Panas Muhaimin Dakwa Ini Kabinet Keluarga Malaysia 69


 



August 29, 2021 Kini tiba waktu Pakatan Harapan (PH) fokus bersaing dalam pilihanraya umum akan datang. Tidak payah sibuk mereka-cipta angka dan mencari-cari nombor dari mulut ahli parlimen untuk mengembalikan mandat pilihanraya lepas. Antara lubang mulut atas dengan lubang shit mereka adalah sama busuk. Banyak yang hanya untuk perut dan tembolok sendiri. Berhenti mengharap.
Warganegara kita memang boleh menilai sendiri. Tidak perlu memaksa mereka dengan angka, carta atau sebarang data. Warga negara boleh berfikir, menilai dan bertindak. Rakyat perlu jadikan diri mereka sendiri sebagai ‘warganegara’. Ada beza antara menjadi rakyat dengan warga negara.
Rakyat memang perlu disuap, disuguh atau dipaksa. Konsep rakyat adalah tinggalan feudalism yang masih ada dalam pemikiran masyarakat. Konsep ‘warga egara ‘ tidak begitu. Warganegara ada tanggungjawab bernegara. Pengalaman dan pengetahuan bernegara akan menjadi kamus perbendaharaan negara. Sejarah kita sebagai warganegara masih baru.
Bukan hendak bersetuju Ismail Sabri dengan Keluarga 69 menjadi kabinetnya. Itu hak Perdana Menteri setelah mendapat perkenan Yang diPertuan Agong. Wajah dan batang tubuh kerajaan gagal Mahiadin tetap membayangi. Jangan mengharap pembangkang berhenti mengkritik kerajaan. Menjadi pembangkang berkualiti adalah keupayaan mengemukakan argument kukuh untuk kerajaan membuat penilaian pendekatan dan dasar.
Namun jika kerajaan masih tetap mempunyai telinga kuali atau buat pekak badak, pembangkang perlu berusaha memastikan menjadi sebuah kerajaan melalui pilihanraya. Ini negara demokrasi. Berhenti mengambil kuasa di tengah-tengah jalan seperti yang dilakukan oleh para pengkhianat.
Jika prestasi Ismail Sabri sama seperti Mahiadin, jangan salahkan pembangkang. Cukuplah usaha pembangkang yang bersatu nyahkan pengkhianat itu dari kerusi PM. Itu satu pencapaian politik ‘hukum karma’. Penghujung menikmati pengkhianatan adalah dikhianati teman sendiri. Rasailah nikmat kepedihan itu.
Secara peribadi, saya menaruh kepercayaan pada KJ agar beliau tidak mengulangi prestasi menteri lama yang ‘kehebatan’nya memakan tragedi manusiawi. Akan dicatat dalam sejarah tanah air. Seribu tahun akan dikenang sebagai ‘Menteri Kegagalan’.
Menteri Kesihatan ini posisi terpenting pada jangka waktu ini. Angka jangkitan yang tinggi dan kadar kematian memang menakutkan. Setiap hari bagai sebuah kapal terbang domestik terhempas ke bumi. Bukan untuk sehari dua tapi setidak-tidaknya hampir sebulan. Oh alangkah murahnya nyawa manusia.
Politik KJ untuk ‘tidak berpolitik’ semasa kekalutan kerajaan di bawah Mahiadin terumbang-ambing adalah tindakan politik yang matang. Di tengah-tengah satu pihak mendesak Mahiadin letak jawatan, satu lagi pihak menolak buntut Mahiadin untuk terus kekal.
KJ adalah harapan anak muda setelah Ketua anak muda Umno tidak dalam senarai kabinet Keluarga Malaysia 69. Potensi tokoh muda dalam parti kerajaan disisihkan bagi memastikan para pembesar tua terus mengangkang gagah di atas takhta.
Saya juga menaruh harapan pada Ustaz Idris Ahmad yang menjadi menteri agama. Kelantangan dan bisa ucapannya bakal modal berguna membangunkan Islam di Putrajaya. Inilah waktu Islam RUU 355 atau Islam tanpa RUU 355 berjaya dibentangkan di parlimen. Timbalan Ustaz Idris juga dari parti yang sama.
Dari satu sudut, ia bakal menyukarkan Amanah khususnya dari segi politik. Pas mempunyai kesempatan dan peluang terbaik untuk melaksanakan kata-katanya. Jika Ustaz Idris berjaya membawa kata-katanya dalam bentuk pelaksanaan, Amanah akan menghadapi kesukaran. Itu jika memiliki pemikiran politik jumud.
Jalan kementerian itu membawa Islam dalam sistem bernegara sudah dirintis zaman berzaman. Sumbangan Umno tidak boleh dinafikan. Begitu juga dengan Mujahid dan Zulkifli al Bakri. Dalam 22 bulan semasa Mujahid mengetuai kementerian itu adalah satu permaidani untuk menteri selepasnya termasuk Ustaz Idris sendiri.
Zulkifli al Bakri pula memperluaskan bidang tugas menteri hingga ke tangga rumah artis untuk acara tahnik dalam gelap. Untungnya beliau bukan berpolitik sangat. Beliau hanya mengikut arus kiri kanannya yang menjadi pengharung manisan.
Duduklah elok-elok di situ, Ustaz Idris. Usah dicarik-carik permaidani indah itu. Jika ada yang koyak, hanya ditampal atau dijahit. Jangan tugas menteri baru menukar perabot pejabat barunya. Teruskan mana yang baik. Tambahan Ustaz Idris dengan Mujahid berasal dari perut yang sama. Semua ahlul sunnah wal jamaah. Bukannya Syiah.
Di sini juga kita (semua rakyat dan orang luar) akan melihat bagaimana menterjemahkan Islam dalam kitab dengan Islam dalam kehidupan. Umno, Amanah, Pas dan bukan orang politik mempunyai pengalaman meneraju kementerian yang menguruskan hal ehwal agama Islam.
Abdul Hamid Zainal Abidin, Abdulah Muhamad Zin, Mashita Ibrahim, Jamil Khir adalah antara tokoh bukan politik diangkat menjadi Menteri Agama oleh Umno. Kemudian mereka menjadi ahli politik bagi memastikan kelangsungan survival masing-masing.
Gabungan pengalaman dari tokoh akademik hingga arator hebat seperti Ustaz Idris menerajui jawatan ini akan memperkayakan pengalaman dan pengetahuan dalam menegakkan Islam sebagai ‘ad din wa daulah’. Ini adalah teras dalam membangun negara yang pelbagai kaum dan agama.
Menteri-menteri lain hanya terus mengekalkan kekecewaan lama. Apa diharap sangat prestasi mereka akan berubah dalam kerapuhan kerajaan yang ada. Situasi politik yang ada adalah satu proses mematangkan negara, pemimpin dan juga warganegara untuk lebih bersedia membentuk sebuah negara yang maju dan dinamik. Mungkin kita akan lalui kegagalan lebih teruk lagi dan krisis politik yang lebih kritikal. Itu adalah duri ranjau yang akan dilalui dalam membina makna bernegara.
Ini semua mematangkan kita dalam mengukur baju dengan badan sendiri. Negara ini bukan terbina sedekad atau sekurun lalu. Negara ini adalah warisan sejarah zaman berzaman. Negara ini bukan milik peribadi, parti atau kelompok sendiri. Negara adalah bayangan turun temurun kita semua.
Selamat bertugas KJ dan Ustaz Idris. Kerja saya adalah tetap menulis, mencatat sejarah bernegara untuk dibaca seribu tahun lagi!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/08/panas-muhaimin-dakwa-ini-kabinet.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 232 hits
August 24 2021 Meskipun calon Perdana Menteri Malaysia ke 9 selesai mengangkat sumpah Dato Seri Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian dalam memastikan kerajaan yang stabil dicapai Dalam tempoh tidak sampai 24 jam belia...
Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

Kajian Dakwa Malaysia Paling Teruk Didiami Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 201 hits
Sukarelawan memakai sut perlindungan diri bagi mengebumikan mayat mangsa Covid 19 di Tanah Perkuburan Muslim Raudhatul Sakinah di Kuala Lumpur pada 15 Jun lalu AFP KUALA LUMPUR Satu kajian baharu menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara...
Keluarga Malaysia Well Received

Keluarga Malaysia Well Received

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 265 hits
Busy day Ismail Sabri waving to journalists upon his arrival at Bangunan Perdana Putra in Putrajaya after an audience with the King in Kuantan BernamaPETALING JAYA Political parties across the divide believe the Keluarga Malaysia initiative...
Dap Must Prove It Represents Keluarga Malaysia

Dap Must Prove It Represents Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 185 hits
From Rahim ZainuddinThe joint statement issued by Prime Minister Ismail Sabri Yaakob and three opposition leaders on Wednesday must have caught many by surprise The brief communique suggests that bipartisan efforts are being made to reach a...
Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 259 hits
Kabinet baruKeluarga MalaysiaKeyakinan baruPencapaian 100 hari pertamaBekerja bersama rakyatKabinet memerlukan sokongan penjawat awamKata kata baru
Inilah Politik Berteraskan Keluarga Malaysia

Inilah Politik Berteraskan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 175 hits
SITUASI dan suasana politik sebelum pelantikan Perdana Menteri kesembilan membuatkan saya selalu teringat untaian ucapan lama Almarhum Tun Abdul Razak Hussein kepada semua ahli Parlimen Parti Perikatan sekitar tahun 1972 Frasa kesedaran hak...
Tentera Bawang Malaysia Serang Media Sosial Terkait Negara Ukraine Di Dakwa Perompak

Tentera Bawang Malaysia Serang Media Sosial Terkait Negara Ukraine Di Dakwa Perompak

papar berkaitan - pada 1/9/2021 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kem Ukraine yang melakukan protes pada final lontar peluru F20 mungkin menyaksikan mereka merangkul emas dan perak namun itu memberi petanda bahawa mereka mencari pasal dengan netizen Malaysia Susulan protes yang menye...
Keluarga Gagal Malaysia

Keluarga Gagal Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 296 hits
Sukar untuk kita menafikan keluarga Malaysia ada banyak masalah yang tidak selesai Keluarga satu kumpulan manusia yang hidup bersama dan diikat samada oleh perkahwinan keturunan atau pengangkatan Keluarga gagal pula bermaksud keluarga yang ...
Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

Pm Cadang Konsep Keluarga Malaysia Ajak Ahli Dewan Rakyat Bersatu

papar berkaitan - pada 23/8/2021 - jumlah : 248 hits
MALAYSIAKINIIsmail Sabri Yaakob ketika menyampaikan ucapan awam pertamanya sebagai perdana menteri hari ini menyeru semua ahli Dewan Rakyat untuk bersatu dan menggembleng tenaga sebagai keluarga Malaysia untuk memulihkan semula negara Ismai...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2