Zahid Sengaja Lupa Menteri Umno Main Peranan Penting Dalam Kerajaan Kata Pemuda Dap


FMT Reporters
-May 24, 2021 6:15 PM

Ismail Sabri Yaakob, Dr Adham Baba dan Khairy Jamaluddin tiga menteri Umno yang bertanggungjawab bagi dasar berkaitan SOP, kesihatan awam serta vaksin.
PETALING JAYA: Seorang pemimpin Pemuda DAP menyelar dakwaan Ahmad Zahid Hamidi bahawa Ahli Parlimen serta menteri Umno tidak terlibat dalam membentuk dasar negara.

Naib Pengerusi Pemuda DAP, Chiong Yoke Kong, berkata, Zahid begitu mudah “sengaja melupakan” bahawa menteri yang terlibat membentuk dasar penting juga “semuanya daripada Umno”.

Chiong turut mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), seterusnya kenyataan Presiden Umno itu di Facebook semalam jelas mengetepikan konsep tanggungjawab kolektif dalam kerajaan.

“Saya mesti mengingatkan Zahid bahawa Umno adalah sebahagian daripada kerajaan PN, dan ramai pemimpin dari partinya itu juga menteri penting,” katanya dalam kenyataan.

“Paling utama, Ismail Sabri (Yaakob) adalah Menteri Kanan Keselamatan, Dr Adham Baba Menteri Kesihatan manakala Khairy Jamaluddin Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

“Jadi boleh dikatakan dasar berkaitan SOP PKP (perintah kawalan pergerakan), kesihatan awam dan vaksinasi datang daripada kementerian yang dipimpin menteri terbabit,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata itu.

Dalam kenyataan di Facebook semalam, Zahid berkata tidak adil untuk mengaitkan Umno dengan kegagalan kerajaan PN memerangi penularan Covid-19 walaupun ada Ahli Parlimen dan menteri parti itu dalam kerajaan.

Katanya, ini disebabkan segala ketetapan mengenai dasar berkait pengurusan pandemik dibuat sepenuhnya oleh kerajaan pimpinan PN.

Menteri Umno lain dalam PN termasuk Hishamuddin Hussein (Menteri Luar), Annuar Musa (Wilayah Persekutuan), Noraini Ahmad (Pengajian Tinggi), Shamsul Anuar Nasarah (Tenaga dan Sumber Asli), Halimah Sadique (Perpaduan) serta Reezal Merican Naina Merican (Belia dan Sukan).

Perhimpunan Agung Umno pada Mac lalu meluluskan usul untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin kemudian mengadakan pertemuan dengan semua menteri Umno, susulan itu memutuskan semuanya akan kekal dalam kerajaan.

Muhyiddin berkata, beliau menasihatkan menteri Umno terbabit supaya mengekalkan jawatan mereka dalam Kabinet demi kepentingan rakyat dan negara, kerana kerajaan memfokuskan untuk memerangi Covid-19, memastikan suntikan vaksin serta memulihkan ekonomi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/05/zahid-sengaja-lupa-menteri-umno-main.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemuda Umno Pahang Jawab Enam Persoalan Di Buat Parti Muda Terhadap Kerajaan Negeri

Pemuda Umno Pahang Jawab Enam Persoalan Di Buat Parti Muda Terhadap Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 27/5/2021 - jumlah : 520 hits
KUANTAN Pergerakan Pemuda UMNO Pahang hari ini membuat jawapan balas terhadap enam perkara yang dibangkitkan oleh Parti Muda Negeri Pahang yang disiarkan dalam akhbar semalam Ketuanya Farid Nor berkata agihan bakul makanan memang sedang dia...
Pemuda Ini Tempelak Asyraf Wajdi Dalam Kabinet Pn Ada 9 Menteri Umno Jangan Berlagak Macam Pembangkang

Pemuda Ini Tempelak Asyraf Wajdi Dalam Kabinet Pn Ada 9 Menteri Umno Jangan Berlagak Macam Pembangkang

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 316 hits
May 23 2021 Pemuda Umno buat lawakPengundi di Malaysia jangan terpedaya dengan lakonan UmnoMenteri Pertahanan UmnoMenteri Wilayah Persekutuan UmnoMenteri Pengajian Tinggi UmnoMenteri Tenaga Sumber Asli UmnoMenteri Kesihatan UmnoMenteri Luar...
Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

Pkp 3 0 Tanda Kerajaan Gagal Kawal Covid 19 Kata Bekas Menteri Kesihatan

papar berkaitan - pada 14/5/2021 - jumlah : 368 hits
May 13 2021 Dzulkefly Ahmad berkata kegagalan kerajaan menguruskan PKP 2 0 menyebabkan rakyat terpaksa menempuh PKP 3 0 kerana itu saja cara mudah untuk membendung penularan Covid 19 PETALING JAYA Bekas menteri kesihatan Dzulkefly Ahmad mem...
Warkah Kepada Menteri Umno Tarik Diri Daripada Kerajaan Perikatan Nasional

Warkah Kepada Menteri Umno Tarik Diri Daripada Kerajaan Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 239 hits
Assalamualaikum Yang Berhormat Saya menulis surat ini sebagai ahli UMNO untuk menyarankan kepada para Yang Berhormat Menteri dan Timbalan Menteri UMNO supaya menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional dengan segera Selepas memberi pe...
Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

Dap Kuat Gasak Kerajaan Ph Supaya Ikut Telunjuk Mereka Kata Zuraida

papar berkaitan - pada 12/5/2021 - jumlah : 337 hits
Pengalaman bersama mentadbir kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar parti itu yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia Demikian dakwa Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia...
Zahid Dakwa Tidak Adil Kaitkan Umno Dengan Kegagalan Kerajaan Pn Tangani Isu Covid 19

Zahid Dakwa Tidak Adil Kaitkan Umno Dengan Kegagalan Kerajaan Pn Tangani Isu Covid 19

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 287 hits
SHAH ALAM Mengaitkan UMNO dengan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional menangani Covid 19 merupakan satu tuduhan yang tidak adil Presidennya Datuk Ser Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata walaupun terdapat beberapa Ahli Parlimen daripada UMNO meng...
Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

Pemuda Umno Marah Kerajaan Pentingkan Tauke Besar Abu Hafiz Ingatkan Rakyat Malaysia Siapa Dalam Kabinet Pn

papar berkaitan - pada 24/5/2021 - jumlah : 428 hits
May 23 2021 Ketua Pemuda UMNO marahkan kerajaan PN BN katanya pentingkan tauke tauke Buat rakyat Malaysia perlu sentiasa jelas dan faham siapa dalam Kabinet PN BN PAS Kalau negara sedang jahanam dan rosak sekarang mereka yang dalam gambar d...
Umno Ministers Play Key Role In Govt Dap Youth Tells Zahid

Umno Ministers Play Key Role In Govt Dap Youth Tells Zahid

papar berkaitan - pada 25/5/2021 - jumlah : 437 hits
Ismail Sabri Yaakob Dr Adham Baba and Khairy Jamaluddin are three Umno ministers responsible for the SOPs public healthcare and vaccination policies A DAP Youth leader has hit back at Umno president Ahmad Zahid Hamidi s claim that Umno MPs ...
Krisis Sudan 2025 Perang Berdarah Punca Kesan Dan Situasi Terkini Di Darfur

Malaysia Us Trade Deal Like Insurance Against Reckless Driver

Kg Papan Residents Protest At Bnm Demand Promised Homes

Iium Dons Urge Action After Romans Learned Shipbuilding From Malays Remark

James Chin Dives Into How Ancient Malays Were Able To Teach Romans Shipbuilding Or Even Fly

Zurinah Hassan In Translation

Lebih 800 Dilapor Keracunan Makanan Di Taman Tema

Wanita Warga Britain Ditangkap Anjur Kelas Yoga Bertema Intim


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Amanah Saham Bumiputera Auto Labur Kelebihan Dca Yang Ramai Tak Tahu

Lirik Lagu Insomniacks Seperti Dulu

Perbezaan Antara Kotak Top Bottom Box Kotak Keras Kotak Magnet Mana Sesuai Untuk Produk Anda

How Shafbuild Keeps Sydney Construction Projects On Time On Budget And Beyond Standard

Tiada Aset I Serve Online Mall Yang Sedang Disita Oleh Polis Kata Agc

Alamaa Dan Potter Menakluk Edisi Ke 10 Ironman Langkawi