Panas Khairy Tempelak Najib


 


March 18, 2021 Di sebalik persoalan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung jumlah vaksinasi yang rendah, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menempelak Ahli Parlimen Pekan itu.
Katanya, Najib telah membatalkan temu janji vaksinasi yang ditetapkan pada 6 Mac 2021 di Dewan Canselori, Universiti DRB Hicom, Pekan.
“Dalam pada Datuk Seri (Najib) mempersoalkan jumlah yang rendah ini, saya turut difahamkan Datuk Seri telah membatalkan janji temu vaksinasi yang ditetapkan,” katanya menerusi ruangan komen di hantaran Facebook Najib.
Menurutnya, kerajaan menyasarkan jumlah vaksinasi harian sehingga 160,000 pada pertengahan tahun iaitu Fasa Ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) apabila lebih banyak bekalan diterima.
“Sebelum ini saya telah beberapa kali menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Datuk Seri berkaitan jumlah vaksinasi harian tapi nampaknya, penjelasan saya mungkin tidak berjaya memuaskan hati Datuk Seri,” katanya.
Khairy yang juga Menteri Penyelaras PICK berkata, satu taklimat berkenaan vaksinasi akan diadakan kepada ahli Dewan Rakyat pada minggu hadapan.
“Surat jemputan telah pun dihantar dan disahkan telah diterima oleh pegawai Datuk Seri.
“Surat jemputan menerusi e-mel serta WhatsApp kepada pegawai Datuk Seri juga telah dihantar.
“Jadi saya berharap Datuk Seri dapat hadir pada hari tersebut dan boleh terus memberi pandangan atau lontarkan persoalan berkenaan PICK ini,” katanya.
Dalam pada itu Khairy turut berterima kasih kepada Najib yang sentiasa memberi teguran dan pandangan bagi memastikan PICK dapat dilaksanakan dengan jayanya.
“Pada masa yang sama, saya berharap Datuk Seri juga dapat membantu menggalakkan pendaftaran vaksinasi lebih-lebih lagi kepada rakyat di daerah Pekan memandangkan buat masa ini, hanya 13,020 orang penduduk (bersamaan 14.4 orang per kapita) di daerah Pekan yang telah mendaftar.
“Jangan tulis dan promosi di FB sahaja tapi turun juga di kawasan untuk menggalak dan membantu pendaftaran,” katanya.
Tambahnya, hanya dengan pendaftaran yang tinggi akan memungkinkan PICK berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan.
Najib dalam hantarannya menyifatkan kadar pemberian dos vaksin Covid-19 di negara ini masih rendah.
“Setakat semalam (Selasa), Malaysia telah berjaya memberi 321,331 dos vaksin sejak Program Vaksinasi negara bermula sejak 3 minggu lalu,” katanya.
Menurutnya, kadar itu bersamaan dengan 22,138 dos sehari ataupun 0.07 orang bagi setiap 100 penduduk Malaysia.












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/03/panas-khairy-tempelak-najib.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
After Khairy Najib Wants Sinovac Vaccine Too

After Khairy Najib Wants Sinovac Vaccine Too

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 290 hits
The long running row between former prime minister Najib Abdul Razak and Science Technology and Innovation Minister Khairy Jamaluddin over the Covid 19 vaccine issue on social media continues The latest exchange came after Najib voiced his ...
Khairy Tampil Betulkan Kesalahan Fakta Di Ruang Komen Fb Najib

Khairy Tampil Betulkan Kesalahan Fakta Di Ruang Komen Fb Najib

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 313 hits
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menyangkal kenyataan Facebook yang dimuat naik Datuk Seri Najib Razak berhubung pemberian vaksin yang didakwa tidak menepati sasaran Khairy tampil menjawab kenyataaan itu di ruangan kome...
Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

Panas Najib Dakwa Ada Menteri Kanan Kerajaan Pn Tidak Didakwa Atas Alasan Video Tak Cukup Hd

papar berkaitan - pada 13/3/2021 - jumlah : 360 hits
March 13 2021 2Rasanya ada seseorang bekas naib presiden parti sebelah sana yang juga ahli parlimen telah terbaca posting minggu lepas saya ini Beza antara ampu dengan lawan Berani lawan Berani kerana benar
Panas Razman Tempelak Tajuddin Bagi Kenyataan Liar

Panas Razman Tempelak Tajuddin Bagi Kenyataan Liar

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 249 hits
March 11 2021 Kenyataan Pas tidak boleh berkempen untuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia di mana mana kawasan yang bertembung dengan calon UMNO dalam Pilihan Raya Umum akan datang merupakan pandangan peribadi yang tidak mewakili parti Pesuruh...
Panas Najib Zahid Ku Li Bertemu Sebelum Pau Move Baru Yang Mendebarkan

Panas Najib Zahid Ku Li Bertemu Sebelum Pau Move Baru Yang Mendebarkan

papar berkaitan - pada 25/3/2021 - jumlah : 245 hits
March 25 2021 Antara pandangan serta isu isu yang diperbincangkan ialah 1 UMNO suara akar umbi Apa yang diputuskan oleh akar umbi UMNO mesti tegas mendengar dan melaksanakan amanah akar umbi tanpa sebarang kompromi 2 Perhimpunan Agung UMNO ...
Selepas Dipersoalkan Di Facebook Najib Dakwa Khairy Cari Publisiti

Selepas Dipersoalkan Di Facebook Najib Dakwa Khairy Cari Publisiti

papar berkaitan - pada 18/3/2021 - jumlah : 246 hits
MALAYSIA NOWNajib persoal kenapa dirinya tidak boleh beri laluan kepada barisan hadapan sedangkan orang lain boleh Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini menghalakan serangan media sosial kepada Khairy selepas menteri sains teknologi da...
Panas Kj Sanggah Najib

Panas Kj Sanggah Najib

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 203 hits
March 10 2021 Menteri Sains dan Teknologi Khairy Jamaluddin menegur Datuk Seri Najib Tun Razak yang dinyatakan hantaran berkenaan program vaksinasi sebagai salah fakta Khairy berkata lebih 90 peratus kumpulan penerima vaksin Fasa 1 adalah t...
Najib Can Afford A Smile Of Relief

Najib Can Afford A Smile Of Relief

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 323 hits
After few years of disappearance the lady facebooker who defended 1MDB galantly Lim Sian See has returned to the social media Her latest is on related to Goldman Sach admitance to giving bribes to 1MDB and government officials Soldier such ...
Tak Perlu Dua Darjat Saya Akan Bayar Saman Secara Sukarela Najib

Tak Perlu Dua Darjat Saya Akan Bayar Saman Secara Sukarela Najib

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 380 hits
Bekas Perdana Menteri mengakui membuat kesilapan semasa mengunjungi sebuah kedai nasi ayam di Kuala Lumpur dengan tidak mendaftar nama dan nombor telefon melalui aplikasi MySejahtera Saya menerima baik kritikan dan pandangan Ya benar Saya m...
Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told

Saravanan Calls On Hindus Not To Listen To Firdaus Wong Who Continues Attacks On Illegal Temples

Gambar Random Hari Raya