Pakej Ransangan Ekonomi Makcik Kiah Indah Khabar Dari Rupa



Oleh: Zahir Hasan
ULASAN: “Jadi, keseluruhan nilai manfaat yang akan diterima oleh keluarga Mak Cik Kiah termasuk pemberian tunai dan penjimatan ialah sebanyak RM7,864”.
Ini antara gambaran yang disampaikan sewaktu pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi PRIHATIN pada bulan Mac yang lalu. Persoalannya sekarang ini, adakah Mak Cik Kiah dan mereka yang melalui situasi seumpama Mak Cik Kiah benar-benar menerima apa yang telah dijanjikan?
Hakikatnya di bawah sana kita tahu ramai lagi rakyat yang masih terjejas dengan cabaran ekonomi ekoran wabak COVID-19. Kehidupan mereka sekarang tidak menentu dan kini hanya bergantung kepada bantuan yang dijanjikan kerajaan untuk terus menyara keluarga dengan keperluan asas.
Sebagai contoh, terdapat satu kes yang saya terima di mana suami hilang sumber pendapatan oleh kerana pelaksanaan PKP. Pada masa yang sama, beliau memiliki tanggungan dua orang anak, isteri yang sedang mengandung 7 bulan anak ketiga. Disebabkan tiada wang, satu keluarga kini dihalau keluar daripada tempat tinggal mereka kerana tidak mampu membayar sewa bulanan. Adakah ini satu kes yang terpencil?
Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini telah melaporkan bahawa kesan daripada wabak COVID-19, kadar pengangguran telah bertambah dari bulan ke bulan: Februari 3.3 %, Mac 3.9% dan April 5%. Ini bersamaan dengan lebih 610,000 orang bagi Mac dan 778,800 orang bulan April.
Malah, seperti yang dilaporkan dalam The Edge Markets pada 15 Jun 2020, pakar ekonomi menjangkakan angka ini berpotensi untuk terus bertambah sehingg 7% atau melebihi 1 juta orang.
Untuk pengetahuan, terdapat sejumlah 2.59 juta orang yang bekerja sendiri pada bulan April 2020. Kumpulan ini yang sebahagian besarnya terdiri daripada peniaga/pengusaha kecil-kecilan (pasar tani/ pasar malam/ katering/ freelancer), terdedah kepada risiko kehilangan pekerjaan dan pendapatan berikutan PKP.
Memang mudah untuk kita memberikan statistik dengan angka-angka dan peratusan seperti di atas. Tetapi bagi tuan punya diri yang menjadi sebahagian daripada statistik itu, lain ceritanya.
Tekanan daripada pelbagai sudut termasuk kewangan, mental dan psikologi sedang menghambat mereka. Inilah yang sedang dilalui oleh 778,800 orang yang telah hilang pekerjaan dan dijangka akan bertambah melebihi 1 juta orang. Jika dimasukkan bilangan tanggungan yang terbabit bagi setiap pekerja, jumlah mereka yang terkesan pasti jauh lebih tinggi.
Namun persoalan yang berlegar sekarang adalah sejauh manakah keberkesanan penyaluran bantuan melalui Pakej PRIHATIN yang bernilai RM22billion dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bernilai RM35billion ini?
Rakyat perlu tahu setiap perincian penyaluran dana yang dibuat kepada kumpulan sasaran bagi memastikan sistem penyampaian yang telus. Ini bagi mengelakkan sebarang ketirisan yang biasa berlaku akibat daripada amalan orang tengah, komisen dan sebagainya.
Saya menuntut agar kerajaan membentangkan satu strategi yang holistik untuk menangani situasi pengangguran yang kian bertambah ini dalam sesi Parlimen yang akan datang. Memandangkan sebelum ini langsung tiada perbincangan di peringkat Parlimen bagi meluluskan pakej-pakej ransangan ekonomi tersebut.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28472

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakej Rancangan Bilion Ringgit Makcik Kiah Dapat Berapa

Pakej Rancangan Bilion Ringgit Makcik Kiah Dapat Berapa

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 345 hits
Pakej ransangan ekonomi kerajaan tebuk atap Perikatan Nasional diuar uarkan sebagai antara yang terbaik di dunia Malah dalam pembentangan pertama pada Mac lalu berjumlah RM250 bilion Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengambarkan keluarga be...
Pakej Ransangan Ekonomi Pn Syok Sendiri Rakyat Menganggur Berlambak

Pakej Ransangan Ekonomi Pn Syok Sendiri Rakyat Menganggur Berlambak

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 323 hits
Pakej ransangan ekonomi kerajaan Perikatan Nasional nampaknya indah khabar dari rupa Dikatakan rakyat Malaysia hidup senang lenang dengan pakej itu berbanding negara lain yang rakyatnya tidak dibantu Bagi Ahli Dewan Undangan Negeri Sekincha...
Penulis Buku Kongsikan Kosa Kata Melayu Indah Yang Jarang Digunakan Hari Ini

Penulis Buku Kongsikan Kosa Kata Melayu Indah Yang Jarang Digunakan Hari Ini

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 1444 hits
Umum mengetahui bahasa Melayu pernah menjadi bahasa perantaraan atau lingua franca yang digunakan oleh pedagang pedagang luar semasa kegemilangan Kesultanaan Melaka pada zaman dahulu dan sehingga kini bahasa Melayu antara bahasa yang paling...
Akhlak Yang Indah Laksana Pintu Menuju Syurga Illahi

Akhlak Yang Indah Laksana Pintu Menuju Syurga Illahi

papar berkaitan - pada 3/7/2020 - jumlah : 476 hits
Akhlak Yang Indah Laksana Pintu Menuju Jannah Illahi Sentiasa menjaga batas dan aurat dalam kehidupan Berjaga jaga bila berkata menyimpan sangkaan baik di dalam hati walau kepada sesiapapun makhluk Tuhan atas muka bumi ini Akhlak baik seiri...
Kurang Ajar Kiah Propa Tak Lalu Hari Hari Disajikan Foto Burung

Kurang Ajar Kiah Propa Tak Lalu Hari Hari Disajikan Foto Burung

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 809 hits
Kiah Propa buat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh BEKAS personaliti TV Siti Rohkhaida Abdul Kalil atau dikenali sebagai Kiah Propa membuat laporan di Balai Polis Saujana Utama Sungai Buloh hari ini Ia berikutan dia men...
Perkampungan Kecil Yang Indah Tanpa Jalan Raya

Perkampungan Kecil Yang Indah Tanpa Jalan Raya

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 431 hits
Bagi siapa pun yang ingin melihat dan merasakan kehidupan yang sederhana mungkin perkampungan kecil Giethoorn di Belanda boleh menjadi salah satu tempat yang patut dikunjungi Perkampungan kecil Giethoorn tidak mempunyai jalan raya hampir se...
Fairy Skirt Hanfu Princes Ala Makcik Google

Fairy Skirt Hanfu Princes Ala Makcik Google

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 487 hits
Cik Melor jahit baju Princes Hanfu ni akhir tahun lepas untuk sambutan hari kanak kanak 2019 Tema tahun lepas ialah putera dan puteri dulu dulu Puas fikir nak buat apa Lepas di google cari yang paling senang nak jahit maka terhasil la costu...
Anwar Cuba Cuci Tangan Krisis Ekonomi 1997 Ada 6 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Anwar Najib

Anwar Cuba Cuci Tangan Krisis Ekonomi 1997 Ada 6 Soalan Yang Perlu Dijawab Oleh Anwar Najib

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 603 hits
Saya geleng kepala apabila membaca cubaan bakal PM5 6 7 8 9 untuk cuci tangan krisis ekonomi tahun 1997 dan cubaan dia mengambil kredit pertumbuhan ekonomi yang tinggi pada awal tahun 1990an Soalan yang patut ditanya dia adalah 1 Kenapa kri...
Ain Syakirah Feat Fara Insyirah Ku Kunci Rindu Buatmu Chord

Ijm Land Memperkenalkan Suria Park Di Suria Hill Taman Komuniti Yang Memupuk Gaya Hidup Sihat

Cara Kira Harga Jual Makanan Delivery Supaya Tak Rugi Tapi Tetap Laku

Hailed For Heroics From Countless Arrest Only Makes Papagomo More Daring Instead Of Remorseful

Tinjauan Ramalan Glenauk Economics Tren Harga Minyak Sawit Di Masa Hadapan

Mandatory Email Account Verification For All Domain

Bans Lack Bite In Malaysia

Pengambilan Tingkatan 4 Pondok Moden Al Abaqirah Maiwp 2026


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tempah Baju Korporat Kualiti Terbaik Harga Direct Kilang

Lirik Lagu Amira Othman Irfan Haris Rasa Takdir

Fatin Menyesal Bedah Bariatrik Prince Syed Dedah Dah Lama Dibenci Mentua

Drama Deejay Kampung

Cawangan Baru Marrybrown Di Jeli Kelantan Jadi Tumpuan Ramai

Allison Williams Legs And Feet In Tights 7