Idea Hadiah Untuk Ibu Sempena Hari Ibu
Idea Hadiah Untuk Ibu Sempena Hari Istimewa | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Hari ibu akan tiba tidak lama lagi dan inilah masa yang sesuai untuk fikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk ibu korang kali ini. Dengan memberi hadiah dapat membuatkan hari mereka lebih istimewa buat wanita penting dalam hidup korang. Tidak kira sama ada ibu sendiri atau ibu kepada anak-anak korang yang bergelar lelaki inilah masa terbaik untuk tunjukkan korang hargai mereka.
Usaha mendapatkan hadiah yang terbaik bukanlah sesuatu yang mudah dan sangat mencabar sebenarnya. Kadang terfikir sama ada mereka akan sukakan hadiah itu nanti atau tidak. Adakah hadiah itu nanti mereka akan guna atau tidak? itulah persoalan biasa akan timbul bila mahu mencari hadiah.
Walaubagaimanapun, jika korang pandai pilih hadiah pasti para ibu suka. Walaupun hadiah yang korang beli itu macam biasa dan mereka sudah ada, tapi mungkin cara korang sampaikan atau korang bagi barangan jenama kesukaan mereka pasti mereka seronok.
Korang jangan risau, di sini Sha nak kongsi dengan korang beberapa idea hadiah yang sesuai dijadikan hadiah hari istimewa seperti hari ibu yang akan disambut pada hari ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
Cadangan Hadiah Untuk Ibu Sempena Hari Ibu
Untuk korang tidak ada idea nak bagi hadiah apa untuk menggembirakan ibu tersayang, Sha ada 4 cadangan hadiah yang sesuai untuk ibu korang. Sebagai wanita dan ibu juga, Sha cadangkan supaya korang belikan beg tangan atau dompet istimewa untuk mereka.
Pasti para ibu guna setiap hari!
Apa kata hadiahkan mereka dengan barangan daripada jenama Jovi Leather. Sebenarnya barangan Jovi Leather ini selalu lalu depan mata Sha ketika membelek media sosial, memang menarik barangan yang ditawarkan oleh mereka.
Sekarang terdapat kod baucer potongan harga sempena Hari Ibu yang bakal tiba, jadi ini memang terbaik untuk korang beli.
4 Jenis Hadiah Sesuai Untuk Ibu Tersayang Sempena Hari Ibu
Hadiah yang bagus adalah sesuatu yang beliau boleh gunakan. Betullah kan? Kalau bagi hadiah, mestilah kita nak tengok mereka guna atau pakai barulah berbaloi. Maksudnya lagi, mereka pun suka dengan pemberian pilihan kita.
Jangan risau, Sha nak tunjuk di sini 4 jenis barangan keluaran Jovi Leather yang menarik sebagai hadiah untuk ibu atau ibu kepada anak-anak korang.
Semua barangan Jovi Leather ini diperbuat daripada kulit lembu yang berkualiti. Sha percaya para ibu pasti tersenyum manis bila menerimanya.
1. Juliette Bag By AidaRazman X Jovi
Beg tangan Juliette ini saiznya comel sahaja, boleh muat dengan telefon bimbit dan barang asas ibu-ibu. sangat sesuai untuk gaya ringkas. Luaran beg ini diperbuat daripada kulit lembu asli, jadi ia tidak mudah calar.
Dulu Sha tidak suka sangat beg tangan banyak, tapi sekarang kena ada saiz kecil dan besar sebab apa? Sebab anak dah besar, tak perlu bawak lampin lagi.
Di bahagian dalam beg ini ada satu bahagian berzip, jadi selamat la bila letak dompet kan. Yang penting, boleh digayakan dengan 2 jenis tali iaitu tali pendek dan tali panjang. Mungkin yang ini sesuai hadiahkan pada ibu usia muda.
2. Gianna Bag
Gianna Bag merupakan beg jenis totebag. Serius Sha cakap, bila Sha buka sahaja pembalut beg ini terus Sha jatuh cinta dengan warna Coffee Cream ini.
Kebetulan hari Sha nak keluar, Sha pakai baju biru coklat kena sangat dengan outfit Sha hari itu. Berapa kali Sha cakap pada suami, cantiklah beg Gianna ni!
Ini merupakan koleksi terbaru Jovi Leather, 3 warna lagi korang boleh lawati website rasmi mereka.
Untuk tambah keistimewaan korang boleh tambah tag ukiran nama ibu yang boleh digantung pada tali beg. Memang nampak lebih eksklusif dan tersendiri.
3. Dompet Panjang Camille Long Wallet
Selain beg tangan, antara yang menjadi kesukaan ibu-ibu adalah dompet. Cuba korang tengok dompet ibu atau isteri korang sudah berapa lama tidak bertukar? Sha sendiri pun kadang-kadang segan nak bawa dompet kalau dompet sudah kelihatan uzur.
Jadi inilah masanya korang melihat ibu atau wanita kesayangan korang tersenyum sambil memindahkan segala duit dan kad ke dalam dompet baharu. Untuk dompet Sha sarankan korang pilih dompet panjang agar mudah nak letak duit kertas dan kad.
Camille Long Wallet ini luarannya diperbuat daripada kulit lembu asli, jadi tidak mudah calar. Salah satu ciri dompet yang best adalah slot kad yang mencukupi. Jadi sangat sesuailah jika korang pilih dompet ini kerana ia mempunyai 16 slot kad, 7 slot wang kertas dan 1 slot duit syiling.
Yang paling best dengan pembelian Camille Long Wallet ini korang boleh ukir nama si ibu pada tali dompet. Istimewa bukan? Tambah pula dompet ini ada ciri anti-kecurian RFID.
Jika korang nak tahu, ini kali pertama Sha pilih dompet warna putih. Tali dompet pun Sha ukir nama sendirilah.
Korang tak suka putih tak apa, korang boleh pilih lagi 2 warna.
4. Kate Keyring
"Ibu, cari apa tu?"
"Ibu cari kunci kereta ibu"
Nah, hulur kunci kereta ibu korang sekarang! Pasti ibu rasa pelik pada mulanya, tapi selepas itu mesti tersenyum riang. Kunci kereta ada teman baru, siap ada ukiran nama ibu tersayang lagi.
Ini mungkin hadiah yang agak unik untuk ibu iaitu keyring. Tapi sebenarnya agak menarik, kerana jika korang hadiahkan keyring ini maksudnya hadiah korang akan dibawa ke mana-mana jika korang letak pada kunci kereta ibu korang.
Sebenarnya bila Sha belek-belek koleksi Jovi Leather ini, Sha boleh beli beberapa barang dan jadikan satu set. Sha dah terfikir nak tambah koleksi nih.
Hadiah Siap Bungkus Cantik
Alhamdulillah, hadiah untuk ibu tercinta sudah pun dipilih, tiba masa nak fikir macam mana nak hantar nak bungkus pula.
Sebab itulah Sha cadangkan kepada korang supaya memilih Jovi Leather ini kerana ia memudahkan urusan korang.
Selepas memilih hadiah yang berkenan dihati, korang boleh pilih untuk tambah kotak, tag berukir nama dan juga kad ucapan. Menarik bukan?
Korang tengoklah kotak yang mereka sediakan, berwarna hitam dengan reben menyerlahkan lagi hadiah untuk ibu.
Komen Tentang Produk Jovi LeatherWajib baca testimoni sebelum beli ! Itulah amalan biasa Sha buat sebelum beli apa-apa barang. Sha percaya orang yang sedang membaca pun sama kan.
Bukan baru Sha usha beg Jovi Leather ni tau, sudah bertahun dan sudah baca banyak feedback yang bagus tentang beg jenama ini. Sekarang bila sudah dapat pegang sendiri, memang terbukti produk Jovi memang berkualiti dan cantik sangat seperti dalam gambar yang mereka selalu kongsi di media sosial.
Antara komen yang buat Sha berminat sangat dengan beg tangan dan aksesori Jove Leather :
Korang nampak tak? Semua 5 bintang tau. Barang baik ini memang sesuailah korang dapatkan sekarang untuk dijadikan hadiah hari ibu nanti. Gerenti senyum memanjanglah mak korang nanti.
Hadiah Hari Ibu Tanda PenghargaanAkhir kata, semoga idea hadiah Hari Ibu ini menjadi cadangan yang berguna semasa korang memilih hadiah untuk ibu korang atau ibu kepada anak-anak korang. Memang benar kita patut menunjukkan penghargaan kepada ibu kita setiap hari, dan bukannya hanya pada Hari Ibu. Walau bagaimanapun, jika ini adalah satu hari yang khusus untuk mereka, pastikan korang menjadikannya lebih istimewa. Kerana setiap hari, cinta mereka untuk kita tidak bersyarat.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2023/05/idea-hadiah-untuk-ibu-sempena-hari-ibu.html