Kenapa Kami Terima Tawaran Mou Ini Akhirnya Khalid Samad Buka Mulut




Kenapa kami terima tawaran MoU ini?, Akhirnya Khalid Samad buka mulut. Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan (PH) agar bertemu di meja perundingan dengan beliau.

Pada dasarnya ianya dikatakan usaha untuk memenuhi nasihat YDP Agong supaya suhu politik negara diturunkan dan kestabilan politik tercapai. Dalam erti kata yang lain, supaya PH tidak berusaha untuk menjatuhkan beliau.

Secara ringkas, tawaran itu adalah:

1. Rang Undang-Undang Anti-Lompat Parti akan dibentangkan di Parlimen.

2. Pelaksanaan Undi18 dalam tempoh terdekat. Justeru, satu Rang UndangUndang Pindaan Perlembagaan akan dibentangkan.

3. Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun.

4. Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan Ahli Parlimen Kerajaan dan Ahli Parlimen Pembangkang.

5. Setiap Rang Undang-Undang termasuk Rang Undang-Undang Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama.

6. Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk memberikan pandangan dan cadangan penambahbaikan.

7. Ketua Pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri.

mou

‘Transformasi kerajaan’ ini memaktubkan nilai-nilai murni dan muafakat merentasi pelbagai latar agama, kaum, dan budaya dalam konteks Keluarga Malaysia, kata Ismail dalam kenyataan beliau kelmarin.

Kesemua tawaran ini adalah satu cadangan reformasi Parlimen yang sememangnya menjadi teras dalam perjuangan Pakatan Harapan sejak sekian lama iaitu ‘Reformasi’. Ianya bukan semenyeluruh seperti yang diperjuangkan PH, namun tiada yang boleh menafikan ianya sebahagian dari agenda ‘Reformasi’ yang pernah dan sedang dibawa.

Hampir kesemua tawaran Ismail ini adalah bersifat prinsip dan perjuangan, bukannya tawaran jawatan untuk para ahli Parlimen sebagaimana tawaran ‘schemes of thing’ yang ditawarkan kepada Ahli Parlimen BN dan PN oleh Mahiaddin sebelum ini.

Tawaran yang sama kekal dilakukan oleh Ismail Sabri selepas beliau mengambilalih tempat Mahiaddin, termasuk status ‘bertaraf Menteri’ kepada Mahiaddin sendiri. Sememangnya itu sahaja bahasa dan tawaran yang boleh memikat hati gerombolan ini.

Namun Ismail Sabri faham, bahasa dan tawaran yang sama tak akan ke mana sekiranya ditujukan kepada Ahli Parlimen PH. Bahasa dan tawaran yang boleh menarik PH ke meja perundingan adalah tawaran Reformasi, bukan jawatan atau kedudukan. Maka inilah yang ditawarkannya, bukan kerana dia sendiri memperjuangkan prinsip-prinsip berkenaan tetapi itulah yang diinginkan PH.

Jaminan balas yang diminta oleh Ismail dari tawaran ini pula adalah jelas dan sangat minima, iaitu tidak berusaha menggugat kerajaan beliau demi mempastikan kerajaan yang ada stabil sehingga pilihan raya umum akan datang.

Ia termasuklah tidak membuat undi tidak percaya, tidak menolak Belanjawan yang akan dikemukakan nanti dan tidak membuat apa-apa usaha yang boleh menggugat atau menyebabkan diri dan kerajaannya jatuh. Itu pun diberikan jaminan bahawa sebelum Belanjawan atau Rang Undang-Undang baharu dibentangkan, ianya akan dibincang dan dipersetujui secara prinsip terlebih dahulu oleh PH.

Pada masa yang sama, ia tidak menghalang PH dari mengkritik dan membantah tindakan mereka dalam semua persoalan yang lain jika mereka menyeleweng dari tuntutan demokrasi dan keadilan.

Tawaran ini pula dikemukakan ketika PH sudah berusaha secara serius untuk mengembalikan mandat rakyat yang diberikan dalam pilihan raya ke 14 lalu, namun semua usaha itu gagal.

Mahiaddin Berjaya dijatuhkan, tetapi mereka kembali Bersatu setelah kelihatan berpecah untuk melantik Kembali sesama mereka sebagai Perdana Menteri.

Sememangnya para pengkhianat, pencuri, perompak dan penunggang agama lebih seronok dan selesa untuk kekal bersama dari membenarkan PH kembali berkuasa. Kalau PH Kembali berkuasa, sudah pasti segala jawatan mereka akan hilang begitu sahaja.

Atas kesedaran bahawa kesatuan gerombolan ini adalah begitu

mantap

dan kukuh, maka PH sudah mengambil keputusan, cukuplah, setakat itu sahaja. Tempoh untuk PRU 15 pun bukan lama sangat lagi dan oleh itu ‘politiking’ perlu ditamatkan supaya tumpuan boleh diberi kepada persoalan menangani pandemik dan kemerosotan ekonomi serta masalah kehidupan rakyat.

Selepas keputusan itu dibuat, kini Ismail membuat tawaran reformasi kepada sistem yang ada sebagaimana yang diperjuangkan PH sebelum ini.

Apakah kita harus menolaknya? Inilah yang perlu difahami oleh pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan.

Buat masa sekarang, Majlis Presiden Pakatan Harapan sedang membuat penilaian serius terhadap tawaran ini dan membuat tawaran balas kepada kerajaan Ismail.

Kita telah melantik jawatankuasa lima anggota untuk berbincang dengan lima jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan Ismail untuk membincangkannya.

Ada yang berkata, jika kita menyokong cadangan Ismail ini bermakna Ismail yang menang dan beliau adalah roformer sebenarnya.

Bagi saya, ia tidak begitu. Ismail terpaksa menyokong reformasi yang kita cadangkan sebelum ini. Inilah antara manifesto yang kita cadangkan sebelum PRU 14 lalu.

Ismail terpaksa membuatnya untuk kepentingan kerajaannya dan kita pula mendapat reformasi sistem yang kita perlukan untuk kepentingan rakyat dan negara ini.

Saya ucapkan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana mengiktiraf bahawa perjuangan kami berpaksikan prinsip, dan oleh itu tawaran yang dibuat bersifat prinsip-prinsip Reformasi dan bukan tawaran jawatan. Ini satu pengiktirafan yang sangat berharga bagi kami.

Kedua, beliau melaksanakan program kami demi mendapatkan persefahaman bersama kami dan dengan itu membantu kami mencapai apa yang diperjuangkan kami selama ini. Rakyat dan negara akan mendapat manfaat dari Reformasi ini.

InsyaAllah PH akan mendapatkan kembali mandat rakyat dalam pilihan raya umum ke 15 dan melaksanakan sendiri segala cadangan dan idealisme perjuangan yang telah kita canaikan bersama sebelum ini.

Ini kerana, akhirnya, yang perlu bukan sekadar reformasi dari segi peraturan dan perundangan tetapi juga kepimpinan yang komitted kepada prinsip-prinsip reformasi ini sebelum ianya boleh dilaksanakan sepenuh dengan jayanya.

KHALID ABD SAMAD

MP Shah Alam

Pengarah Komunikasi AMANAH

Pada 12 September 2021

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/ulang-siar-kenapa-kami-terima-tawaran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

Panas Khalid Akhirnya Dedah Kenapa Ph Terima Tawaran Mou Kerajaan Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 216 hits
September 14 2021 Saya tertarik dengan usaha terbaharu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakub yang membuat tujuh tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan bagi memujuk Pakatan Harapan agar bertemu di meja perundingan dengan beliau...
Saya Yakin Kami Sampai Tepat 5 55 Petang Ziyad Akhirnya Buka Mulut

Saya Yakin Kami Sampai Tepat 5 55 Petang Ziyad Akhirnya Buka Mulut

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 172 hits
Jaguh lontar peluru negara Ziyad Zolkefli tampil memberi penjelasan tentang situasinya yang lewat dua minit ke Call Room dalam saingan akhir di Paralimpik Tokyo baru baru ini Saya pun keliru bila ada orang bertanya kenapa jurulatih saya tid...
Bersyukur Allah Selamatkan Pemandu Myvi Kuning Akhirnya Buka Cerita Nahas Lori

Bersyukur Allah Selamatkan Pemandu Myvi Kuning Akhirnya Buka Cerita Nahas Lori

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 259 hits
Dua hari lalu rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu nahas melibatkan 5 buah kereta dihentam oleh sebuah lori pasir di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh Dipercayai pemandu kenderaan berat terbabit sedang positif bahan terlarang Mu...
Terima Tawaran Kerajaan Diterajui Umno Anwar Tak Rasa Terhina Ke

Terima Tawaran Kerajaan Diterajui Umno Anwar Tak Rasa Terhina Ke

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 248 hits
agendadaily com13 9 2021Laporan berita sebelum ini Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak tawaran kerjasama dwipartisan yang dibuat Tan Sri Muhyiddin Yassin Termeterai sudah Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara blok ...
Akhirnya Wujudkan Mimpinya Caca Tengker Mantap Buka Praktek Sebagai Psikolog

Akhirnya Wujudkan Mimpinya Caca Tengker Mantap Buka Praktek Sebagai Psikolog

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 185 hits
Dikenal memiliki gaya parenting yang bagus kini Caca Tengker mantap melakoni profesi sebagai psikolog
Khalid Samad Tak Tolak Anak Murid Anwar Akan Jatuhkan Pm Lagi

Khalid Samad Tak Tolak Anak Murid Anwar Akan Jatuhkan Pm Lagi

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 150 hits
AGENDA DAILY Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim Seorang penyokong fanatik Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan anak muridnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama 14 Ahli Parlimen U...
Khalid Samad Pelik Sudah Ada 114 Sokongan Pun Masih Takut Bawa Usul Percaya

Khalid Samad Pelik Sudah Ada 114 Sokongan Pun Masih Takut Bawa Usul Percaya

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 165 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONPerdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak dapat lari dari anggapan bahawa dirinya kini sedang merasai ketakutan yang sama seperti bekas perdana menteri terdahulu Tan Sri Mahiaddin Md Yasin apabila enggan mem...
Pm Tak Buat Undi Percaya Kerana Sedar Dikelilingi Geng Pencuri Khalid Samad

Pm Tak Buat Undi Percaya Kerana Sedar Dikelilingi Geng Pencuri Khalid Samad

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 191 hits
Malaysiakini Khalid Abdul Samad mendakwa Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob cuba mengelak undi percaya kerana menurutnya dia menyedari dia dikelilingi geng pencuri yang tidak boleh dipercayai Dia sedar dia duduk bersama geng pencuri yang t...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation