Pakatan Parti Islam Tak Boleh Bertahaluf Dengan Kafir Dominan


Oleh Athirah Huda Zalhe Melayu sekarang tidak lagi merdeka dalam memilih cara pemerintahan dan tidak bebas menentukan masa depan sendiri


PUTRAJAYA – Mana-mana parti atau gerakan Islam tidak boleh bertahaluf dengan orang kafir dalam keadaan orang bukan Islam lebih dominan dalam pakatan itu, kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.
Beliau berkata, ini kerana tahaluf berkenaan akan membawa orang kafir berkuasa ke atas orang Islam yang jelas bercanggah dengan nas yang nyata.
“Mahu tidak mahu segalanya telah berlaku, fitnah dan kerosakan yang besar.
“Umat Islam dan orang Melayu di negara ini memerlukan keazaman yang tinggi dan gagasan yang besar untuk mengangkat masyruk siasi Islami (agenda politik Islam) dan mempromosi wacana politik berteraskan agama dan kepentingan umat,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Amir sempena Mesyuarat Agung Isma Ke-16, yang berlangsung di Hotel Everly, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah Zaik berkata, Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) telah membawa perubahan besar kepada landskap politik, kerana hakikatnya ia mengakhiri pemerintahan Melayu dan Islam di negara ini.
“Apa yang berlaku ialah pemerintahan yang didominasi oleh kaum lain atau boleh saya katakan pemerintahan ‘DAP by proxy’. Segala indikator menunjukkan bahawa negara menjurus kepada pemerintahan berasaskan kaum.
“Ada negeri akan diperintah oleh kaum Cina, ada negeri diperintah oleh Melayu (UMNO atau PAS) dan ada negeri diperintah oleh Cina melalui proksi,” katanya.
Atas rasa tanggungjawab, beliau mencadangkan supaya gagasan politik membentuk integrasi nasional melalui pendidikan satu aliran, selain membentuk semula rancangan pembangunan Malaysia berasaskan imbangan ekonomi yang adil.
“Saya juga mencadangkan supaya kita merangka konsep tadbir urus negara ala Malaysia berkonsepkan siyasah Syariyyah mengikut prinsip Maqasid Syariah.
“Mengamalkan pentadbiran berasaskan undang-undang ‘rule of law’, memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, perdagangan, teknologi, perundangan dan perpaduan serta menjamin kebebasan beragama dan adat resam bangsa lain berlandaskan Perlembagaan,” katanya.
Sementara itu, beliau meluahkan rasa terkilan terhadap nasib orang Melayu hari ini, yang disifatkan tidak lagi merdeka dalam memilih cara pemerintahan mereka, dan tidak bebas menentukan masa depan sendiri.
Lebih menyedihkan, beliau berkata, bangsanya itu kini menjadi ‘bangsat’ mengemis secebis kehidupan tanpa menghiraukan lagi identiti, maruah dan masa depan bangsa Melayu.
Beliau berkata, semua itu berpunca daripada kesilapan mengadapatasi fahaman sosialis liberal dalam pemerintahan negara, selain mendukung dasar pro-kapitalis dan menolak Islam dalam pembinaan sistem serta landasan pembangunan peradaban negara.
Bagaimanapun katanya, beliau melihat ancaman keruntuhan Islam dan bangsa Melayu yang berlaku hari ini, bukanlah baru bermula selepas 9 Mei lalu.
Sebaliknya, mengakui ia adalah akibat daripada kecelaruan pendirian dan kesalahan dasar yang berlaku sejak awal kemerdekaan negara lagi.
“Oleh itu, Isma tidak menghadkan pandangan politik dan agenda islahnya dalam lingkungan percaturan politik semasa semata-mata. Perkara sebenar harus diperkatakan tanpa bermuka-muka.
“Kita bercakap tentang bahaya DAP, evangelist, sekularis, liberalis, perang proksi Amerika, China dan sebagainya, tetapi kita sedar bahawa kemusnahan yang berlaku pada hari ini bukan bermula hanya selepas PRU ke-14, tetapi permulaannya lebih awal dari itu, hasil dari perbuatan tangan-tangan pemimpin Melayu sendiri,” katanya.
Dalam Ucapan Dasar beliau sempena Mesyuarat Agung Ke-16 Isma hari ini, Abdullah Zaik berkata, kesan yang kini ditanggung orang Melayu berpunca daripada sikap puak anglophile Melayu kerana bertanggungjawab melanjutkan dasar-dasar penjajah dan membunuh agenda perjuangan bangsa.
Katanya, golongan anglophile ini jugalah yang mengambil kesempatan atas kemiskinan orang Melayu untuk membeli mandat daripada mereka dan menggunakan kepercayaan itu untuk kepentingan peribadi serta keluarga.
“Keadaan hanya akan berubah dan orang Islam akan selamat hanya apabila mereka mengambil langkah komprehensif menebus kedaulatan agama dan bangsa mereka dengan kembali kepada Islam.
” Membangunkan negara berasaskan kepada akidah dan mencari kemajuan mengikut falsafah peradaban sendiri. Untuk tujuan itu semua, kita terlebih dahulu hendaklah menamatkan ancaman pemerintah yang dikuasai bukan Islam yang rasis.
“Kemudian, kita perlu menyatukan orang Islam dan Melayu atas dasar akidah dan seterusnya kembali kepada kerangka peradaban kita yang tersendiri. Langkah ini sahaja yang akan menebus kembali kedaulatan agama dan bangsa di tanah air kita ini,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/03/pakatan-parti-islam-tak-boleh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bukan Islam Dilarang Panggil Kafir Kerana Berunsur Ganas

Bukan Islam Dilarang Panggil Kafir Kerana Berunsur Ganas

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 401 hits
Moqsith memaklumkan isu melarang menyebut orang kafir tidak semestinya termasuk dalam cadangan yang akan diberikan kepada kerajaan FotoBERNAMA Fail Bukan Islam di Indonesia tidak lagi digelar kafir PERSIDANGAN Ulama Nasional dan Persidangan...
Bagaimana Pas Boleh Bersama Parti Dah Rosak Azmin

Bagaimana Pas Boleh Bersama Parti Dah Rosak Azmin

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 368 hits
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata beliau tidak nampak di mana keperluan untuk PAS mengadakan kerjasama rasmi dengan Umno selepas parti itu ditolak pada PRU yang lalu Menyifatkan Umno sebagai sebuah parti yang sudah rosak Azmin bagaima...
Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

Jakim Tubuh Unit Pemantaun Khas Isu Hina Nabi Dan Agama Islam Orang Ramai Boleh Whatsapp Untuk Lapor

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 405 hits
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat berhubung isu penghinaan terhadap Nabi Muhammad S A W oleh individu tidak bertanggungjawab Ada yang sehingga tahap memuat naik karikatur menghina Nabi Muhammad S A W sehingga mencetuskan kemar...
Pesalah Hina Islam Boleh Rayu Hukuman 10 Tahun Penjara

Pesalah Hina Islam Boleh Rayu Hukuman 10 Tahun Penjara

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 412 hits
Seorang lelaki yang dijatuhkan hukuman sepuluh tahun penjara kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW boleh merayu sabitan kesalahannya itu maklum Timbalan Menteri Undang undang Hanipa Maidin Pesalah yang disabitkan hukuman itu boleh mer...
Mcm Ni Ke Akhlak Pemimpin Parti Islam Tiada Simpati Dari Pihak Yang Ditolong Kata Isteri Rameli Musa

Mcm Ni Ke Akhlak Pemimpin Parti Islam Tiada Simpati Dari Pihak Yang Ditolong Kata Isteri Rameli Musa

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 749 hits
MALAYSIA DATELINE Rameli dan isterinya yang dikenali sebagai usahawan berjaya yang suka menolong mereka yang memerlukan pertolongan Ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap Pengerusi KTMB Datuk Rameli Musa berkaitan w...
Dr M Dia Pilih Parti K Jaan Apa Kita Boleh Buat

Dr M Dia Pilih Parti K Jaan Apa Kita Boleh Buat

papar berkaitan - pada 16/3/2019 - jumlah : 254 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Jawatankuasa Kira Kira Wang Negara akan tetap diketuai oleh Ronald Kiandee Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata kerajaan telah memenuhi manifesto pilihan raya dengan melantik Ronald ke ...
Informasi Ini Satu Lagi Bukti Dap Parti Anti Islam

Informasi Ini Satu Lagi Bukti Dap Parti Anti Islam

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 461 hits
CHONG Zhemin UTUSAN ONLINEIPOH 21 Mac DAP Perak menyifatkan keputusan kerajaan Pas Kelantan menolak cadangan untuk membenarkan panggung wayang patuh syariah dibuka di negeri itu membuktikan pendirian Pas sebagai sebuah parti yang ekstrem Se...
Kedamaian Negara Islam Menjadi Racun Kepada Orang Kafir 9212

Kedamaian Negara Islam Menjadi Racun Kepada Orang Kafir 9212

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 426 hits
Imarah Afghanistan Penarikan Seluruh Tentara Asing Adalah Kunci Perdamaian Sabtu 2 Maret 2019 14 35Foto Juru bicara Imarah Islam Afghanistan Suhail Shaheen KIBLAT NET Kabul Juru bicara Biro Politik Taliban di kantor perwakilan di Qatar meny...
Tkn Jokowi Sandiaga Boleh Lebih Muda Ma Ruf Amin Lebih Visioner

Tkn Jokowi Sandiaga Boleh Lebih Muda Ma Ruf Amin Lebih Visioner

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 267 hits
Dengan tampilan debat tersebut rakyat melihat bahwa boleh jadi Sandiaga Uno lebih muda namun KH Ma ruf Amin jauh lebih visioner Programnya konret dan menjawab kebutuhan ungkap Hasto
Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Environmental Group Criticises S Gor For Skipping Zero Waste Day

No Lessons Learnt Hindu Temple Row Leaves Only A Bitter Aftertaste

Persiapan Aidilfitri Sebuah Keluarga Peneroka Di Felda Jengka 7 Musnah Kediaman Hangus Terbakar

Suspek Larikan Kereta Bersama Budak Dicekup Selepas Ditemui Sedang Tidur

Four Injured After Floor Collapses During Aidilfitri Celebration In Sarawak

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pondok Abuya Lakonan Faizal Hussein Vanidah Imran

Building An Online Marketing Plan

Update Kebakaran Saluran Gas Di Putra Heights

Jemaah Penanggal Kampung Lenggong

Luna Maya Dilamar Maxime Bouttier Di Tokyo Ini Perjalanan Cinta Mereka

Masak Makan Di Pagi Raya Pertama