Cuti Sekolah Jom Main Salji Masuk 5 Ringgit Sahaja Di Rumah 4 Musim Bukit Cerakah Shah Alam


Anda tidak perlu ke luar negara jika ingin main salji atau merasa bagaimana menikmati cuaca 4 musim seperti di luar negara kerana kini anda boleh mmenikmatinya di Bukit Cerakah Shah Alam.
Mungkin ramai dikalangan rakyat malaysia yang tidak tahu di Taman Botani, Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor wujudnya Rumah Iklim Sederhana Empat Musim (RISEM) dan pengunjung boleh menikmati suasana itu tanpa perlu berbelanja besar.

Keunikan rumah 4 musim di Bukit Cerakah Shah Alam ini terdiri daripada musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh.
Rumah 4 musim ini berkeluasan kira-kira 2,438 meter persegi ini bertukar musim mengikut tempoh yang sama seperti negara lain.
Jika anda mahu bermain salji anda perlu datang ke sini pada bulan Disember hingga Februari, jika mahu menikmati indahnya musim bunga ianya dibuka pada Mac hingga bulan Mei.
Manakala jika anda mahu merasa sendiri musim panas anda boleh datang pada Jun hingga Ogos dan jika anda mahu menikmati cantikknya daun berguguran anda boleh berkunjung ke sini sekitar bulan September hingga November.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Apa yang menarik, Rumah Empat Musim yang merupakan salah satu tarikan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia cukup lengkap dan sempurna.
Disamping itu, ia membawa pengunjung menyelami suasana sebenar seperti perubahan cuaca di negara beriklim sejuk seperti Amerika Syarikat dan Eropah.
Jika berkunjung pada musim salji, anda dapat menikmati cuaca sejuk dengan pemandangan bagaikan di Kutub Utara sambil merasai kesejukan sehingga menyucuk ke tulang.
Bangunan di dalam rumah ini berlatarbelakangkan pemandangan bersalji. Membawa suasana lebih menakjubkan, rumah berkenaan diperindahkan lagi hiasan kincir angin dan laluan berkayu menuju ke pagola utama.
Beberapa patung penguin, diperbuat daripada salji dan patung rusa menambah aura suasana musim sejuk, selain taburan salji tersangkut di pohon yang kekeringan menyerikan suasana.

Pengunjung kanak-kanak dan dewasa merasa teruja ketika datang ke rumah 4 musim ini seperti sedang melancong ke luar negara. Ia dipenuhi ramai pengunjung yang tidak lupa merakamkan gambar mereka di setiap sudut rumah 4 musim ini sebagai kenangan.
Petugas Rumah Empat Musim, Mohd Salim Sulaiman yang sudah berkhidmat 30 tahun di Taman Botani, berkata cuaca sejuk itu boleh mencapai suhu -2 hingga – 6 darjah Celsius.
Salji yang ada di dalam rumah ini 95 peratus sama seperti salji sebenar. Katanya, pihaknya tidak membenarkan pengunjung masuk beramai-ramai, sebaliknya akan kawal dengan membenarkan 50 pengunjung dalam satu masa.
“Dianggarkan 2,500 pelawat mengunjungi tempat ini pada setiap hujung minggu. Lazimnya pengunjung lebih ramai datang ketika tempoh musim sejuk.
“Kita juga menerima kunjungan ramai ketika musim bunga. Pelbagai jenis bunga diimport dari Belanda dibawa masuk bagi membawa suasana mengasyikkan dengan rona warna-warni dan berbau semerbak.
“Antara bunga dibawa masuk ialah tulip yang popular di Amsterdam, selain pelbagai jenis bunga ros.
“Musim panas paling kurang menerima kunjungan, mungkin disebabkan negara ini beriklim Khatulistiwa yang sedia panas.
“Tidak ramai yang tahu sepanjang musim panas, rumah ini hanya mencapai suhu 20 darjah Celsius dan kelihatan cantik apabila dipenuhi bunga-bunga di sekitarnya,” katanya.
Jurutera, Zarina Johan, 36, yang membawa empat anak beriadah ke Taman Botani sempat berkunjung ke rumah berkenaan.
Katanya, kunjungan ke rumah itu berbaloi, terutama kepada yang belum berkesempatan melancong ke luar negara sebagai persediaan merasai kesejukan salji sebenar.
“Kewujudan rumah ini dapat membuka minda pengunjung dan memberi peluang kepada orang ramai bermain salji. Lebih penting ia menjimatkan wang ringgit bagi mereka yang tidak berkemampuan.
“Ini adalah kos yang paling murah tetapi mampu memberi pengalaman yang menakjubkan buat sesiapa sahaja yang ingin bermain salji,” katanya.

Info Mengenai Rumah Empat Musim :
Ia telah dibuka sejak tahun 1990
Seramai 50 pengunjung dibenarkan masuk dalam satu masa
Keluasan kawasan melebihi 2,438 meter persegi
Jarak laluan merentasi Rumah Empat Musim sejauh 1.5 Kilometer
Tidak disediakan baju sejuk untuk musim sejuk
Kadar bayaran masuk adalah RM5
Waktu beroperasi bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber: yoynetwork
The post Cuti Sekolah! Jom Main Salji, Masuk 5 Ringgit Sahaja Di Rumah 4 Musim Bukit Cerakah Shah Alam appeared first on MFADHLY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mfadhly.net/2019/03/27/cuti-sekolah-jom-main-salji-masuk-5-ringgit-sahaja-di-rumah-4-musim-bukit-cerakah-shah-alam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masjid Kristal Kuala Terengganu Tumpuan Orang Ramai Terutama Musim Cuti Sekolah

Masjid Kristal Kuala Terengganu Tumpuan Orang Ramai Terutama Musim Cuti Sekolah

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 625 hits
Masjid Kristal Kuala TerengganuTempat wajib untuk di lawati jika korang ada di Kuala Terengganu Kalau datang waktu cuti sekolah ataupun cuti umum yang panjang Masjid Kristal ni akan sesak dengan orang ramai yang datang ke sini Masid yang ca...
Pakej Bersalin Di Shah Alam Hospital Umra Nampak Menarik Je Ni

Pakej Bersalin Di Shah Alam Hospital Umra Nampak Menarik Je Ni

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 648 hits
Salam dears Saat melahirkan adalah salah satu detik paling indah dan juga detik paling mendebarkan bagi seorang ibu Teruja tapi pada masa yang sama risau dengan seribu satu kemungkinan Tu belum tambah dengan debar memikirkan pasal layanan l...
Sogo Akan Dibuka Secara Rasminya 27 Mac Ini Di Shah Alam Tak Perlu Serabut Ke Jalan Tar Lagi

Sogo Akan Dibuka Secara Rasminya 27 Mac Ini Di Shah Alam Tak Perlu Serabut Ke Jalan Tar Lagi

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 1254 hits
Zaman dak dak 90 an dulu kalau ditanya tempat mana nak tunggu untuk dating kalau tak sebut Central Market mesti sebut Sogo Hahaha Sogo juga sangat terkenal sinonim dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sentiasa sesak dengan kehadiran orang ...
Buffet Ramadhan 2019 Laman Kayangan Shah Alam

Buffet Ramadhan 2019 Laman Kayangan Shah Alam

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 891 hits
Assalamualaikum Hi Dah sedia nak berpuasa Nampak dah dekat sangat kan nak menjelang bulan Ramadhan ni bilamana promosi Buffet Ramadhan early bird sudah mula berlangsung di beberapa tempat seperti tahun tahun sebelumnya Baru baru ini Sue ber...
Shah Alam Catat Bacaan Ipu 107 Pada Skala Tidak Sihat

Shah Alam Catat Bacaan Ipu 107 Pada Skala Tidak Sihat

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 258 hits
Gambar sekadar hiasanJerebu yang dilihat berlaku di Shah Alam telah mencatatkan rekod bacaan IPU ada 107 iaitu udara tidak sihat yang diukur pada 12 tengah hari tadi Data IPU yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar telah memuat naik data...
Euro Fun Park Berpindah Ke Shah Alam Ini 6 Tarikan Mesti Naik Menurut Pengunjung Tetap

Euro Fun Park Berpindah Ke Shah Alam Ini 6 Tarikan Mesti Naik Menurut Pengunjung Tetap

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 585 hits
Selepas remaja di Lembah Klang terutamanya di Gombak dan Ampang puas merasai pengalaman di Euro Fun Park kini tiba masanya untuk kami di Shah Alam pula Kelmarin merupakan malam pembukaan untuk karnival funfair terbesar di Malaysia ini Dibuk...
5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

5 Sebab Kenapa Buka Puasa Bufet Ramadan Di Grand Bluewave Hotel Shah Alam Best

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 680 hits
5 SEBAB KENAPA BUKA PUASA BUFET RAMADAN DI GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM BEST Lebih kurang sebulan lebih lagi kita nak bertemu dengan bulan Ramadan Bulan Ramadan ini biasanya terkenal dengan bulan makan makan terutama sekali program buka p...
Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

Wow Hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 483 hits
Wow hebat Shah Alam Sogo Dibuka Di Shah Alam Tak Lama Lagi Sebut saja Sogo Department Store mesti terbayang orang ramai melepak di depan tangganya sambil mendengar nyanyian lagu lagu dari pemuzik jalanan Dari atas sampai bawah anak tanggany...
Snowalk I City Themepark Main Salji

Snowalk I City Themepark Main Salji

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 964 hits
Salam Wah seronok sangat cuti sekolah tempoh hari Memandangkan pakcik dan makcik Nova datang ke rumah Nova cadangkan pergi ke i City Nova tak pernah jejak kaki di i City ni Selalu dengar orang cakap je i City ni banyak lampu lampu Lain lain...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda