Panas Guan Eng Dedah Kerjasama Dap Umno


 



February 5, 2021 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata keadaan politik negara sangat tidak menentu untuk membuat sebarang keputusan berhubung desa-desus kerjasama parti itu dengan Umno sebelum atau selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Bagaimanapun, Lim mengesahkan bahawa Umno dan DAP ada berbincang ketika krisis politik Perak berlaku baru-baru ini yang menyaksikan pengerusi Umno negeri itu Saarani Mohamad menggantikan Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu sebagai menteri besar hujung tahun lalu.
Bagaimanapun kata Lim, apa yang berlaku di Perak terbatas kepada perbincangan saja.
“Di Perak, apa yang berlaku adalah berbincang, belum sampai ke tahap membuat keputusan untuk bersama… berbincang sahaja.
“Jadi, saya rasa tidak salah untuk berbincang,” katanya
Ahli parlimen Bagan itu berpendapat tiada salah untuk DAP kalau sekadar berbincang dengan Umno.
Kalau berbincang pun dianggap salah, katanya, sudah tentu DAP tidak akan menyertai jawatankuasa khas yang ditubuhkan untuk menasihat Yang di-Pertuan Agong berhubung pengisytiharan darurat.
Lim berkata demikian semasa menjawab soalan Felo Majlis Profesor Negara (MPN) Dr Muhammad Asri Mohd Ali dalam program Minda Profesor Negara hari ini.
Sesi membincangkan persoalan sama ada DAP sedia bekerjasama atau tidak dengan Umno di peringkat pusat sebelum atau selepas PRU15. Ia disiarkan secara langsung dalam Facebook turut disertai Presiden MPN, Prof Dr Raduan Che Rose.
Harus galakkan perbincangan
Kata Lim dengan keadaan yang tidak sangat menentu sekarang keputusan berkenaan mewujudkan gabungan dengan parti lain perlu melihat keputusan PRU15.
“Apa yang pasti ialah dalam keadaan sedia ada, PH (Pakatan Harapan), PN (Perikatan Nasional) dan BN, yang mana satu akan menjadi tunjang utama, saya rasa rakyat akan putuskan,” katanya.
Pada masa sama bekas menteri kewangan itu juga berkata kekangan untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana pihak bukanlah suatu keadaan yang sihat.
“Dalam kalangan rakyat Malaysia, kita harus mengalakkan perbincangan dan juga sembang antara satu sama lain,” tambahnya lagi.
Untuk rekod, sewaktu kemelut politik berlaku di Perak pada Dis lalu, langkah Umno menaikkan calon mereka mengisi jawatan menteri besar tertangguh untuk seketika apabila parti itu gagal mendapatkan jumlah majoriti untuk dipersembahkan kepada Sultan Nazrin Shah.
Umno sebelum itu membawa usul percaya Ahmad Faizal sebagai menteri besar dan ia gagal mendapat sokongan majoriti. Semua Adun PH mengundi untuk menolak usul itu bersama Adun Umno.
PAS pula pada awalnya berikrar untuk tidak menyertai pembentukan kerajaan baru negeri, malah parti itu gagal hadir menghadap Sultan Perak seperti yang dititahkan.
Ketika itu ada desas-desus yang mengatakan Umno terbuka mengadakan kerjasama dengan PH – termasuk DAP – bagi membentuk kerajaan negeri.
PAS kemudian mengubah pendirian mereka tidak lama selepas itu dan presidennya Abdul Hadi Awang menghadap sultan untuk meminta maaf. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/02/panas-guan-eng-dedah-kerjasama-dap-umno.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

Dap Pkr Umno Grand Coalition Only After Ge15 Says Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 256 hits
DAP secretary general Lim Guan Eng said it would be better for a grand coalition to be forged after the next general election due to the current political uncertainty The situation is very fluid In such times it is better to first look at t...
Why Not Write About Guan Eng And Azmin Says Umno Man

Why Not Write About Guan Eng And Azmin Says Umno Man

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 227 hits
Umno supreme council member Puad Zarkashi said Tommy Thomas was trying to justify his actions as attorney general PETALING JAYA Umno Supreme Council member Puad Zarkashi has questioned why former attorney general Tommy Thomas did not mentio...
Dap Boleh Kerjasama Dengan Umno Dalam Norma Baharu Politik

Dap Boleh Kerjasama Dengan Umno Dalam Norma Baharu Politik

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 267 hits
Kerjasama antara DAP dan Umno bukan perkara yang mustahil dalam norma baharu politik kata Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Ng Suee Lim Adun Sekinchan itu memberitahu The Malaysian Insight beliau menyokong cadangan supaya DAP bekerjasa...
Kalau Umno Pkr Dap Kerjasama

Kalau Umno Pkr Dap Kerjasama

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 239 hits
SIFIRnya mudah Kalau UMNO PKR DAP bekerjasama org mcm Annuar Musa tak akan jadi Menteri malah dia akan diketepi Jenis kaki penting diri ni nasib UMNO sbgai sebuah parti Melayu pun dia tak peduli Sama mcm AtukSAKATua juga AtukSAKATua sanggup...
Kerjasama Dap Dan Umno Ngam

Kerjasama Dap Dan Umno Ngam

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 234 hits
APA kebaikan DAP yang tidak ada pada umno APA keburukan umno yang tiada pada DAP Bagai pinang di belah dua Memperalat dan menunggang bangsa setiap kali pilihanraya tamak haloba secukup rasa bila kuasa sudah dapat
Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

Anwar Ibrahim Masih Pilihan Dap Sebagai Calon Pm Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 197 hits
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi pilihan utama DAP sebagai calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan untuk berdepan Pilihan Raya Umum ke 15 dalam masa terdekat Perkara itu ditegaskan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan En...
Memory Loss Guan Eng S Criticism Of Perikatan Courts Brickbats Online

Memory Loss Guan Eng S Criticism Of Perikatan Courts Brickbats Online

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 210 hits
When you were finance minister you asked rakyat to ikat perut says social media user Lim Guan Eng was hit with a flood of criticism online after speaking in a webinar hosted by the National Council of Professors today The webinar titled Mal...
Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

Menggantung Parlimen Tak Bantu Selesaikan Masalah Ekonomi Negara Guan Eng

papar berkaitan - pada 26/1/2021 - jumlah : 322 hits
Pada 26 Januari 2021oleh AzieraOleh Aziera NHSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata penggantungan Parlimen oleh Kerajaan Perikatan Nasional tidak akan membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah dalam krisis Covid 19 ini Guan Eng ya...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Menu Egg Stra Ong Kembali Di Marrybrown

Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff