Pakej Ransangan Ekonomi Lambat Rakyat Merana



Kerajaan Perikatan Nasional telah mengumumkan tiga pakej khas ransangan ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Pemulihan.
Bagaimanapun menurut, Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, kesemua peruntukan pakej itu telah habis digunakan oleh rakyat tetapi ketika ini negara berhadapan gelombang kedua pandemik Covid 19, yang mana mungkin PKP dilaksanakan semula.
Sekiranya PKP tidak dilaksanakan di seluruh negara sebagaimana bulan Mac lalu, kata Ming Kai, PKP Diperketat akan melibatkan banyak kawasan kerana jangkitan Covid 19 yang meluas ketika ini.
“Negara amat memerlukan pelan ransangan ekonomi yang baharu, kalau ini tidak dilakukan dengan segera maka lebih banyak kilang akan memotong gaji pekerja disebabkan oleh kurang permintaan untuk barangan yang dihasilkan. Kuasa membeli rakyat juga mengalami kemerosotan (akibat PKPD),” katanya.
Beliau mengambil contoh ekonomi Kedah yang terjejas sewaktu beberapa kawasan dikenakan PKPD yang mengakibatkan rakyat sukar untuk bekerja dan aktiviti jualan runcit terjejas.
Sekiranya tiada pakej ransangan khas, sekurang-kurangnya untuk kawasan terjejas maka ekonomi rakyat di beberapa negeri akan merudum akibat pandemik Covid gelombang kedua.
“Dengan kembalinya wabak Covid-19, rakyat di Kedah misalnya mula mengikat perut. Ramai orang terutamanya warga emas tidak keluar rumah dan kurang orang makan di restoran ataupun membeli-belah di kedai. Ini sudah tentu melembabkan ekonomi negeri,” katanya.
Tinjauan Suara Pakatan Daily kepada peniaga runcit pula mendapati pembelian semakin berkurangan sejak bulan September. Sekiranya berlaku PKP maka suasana ekonomi diramalkan akan suram dengan banyak peniaga akan menutup perniagaan.
Salah seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Uncle Choy dari Kepong, Kuala Lumpur berkata perniagan barang elektriknya kekurangan pelanggan sejak sebulan lalu dan sukar membayangkan jika kerajaan tidak menyediakan pakej ransangan ekonomi.
“Sejak PKP dilonggarkan pada bulan Jun, perniagaan saya menunjukkan pertambahan dalam angka jualan untuk bulan-bulan Jun, Julai dan Ogos tetapi sejak awal September hingga sekarang, angka penjualan semakin menurun.
“Kedai menjual barangan alat tulis di sebelah saya pun begitu juga. Ini disebut sebagai kes ‘pent-up demand’ dalam Bahasa Inggeris iaitu dari Mac hingga Mei ada orang yang perlu membeli sesuatu tidak dapat melakukannya dan oleh itu mereka membelinya dalam bulan-bulan Jun hingga Ogos.
“Tetapi keadaan sudah balik kepada kebiasaan baru atau ‘new normal’ pada masa ini iaitu perniagaan telah menjadi suram semula.
“Jika kerajaan tiada pelan rangsangan ekonomi yang baik maka tahun depan akan menyaksikan situasi yang sama. Pada bulan Oktober ini juga, orang yang mengambil pinjaman bank perlu membuat penstrukturan semula pelan pembayaran-balik pinjaman dan sebab itu ramai orang sudah mula berjimat-cermat,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/30012

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rangsangan Ekonomi Sumbang 3 7 Hingga 4 Kdnk Tahun Ini Kata Tengku Zafrul

Pakej Rangsangan Ekonomi Sumbang 3 7 Hingga 4 Kdnk Tahun Ini Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 238 hits
Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata pakej Kita Prihatin merupakan hasil langkah proaktif kerajaan terhadap pelbagai sesi libat urus turun padang dan konsultasi KUALA LUMPUR Pakej rangsangan ekonomi termasuk Kerangka Inisiatif ...
Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

Malang Bagi Rakyat Malaysia Kerajaan Utamakan Ekonomi Dari Keselamatan

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 400 hits
MELAKA 6 OKT Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan tidak akan menguatkuasakan semula perintah kawalan pergerakan seluruh negara kerana dikhuatiri boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara Ini walaupun jumlah kes Covid 1...
Pakej Langkah Baru Untuk Menyokong Ekonomi As Lebih Penting Daripada Kesihatan Trump

Pakej Langkah Baru Untuk Menyokong Ekonomi As Lebih Penting Daripada Kesihatan Trump

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 351 hits
Kejatuhan mendadak dalam pasaran saham disebabkan oleh berita mengenai penyakit Presiden AS dan wanita pertama Purata Perindustrian Dow Jones segera bertindak balas terhadap pesanan ini dan turun 400 mata Namun segera menjadi jelas bahawa p...
Rakyat Memerhati Tolak Pengkhianat

Rakyat Memerhati Tolak Pengkhianat

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 130 hits
Majlis Presiden menegaskan usaha mengembalikan mandat rakyat itu perlukan iltizam dan komitmen menegakkan keadilan membanteras amalan rasuah dan memperbaiki institusi termasuk badan kehakiman Pakatan Harapan turut mendoakan agar Yang di Per...
Berita Video Rakyat Tak Peduli Duit 1mdb Dicuri

Berita Video Rakyat Tak Peduli Duit 1mdb Dicuri

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 236 hits
Akan datang melanda manusia tahun tahun yang sangat menggodakan sehingga dipercayai pembohong dibohongi orang yang benar Amanah diberikan kepada pengkhianat dan dikhianati orang yang benar benar amanah Golongan al Ruwaibidhah bercakap Lalu ...
Rakyat Hilang Keyakinan Pada Ph

Rakyat Hilang Keyakinan Pada Ph

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 243 hits
MOHD SHAH RIMPH berhadapan dengan defisit kepercayaan rakyat walaupun parti yang menguasai kerajaan bercakaran sesama sendiri Ada berapa faktor yang harus diberi tumpuan khusus menjelang pilihanraya nanti dan paling penting mengenalpasti ke...
Antara Bubar Parlimen Dan Pengembalian Semula Mandat Rakyat

Antara Bubar Parlimen Dan Pengembalian Semula Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 200 hits
1 Dipercayai Tan Sri Muhyiddin Yassin akan diberi peluang mengadap KBDYMMSPBYDP Agong terlebih dahulu untuk membuktikan dan menyenaraikan sokongan Ahli Parlimen terhadapnya 2 Namun seandainya keberadaan Muhyiddin ke istana mengadap YDPA ber...
Usah Fikir Tentang Rakyat Sabah

Usah Fikir Tentang Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 215 hits
MSO Kerajaan Sabah membentuk kabinetnya dengan tiga orang Timbalan Ketua Menteri Pelantikan itu sama sekali tidak memenuhi keperluan bagi tujuan pentadbiran kerajaan negeri berkenaan melainkan kerana memenuhi kehendak politik Pelantikan itu...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali

Bau Potret Chord

Gajah Betina Mengandung Selama 22 Bulan

15 Restoran Chinese Muslim Sekitar Kuala Lumpur Selangor