Pamerkan Gaya Menawan Di Hari Raya Jazz Co Melancarkan Koleksi Raya Bersama Dina Nadzir


Apabila fesyen menjadi topik perbincangan, golongan berbadan besar seringkalidipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana. Namun kehadiran portal atas talianJazz & Co mampu menghentikan tanggapan ini dengan pelancaran Koleksi Baju Raya PlusSize Dina Nadzir baru-baru ini. Hadir dengan penampilan lebih segar, koleksi inimembuktikan komuniti berbadan besar sama seperti orang lain dan mampu bergaya padamusim perayaan ini





Koleksi ini dilancarkan bersama Dina Nadzir, yang juga merupakan duta Jazz & Co yangbaru sahaja dilantik. Dina yang juga naib juara Malaysian Idol musim pertama sebenarnyasudah menjalinkan kerjasama dengan Jazz & Co bagi mempromosikan nilai positif sertakeyakinan diri sebelum ini. Berikutan kerjasama yang cukup berjaya, Dina sekali lagidiundang bagi menggayakan koleksi raya pada tahun ini




"Sebagai duta, saya berpeluang mendekati wanita yang turut berhadapan masalah rendahdiri dan kurang keyakinan diri disebabkan masalah berat badan. Walaupun setiap individudisaran berusaha untuk kekal sihat, namun keyakinan serta kepercayaan kepada diri adalahkunci kejayaan paling utama," kata Dina

Tambah Dina lagi, kebanyakan wanita berbadan besar bimbang ketika mendapatkanbusana kegemaran mereka disebabkan tiada ukuran. Namun menerusi platform seperti Jazz &Co, semua kebimbangan ini dapat diatasi apabila mereka boleh mendapatkan pakaiankegemaran pada bila-bila masa




“Koleksi raya kali ini pastinya akan lebih diingati disebabkan konsepnya yang bolehdigayakan ke pejabat atau beraya di rumah," katanya

Koleksi baju raya Dina menampilkan motif bergaya corak bunga serta bentuk geometribagi memberikan pelbagai pilihan kepada penggemarnya. Ia tampil dengan palet rona gelapbagi menampakkan imej sofistikated terutamanya bagi wanita moden yang mementingkangaya. Warna terang pula membangkitkan gaya segar dan terkini kepada si pemakai. Pastinyakoleksi ini bakal menjadi ikutan pada lebaran kali ini. Selain itu, rekaan serta perincian padabusana membolehkan ia untuk digayakan bukan sahaja ketika musim perayaan tetapi juga kepejabat dan untuk aktiviti kasual




Menurut Pengarah Jazz & Co Jasdeep Katari, koleksi raya 2019 menampilkan padananyang lebih segar serta nampak lebih muda. Aksi gaya bersahaja yang ditonjolkan menjadikanbusana digayakan tampil anggun dan memikat

"Kami gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dina untuk kesekian kalinya. Inikerana kami sangat memahami keresahan golongan ini apabila tidak berjaya memperolehbusana disebabkan tiada saiz, potongan yang kurang menarik serta pilihan yang tidakmenggambarkan usia mereka," katanya

Memahami kehendak pelanggan, Jazz & Co menyediakan rekaan yang lebih mesra sertamembiarkan pembeli meneroka siluet dengan gaya yang cukup berbeza

Tambah Jasdeep, “Secara langsung atau tidak, diskriminasi terhadap komuniti bertubuhbesar bukanlah perkara yang aneh. Oleh itu, sebagai jenama pakaian yang mewakili komunitiini, kami ingin memainkan peranan untuk memperkasakan pengguna kami dan menyuntiksemangat baru bagi mereka semua. Pada akhirnya, ia bukan mengenai saiz yang dipakai,sebaliknya bagaimana mereka memakainya.”


Selain Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir, Jazz & Co turut menyediakan pakaiankasual dan ke pejabat pada harga yang sangat berpatutan. Di samping membeli pakaianberkualiti dengan potongan busana yang cantik, pembeli Jazz & Co boleh membuat pilihanukuran saiz mereka sama ada 12 hingga 22 untuk wanita dan L sehingga 5XL untuk lelaki

Bermula 9 Mei sehingga 30 Jun 2019, pelanggan boleh mendapat potongan hargasehingga 30 peratus apabila mereka memasukkan kod promo JAZZRAYA2019. Diskaun inihanya boleh diperoleh sekali untuk satu akaun pembeli, selagi stok masih ada. Di samping itu,penghantaran dalam Malaysia adalah percuma

Untuk maklumat lanjut mengenai Jazz & Co, sila layari Instagram dan Facebook@jazzncofashion, atau terokai www.jazznco.com untuk melihat pelbagai saiz koleksi danpakaian lain yang menarik



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ienaeliena.com/2019/06/pamerkan-gaya-menawan-di-hari-raya-jazz.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelancaran Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir Dari Jazz Co

Pelancaran Koleksi Baju Raya Plus Size Dina Nadzir Dari Jazz Co

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 962 hits
Hi Korang Apabila fesyen menjadi topik perbincangan golongan berbadan besar seringkali dipinggirkan terutama daripada segi pemilihan busana Namun kehadiran portal atas talian Jazz Co mampu menghentikan tanggapan ini dengan pelancaran Koleks...
Koleksi Pantun Dan Ucapan Hari Raya

Koleksi Pantun Dan Ucapan Hari Raya

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 1338 hits
Tak sabar rasanya nak menyambut Hari Raya dan sudah tentunya pelbagai persiapan telah dilakukan Tapi rasanya tak lengkap kalau tak de ucapan berbentuk sekola mahupun pantun menyantuni hari kemenangan umat Islam Kan Memang tak sah rasanya ti...
Kisah Hari Raya Ke 2 Sa

Kisah Hari Raya Ke 2 Sa

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 406 hits
Hi korang Hari raya kedua SA masih di Kuala Pilah gerak dari rumah Seremban dalam pukul 10 pagi macam tu as usual jalan sangat jammed ke arah Kuala Pilah haih pagi lagi dh jammed kami 3 kereta kot pi sana mula ingat nak patah balik tapi ter...
Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi Ehhh

Kenapa Juadah Rendang Hari Raya Korang Cepat Basi Ehhh

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 837 hits
Terbaca di FB keluhan beberapa orang yang juadah rendang Hari Raya untuk di buat hidangan menjadi basi dan tak dapat di hidangkan pada tetamu Kesian aku mendengar cerita mereka Sepanjang pengetahuan aku tak pernah lagi terjadi pada aku dan ...
Selamat Hari Raya 1 Syawal Yang Riang Gembira

Selamat Hari Raya 1 Syawal Yang Riang Gembira

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 696 hits
assalamualaikum salam dihulur di Syawal ke 9 hi hi hi dah ptg Syawal ke 9 pun dah tapi baru la sempat nak up gambar 1 Syawal with the of my life SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN tema hijau thn ni bersama Abah Emakthn ni turn beraya di Mel...
Kecewa Bila Timbang Ini 3 Cara Mudah Untuk Elak Berat Naik Selepas Hari Raya

Kecewa Bila Timbang Ini 3 Cara Mudah Untuk Elak Berat Naik Selepas Hari Raya

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 533 hits
Sedar tak sedar dah 11 hari umat Islam menyambut hari lebaran Suasana terasa begitu meriah dengan jemputan rumah terbuka di sana sini Sesungguhnya hari raya ini digambarkan sebagai syurga makanan sentiasa penuh dengan juadah yang begitu ena...
Kalori Makanan Hari Raya Dan Cara Membakar Kalorinya

Kalori Makanan Hari Raya Dan Cara Membakar Kalorinya

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 423 hits
Hari raya bakal menjelang Seronok sebulan puasa turun sampai 15kg tapi bila hari raya tiba makan tak ingat dah naik 10kg hahaha Berikut merupakan makanan yang terkenal waktu hari raya Mengandungi maklumat kalori dan info yang berkaitan untu...
Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 801 hits
Sk Kubang Kerian 2 Tanggal 13 Jun 2019 majlis sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah telah dilaksanakan dalam suasana yang sederhana namun tetap meriah Dimulakan dengan do oleh ustaz Mohd Azman B Mohd Zain diikuti dengan ucapan oleh Tuan Guru...
Senarai Program Tv Meriah Hari Raya 2019

Senarai Program Tv Meriah Hari Raya 2019

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 1490 hits
Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 TV Astro dan Media Prima menyajikan pelbagai program rancangan menarik bagi memeriahkan lagi raya kali ini Tarikh dan masa siaran akan dikemas kini kemudian terima kasih Senarai program TV sempena Hari Raya...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo