Pakar Kongsi 5 Sebab Kenapa Dari Awal Anak Selesa Menulis Guna Huruf Besar
Biasa anak-anak di antara usia 3 tahun ke atas, jika pertama kali menulis, mesti menggunakan huruf besar. Pernah tak ibu ayah terfikir kenapa anak mulakan dengan huruf besar.
Menurut Terapis Cara Kerja, Puan Mahfuzah Zainol ini 5 sebabnya yang perlu diketahui.
5 Sebab Kenapa Kita Mula Ajar Tulis dengan Huruf Besar
1. Seperti yang kita tahu, kami para terapi cara kerja akan ajar kanak-kanak tulis dengan huruf besar dulu. Ada sebabnya ya.
2. Pertama, Huruf besar mudah sangat dicam.. bukan dikecam. Kiranya senang lah nak kenalpasti huruf besar ni.
3. Kedua, Semua huruf besar ditulis bermula dari posisi atas. Semua ya. Jadi, dari segi placement pencil, senang nak bagitahu kanak-kanak nak mula tulis dari arah mana untuk semua huruf besar
4. Ketiga, Huruf besar semuanya sama saiz. Tak ada yang sekejap kecik, sekejap tinggi sekejap ke bawah. Semua proportion huruf besar adalah sama.
5. Keempat, Huruf besar sememangnya BESAR! Hehe, mat saleh panggil Big Bold and Beautiful! Keh keh keh…lawak jaa.. haha.
6. Kelima, Huruf besar ada strokes atau garis yang mudah nak tulis dan lukis. Tak banyak yang lengkok-lengkok. Straight forward saja cara nak tulis dia.
Kemahiran tulisan tangan ini berbeza daripada kemahiran membaca ya. Sebab itu dia mula dengan huruf besar. Dia lebih kepada kita guna pendekatan teknikal yang bermula daripada asas contengan dan garisan dalam perkembangan tulisan tangan itu sendiri.
P/S: Tapi nak bagitau ni… Jangan gaduh-gaduh nak ajar tulis huruf besar ka huruf kecik dulu. Hampa ajar ja campoq-campoq, kalau murid tak boleh, barulah back to basic, start dengan huruf besar. Kadang, otak dan kemahiran kanak-kanak ni tak sama. Ada yang boleh sekali ajar, ada yang tak boleh-boleh. Yang penting tahu teknik nak buat apa kalau murid tak boleh.
Sumber rujukan: Learning Without Tears on Print Handwriting Program, 2021.
Handwriting Without Tears aka Learning Without Tears adalah satu evidence based program untuk kemahiran tulisan tangan. Diasaskan oleh seorang ahli terapi cara kerja, Jan Olsen (PhD).
Kredit: Mahfuzah Zainol
Sertai Webinar Kehamilan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual pada 26 Jun 2022 (Ahad) jam 9.30 pagi yang menjemput speaker-speaker hebat dalam bidang kehamilan & kelahiran seperti Dr Maiza Tusimin, Dr Tengku Puteri Zainab, Dr Siti Sarah Aishah, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti jemputan Ezzaty Abdullah.
Mereka akan membincangkan pelbagai topik berkenaan kehamilan, kelahiran dan persediaan menjaga bayi baharu lahir dan bermacam lagi.
Daftar nama sebagai peserta webinar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aku-tak-serik-bersalin/
The post Pakar Kongsi 5 Sebab Kenapa Dari Awal Anak Selesa Menulis Guna Huruf Besar appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/pakar-kongsi-5-sebab-kenapa-dari-awal-anak-selesa-menulis-guna-huruf-besar/