Pakej Bermalam Jumpa Hantu Di Rumah Agnes Keith Sandakan


Rumah Agnes Keith terletak di lokasi strategik atas bukit, di Jalan Istana, Sandakan. (Foto ihsan Pejabat Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah)
klik 👉 Follow Telegram @Hantu Dunia (large-bt) Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui RUMAH Agnes Keith, sebuah rumah lama di bandar Sandakan yang pernah diduduki seorang penulis dari Amerika Syarikat, Agnes Newton Keith menyimpan banyak memori lama dan kisah misteri belum terungkai sehingga kini.

Tersergam indah di atas bukit di Jalan Istana, Sandakan, rumah setingkat diperbuat daripada kayu itu juga popular dengan kisah seram pernah dilalui dan diceritakan sendiri oleh penghuninya, termasuk Agnes, lebih separuh abad lalu.

RUANG rehat di luar rumah kelihatan lebih santai.
Antara catatannya, Agnes pernah menceritakan sering ternampak lembaga wanita tinggi lampai bersama seorang bayi sepanjang tinggal di rumah berkenaan dari tahun 1934 hingga 1952.

Kisah seram itu juga diceritakan oleh penghuni selepas Agnes termasuk seorang pembantu rumah yang mengatakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga ketika tinggal di rumah itu pada 1967 hingga 1968. Dibuka selepas pelancongan dibenarkan

Gambar lama menunjukkan suasana penghuni Rumah Agnes Keith ketika era kolonial.
Benar atau tidak, hanya penghuni yang pernah tinggal di rumah, kini dijaga Jabatan Muzium Sabah sahaja yang tahu mengenai kisah menyeramkan di sebalik keindahan seni bina dan reka bentuk era kolonial rumah berkenaan.

Malah, ada mengatakan kisah misteri dan seram itu masih berlaku hingga ke hari ini dan ia menjadi antara tarikan pengunjung untuk melawat ke Rumah Agnes Keith sejak dibuka pada 2004.

Menyedari potensi itu, Jabatan Muzium Sabah merancang mewujudkan pakej pelancongan seram atau `dark tourism' khusus untuk peminat kisah misteri dan cerita seram.

Tawaran itu dijangka dibuka selepas aktiviti pelancongan dibenarkan semula apabila pandemik COVID-19 semakin pulih, terbuka kepada sesiapa berani dan teringin merasai pengalaman seram.

Ketika mengumumkan perkara itu baru-baru ini, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin, berkata Jabatan Muzium Sabah akan membangunkan program e-Seram dengan membenarkan pengunjung bermalam di Rumah Agnes Keith.

"Ia akan memberi peluang kepada pengunjung bermalam di rumah terbabit bagi merasai sendiri kehidupan Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George pernah tinggal di rumah itu.

"Ketika ini, program itu ditangguhkan berikutan pandemik sejak tahun lalu," katanya. Wujudkan e-Seram

Suasana bilik tidur yang luas di Rumah Agnes Keith.
Selain Rumah Agnes Keith, banyak lagi lokasi di Sabah menyimpan sejarah peperangan, kemusnahan atau tragedi boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Jafry berkata, e-Seram adalah satu cadangan untuk menambah nilai setiap destinasi pelancongan di Sabah menerusi kaedah penceritaan atau 'story-telling', dengan menonjolkan cerita, mitos dan legenda kepada pelancong. Kisah misteri jadi tarikan Program itu tidak menjejaskan nilai warisan Rumah Agnes Keith, malah ia diyakini dapat menarik lebih ramai pengunjung terutama mempunyai minat mendalam terhadap sejarah dan kisah misteri.

Katanya, 'dark tourism' sebenarnya sudah lama wujud di Sabah seperti pembukaan Tugu Peringatan Perang Kundasang di Ranau pada 1962, menceritakan kisah sedih 'Death March' tentera Australia dan British yang dijadikan tahanan perang Jepun di Sandakan.

Istilah 'dark tourism' pada asalnya dicetuskan dua profesor dari Glaslow Caledonian University, Malcolm Foley dan John Lennon pada 1996 yang membawa maksud pelancongan berteraskan kegelapan.

"Destinasi dikunjungi menyimpan sejarah seperti peperangan, kemusnahan atau tragedi terjadi pada satu masa dahulu.

ANTARA barang antik yang terdapat dalam rumah Agnes.
"Kita mempunyai banyak tempat pelancongan menarik, pulau yang cantik, gunung yang indah, namun, di sebalik keindahan ini ada satu jenis pelancongan tidak kurang menarik iaitu melawat kawasan mencatat sejarah, tragedi, kekejaman, ataupun mengerikan dan ia dikenali sebagai 'dark tourism'," katanya.

Berdasarkan catatan Jabatan Muzium Sabah, rumah itu sudah ada apabila Agnes mengikuti suaminya bertugas sebagai Pegawai Konservasi Hutan di Sandakan pada 1934 dan mereka adalah penghuni kedua di rumah berkenaan sehingga tercetus Perang Dunia Kedua pada 1942.

Rumah berkenaan dikatakan rosak ketika perang tetapi dibina semula pada 1946 sebelum diduduki semula oleh Agnes bersama suami dan seorang anak mereka, sekembalinya dari Amerika Syarikat ke Sandakan selepas perang tamat.

Agnes menamakan rumah yang dibina semula itu sebagai Newlands dan mereka tinggal di sana hingga 1952 sebelum digantikan Pegawai Konservasi Hutan lain dengan yang terakhir Tom Bayles, pada 1968.

Gambar lama menunjukkan antara individu yang pernah tinggal di Rumah Agnes Keith dari zaman kolonial hingga akhir 1970-an. Kekalkan reka bentuk Difahamkan, rumah itu terus didiami pegawai lain sebelum ditinggalkan kosong selepas 1992 dan dijadikan sarang aktiviti tidak sihat termasuk penagih dadah sehinggalah diambil alih Jabatan Muzium Sabah pada 2001.

Jabatan Muzium Sabah dengan kerjasama Jabatan Muzium dan Antikuiti Negara kemudiannya melaksanakan pembaikan dan pemulihan dengan mengekalkan reka bentuk luaran dan dalaman asal sama seperti ketika Agnes tinggal di rumah itu hampir seabad yang lalu.

Menariknya, segala perabot dan peralatan dipamerkan dalam rumah itu juga semua dari era kolonial, selain pelbagai dekorasi barangan antik dan gambar lama memaparkan kehidupan Agnes dan keluarganya serta suasana di Sandakan ketika itu.

APABILA menaiki tangga kita dapat melihat gambar Agnes, Harry dan George.
Tidak ketinggalan catatan mengenai kisah seram yang pernah dilalui penghuni rumah itu turut disediakan untuk bacaan dan pengetahuan pengunjung.

Rumah itu kemudiannya dinamakan Rumah Agnes Keith sebagai penghargaan terhadap Agnes yang membantu memperkenalkan Sabah atau ketika itu dikenali sebagai Borneo Utara melalui buku bertajuk Land Below The Wind menceritakan mengenai masyarakat tempatan dan alam semula jadi Sabah, pada 1939.

Bagi peminat kisah seram atau aktiviti paranormal, peluang untuk merasai sendiri pengalaman bermalam di rumah itu, terletak satu kilometer dari pusat bandar Sandakan.

Malah, inisiatif Jabatan Muzium Sabah itu mungkin dapat merungkai misteri di sebalik kisah itu, sama ada benar-benar berlaku hingga ke hari ini atau hanya khayalan dan rekaan semata-mata.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (tiga kiri) meninjau suasana Rumah Agnes Keith di Sandakan yang akan dijadikan destinasi pelancongan seram.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin (tiga kiri) meninjau suasana Rumah Agnes Keith di Sandakan yang akan dijadikan destinasi pelancongan seram.
INFO Kisah Misteri Penuh Sejarah Rumah Agam Agnes Keith Yang Anda Patut Ketahui
Catatan kisah seram Rumah Agnes Keith

* "Saya tidak percaya hantu, tetapi setiap hari saya melihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri, berdiri di hujung jalan dan menoleh ke belakang," -Agnes Keith

* Rosemary, isteri GL Carson tinggal dari tahun 1955 hingga 1967 menceritakan kisah pintu bilik ditutup beberapa kali, disusuli bunyi orang berjalan pada satu subuh ketika tinggal berseorangan sebelum ternampak lembaga wanita berdiri di hujung katil sambil merenung ke arahnya.

* Seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal pada 1967 hingga 1968 menceritakan pernah terserempak dengan wanita sedang berdiri di anak tangga.

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk mendapatkan kisah-kisah seram.
klik 👉 https://t.me/hantudunia87




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://hantudunia.blogspot.com/2021/10/pakej-bermalam-jumpa-hantu-di-rumah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tabik Hormat Depan Rumah Seb4k Pemuda Tamat Latihan Polis Balik Jumpa Mak Ayah

Video Tabik Hormat Depan Rumah Seb4k Pemuda Tamat Latihan Polis Balik Jumpa Mak Ayah

papar berkaitan - pada 30/9/2021 - jumlah : 446 hits
Apa yang menjadi kebanggaan keluarga adalah apabila kita menjadi insan yang berguna yang berbakti kepada ibu bapa dan tanah air kita Menjadi polis adalah salah satu kebanggaan ibu bapa terhadap seseorang yang bergelar ibu bapa Setiap ibu ba...
Anak Naik Hantu Bakar Rumah Kerana Ibu Enggan Beri Wang

Anak Naik Hantu Bakar Rumah Kerana Ibu Enggan Beri Wang

papar berkaitan - pada 13/10/2021 - jumlah : 341 hits
Anak naik hantu bakar rumah kerana ibu enggan beri wang Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai membakar rumah keluarganya akibat berang dengan ibunya yang enggan memberikan wang kepadanya Ketua Polis Daerah Klang Utara S Vijaya Rao berkat...
Pintu Rumah

Pintu Rumah

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 312 hits
Pintu Rumah Asalamualaikum Salam Sejahtera Salam Blogger Malaysia salam juga kepada pembaca maya yang dikasihi Hari ini tidal banyak perkara menarik Etuza lalui dalam meneruskan kehidupan serba mencabar ini Melainkan bersama keluarga pergi ...
Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

Bunyi Letupan Sangat Kuat Seperti Dipanah Petir Rumah Bergegar

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 222 hits
Lebih 80 penduduk Malaysia memilih penggunaan gas LPG untuk memasak Kes kebakaran banyak dilaporkan terjadi yang berpunca oleh penyimpanan tong gas tidak betul litar pintas dan penggunaan api mancis Siapa sangka hanya dengan kesilapan kecil...
T21j07 Mak Su Izati Tandatangan S P Rumah Taman Langat Utama

T21j07 Mak Su Izati Tandatangan S P Rumah Taman Langat Utama

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 305 hits
Hari ini kami ke Setia Alam untuk ke pejabat pemaju kawasan perumahan sebuah rumah yang mahu dibeli oleh Mak Su Izati Master dan Mummy ambil cuti separuh hari manakala Aina dan Aidan tidak ke Taska hari ini Master ada satu mesyuarat pada ja...
Hiburan Muat Naik Gambar Passport Mk K Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga

Hiburan Muat Naik Gambar Passport Mk K Clique Nak Mendirikan Rumah Tangga

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 409 hits
Tindakan pelakon dan juga penyanyi MK K Clique sekali lagi mengundang resah dalam kalangan peminat apabila dia memuat naik foto pasport di Instagram miliknya baru baru ini ARTIKEL BERKAITAN Advertisement MK yang sememangnya digilai ramai pe...
Hiburan Atta Halilintar Sudah Siap Sambut Bayi Sulung Bina Rumah Agam Bak Istana

Hiburan Atta Halilintar Sudah Siap Sambut Bayi Sulung Bina Rumah Agam Bak Istana

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 266 hits
Selebriti sensasi Atta Halilintar dan isteri Aurel Hermansyah sudah siap untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka dengan membina sebuah rumah agam seperti istana ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMemetik laporan dari Gempak rumah yang dibe...
Rumah Di Kampung Ini Dikelilingi Kubur Buat Ramai Seram

Rumah Di Kampung Ini Dikelilingi Kubur Buat Ramai Seram

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 397 hits
Jakarta Sebuah perkampungan di Indonesia menjadi perhatian masyarakat setempat kerana menempatkan kubur di kawasan keliling rumah sehingga menakutkan tetamu luar lapor laman berita Merdeka semalam
Dukung Selamatkan Ibu Lumpuh Ketika Rumah Terbakar

Dukung Selamatkan Ibu Lumpuh Ketika Rumah Terbakar

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 202 hits
Mohd Zaiham menemani ibunya Bidah yang terselamat daripada kebakaran di Kampung Batu 48 Dungun hari ini DUNGUN Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan nyaris maut selepas rumah sewa didiaminya musnah dalam kebakaran di Kampung B...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa