Inilah Politik Berteraskan Keluarga Malaysia


SITUASI dan suasana politik sebelum pelantikan Perdana Menteri kesembilan membuatkan saya selalu teringat untaian ucapan lama Almarhum Tun Abdul Razak Hussein kepada semua ahli Parlimen Parti Perikatan (Alliance Party) sekitar tahun 1972.Frasa ‘kesedaran hakikat’ (new realism) selalu diungkap Almarhum pasca peristiwa 13 Mei 1969 dan usaha awal pembentukan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Pesan Tun Razak, andai boleh saya ringkaskan – “Mana-mana parti atau mana-mana kerjasama politik mesti mempunyai kesedaran hakikat, tidak bersandarkan kepada kekuatan dan keangkuhan lama.”
Berteraskan prinsip inilah seluruh kekuatan struktur politik mesti dihalakan ke arah membina kesepakatan luar biasa. Titah ingatan Yang di-Pertuan Agong bahawa ‘yang menang tidak menang semua, manakala yang kalah tidak pula kalah semua’ wajar difahami melalui aspek tersebut.
Dinamik perbincangan dalam suasana ‘kekeluargaan’ membolehkan setiap isu dan masalah diselesaikan dengan baik serta berkesan. Tidak ada istilah mustahil apabila sesuatu masalah dan isu dibawa kepada ruang keluarga.
Tawaran dalam ucapan sulung Perdana Menteri adalah sesuatu yang ikhlas dan jujur. Kita semua, kalangan ahli Parlimen telah memberi janji dan iltizam langsung kepada Seri Paduka untuk membenih persekitaran politik serba baharu.
Rakyat mengimpikan binaan dan kerangka politik yang tidak terlalu terpisah atas dasar ideologi. Dalam kita berdepan cabaran pandemik, kita memerlukan kerangka politik yang sebenar-benarnya bersifat ‘nasional’ dan rentas kepartian.
Tidak ada salahnya andai semangat ‘kekeluargaan’ turut diterjemah dalam merealisasi beberapa keputusan dan strategi penting pada sidang Parlimen nanti. Kita berjeda sekejap daripada politik totok kepartian.
Barangkali ini manfaat yang benar-benar diingini rakyat. Pandemik dilihat melalui perspektif ‘kekeluargaan’ akan pastinya menginsafkan.
Wang bukan segalanya
Jutaan keluarga berdepan pelbagai kesukaran. Ribuan anak kecil menjadi yatim, malah piatu kerana Covid-19.
Entah berapa lagi jumlahnya yang kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan. Tanpa perspektif ‘keluarga’, apa kesan langsungnya kepada kita?
Faham dan amalan politik berteraskan semangat ‘Keluarga Malaysia’ mesti menjadi model baharu dalam masa terdekat.
Pendekatan ‘kembali kepada asas’ perlu terus mendahului kepentingan rakyat.
Terus terang majoriti rakyat cukup lega dengan keupayaan pimpinan parti-parti politik membuat buntelan keputusan untuk menamakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Mengangkat dan menjulang semula kehormatan politik tidak semestinya berasaskan kesumat dendam dan arus kesombongan.
Percayalah, sebarang beza pandangan, khilaf tanggapan yang ada mampu kita selesaikan dalam semangat kerjasama politik yang luhur dan asli.
Bersangka baiklah sesama pemimpin parti.
Muafakat rundingan, wajar menjadi wasilah untuk menyusun semula kekuatan dan kewibawaan keluarga politik.
Jangan mencipta kesumat – atas landasan kekalahan dan kerisauan peribadi. Setuju, parti lebih besar daripada mana-mana individu.
Gunalah sifir yang sama untuk melihat kelemahan dan kekhilafan diri sendiri.
“Dan jika mereka condong kepada perdamaian, maka condonglah kepadanya dan bertawakallah kepada ALLAH.
Sesungguhnya dialah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui.”(Surah al-Anfal:61).
Kerangka politik wajar menjadi ruang yang memuliakan persahabatan dan kerjasama.
Tidak meninggalkan sahabat ketika susah. Tidak mensabotaj watan kerana hati menjadi rentan.
Tidak menghina dan memperkecilkan peranan yang boleh diisi oleh teman-teman di denai politik yang berlainan.
Aturan ALLAH SWT ini seharusnya mengajar kita untuk lebih berhemah, bertawadduk dan rendah diri dengan kuasa.
Wang dan harta bukan segala-galanya. Dalam politik, akhlak dan peribadi mulia jua yang menjadi akar tunjangnya.
Kekuatan ‘kerjasama politik’ mesti dibina segera kerana kita tidak punya banyak masa.
Kita tidak boleh lagi cempala mulut, mengulangi permainan ‘politik persepsi’ dengan menyindir dan mencemuh kerajaan kerana dendam politik. Hari ini, kita perlu bersama memandu adicita negara.
Tempoh mendatang ini mesti diisi dengan abstraksi demokrasi yang positif dan mengubat luka politik yang dalam.
Rakyat menginginkan parameter politik yang lebih terbuka, yang lebih baharu dan mendahulukan kepentingan mereka. Ucapan awal YAB Perdana Menteri sudah membuka denai siyasah yang dimaksudkan.
Ini masa paling sesuai kita membuktikan diri sebagai pengamal politik yang matang.
Kita tidak wajar mengaci-aci diri sebagai demokrat tulen, pendokong kedaulatan dan keabsahan Perlembagaan – andai menolak jalur perdamaian yang cuba dihulurkan.
Ini masa dan waktu paling wajar, untuk kita memberikan seluas-luas ‘harapan’ kepada rakyat.
Sesungguhnya tidak ada absolutisme dalam politik. Yang ada dan wajar diperkukuh ialah fikrah persahabatan dan keikhlasan menyelesaikan keresahan dan kegusaran rakyat terbanyak.
Selari dengan nawaitu ‘Keluarga besar Malaysia’, kita semua ada tanggungjawab untuk membuka landskap politik yang serba baru dan positif.
Apa sahaja kesempatan yang ada, wajar digunakan untuk merangka polisi dan dasar yang memenuhi impian dan keinginan rakyat.
* Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican ialah Ahli Parlimen Kepala Batas dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO
 
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Senarai penuh kabinet baru Ismail Sabri Tak masuk akal Bersatu tanding banyak kerusi di Pahang Kabinet miliki 31 menteri, 38 timbalan menteri Ini kabinet PN 2.0, kata pembangkang PM bazirkan peluang tak lantik Azalina, Asyraf Wajdi dan Shahril Kluster Mahkamah hanya mahu perbicaraan adil Ceiling fan falls on family of 6 having dinner [VIDEO] Terkejut babi putih terjah depan rumah (Video) Alasan bergaduh dengan isteri, rupanya…. Resepi Bihun Goreng Tomyam Sempoi Pasangan kekasih berdepan detik cemas motosikal dihimpit, disamun Layari Laman Facebook MYKMU
 
100 hari bermula sekarang – Najib

 
The post Inilah Politik berteraskan ‘Keluarga Malaysia’ appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/08/27/inilah-politik-berteraskan-keluarga-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga Gagal Malaysia

Keluarga Gagal Malaysia

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 298 hits
Sukar untuk kita menafikan keluarga Malaysia ada banyak masalah yang tidak selesai Keluarga satu kumpulan manusia yang hidup bersama dan diikat samada oleh perkahwinan keturunan atau pengangkatan Keluarga gagal pula bermaksud keluarga yang ...
Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

Kerajaan Keluarga Malaysia Masih Belum Stabil Kabinet Bersaiz Mega Mungkin Berulang Kata Pemuda Amanah

papar berkaitan - pada 25/8/2021 - jumlah : 236 hits
August 24 2021 Meskipun calon Perdana Menteri Malaysia ke 9 selesai mengangkat sumpah Dato Seri Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian dalam memastikan kerajaan yang stabil dicapai Dalam tempoh tidak sampai 24 jam belia...
Lirik Keluarga Malaysia Ara Johari Sufi Rashid Masya Masyitah Putera

Lirik Keluarga Malaysia Ara Johari Sufi Rashid Masya Masyitah Putera

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 629 hits
nun dilangit cahaya bersinarmenyinari bumi merdeka ini masa buang permusuhan padamkan sengketa dijiwa ayuh bukapintu pintu dihatirapatkan jurang satukan tekad azam untuk
Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Keluarga Malaysia Diajak Tekad Pulihkan Negara Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 351 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak Keluarga Malaysia untuk bersama sama memulihkan negara dengan berjuang memerangi pandemik COVID 19 sekali gus memerdekakan Malaysia daripada kegawatan ekonomi dan ketidakstabilan polit...
Politik Politik Malaysia Tidak Lagi Boleh Terumbang Ambing Usahawira

Politik Politik Malaysia Tidak Lagi Boleh Terumbang Ambing Usahawira

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 224 hits
Malaysia tidak lagi boleh terus dibelenggu politik yang terumbang ambing tegas Perdana Menteri Caretaker Tan Sri Muhyiddin Yassin SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www ast...
Panas Muhaimin Dakwa Ini Kabinet Keluarga Malaysia 69

Panas Muhaimin Dakwa Ini Kabinet Keluarga Malaysia 69

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 163 hits
August 29 2021 Kini tiba waktu Pakatan Harapan fokus bersaing dalam pilihanraya umum akan datang Tidak payah sibuk mereka cipta angka dan mencari cari nombor dari mulut ahli parlimen untuk mengembalikan mandat pilihanraya lepas Antara luban...
Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

Keluarga Malaysia Kata Kata Baru

papar berkaitan - pada 27/8/2021 - jumlah : 262 hits
Kabinet baruKeluarga MalaysiaKeyakinan baruPencapaian 100 hari pertamaBekerja bersama rakyatKabinet memerlukan sokongan penjawat awamKata kata baru
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik