahid Hamidi perlu bertanggungjawab ke atas kemarahan yang meningkat terhadap ahli parti itu yang menganggotai Jemaah Menteri pimpinan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan seorang lagi pemimpin parti itu berkata ini kerana Zahid tidak mengarahkan ahli parti dalam Jemaah Menteri untuk meninggalkan kerajaan yang kini berdepan kritikan hebat terhadap caranya mengendalikan krisis Covid-19 dan ekonomi.
Zahid sebelum ini cuba mempertahankan Umno, dengan berkata parti itu tidak sepatutnya dipersalahkan atau dikaitkan dengan kegagalan kerajaan, kerana ia tidak terlibat dalam keputusan berkaitan mana-mana dasar negara.
Bagaimanapun, ada yang mempertikaikan orang Umno sepatutnya dipersalahkan dalam situasi Covid-19 yang semakin memburuk, program vaksinasi yang perlahan, dan sekatan yang tidak dirancang dengan sempurna.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dan menteri penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin adalah semua ahli Umno.
Nazri memberitahu FMT, beliau tidak bersetuju menteri dari Umno tidak patut dipersalahkan atas kegagalan kerajaan kerana keputusan Jemaah Menteri dibuat secara kolektif.
Bagaimanapun, kata beliau, rakyat tidak boleh dipersalahkan menuduh Umno dan menteri-menterinya, kerana bukan semua orang tahu bagaimana keputusan kerajaan dibuat.
“Jika ada sesiapa yang boleh dipersalahkan, orangnya adalah Zahid. Beliau tidak boleh salahkan rakyat marah dengan menteri Umno kerana beliau sendiri tidak mengarahkan (menteri-menteri berkenaan) keluar daripada Jemaah Menteri.”
Pada perhimpunan agung Umno Mac lau, Zahdi diberi mandat untuk memutuskan sama ada parti itu akan menarik balik sokongan terhadap kerajaan.
“Ini termasuk mengarahkan menteri-menteri Umno keluar daripada kerajaan.
“Kegagalan beliau berbuat demikian menunjukkan kepemimpinannya yang lemah dan pengecut,” kata Nazri.
Beliau berkata, inilah sebabnya Umno perlu mengadakan pemilihan parti secepat mungkin kerana parti itu tidak lagi mampu diterajui “kepimpinan seperti itu”.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin tertinggi Umno. yang tidak mahu dinamakan, berkata, beliau risau kemarahan yang meningkat terhadap kerajaan akan memberi impak kepada parti.
“Zahid mesti berani dan arahkan mereka berhenti (daripada kerajaan). Mungkin beliau takut menteri-menteri Umno tidak akan dengar cakapnya, dan ini akan lebih menunjukkan kelemahan beliau,” kata pemimpin yang tidak ingin dinamakan itu.
“Namun, (ini bermaksud) Umno yang akan menanggung akibat kelemahan kepemimpinannya. Jika rakyat marah dengan kerajaan, kita akan turut terkait.
Katanya, parti itu memerlukan kepimpinan yang lebih tegas sekiranya mahu menang pada pilihan raya akan datang.
“Kita tidak boleh, dan tidak patut tunda pemilihan parti. Keadaan akan jadi lebih buruk kalau kita terus begini.
“Rakyat akhirnya akan membenci kita,” katanya. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/05/panas-nazri-bidas-zahid-enta-yang-salah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nazri Blames Zahid For The People Being Angry With Umno

Nazri Blames Zahid For The People Being Angry With Umno

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 330 hits
Two Umno leaders have told party president Ahmad Zahid Hamidi to take the blame for rising anger against party members serving in the federal Cabinet Padang Rengas MP Nazri Aziz and another high ranking Umno leader said this was because Zah...
Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 375 hits
May 23 2021 Ketua Pemuda UMNO marahkan kerajaan PN BN katanya pentingkan tauke tauke Buat rakyat Malaysia perlu sentiasa jelas dan faham siapa dalam Kabinet PN BN PAS Kalau negara sedang jahanam dan rosak sekarang mereka yang dalam gambar d...
Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

Kerajaan Gagal Is Because Of Umno Says Nazri Aziz

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 290 hits
Umno should have asked all its people to resign from the Cabinet and the GLCs first and then launch the Kerajaan Gagal campaign Then Umno would not be blamed for the so called Kerajaan Gagal As it is the so called failures are in the minist...
Komentar Tidak Menghairankan Rakyat M 039 Sia Marah Neelofa Kerana Berkali Kali Langgar Sop

Komentar Tidak Menghairankan Rakyat M 039 Sia Marah Neelofa Kerana Berkali Kali Langgar Sop

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 372 hits
BERITAmediacorp Noor Neelofa Mohd Noor yang dikenali ramai sebagai Neelofa dan suaminya Muhammad Haris Muhammad Ismail adalah selebriti selebriti pempengaruh atau influencer yang popular Sejak beberapa bulan kebela
Panas Pemimpin Umno Nafi Terlibat Dalam Himpunan Anti Kerajaan Di Batu Pahat

Panas Pemimpin Umno Nafi Terlibat Dalam Himpunan Anti Kerajaan Di Batu Pahat

papar berkaitan - pada 15/5/2021 - jumlah : 380 hits
May 15 2021 AHLI Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi menafikan terbabit dalam insiden rusuhan membantah kerajaan di Parit Raja Batu Pahat semalam Puad menerusi posting di Facebook hari ini berkata ada individu yang cuba kaitkan beliau ...
Pemuda Ini Ingatkan Umno Jangan Nak Bodohkan Rakyat

Pemuda Ini Ingatkan Umno Jangan Nak Bodohkan Rakyat

papar berkaitan - pada 26/5/2021 - jumlah : 250 hits
May 26 2021 KENYATAAN RASMI PEMUDA AMANAH NEGERI KEDAH25 Mei 202 Selasa1 Apa yang UMNO mahukan sebenarnya sehingga Presiden UMNO sendiri membuat kenyataan yang agak lucu dan mengelirukan rakyat tentang kegagalan Kerajaan PN mentadbir urus n...
Zahid Sengaja Lupa Menteri Umno Main Peranan Penting Dalam Kerajaan Kata Pemuda Dap

Zahid Sengaja Lupa Menteri Umno Main Peranan Penting Dalam Kerajaan Kata Pemuda Dap

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 413 hits
May 24 2021 6 15 PMIsmail Sabri Yaakob Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin tiga menteri Umno yang bertanggungjawab bagi dasar berkaitan SOP kesihatan awam serta vaksin PETALING JAYA Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid H...
Lirik Lagu Malaysia Madani Rakyat Disantuni Dato Sri Siti Nurhaliza

Psm Vows To Defend Workers After Lawyer Threatens To Sue Over Coconuts

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98

Berpolitik Jangan Sampai Meruntuhkan Negara Harus Ada Pertimbangan

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ultimate Oriental Beef Recipes Chinese

Cara Dapatkan Bantuan Subsidi Madani Rahmah Panduan Terkini

Apabila Rasa Hormat Kepada Guru Sudah Hilang

Impak Pantas Diouf

245 Penumpang Pemandu Bas Ekspres Gagal Pakai Tali Pinggang Keledar Jpj Kelantan

Perbezaan Hiking Dan Trekking