Pakej Buffet Ramadan The Haven All Suite Resort Ipoh Tahun 2022
Pakej Buffet Ramadan The Haven Resort Ipoh Tahun 2022 | Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sedar tak sedar berbaki lebih kurang satu minggu sahaja lagi umat Islam akan menyambut bulan mulia bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan dimana umat Islam akan menjalani ibadah puasa yang dipenuhi pelbagai nikmat dan berkat.
Rasanya setiap tahun tidak sah jika ada golongan yang suka membuat pelbagai aktiviti selain memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT. Salah satu majlis yang seronok dalam mengeratkan silraturrahim ialah majlis berbuka puasa.
Majlis berbuka puasa terdiri daripada beberapa cara sama ada yang suka membuat potluck berbuka, sama-sama memasak dan berbuka dan juga menyertai Buffet Ramadan. Kini banyak tempat menawarkan buffet Ramadan seperti di restoran dan juga hotel. Kali ini Sha nak kongsikan denggan korang salah satu tempat Buffet Ramadan di Ipoh tahun 2022 ini iaitu Buffet Ramadan The Haven Resort Ipoh.
Buffet Ramadan The Haven Resort Ipoh Tahun 2022Untuk pengetahuan korang The Haven All Suite Resort akan menganjurkan Buffet Ramadan setiap tahun mengikut tema pilihan mereka. Tapi untuk tahun ini The Haven memilih untuk mengekalkan tema "Nostalgia Balik Kampung".
Pelbagai Jenis Masakan Melayu Di The HavenKalau dah bertemakan Nostalgia Balik Kampung pastinya lauk-pauk yang disediakan juga adalah terdiri daripada selera Melayu yang menggamit selera. Di sini terdapat pelbagai lauk yang mana korang jangan risau kerana adanya lauk ayam, daging, sotong, ikan dan itik.
Lauk mana yang Sha paling suka? Sudah pasti Masak Lemak Cili Api Itik Salai. Kuahnya memang pekat dan menyengat ditambah rasa unik hirisan daging itik. Korang perlulah buat pilihan terbaik sama ada nak ambil nasi putih atau nasi tomato barulah ngam dengan lauk pilihan.
Untuk pemanis mulut Sha cadangkan korang untuk mencuba puding roti yang sememangnya sedap sangat penuh krim. Antara kuih tradisional, The Haven menghidangkan kuih melayu seperti kuih ketayap dan karipap.
Menu Wajib Cuba Di Buffet Ramadan The Haven IpohBuat peminat kerabu korang jangan risau, korang boleh ambil nasi putih dan makan dengan enam pilihan kerabu yang disediakan. Sambal juga tidak dilupakan, budu pun ada tau!. Menu wajib korang ambil, terutama peminat sup. Korang boleh ke gerai Sup Gear Box, dapat gear box mesti korang rasa berbaloi sangat berbuka di The Haven. Bukan hanya ada gear box, tapi korang boleh dapatkan sup ayam, sup daging dan sup kambing.
Pilihan air yang disediakan juga berbagai. The Haven menyediakan pilihan air sejuk dan juga air panas.
Harga Pakej Berbuka Puasa Di The Haven
Nikmati bufet Ramadan di The Haven dengan harga RM105++ (RM121.80 bersih) seorang manakala kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun serta warga emas dikenakan RM85++ (RM98.60 bersih). Kanak-kanak bawah 6 tahun menikmati hidangan bufet secara percuma, tertakluk kepada dua orang kanak-kanak ditemani oleh dua orang individu dewasa. Harga tempahan awal pula adalah untuk tempahan dan pembayaran yang dibuat pada dua hari sebelum tarikh tempahan. Harga tempahan awal yang ditawarkan ialah RM85++ (RM98.60 bersih) untuk dewasa dan RM70++ (RM81.20 bersih) untuk kanak-kanak dan warga emas.
Jom rasai pengalaman berbuka puasa di resort mewah terkenal di Ipoh dengan pemandangan tasik semula jadi yang dikelilingi kehijauan dan kedamaian hutan hujan. Anda juga boleh menikmati keindahan bukit batu kapur berusia 280 juta tahun yang merupakan simbol kemegahan The Haven.
Sebahagian khemah yang dibuka untuk menampung kehadiran anda untuk berbuka
Pakej Berbuka Dan Penginapan Yang Selesa Di IpohDi sini Sha nak uar-uarkan kepada korang, The Haven juga menawarkan penginapan yang selesa sepanjang bulan puasa ini. Buat tempahan secara terus dengan pihak The Haven dan menikmati penjimatan bufet Ramadan dan makan malam sebnayak 50%. Sahur dan solat sunat Terawaih turut disediakan khas untuk korang sekeluarga.
Menarik bukan? Dapat penginapan sekali dengan berbuka dan sahur. Bilik pun pastinya sangat selesa dan dapat menikmati pemandangan yang menenangkan. Jangan buang masa lagi, terus hubungi 05-540 0000 untuk menempah penginapan keluarga korang sekarang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.shalimaryusof.com/2022/04/Pakej-Buffet-Ramadan-The-Haven-All-Suite-Resort-Ipoh-Tahun-2022.html