Panas Giler Cuaca Alor Setar Petang Tadi


Bismillahirrahmanirrahim
Allahummasolli 'ala Sayidina Muhammad,... Tengahari tadi kelihatan langit mendung, nak hujan dah petang ni, terlintas dalam hati. Tiba-tiba dalam pukul 1 tengahari tadi, awan mendung berlalu, cahaya matahari terik memancar semula. Suasana sekeliling sangat cerah. Rupa-rupanya hujan tak jadi sebab matahari sangat terik. Bukan sahaja cahaya terang benderang di langit, malah ia turut meghasilkan bahang panas yang sangat kuat.



Muka terasa pedih ditiup angin panas. Bibir pun terasa kering. Bila check cuaca hari ni Google, ingatkan suhu dah hampir cecah 40 darjah Celcius, dalam 37 atu 38, tetapi rupa-rupanya 33 darjah Celcius. Tetapi tahap humidity tengahari tadi sehingga 71%. Patutlah rasa sangat rimas.



Di dalam rumah, dinding pun rasa seperti mengeluarkan haba. Angin hasil dari kipas yang berpusing nombor 5 yang terpasang pon tak rasa sejuk. Si Sulaiman dan Adam bertuala jer depan tv selepas mandi tadi. Badan dan rambut tidak di lap - biar dia kering sendiri.

Panas betul ni. Walaupun awan penuh atas langit. Mungkin sebab panas sangat awan penuh atas langit. Ya ke macam tu. Tapi kulit muka ni dah rasa pedih juga lah... Lepas mandi, untuk solat zohor tadi... air di badan pon cepat saja kering. Rasanya kain tuala yang guna tadi pon dah hampir kering di ampaian tu... Panas betul hari ni. Semoga dengan ketidakselesaan ini, banyak juga dosa-dosa kecil terhapus. Ini juga sebahagian dari ujian jugak lah.


Subhanallah... Allahuakbar... panasnya.

Err.. tapi, adakah aku sorang yang rasa sebegini panas? Sebab panas ni rasa luar biasa sikit. Lantai kayu rumah pon rasa berhaba. Keadaan ini mengingatkan kepada cuaca dua atau tiga tahun lepas, yang sekolah terpaksa ditutup kerana tahap jerebu tinggi akibat pembakaran hutan di Australia. Ada beberapa hari pada hari tersebut, cuacanya terasa panas seperti ini,

Kalau aku jer yang rasa luarbiasa panas ni... istighfar banyak2 lah... Astaghfirullahal'azeem...


Awan penuh di langit tetapi panas terik... Lastly, I just had to do it... Amik semangkuk air, bubuh air batu ais... celup tuala Good Morning tu, lap muka dan letak atas kepala... macam jeram orang demam. Wah... lega rasanya.
Sambil duduk di sofa tengok tv... sambil celup tuala dalam air ais, perah, letak atas kepala. Tu pun, sekejap jer tuala tu lembap, tak sampai 3 minit, dah kering dah... tak lah kering betul, cuma dah tak sejuk... mungkin sebab buka kipas pusing paling laju...

Yang mungkin jadi hangat sangat cuaca tengahari tadi ni, bukan saja sebab panas terik matahari kut. Mungkin sebab aku dah terhilang sabar sikit... bukan sikit jugak lah... dekat dekat tengahari tadi. Benda paling aku pantang berlaku tiba-tiba berlaku... yang dah lama jugak tak berlaku... Hati jadi panas pelik, sampai aku jawab pon sambil berpaling ke belakang tak tengok dia dah... sambil jalan terus juga.. Aku jawab ... Ya... Ya... jer... Aku jarang nak kurang ajar dengan orang ni... Tapi kes kau ni, kes typical tapi lama dah tak berlaku... Hipokrit!. Nampak macam baik... tapi tak tunai janji dengan kurang rasa bersalah... (Kalau betul-betul rasa bersalah, tak apa lagi... teori aku tak betul, tapi bila kurang rasa bersalah... mengukuhkan teori aku). Patut lah jugak ada bau-bau dia sejak akhir-akhir ni. Aku pantang mulut sebut nama Allah... Tapi buat tak kisah dengan janji. Bab janji ni akibat dia neraka wail... bukan remeh. Nanti aku sembang dalam entri lain bab janji ni.

Hahaha... ya  dah perasan... Panas hari ni sebab panas lain sama. Panas ni, rasa macam pening-pening, macam tak boleh nak berfikir dengan straight... last-last angin sejuk bertiup kuat kat muka dengan bunyi guruh hingaq (hungar) kat luar buat aku terkejut jaga. Nah... sampai tertidur. Dan sekarang hujan punya lebat kat luar sana...

Aku tadah tangan.. Allahumma inna nas aluka ridhaka wal jannah, wa na'u zubika min sakha tikawannar... Allahumma innaka 'afu wunkarim, tuhibbul afwa, fa' fuanna... Astaghfirullah hal 'azeem... kurang bercubit-cubit pahala puasa ku hari ini. Jam pon dah menunjukkan hampir pukul 4 ptg. Elok lah bersiap-siap untuk solat Asar pulak...



--












Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wafacw.blogspot.com/2020/05/panas-giler-cuaca-alor-setar-petang-tadi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Umno Pas Adakan Sesi Perbincangan Khas Petang Tadi

Umno Pas Adakan Sesi Perbincangan Khas Petang Tadi

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 401 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan satu perbincangan khas diadakan di antara kepimpinan tertinggi UMNO dan Pas di pejabat Muafakat Nasional di bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra petang tadi
Pasukan Ini Boleh Didapatkan Secara Percuma Pada Musim Panas Nanti

Pasukan Ini Boleh Didapatkan Secara Percuma Pada Musim Panas Nanti

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 322 hits
Memandangkan kebanyakan pasukan kini sedang mengalami kerugian besar akibat dari impak kewangan disebabkan pandemik COVID 19 yang sedang melanda di seluruh dunia Oleh yang demikian pada musim panas akan datang terdapat pemain yang sudah keh...
Panas Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq Usop Wilcha Minta Izin Polis Tiber Abu Syafiq Balas Balik

Panas Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq Usop Wilcha Minta Izin Polis Tiber Abu Syafiq Balas Balik

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 394 hits
PANAS Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq Usop Wilcha Minta Izin Polis Tiber Abu Syafiq Balas BalikrePublish Berita Terkini MalaysiaPANAS Mahu Ludah Muka Ustaz Abu Syafiq Usop Wilcha Minta Izin Polis Tiber Abu Syafiq Balas Balik Medium perkong...
Sebab Kenapa Kita Dilarang Meniup Minuman Panas Yang Hendak Diminum

Sebab Kenapa Kita Dilarang Meniup Minuman Panas Yang Hendak Diminum

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 342 hits
JANGAN MENIUP MINUMAN PANAS YANG HENDAK DIMINUMNABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yg akan diminum Hendak Tahu Kenapa Baginda melarang Baginda tidak menerangkan kenapa tapi beliau melarang keras hal tersebut ternyata...
Panas Terlanjur Guna Perkataan Melayu Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Tekstil Jakel

Panas Terlanjur Guna Perkataan Melayu Netizen Anjur Kempen Boikot Gedung Tekstil Jakel

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 1018 hits
Ramai yang tidak berpuas hati dengan kandungan IG Story adik bongsu pemilik gedung tekstil Jakel iaitu Muzaffar yang dikatakan telah terlanjur guna perkataan yang menghina Melayu selepas daripada pengumuman Perdana Menteri bahawa beberapa s...
Solusi Mengatasi Masalah Mesin Pompa Air Yang Cepat Panas

Solusi Mengatasi Masalah Mesin Pompa Air Yang Cepat Panas

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 314 hits
Kejadian dimana mesin pompa air dirumah cepat panas saat dipakai sudah merupakan suatu masalah yang perlu diatasi dengan segera karena apabila dibiarkan maka bukan tak mungkin akan membuat kerusakan yang lebih fatal atau lebih parah lagi mi...
Rentasan 673 Panas Ini Punca Kerajaan Pn Didesak Adakan Sidang Parlimen Penuh

Rentasan 673 Panas Ini Punca Kerajaan Pn Didesak Adakan Sidang Parlimen Penuh

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 331 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 673 1 PERIKATAN NASIONAL TAKUT SIDANG PARLIMEN 2 BERSATU UMNO BERANTAKAN DI JOHOR 3 LANGGAR PKP ADA JENAYAH DUA DARJAT 4 JANGAN REMEHKAN PENCEROBOHAN KAPAL CHINA
Gelombang Panas Paling Tinggi Bakal Melanda

Gelombang Panas Paling Tinggi Bakal Melanda

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 280 hits
Vietnam tahun ini diramal mengalami suhu panas paling tinggi menurut laporan terbaru Pentadbiran Meteorologi dan Hidrologi lapor agensi berita Vietnam pada Isnin Pada Mei negara akan mengalami lebih banyak cuaca panas berbanding bulan sama ...
Lepas Group Masak Apa Tak Jadi Kini Turn Suami Masak Apa Hari Ini Bikin Panas Di Fb

Lepas Group Masak Apa Tak Jadi Kini Turn Suami Masak Apa Hari Ini Bikin Panas Di Fb

papar berkaitan - pada 5/5/2020 - jumlah : 556 hits
Peringatan Group ini hanya untuk para suami sahaja tau small Cover image via Suami Masak Apa Hari Ini Facebook small Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu telah menyebabkan satu group yang dikenali sebagai Masak Apa Tak Jadi Hari Ini ditubu...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm