Pakatan Bagan Datuk Membunuh Demokrasi Kata Pas Perak



(MK) : PAS Perak menganggap pengakuan Shamsul Iskandar Md Akin mengenai apa yang berlaku pada malam keputusan PRU ke-15 di Bagan Datuk sebagai detik “kematian” demokrasi.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, berkata dia terkejut dengan dakwaan dibuat setiausaha politik kanan kepada perdana menteri itu.
“Tindakan Anwar mengarahkan agar kiraan semula tidak dibuat dalam keadaan pertikaian yang sangat munasabah adalah membunuh semangat demokrasi,” katanya.
Tambah Razman, kenyataan Shamsul Iskandar itu secara jelas menunjukkan wujud konspirasi di antara PH dan Umno yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya ia juga menyanggahi amalan demokrasi dalam pilihan raya.
“Ia dilakukan atas arahan Anwar kerana menurutnya telah ada perjanjian antara Datuk Seri Zahid dan Datuk Seri Anwar untuk menubuhkan kerajaan bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu Malaysiakini melaporkan bagaimana Shamsul Iskandar dalam satu program audio siar mengakui Anwar menghubunginya pada jam 2 pagi untuk mengucapkan tahniah atas pembabitannya sebagai calon PH di Bagan Datuk.
Untuk rekod, dalam PRU yang berlangsung pada 19 Nov 2022, Shamsul Iskandar ‘dibawa’ dari Melaka untuk bertanding mencabar Ahmad Zahid di Bagan Datuk.
Apabila keputusan diumumkan, Ahmad Zahid mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis – 348 undi – di sebalik kedudukan dia sebagai presiden Umno dan Bagan Datuk merupakan kubu kuatnya.
Ahmad Zahid memperoleh 16,578 undi berbanding Shamsul Iskandar 16,230 undi. PN pula diwakili Dr Faiz Na’aman yang sekadar memperoleh 8,822 undi.
Dalam PRU ke-14 yang diadakan pada 2018, Ahmad Zahid memenangi kerusi tersebut dengan kelebihan 5,073 undi.
Mencabar keputusan pilihan raya dengan meminta kiraan semula undi adalah salah satu jalan yang disediakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada seseorang calon, dengan syarat tertentu.
Bagaimanapun mencabar dan meminta kiraan semula undi itu bukanlah sesuatu yang wajib.
Menurut Razman pengakuan Shamsul Iskandar itu juga membuktikan bahawa kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan perpaduan yang ditubuhkan atas arahan Yang di-Pertuan Agong.
Sebaliknya, dakwa Adun Gunung Semanggol itu lagi, hasil konspirasi awal di antara Anwar dan Ahmad Zahid.
“Ia telah disahkan seawal 2.30 pagi selepas hari pengundian berbanding penubuhan kerajaan dua hari kemudian,” katanya.
Razman juga mendakwa Ahmad Zahid mengkhianati pengundi Umno yang memberikan undi kepada dia dan parti itu kerana menolak Anwar melalui kempen No Anwar No DAP.
Dakwa Razman, rakyat sudah dipergunakan melalui ketempangan sistem yang ada.
“PAS Perak melihat pengakuan ini sebagai sesuatu yang besar dan perlu diberi perhatian serta membuktikan bahawa kerajaan yang ditubuhkan penuh dengan muslihat dan pembohongan yang membunuh semangat demokrasi pilihan raya,” katanya.
Sumber : Malaysiakini
 
The post ‘Pakatan’ Bagan Datuk membunuh demokrasi, kata PAS Perak appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/10/15/pakatan-bagan-datuk-membunuh-demokrasi-kata-pas-perak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Walau Adik Masuk Pas Zahid Hamidi Tak Tergugat Di Bagan Datuk

Walau Adik Masuk Pas Zahid Hamidi Tak Tergugat Di Bagan Datuk

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 198 hits
16 October 2024Minggu ini boleh dianggap minggu yang penuh kejutan buat Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi Selepas dikejutkan dengan pendedahan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkenaan peristiwa pada malam pengiraan undi PRU15 lalu yang sedikit s...
Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal Pas Yang Mati

Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal Pas Yang Mati

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 108 hits
Bukan Demokrasi Mati Tapi Perjuangan Asal PAS Yang Mati Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria secara tiba tiba melenting apabila mengetahui Anwar Ibrahim mengarahkan agar keputusan PRU 15 Parlimen Bagan Datuk tidak di kira semula Sebelum itu...
Kelapa Fest Bagan Datuk 2024

Kelapa Fest Bagan Datuk 2024

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 159 hits
Kelapa Fest Bagan Datuk 2024Pelbagai aktiviti diadakan sempena Kelapa Fest Bagan Datuk 2024 yang berlangsung pada 5 6 Oktober ini ada pameran kelapa kraf aktiviti jualan sukan rakyat cabutan bertuah e sport konvoi motorsport pelbagai pertan...
Ketua Pemuda Pas Selangor Bodoh Sombong Kata Setiausaha Mb

Ketua Pemuda Pas Selangor Bodoh Sombong Kata Setiausaha Mb

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 123 hits
MalaysiakiniKenyataan Pemuda PAS Selangor Mohamed Sukri Omar yang mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri mencerminkan sikapnya yang bodoh sombong kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Saifuddin Shafi Muhammad Kenya...
Shamsul Mengalah Di Bagan Datuk Demi Penubuhan Kerajaan Perpaduan

Shamsul Mengalah Di Bagan Datuk Demi Penubuhan Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 155 hits
SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin mendakwa dia diarah supaya tidak mencabar keputusan pilihan raya umum ke 15 di Bagan Datuk yang ketika itu menyaksikan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahi...
Pemimpin Pas Jenis Bodoh Sombong Ahli Akademik Tegur Tak Mahu Terima

Pemimpin Pas Jenis Bodoh Sombong Ahli Akademik Tegur Tak Mahu Terima

papar berkaitan - pada 11/10/2024 - jumlah : 148 hits
Tajuddin Saya tegur PAS sebagai orang Islam bukan ahli akademikMalaysiakini nbsp Ahli akademik Tajuddin Mohd Rasdi menjelaskan bahawa dia menegur PAS sebagai orang Islam yang bertanggungjawab dan bukannya sebagai ahli akademik Saya bercakap...
Hutan Sungai Lembing Botak Pemuda Pas Pahang Tuntut Penjelasan Daripada Menteri Besar

Hutan Sungai Lembing Botak Pemuda Pas Pahang Tuntut Penjelasan Daripada Menteri Besar

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 210 hits
KUANTAN Dewan Pemuda PAS Pahang tuntut penjelasan daripada Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan agensi berkaitan mengenai dakwaan aktiviti penjarahan Hutan Sungai Lembing Dalam kenyataannya Ketua penerangannya Ahmad Azlan Abu B...
Thank You For Tiger Potential Compliment Teresa Tells Pas Leader

Thank You For Tiger Potential Compliment Teresa Tells Pas Leader

papar berkaitan - pada 12/10/2024 - jumlah : 154 hits
I do not sow discord for political mileage I don t spend every waking hour talking about my race and beliefs nor do I dream about the imagined threats of other races and how to capitalise on them when I am sleeping Teresa Kok has expressed ...
Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Nasi Briyani Adabi

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia