Pakar Cadangkan 4 Waktu Ini Paling Efektif Sangat Sesuai Menasihati Anak


“Mama tak marah! Mama cuma nasihat!” Itulah skrip biasa yang sering kita dengar atau kita sendiri yang sebut dengan suara tinggi ketika mendepani kerenah anak.
Selalunya waktu anak pecahkan pinggan, anak sepahkan mainan, anak bangun lewat, anak melawan cakap, anak khusyuk bermain ‘game’, anak berkelahi, anak berlama-lama dalam bilik air, anak buang masa, anak malas, anak degil, anak protes dan sebagainya, itulah juga waktunya kita hendak memberi ‘tazkirah’ kepada anak.
Niat memberi nasihat itu akhirnya bertukar menjadi bebelan, menjadi ugutan, keluar ungkapan tidak enak, dan lebih parah lagi menjadi episod jawab menjawab dengan anak.
Nasihat akhirnya menjadi ungkapan kosong masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Buang masa dan buang tenaga.

Nasihat harus sampai ke hati terlebih dahulu, barulah otak akan mula berfungsi untuk memikirkan kesan dan akibat sesuatu perbuatan.
Anak tidak akan dapat menerima nasihat pada bila-bila masa. Ada waktunya keadaan fizikal, mental dan emosi anak tidak bersedia untuk menerima nasihat ataupun terlalu terbeban dengan perkara lain walaupun kita bersemangat memberi nasihat.
BILAKAH WAKTU YANG SESUAI MENASIHATI ANAK?
Dr. Muhammad Abdul Hafizh Suwaid dalam buku Prophetic Parenting mencadangkan 3 waktu yang paling efektif dan paling sesuai untuk menasihati anak. Satu lagi adalah cadangan saya sendiri berdasarkan pengalaman dan pengetahuan.
4 waktunya adalah:
1. WAKTU MAKAN
Sekurang-kurangnya sekali sehari duduklah bersama-sama menikmati hidangan sekeluarga di meja makan. Inilah masanya kita mendengar cerita anak-anak tentang hari yang dilalui mereka. Inilah waktunya mereka akan meminta dan memerlukan nasihat secara langsung atau secara tidak langsung. Ketika kita mendengar dan bercerita, selitkanlah nasihat dan panduan sebagai pedoman untuk anak-anak.
Inilah juga masanya kita menerapkan adab dalam diri anak. Adab makan, adab mengambil makanan, adab menyuap makanan, adab berdoa, adab bersyukur dengan rezeki yang berada di depan mata, adab berbicara dan adab mendengar.

Waktu makan adalah waktu santai. Kata orang, kenyang perut senang hati. Apabila hati senang, nasihat dan panduan pun mudah sampai ke dasar hati.
Oleh sebab inilah adalah merugikan sekiranya waktu makan dijadikan waktu untuk anak melayan gajet atau sambil menonton televisyen. Jika kita terlepas peluang untuk memberi nasihat pada waktu ini kerana gajet, mungkin kita juga akan terlepas peluang pada waktu lain.
Jadikanlah waktu makan waktu yang berkualiti untuk keluarga.
2. WAKTU DALAM PERJALANAN
Kehidupan moden adalah kehidupan yang terkejar-kejar. Keluar rumah awal pagi, pulang ke rumah setelah tiada matahari. Beruntunglah mereka yang boleh bekerja masa fleksi.
Sebenarnya waktu yang singkat dan terkejar-kejar menghantar dan mengambil anak dari sekolah merupakan waktu yang efektif untuk menasihati anak. Nasihat tidak semestinya panjang lebar. Nasihat yang ringkas dan padat lebih mudah dihadam berbanding nasihat yang penuh berfalsafah.
Dalam perjalanan ke sekolah nasihatilah anak tentang adab dan akhlak bersama guru, bersama rakan-rakan dan juga terhadap orang sekeliling. Nasihat anak supaya gigih berusaha. Sesuatu insiden atau kejadian di luar kenderaan juga boleh dijadikan modal untuk menasihati anak, supaya anak peka dan cakna dengan keadaan sekeliling.
Di samping bersantai mendengar lagu-lagu di radio, pilihlah juga saluran radio yang bermanfaat, yang boleh dijadikan modal perbincangan bagi menjana minda anak-anak.
Seperti bait lirik nasyid oleh kumpulan Raihan
“Berhibur tiada salahnya kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya membuat kita jadi bersalah”
Ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah pula, dengarlah cerita anak tentang sekolah, tentang guru, tentang rakan-rakan anak dan juga tentang tugasan sekolah agar kita faham dan terlibat dengan persekolahan anak. Apabila kita mendengar dan faham, anak akan lebih terbuka untuk bercerita dan kita juga lebih berpeluang untuk memberi nasihat.
Sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Tirmidhi pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW memberi nasihat kepada Ibnu Abbas yang berusia belasan tahun ketika itu secara santai ketika Ibn Abbas menunggang unta (kenderaan) di belakang Rasulullah SAW. Nasihat Baginda, “Jagalah agama Allah, nescaya Allah menjagamu”
3. WAKTU MAIN BERSAMA
Kita biasa mendengar, bermainlah dengan anak ketika berusia 0-7 tahun dan disiplinkanlah anak ketika berusia 7-14 tahun.
Kedua-dua fasa itu berkaitan. Bermain dengan anak ketika usia awal akan mempermudahkan kita untuk mendisiplinkan anak kemudiannya.

Bermain bersama-sama anak ketika mereka kecil, ketika membesar dan juga ketika remaja bukan hanya memberi manfaat kepada perkembangan fizikal anak, malah ia juga membentuk keperibadian positif anak.
Ibubapa yang terlibat adalah ibubapa yang peduli. ‘Involved parents are caring parents’.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan strateginya. Setiap permainan mempunyai pemikiran dan emosinya. Inilah waktu yang terbaik untuk menasihati anak tentang asam garam kehidupan, tentang kawalan emosi, tentang interaksi sosial, dan tentang keperibadian dan tingkah laku.
Bermain ‘game’ bersama-sama dengan anak lebih bermanfaat berbanding membiarkan anak mengadap ‘game’ di skrin berseorangan. Apabila ‘bonding’ diwujudkan antara ibubapa dan anak ketika bermain bersama-sama, anak lebih terbuka untuk menerima sebarang nasihat mahupun teguran. Inilah yang memudahkan kita untuk mendisiplinkan anak.
4. WAKTU ANAK SAKIT
Menurut Dr. Abdul Hafizh Suwaid, sakit dapat melunakkan hati orang dewasa yang keras apatah lagi hati anak-anak yang masih lembut dan lebih mudah menerima. Lumrahnya apabila sakit anak-anak menjadi lebih ‘clingy’ dan lebih inginkan belaian dan perhatian daripada ibubapa. Inilah peluangnya untuk kita berlembut menasihati anak secara ringan tanpa membebankan.
Bagi menggembirakan hati anak, kita boleh merancang dengan anak untuk melakukan sesuatu aktiviti apabila anak sihat kelak dan pada masa yang sama boleh diselitkan kata-kata nasihat buat anak. Pilihlah nasihat yang mudah diterima dan sesuai dengan keadaan anak.

Usahlah diberikan nasihat yang tidak sihat di kala anak sakit seperti
“Itulah tak dengar cakap Mama, kan dah sakit. Kalau dengar cakap taklah jadi macam ni.”
Ataupun
“Inilah balasan sebab berdosa dengan ayah semalam.”
Anak yang sakit bertambah nazak jadinya dengan kata-kata yang menghukum dan tidak berasas sedemikian.
Dalam buku ‘Prophetic Parenting’ ada diceritakan kisah Rasulullah SAW yang berdakwah kepada pembantu Baginda yang berbangsa Yahudi ketika Baginda SAW menziarahinya yang sedang sakit.
Begitulah antara waktu-waktu efektif untuk menasihati seorang anak. Setiap anak menerima nasihat pada waktu yang berbeza-beza mengikut keperluan, keupayaan dan kematangan masing-masing. Carilah waktu yang sesuai untuk memberi nasihat agar nasihat itu meresap ke jiwa anak dan tidak menjadi seumpama menyimbah air ke daun keladi.
Kredit: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy

Ayuh, kembalikan kesegaran dan tenaga anda bersama pasangan tersayang melalui Bengkel Refresh & Recharge: Jom Kembali Semangat! Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/jom-kembali-semangat/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
 
 
The post Pakar Cadangkan 4 Waktu Ini Paling Efektif & Sangat Sesuai Menasihati Anak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakar-cadangkan-4-waktu-ini-paling-efektif-sangat-sesuai-menasihati-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Perlu Jerit Jerit Guna Mata Saja Paling Tegas Dengan Anak Mummy Becca Ada Cara Sendiri

Tak Perlu Jerit Jerit Guna Mata Saja Paling Tegas Dengan Anak Mummy Becca Ada Cara Sendiri

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 359 hits
Membesarkan anak ramai bukannya mudah jika tanpa didikan yang sempurna Datin Rebecca Nur Al Islam mengakui dia seorang ibu yang cukup tegas dengan anak anak namun dalam masa yang sama begitu memanjakan anak anaknya Akui Datin Rebecca yang l...
Pru 15 Pm Sedang Tunggu Waktu Sesuai Perlu Beri Isyarat Betul

Pru 15 Pm Sedang Tunggu Waktu Sesuai Perlu Beri Isyarat Betul

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 179 hits
agendaily com24 07 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Isyarat yang betul perlu diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 kata Pen...
5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak

5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak

papar berkaitan - pada 26/7/2022 - jumlah : 623 hits
5 Tempat Menarik Di Ipoh Waktu Malam Bersama Anak Anak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Bila tiba hari jumaat mesti otak ligat fikir nak pergi mana Walaupun kadang kadang suami Sha kerja pada hari minggu kami akan tetap keluar jala...
Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

Negeri Banyak Sumbangan Kekayaan Paling Di Anak Tirikan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 184 hits
22 Julai 20221 Akhirnya isu tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Malaysia hanya dibenarkan dibincang ahli Parlimen di hotel Sari Pacific dan bukan di Parlimen semalam 2 Tuntutan waris kesultanan Sulu keatas aset Petronas berkaitan isu...
Anak Memilih Bab Makan Tak Semestinya Dia Tak Suka Dr Kongsi Tip Paling Mudah

Anak Memilih Bab Makan Tak Semestinya Dia Tak Suka Dr Kongsi Tip Paling Mudah

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 240 hits
Doktor anak saya ni sangat memilih bab makan Apa yang saya boleh buat supaya dia makan Kadang kadang anak tak nak makan sesuatu makanan tu bukan kerana tak suka rasa makanan itu tetapi tidak suka teksturnya atau cara penyediaannya Berkongsi...
Pancake Buah Sihat Sesuai Untuk Sarapan Anak Sihat Mengenyangkan

Pancake Buah Sihat Sesuai Untuk Sarapan Anak Sihat Mengenyangkan

papar berkaitan - pada 23/7/2022 - jumlah : 250 hits
Ibu bapa yang mempunyai anak yang susah nak makan sesekali boleh buat kelainan menu untuk bagi anak tak bosan makan menu yang sama Jadi ibu boleh cuba buat menu yang mengenyangkan sebagai pengganti nasi Apa kata buat pancake buah yang mudah...
Sesuai Sangat Peminat Puji Song Jihyo Dah Jumpa Gaya Rambut Terbaiknya

Sesuai Sangat Peminat Puji Song Jihyo Dah Jumpa Gaya Rambut Terbaiknya

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 244 hits
Tak dapat disangkal bahawa Song Ji hyo merupakan antara pelakon wanita Korea yang menjadi ikutan ramai peminat di seluruh dunia ARTIKEL BERKAITAN Walaupun sebelum ini wanita tersebut dikenali kerana penampilan feminin dek rambut yang panjan...
Elak Anak Kerap Sembelit Perlu Booster Lancarkan Usus Anak 12 Makanan Ni Paling Membantu

Elak Anak Kerap Sembelit Perlu Booster Lancarkan Usus Anak 12 Makanan Ni Paling Membantu

papar berkaitan - pada 21/7/2022 - jumlah : 161 hits
Ibu mana yang sanggup melihat anak menangis setiap kali hendak membuang Sesekali mungkin tidak mengapa inikan pula setiap hari Usahakan untuk mengubah diet anak dengan makanan khas untuk usus Apa makanan khas untuk usus ini Makanan bersifat...
Sampai Waktu Sesuai Saya Bubarlah Kata Ismail Sabri Berhubung Tarikh Pru 15

Sampai Waktu Sesuai Saya Bubarlah Kata Ismail Sabri Berhubung Tarikh Pru 15

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 277 hits
agendaily com27 07 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menunggu masa sesuai untuk membubarkan Parlimen Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunggu masa yang sesuai sebelum mengambil langkah memaklumkan kepada Yang di Pertua...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Technology For Startup Growth

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Beli Emas Harga Kilang Dengan Orodesign

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Tewas Akhirnya

Khasiat Dan Kelebihan Halba Untuk Kesihatan

Himpunan Anti Rasuah Jelaskan Motif

Egg Stra Ong Maryybrown Menu Sempena Tahun Baru Lunar

Nak Hidup Tenang Cuba Tengok Perkongsian 32 Tip Untuk Hidup Tenang

Impak Positif Disiplin Terhadap Produktiviti