Pakej Aqiqah Qurban Di Mekah Kenapa Mekah
Assalamualaikum, semoga semua antara kita masih dalam keadaan baik dan masih lagi dalam keadaan serba kecukupan dan bahagia. Alhamdulillah, syukur atas nikmat ini. Hari ini perkongsian yang agak ilmiah, tetapi ramai yang tak tahu atau masih ramai yang nak tahu tentang pakej aqiqah & Qurban di Mekah, tapi kenapa nak buat di Mekah? Kan afdal kalau buat di negara sendiri… ya dak? Kalau bab aqiqah, ingat lagi arwah ayah selalu pesan, “Kak nanti ada anak, kalau mampu hari ke-7 tu buat terus, jangan bertanggung. Dapat ganjaran pahala buat pada hari ke 7”. Maka, masa anak-anak kecil, kami sejak awal merancang dan menyimpan untuk cuba laksanakan yang terbaik untuk mereka,aqiqah. Maka kami berjaya laksanakan untuk keempat-empat buah hati kami. Dan yang UN pernah masukkan dalam blog adalah kisah kami buat Aqiqah untuk Angah pada tahun 2013. Mengimbau zaman 2013, arwah ayah banyak bantu kami. Yer la ayah masih ada pada tahun tu…tetapi selepas arwah ayah meninggal pada 2014, kami mengalami kesukaran untuk menguruskan bab aqiqah ini. Nak fikirkan tempat nak aqiqah, siapa nak masak, siapa nak potong kambing dan kalau kambing di sini seekor sekitar RM800-RM950 bergantung pada saiz. Agak mahal, dan bayangkan kalau anak lelaki, kos mencecah hampir RM2000.00. Itu belum lagi kos untuk masak dan sebagainya. Pakej Aqiqah dan Qurban semakin mahal Siapa setuju, kambing sekarang harga mahal. Ada pengusaha ladang kalau di Perlis bagitahu stok mereka dapat pun dari Kelantan. Kalau kawasan kami di Semenyih ini pula, kami tak tahu lokasi atau siapa yang ternak kambing. Pula tu siapa lah nak uruskan, bukan tak bermasyarakat, tetapi hidup dalam kawasan perumahan amat berbeza dengan di kampung. Alatan tak ada, lokasi nak sembelih, nak cuci dan nak pastikan darah tu terurus dengan baik bukan mudah. Nak cari kawasan lapang pun tak ada. Kalau Taman UN tinggal sekarang, kawasan qariah kami besar, surau pun gabungan beberapa taman perumahan. Pasti ramai ibu muda atau orang yang duduk taman alami isu lebih kurang sama kan? Kami ini tak banyak pilihan yang ada, kalau sebelah abah mereka, di Johor pun sama juga. Atok depa duduk rumah taman, tak jauh beza dengan rumah kami sendiri di Semenyih. Pula tu, macam menyusahkan mak ayah mertua pula. Banyak kekangannya, tetapi kalau ada yang berkemampuan buat di kawasan tempat tinggal, boleh teruskan seperti biasa. AqiqahCentre.com buka peluang yang memudahkan urusan ramai orang. Owh ya, kalau sekarang mudah sangat nak buat Aqiqah dan Qurban. Aqiqah dan Qurban di Mekah pula tu. Ramai yang tanya, kenapa AqiqahCentre tak anjurkan program ini dan buat di Malaysia? Sebabnya – walaupun aqiqah di kawasan sendiri lebih afdal, tetapi ini adalah alternatif yang diambil oleh AqiqahCentre untuk mereka yang nak buat aqiqah juga tapi tidak mempunyai bajet yang tinggi. Hanya melalui hujung jari sahaja, niat nak aqiqahkan anak-anak dah boleh dilaksanakan. Dan pastinya tak serabut untuk fikirkan lokasi dan juga pelbagai faktor lain. Harga yang ditawarkan pun mampu milik, dan kalau buat dengan syarikat ini yang best mereka sediakan bukti sembelihan yang ada video beserta sebutan nama anak. Tk perlu nak was-was, sebab mereka juga sebolehnya melaksanakan amanah yang diberikan sebaiknya. APA HUKUM AQIQAH CARA MACAM NI? Hukumnya adalah harus. Aqiqah yang terbaik adalah yang dibuat sendiri, dilihat depan mata, dimasak dan dijamu pada orang ramai. Tapi ada yang tak mampu atas sebab kos, masa, dan keadaan tak sesuai seperti covid sekarang. Jadi bila tak mampu buat semua, jangan pula tinggalkan semua. Kan…jadi pilih alternatif yang terbaik. Bila tempahan Pakej Aqiqah & Qurban boleh dibuat dengan AqiqahCentre? Pada bila-bila masa sahaja!Ibadah Aqiqah akan disempurnakan setiap minggu pada hari Jumaat.Bagi anda yang ingin mengejar sunnah kelahiran hari ke-7, insyallah kami akan penuhi hajat anda.Boleh hubungi Encik Bryan Musa di talian +6010-8400 803 (Call / Whatsapp). Lagi yang menarikkkkk….. rasa nak jerit kuat-kuat…(dengar ke UN jerit ini??) Satu lagi, siapa yang buat tempahan akan mendapat pelbagai hadiah menarik seperti Al-Quran Eksklusif 5,000 Terawal Sebelum 10 Julai 2020, dan juga boleh sertai contest yang dianjurkan iaitu – Tag & ceritakan pengalaman anda menggunakan Aqiqah Centre diFacebook atau Instagram, boleh menang telekung Siti Khadijah setiap minggu. Jadi bagi rakan-rakan UN atau sesiapa yang membaca blog ini, boleh buat pilihan sekarang, kurangkan kekusutan minda dengan melaksanakan Aqiqah dan Qurban di Mekah melalui AqiqahCentre.com .
The post Pakej Aqiqah & Qurban di Mekah – Kenapa Mekah? appeared first on Ummi Nani.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://umminani.com/2020/07/pakej-aqiqah-qurban-di-mekah/