Paksa Anak Puasa Tapi Bab Solat Tak Ambil Berat


Bulan Ramadan sering kali menjadi masa ibu bapa memberi penekanan kepada anak-anak tentang kewajipan berpuasa. Namun, ada satu persoalan yang sering timbul, mengapa sesetengah ibu bapa begitu tegas memaksa anak-anak berpuasa tetapi dalam masa yang sama kurang menitikberatkan solat?
Puasa VS Solat: Mana Lebih Penting? Dalam Islam, kedua-duanya adalah rukun Islam yang wajib. Namun, dari segi keutamaan, solat sebenarnya lebih utama kerana ia adalah tiang agama. Rasulullah SAW bersabda:
“Perkara pertama yang akan dihisab di akhirat kelak adalah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya.” (HR At-Tirmidzi)
Puasa hanya diwajibkan ke atas orang Islam yang baligh, berakal, dan mampu melakukannya. Manakala solat sudah diwajibkan sejak seseorang itu mumaiyiz (dapat membezakan baik dan buruk), sekitar usia tujuh tahun. Nabi SAW bersabda:
“Perintahkan anak-anakmu untuk solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka (dengan lembut jika perlu) apabila mereka meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun.” (HR Abu Dawud)
Jadi, jika ibu bapa lebih fokus pada puasa tetapi mengabaikan solat, itu satu kesilapan besar dalam mendidik anak-anak mengenai kewajipan agama.

Kenapa Ibu Bapa Lebih Tegas Tentang Puasa? Faktor Tradisi – Puasa sering dijadikan ukuran kepatuhan seseorang kepada agama dalam masyarakat. Anak-anak yang berjaya berpuasa penuh dianggap lebih “baik” berbanding yang tidak.
Faktor Sosial – Ramai ibu bapa bimbang dengan tanggapan masyarakat jika anak mereka tidak berpuasa. Sebaliknya, solat adalah perkara yang lebih peribadi dan tidak mudah diperhatikan oleh orang lain.
Faktor Pemahaman – Ada ibu bapa yang kurang memahami keutamaan ibadah dalam Islam. Mereka mungkin menganggap puasa lebih penting kerana ia hanya berlaku setahun sekali, sedangkan solat lima kali sehari dianggap “rutin biasa”.
Bagaimana Seharusnya Didik Anak? Mulakan Dengan Solat – Sebelum meminta anak-anak berpuasa penuh, pastikan mereka sudah biasa dengan solat. Ajarkan mereka kepentingan solat sejak kecil dan jadikan ia sebagai amalan harian.
Jangan Paksa, Tapi Bimbing – Puasa boleh dimulakan secara bertahap. Jika anak masih kecil, biarkan mereka berlatih puasa separuh hari terlebih dahulu. Tetapi solat tidak boleh ada kompromi kerana ia wajib sejak usia tujuh tahun.
Jadilah Contoh Terbaik – Anak-anak lebih cenderung meniru perbuatan ibu bapa. Jika kita sendiri solat dengan konsisten dan menunjukkan kecintaan kepada ibadah, anak-anak juga akan terdorong untuk mengikutinya.
Terangkan Hikmah Kedua-duanya – Jangan hanya berkata “kena buat sebab wajib”, sebaliknya terangkan hikmah di sebalik solat dan puasa. Contohnya, solat menjaga hubungan kita dengan Allah setiap hari, manakala puasa melatih kesabaran dan keikhlasan.
Bagi ibu bapa yang masih belum dapat pendekatan sesuai mengajar anak-anak solat, perkongsian Puan Nurul Shazalina ini mungkin boleh membantu. Sama-sama kita belajar untuk didik anak faham rukun Islam kedua ini penting buat mereka.

Kedengaran isu ajar anak berpuasa tapi tak ajar solat. Ramai dah beri pendapat, sepatutnya ajar anak solat dulu baru ajar anak berpuasa. Ya ini paling tepat. Saya dah tak perlu ulas, sebab semua tepat tepat dan bagus.
Ini dua alasan yang mungkin. Bukan parents tak nak ajar solat, tapi puasa lebih senang sebab suruh tahan makan minum sahaja. Semua orang boleh buat tanpa perlu apa apa hafalan. Mungkin ini reason ramai berpusu pusu minta anak puasa.
Ok tak apa sahabat semua, saya nak share cara ajar anak solat berperingkat peringkat. Saya bukan bagus pun, bukan pandai agama pun.
Anak saya pun belum lengkap solatnya tapi sedang berusaha lengkapkan. Cuma saya terpanggil untuk buat perkongsian ini. Saya yakin ramai perlukan tips ini.
Tip Didik Anak Cinta Solat Pertama sekali, sedari bayi lagi, kita sebagai ibu bapa kena sentiasa tunjuk kita solat. Especially ibu-ibu sebab kebanyakan masa kita bersama mereka di rumah kan.
Jangan solat sorok-sorok. Sentiasa solat berhampiran mereka. Lakukan setiap hari. Saya tahu ramai je buat macam ni tapi saya yakin ada juga yang tidak buat begini. Ada di antara mereka perlukan keadaan tenang, bilik khas untuk khusyuk.
Tapi saya syorkan, bawa bayi anda letak berhampiran. Percayalah, umur setahun dua nanti, mereka akan ikut pergerakan kita solat. Jangan expect mereka terus pandai. Ikut pergerakan solat adalah langkah pertama.

Bila mereka dah boleh mula bercakap dengan lancar, ajar mereka bacaan dalam solat. Ikutkan dari kecil kita dah biasakan dengan bacaan ayat quran at least yang basic supaya senang mereka recall sebab dah biasa dengar kan.
Ok first hafal surah al fatihah. Lafaz hari-hari dengan anak. Sampai dia hafal. Jadi bila dia dah hafal, sekarang solat dia dah boleh ada bacaan surah al fatihah. Jadi dia ikut solat sambil ada bacaan al fatihah.
Jangan Tunggu Sehingga Anak Sudah Hafal Semua Bacaan Jangan tunggu sehingga anak kita hafal lengkap semuanya baru suruh solat. Mungkin ini antara kes yang terjadi. Ada yang menunggu anak bersedia hafal semua baru nak anak solat.

Ok lepas tu ajar mereka sikit-sikit bacaan dalam rukuk. Ambil masa sehari ajar yang mudah-mudah dahulu. Bacaan rukuk. Dah hafal tu suruh dia baca masa rukuk dalam solat.
Lepas tu bacaan sujud. Dan seterusnya. Semua berperingkat. Untuk anak-anak yang tidak kuat daya hafalan, jangan harap sehari dah hafal atau buat expectation tinggi. Tolong fahami kemampuan anak anda. Beri masa, yang penting teruskan.
Tips saya bagi hafal yang mudah-mudah dulu. Tak perlu ikut urutan. Tahiyat akhir dan doa qunut paling last sekali saya ajar hafal setelah yang lain lancar. Kita jangan mulakan dengan yang panjang dulu. Biar yang senang je dulu.
Setiap anak berbeza. Jangan sesekali marah, kenapa susah sangat nak hafal. Anak jiran tu dah hafal semua! Haa jangan macam tu ok. Setiap orang lain daya hafalnya. Mungkin berminggu, mungkin berbulan malah bertahun. Teruskan mendidik.
Sebaiknya Ibu Atau Ayah Ada Di Sebelah Lepas itu lagi satu cara, setiap solat anak kita, kita berada di sebelah. Ni jangan solat berimam. Bukan sebab saya tak galakkan solat jemaah dengan anak. Sebab tujuan sekarang saya nak anda bantu anak anda solat.

Kalau anda imamkan, anda tak dapat betulkan bacaan anak. Anak di belakang mungkin khayal atau berangan atau sekadar ikut pergerakan. Jadi mereka takkan dibiasakan membaca bacaan solat sendiri.
Ok duduk sebelah sambil anak solat, bagi dia baca semua kuat-kuat. Kita betulkan bacaan atau tolong bacakan dan dia ikut. Buat hari-hari sampai dia boleh baca sendiri
Setiap kali lepas solat, beri kata pujian dan pelukan serta ciuman. Bagitahu Allah suka orang yang berusaha nak solat. Banyak pahala anak insyaallah. Anak gembira dan lebih bersemangat apatah lagi bila dia berjaya baca bacaan solat tanpa bantuan dah.
Kesimpulannya ibu bapa perlu mengubah mindset bahawa puasa lebih utama daripada solat. Keduanya penting, tetapi solat adalah keutamaan utama dalam Islam.
Janganlah kita hanya bangga apabila anak boleh berpuasa penuh tetapi membiarkan mereka meninggalkan solat. Pendidikan agama haruslah seimbang supaya anak-anak membesar dengan kefahaman Islam yang betul.
Sumber: Nur Shazalina Zainudin
Baca artikel lain juga: Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa
Paksa Anak Bangun Sahur Kalau Nak Ajar Anak Kecil Berpuasa. Walaupun Dia Tak Dapat Puasa Penuh
 
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
The post Paksa Anak Puasa Tapi Bab Solat Tak Ambil Berat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/paksa-anak-puasa-tapi-bab-solat-tak-ambil-berat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ulangkaji Bab Puasa

Ulangkaji Bab Puasa

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 125 hits
Assalamualaikum Selamat berpuasa semua first day puasa hari ni semua ok berjalan lancar anak buah kecik pun dh belajar puasa dh so untuk hari ini jom kita ulangkaji bab puasa saje nak refresh semula kan ULANGKAJI BAB PUASASyarat Wajib Puasa...
Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid Senang Mak Ayah Solat Tarawih

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 133 hits
Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah Namun dengan beberapa langkah berikut pengalaman ini boleh menjadi lebih positif Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak anak terjaga denga...
Resipi Sup Ketam Simple Tapi Padu Super Daddy Kongsi Menu Kegemaran Anak

Resipi Sup Ketam Simple Tapi Padu Super Daddy Kongsi Menu Kegemaran Anak

papar berkaitan - pada 5/3/2025 - jumlah : 122 hits
Siapa yang tidak kenal dengan pempengaruh parenting Khairul Abdullah Dia juga dikenali juga sebagai Super Daddy yang bukan sahaja hebat dalam penulisan tetapi juga seorang ayah tunggal yang tabah membesarkan tiga anak istimewa Sejak tujuh t...
Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

Ibu Jangan Sedih Tak Boleh Puasa Susukan Anak Jihad Besarkan Anak

papar berkaitan - pada 6/3/2025 - jumlah : 115 hits
Bulan puasa merupakan antara bulan yang paling mencabar untuk ibu yang sedang menyusukan anak Keletihan kurang zat dan nutrisi antara isu yang dihadapi sekiranya diet yang diamalkan sepanjang bulan puasa ini tidak betul Jika perlu berbuka p...
Puasa Tanpa Solat

Puasa Tanpa Solat

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 146 hits
Puasa tanpa solat ibarat kau kerja tanpa gaji kau boleh lapar kau boleh penat sebab pahala puasa kau kosong di sisi Allah Sebab kau tak solat Solat itu tiang agama kalau kau tak dirikan tiang dulu macam kau nk dirikan yang lain sebab itu so...
Biasa Orang Buat Daging Bakaq Danok Tapi Anak Anak Saya Lebih Suka Ayam Sos Dia Memang Sedap

Biasa Orang Buat Daging Bakaq Danok Tapi Anak Anak Saya Lebih Suka Ayam Sos Dia Memang Sedap

papar berkaitan - pada 2/3/2025 - jumlah : 148 hits
Resepi Ayam Bakar Danok yang Sedap Biasa orang buat daging bakar Danok tapi anak anak saya lebih suka ayam Yang buat lagi sedap adalah sosnya Rasa beras yang digoreng ditambah dengan sentuhan pedas manis memang padu Bahan Perapan Ayam Ayam ...
Amira Othman Sentiasa Jaga Solat Saya Seorang Pendosa Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya

Amira Othman Sentiasa Jaga Solat Saya Seorang Pendosa Tapi Solat Banyak Menyelamatkan Saya

papar berkaitan - pada 3/3/2025 - jumlah : 129 hits
Penyanyi Amira Othman berkongsi pandangannya mengenai kepentingan solat dalam kehidupan seharian Menerusi sesi temu bual di podcast Ruang Cerita Zayan yang dimuat naik di YouTube Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman mengakui bahawa d...
Kenyang Tapi Tetep Langsing Menu Sahur Untuk Diet Ini Jadi Rahasia Tetap Fit Di Bulan Puasa

Kenyang Tapi Tetep Langsing Menu Sahur Untuk Diet Ini Jadi Rahasia Tetap Fit Di Bulan Puasa

papar berkaitan - pada 18/2/2025 - jumlah : 102 hits
Mungkin enggak sedikit yang memanfaatkan momen Ramadhan untuk menurunkan berat badan Apa aja menu sahur untuk diet yang cocok untuk bikin badan tetep terkontrol Sebenarnya puasa adalah ibadah dalam agama Islam tapi enggak sedkit yang berpik...
Ulasan Puasa Dan Intermittent Fasting Serupa Tapi Berbeza

Ulasan Puasa Dan Intermittent Fasting Serupa Tapi Berbeza

papar berkaitan - pada 27/2/2025 - jumlah : 147 hits
malaysiakini comBayangkan seorang pekerja yang bekerja sepanjang tahun tanpa cuti Setiap hari dari pagi hingga ke malam pekerja tersebut perlu menyelesaikan tugas tugas berat tanpa henti Lama kelamaan tenaganya semakin berkurang mentalnya m...
Pop Culture Jeopardy A New Era For Trivia Enthusiasts

Strategi Trading Saat Non Farm Payroll Untuk Trader Pemula

Dampak Kebijakan Tarif Dagang Donald Trump Terhadap Ekonomi Indonesia

Siri 1 2025

Tanda Tanda Cyst Ovari Yang Perlu Diketahui Kenali Gejalanya Sebelum Terlambat

Medx Back Machine A Game Changer For Strengthening Weak Low Back Muscles

Eyka Farhana Biodata Kerjaya Perkahwinan

Lomba Trading Pontianak 2025 Buktikan Skillmu Di Akun Demo Dan Live


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sabah S Elephant Champion

What Is The Difference Between Cempedak And Jackfruit

Biar Biduk Berlalu Asalkan Kiambang Bertaut

Ayam Masak Kicap Masakan Pertama Di London

Pokok Dan Cabang Agama Telaah Kritis Terhadap Pembagian Ushul Furu

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang