Dr Mahathir Dan Pakatan Harapan Akan Singkirkan Anwar Sekali Lagi



MPT PPBM selesai menggadakan mesyuarat dengan Presiden PPBM yang juga merangkap Pemangku Pengerusi PPBM, Muhyiddin Yassin pada 4 Disember 2020 jam 11.50 malam.

Dalam mesyuarat tersebut, MPE PPBM telah mengesahkan keahlian 5 orang ahli PPBM, mantan Pengerusi, Dr. Mahathir, mantan Timbalan Presiden, Mukhriz Mahathir, mantan Ketua Armada, Syed Saddiq serta Maszll Malik dan Amiruddin Hamzah telah terhenti aka dipecat dari PPBM.

Mereka berlima disahkan bukan lagi ahli PPBM ysng berdaftar.

Di hari yang sama, Dr. Mahathir pula mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Harapan.

Yang menarik, pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan yang terdiri dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke, Presiden PAN, Mohamad Sabu, Presiden Warisan Shafie Apdal, mantan Timbalan Presiden PPBM, Mukhriz Mahathir dan mantan Setiausaha Agung PPBM, Marzuki tanpa kelibat Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, Anwar Ibrahim (BACA DI SINI).

Pertemuan Dr. Mahathir dengan pemimpin Pakatan Harapan tanpa Anwar Ibrahin atau mana-mana wakil PKR itu adalah kali kedua.

Untuk rekod, kali pertama adalah selepas Parlimen bersidang semasa mereka membuat sidang media di lobi Parlimen.


Sementara itu di sebelah malam pula, Pengerusi PPBM dan Presiden PKR pula mengadakan pertemuan dengan Lim Guan Eng, Anthony Loke, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution tanpa ada kelibat Dr. Mahathir atau mana-mana wakil dari beliau (BACA DI SINI).

Dalam satu artikel yang ditulis oleh Sofea Amelia dan disiarkan oleh MYKMU.NET menyatakan kononnya Dr. Mahathir telah bersetuju Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya ke Putrajaya sekali lagi dengan syarat Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri (BACA DI SINI).

Pertemuan berasingan Dr. Mahathir dan Anwar bersama pemimpin PPBM adalah petanda yang sangat jelas kepada kita, sebenarnya Pakatan Harapan masih belum dapat menyelesaikan masaalah terbesar yang menghantui mereka dan yang membawa kepada kejatuhan kerajaan yang mereka tubuhkan selama 22 bulan, iaitu siapa yang akan dilantik sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir atau Anwar Ibrahim.


Dan kalau rakyat memberikan mereka mandat sekali lagi dalam PRU 15, kemelut yang sama tetap akan berulang.

Pakatan Harapan terutamanya DAP sedar, mereka perlukan sokongan undi Melayu sekiranya mahu kembali ke Putrajaya sekali lagi dan untuk itu mereka perlukan Dr. Mahathir.

Namun Pakatan Harapan juga sedar, sokongan undi Melayu kepada Dr. Mahathir semakin merudum sejak kebelakangan ini dan memburukkan keadaan lagi, Pakatan Harapan berisiko akan kehilangan Ahli Parlimen PKR sekiranya Anwar Ibrahim yang sudah 2 kali dipermainkan Dr. Mahathir bertindak balas.

Dan dalam keadaan sekarang di mana Dr. Mahathir sudah tersingkir dari PPBM, Pakatan Harapan juga sedar Dr. Mahathir lebih memerlukan Pakatan Harapan dari Pakatan Harapan memerlukan Dr. Mahathir.

Namun sekiranya Pakatan Harapan mencalonkan Anwar Ibrahim dan tidak mendapat persetujuan dari Dr. Mahathir, Pakatan Harapan terutamanya DAP tahu pengaruh Anwar tidak cukup kuat untuk membawa mereka sekali lagi ke Putrajaya.

Anwar sudah melakukannya dalam 4 Pilihanraya Umum tetapi terbukti gagal.


Sebenarnya, tiada dan tidak akan ada persefahaman antara Dr. Mahathir dan Anwar mengenai perebutan siapa bakal Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya.

Sebab itulah pertemuan antara Dr. Mahathir dan Anwar terpaksa dilakukan secara berasingan.

Pertemuan antara Anwar dan pemimpin Pakatan Harapan pastilah membincangkan hasil pertemuan pemimpin parti Pakatan Harapan dengan Dr. Mahathir, manakala pertemuan dengan Dr. Mahathir pula membincangkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan berjaya kembali ke Putrajaya atau mungkin membincangkan bagaimana hendak menyingkirkan Anwar sekali lagi dari perebutan kerusi Perdana Menteri!!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2020/06/dr-mahathir-dan-pakatan-harapan-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Brought Down Pakatan Harapan To Block Anwar From Taking Over

Mahathir Brought Down Pakatan Harapan To Block Anwar From Taking Over

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 482 hits
This time a voice resembling that of Bersatu president Muhyiddin Yassin is heard telling a group of people that the Yang di Pertuan Agong was in favour of retaining Mahathir as prime minister even in the event of a change of government The ...
Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 370 hits
Calon perdana menteri PH dah disepakati kata Marzuki Pakatan Harapan dan sekutunya yang digelar sebagai PH plus dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu Ma...
Harapan Kita Dr Mahathir Dan Anwar Pilih Yang Terbaik

Harapan Kita Dr Mahathir Dan Anwar Pilih Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 480 hits
Pandangan yang terkandung dalam tulisan ini adalah pandangan peribadi saya Saya menulis dalam kapasiti saya sebagai seorang blogger Memperkenalkan Anwar pada tahun 1982 Cabaran mutakhir 38 tahun bersama PADA 2 Disember tahun lalu saya menul...
Why Did Pakatan Have Separate Meetings With Mahathir And Anwar

Why Did Pakatan Have Separate Meetings With Mahathir And Anwar

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 311 hits
The truth of the matter is Pakatan Harapan is split into the Mahathir faction and the Anwar faction And they cannot agree on who should be PM9 in the event they manage to topple the Perikatan Nasional government THE CORRIDORS OF POWERRaja P...
Yoursay Harapan S Dilemma Mahathir Again Or Anwar

Yoursay Harapan S Dilemma Mahathir Again Or Anwar

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 347 hits
YOURSAY If they cannot decide then wait for GE15 What s the hurry Kim Quek Former prime minister Dr Mahathir Mohamad was such a total disaster as leader of the Pakatan Harapan coalition government that it would be insane to choose him to le...
Should Pakatan Harapan Continue To Work With Untrustworthy Old Fox Mahathir Again

Should Pakatan Harapan Continue To Work With Untrustworthy Old Fox Mahathir Again

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 423 hits
Very few people wanted Mahathir to lead the opposition again and bring back the legitimate government of Pakatan Harapan Some think Mahathir cannot be trusted to lead the opposition but is welcomed to join the Opposition benches Most people...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya