Panas Kerajaan Perak Akan Tumbang


mhdaily.net
12/10/2020 9:07 AM

Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan, menurut beberapa pemimpin PH negeri itu.

Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Bersatu di Perak seperti “bom jangka” yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Menurut Adun Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad, ada desas-desus mengatakan sebahagian pihak dalam Umno Perak tidak senang dengan Faizal yang juga merupakan timbalan presiden Bersatu.

“Saya boleh nampak ketegangan Umno dan Bersatu dalam banyak isu di negeri ini.

“Contohnya, kerajaan negeri masih tidak menyelesaikan isu pelantikan JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung), masih tiada pelantikan.

“Selain itu, isu salah guna kuasa dan kelemahan pendadbiran di Perak bukan dibangkitkan oleh PH sahaja, sebaliknya ahli Umno sendiri,” dakwanya kepada Malaysiakini.

Varisai yang juga Ketua Penerangan PKR Perak mengulas kenyataan Anwar Ibrahim bahawa dia akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah esok (13 Oktober) mempersembahkan butiran bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Ia kira-kira tiga minggu selepas Anwar membuat sidang media bagi mengatakan dia memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

Untuk rekod, pentadbiran di Perak juga bertukar daripada PH kepada Perikatan Nasional (PN) berikutan perubahan yang sama di peringkat persekutuan.

Varisai mendakwa sekurang-kurangnya enam Adun Umno sedia untuk bekerjasama dengan PH di Perak.

“Secara peribadi saya ada hubungan baik dengan beberapa Adun Umno yang kata mereka telah menekan pimpinan Umno agar menukar menteri besar dari kalangan parti mereka.

“Saya ramal kebanyakan Adun Umno akan mengikut langkah di pusat jika Anwar menubuhkan kerajaan bersama anggota Parlimen dari parti mereka.

“Setahu saya sekurang-kurangnya enam Adun Umno yang telah sedia berbuat demikian,” dakwanya lagi.

Sebelum ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata dia dimaklumkan ramai Ahli Parlimen Umno dan BN yang menyokong Anwar dan dia tidak boleh menghalang perkara itu.

Bagaimanapun kenyataan itu dikritik beberapa pemimpin parti itu yang menyifatkan Zahid selaku presiden perlu menetapkan hala tuju yang jelas untuk Umno.

Semalam pula, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan serta Setiausaha Agung BN dan Muafakat Nasional Annuar Musa masing-masing menegaskan Ahli Parlimen parti mereka kekal menyokong kepimpinan Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, bekas menteri besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa sejumlah Adun akan mengikut jejak langkah Ahli Parlimen kawasan mereka untuk menyokong PH.

“Adun-adun ini akan mengikut MP Umno dari kawasan mereka yang menyokong Anwar di peringkat pusat,” dakwanya ketika dihubungi.

Dia yang merupakan Adun Sungai Rapat itu mendakwa perkara sama juga akan berlaku di Kedah, Melaka dan Johor.

Bekas exco kerajaan negeri A Sivanesan pula berpendapat tidak mustahil untuk kerajaan PN tumbang, dengan membangkitkan jumlah kerusi yang dipegang Umno dan DAP di Perak.

“Bagi saya, gabungan Bersatu, Umno dan PAS di Perak umpama satu ikatan terpaksa walaupun tidak setuju dengan banyak perkara.

“Kalau mengambil kira kerusi dikuasai DAP dan Umno di Perak, sudah mencukupi untuk majoriti dua pertiga,” katanya.

Perak mempunyai 59 kerusi Dewan Undangan Negeri. Selepas PRU14, PH menguasai 30 kerusi yang terdiri daripada 18 kerusi DAP, Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua

Pentadbiran Perikatan Nasional (PN) Perak kini menguasai 35 kerusi dengan Umno (25), PAS (tiga), Bersatu (empat) dan tiga kerusi bebas (yang dipegang oleh bekas anggota DAP dan Amanah).

Menurut Sivanesan yang merupakan naib pengerusi DAP Perak, lebih mudah untuk bekerja dengan “musuh” berbanding “pengkhianat”.

“Ketika menjadi exco, saya biasa terima panggilan daripada pemimpin Umno yang minta bantuan berkaitan isu rakyat dan kawasan dan saya bantu mereka.

“Maka, tidak mustahil untuk menubuhkan kerajaan yang merangkumi Umno dan PH dalam satu gabungan,” katanya lagi.

Bagaimanapun Pengerusi Umno Perak Saarani Mohamad menafikan bahawa Adun parti itu sedia bekerjasama dengan PH walaupun mungkin berlaku perubahan di peringkat persekutuan.

“Ia satu mimpi ngeri. Kita (Umno Perak) yang tubuhkan gabungan PN di Perak. Jadi tiada sebab bagi kami menyokong Anwar.

“Mungkin di persekutuan betul (ada MP sokong Anwar). Ada yang kata kerusi (kedudukan PN) sedang goyang tetapi tidak di Perak.

“Kami ada 35 kerusi…tidak ada goyang. Tak perlu mengalih sokongan kepada PH,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/546145

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/10/panas-kerajaan-perak-akan-tumbang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nak Kekalkan Kerajaan Perak Hingga Pru 15 Kena Muafakat Kata Razman

Nak Kekalkan Kerajaan Perak Hingga Pru 15 Kena Muafakat Kata Razman

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 191 hits
Muafakat Nasional perlu berbincang dan berlapang dada dalam isu agihan kerusi sekiranya mahu terus mentadbir kerajaan negeri Perak pada pilihan raya umum akan datang Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria berkata ini bermakna tiada lagi istil...
Rasa Tak Puas Hati Dalam Umno Perak Ancam Kerajaan Negeri Rapuh

Rasa Tak Puas Hati Dalam Umno Perak Ancam Kerajaan Negeri Rapuh

papar berkaitan - pada 13/10/2020 - jumlah : 224 hits
Kerajaan Perak berisiko tumbang selepas hampir 7 bulan akibat rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin Umno negeri terhadap rakan gabungan mereka PPBM kata seorang pemimpin parti itu Pemimpin yang tidak mahu dinamakan itu memberitahu FM...
Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

Umno Kata Jangan Mimpi Untuk Perak Tumbang Walaupun Tak Serasi Dengan Bersatu

papar berkaitan - pada 12/10/2020 - jumlah : 251 hits
Tidak mustahil pentadbiran Perak pimpinan Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan tumbang jika berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan menurut beberapa pemimpin PH negeri itu Ini kerana mereka mendakwa hubungan antara Umno dan Ber...
Cadangan Tubuh Kerajaan Sementara Jika Pn Tumbang Kata Orang Dalam

Cadangan Tubuh Kerajaan Sementara Jika Pn Tumbang Kata Orang Dalam

papar berkaitan - pada 19/10/2020 - jumlah : 178 hits
PETALING JAYA Ketika rundingan PPBM dan Umno diteruskan beberapa ahli Parlimen Barisan Nasional dikatakan mendesak kerajaan sementara yang dibantu sejumlah menteri dan Majlis Perundingan Nasional diwujudkan Orang dalam BN berkata ada pihak ...
Penat Perjuangkan Hak Pendidikan Samarata Kerajaan Pula Cadangkan Tabika Elit Untuk Bezakan Miskin Kaya

Penat Perjuangkan Hak Pendidikan Samarata Kerajaan Pula Cadangkan Tabika Elit Untuk Bezakan Miskin Kaya

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 236 hits
Baru baru ini Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad menyatakan Jabatan Kemajuan Masyarakat akan mewujudkan taman bimbingan kanak kanak elit sejajar kemajuan dalam bidang pendidikan awal kanak kanak Tabik...
Kerajaan Tebuk Atap Bakal Berkubur

Kerajaan Tebuk Atap Bakal Berkubur

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 158 hits
Macam aku pernah sebut dulu kerajaan tanpa mandat rakyat dapat kuasa ikut atap takkan dapat keberkatan Allah Sebab itu macam2 berlaku Menteri ramai pecah rekod sampai 70 menteri dan timbalan dan melambak MP dilantik ketuai GLC tapi tidak ma...
Kerajaan Mandat Rakyat Diharap Selesai Masalah Kebajikan Veteran Tentera Dan Juga Reformis

Kerajaan Mandat Rakyat Diharap Selesai Masalah Kebajikan Veteran Tentera Dan Juga Reformis

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 258 hits
Kerajaan baharu mandat rakyat sekiranya berjaya ditubuhkan diharap akan dapat menyelesaikan masalah kebajikan golongan veteran tentera yang telah berlarutan sejak berdekad dekad lalu Aktivis NGO Pahlawan Kapten Zulkefly Othman berkata masal...
Dalil Kerajaan Pn Wajib Ditukar Segera

Dalil Kerajaan Pn Wajib Ditukar Segera

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 138 hits
By Norman RadzuanSaranan KJ Ahli2 Perniagaan bukan kerana AnwarBAHAYA EKONOMI NEGARA JIKA DI BAWAH PNHari ini saya ingin mengulas dalil kenapa kerajaan PN wajib dijatuhkan tanpa menggunakan nas dan hadis kerana hujah tersebut hanya boleh di...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

Di Ambang Inflasi Bagaimana Dow Jones Dan S P Bertindak Untuk Sesi Ketiga Berturut Turut



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Gaya Hidup Sihat 8 Perkara Yang Perlu Anda Amalkan

Ceo Flutter 2023

Hari Ini 3 Lucu Di M Sia K Jaan Gagal Sayur Kisah Cinta

Boikot Kk Mart Bukan Speedmart

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

The Ultimate Home Cycling Adventure Beaches Mountains And Music