Sampai Waktu Sesuai Saya Bubarlah Kata Ismail Sabri Berhubung Tarikh Pru 15


agendaily.com27/07/2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menunggu masa sesuai untuk membubarkan Parlimen.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menunggu masa yang sesuai sebelum mengambil langkah memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Perdana Menteri tidak memberikan sebarang isyarat jelas berhubung tarikh PRU-15 sebenar bakal diadakan, sebaliknya memberitahu ia boleh berlaku bila-bila masa dan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk ditetapkan.

“Bubar parlimen tu bila-bila masa, tak tergantung pada mana-mana, asalkan sampai waktunya saya dah anggap ia sesuai untuk dibubarkan, saya bubarlah,” katanya dipetik laporan media.

Ketika ditanya media jika pembubaran itu hanya akan berlangsung pada tahun depan, Ismail Sabri menjawab: “Sama ada tahun ni atau tahun depanlah.”

Ismail Sabri terdahulu merasmikan Majlis Sambutan Jubli Perak 25 tahun PTPTN.

Pada Mac lalu semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) lalu, ketetapan sudah dibuat supaya “Top 5” UMNO berbincang tarikh PRU-15 bakal diadakan.

Lima pimpinan tertinggi UMNO itu ialah Presiden parti, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan tiga Naib Presiden iaitu Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Semasa perhimpunan itu juga, Ismail Sabri memberi jaminan akan berbincang dengan ‘top five’ dalam UMNO dan Kabinetnya berhubung masa yang sesuai untuk PRU-15.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO itu berkata mendengar semua pandangan perwakilan sepanjang perjalanan persidangan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang berlangsung membangkitkan agar PRU-15 disegerakan, namun perbincangan yang teliti perlu dijalankan sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Saya mendengar cadangan pembahas-pembahas mengenai pembubaran Parlimen. Saya beri jaminan keputusan besar ini akan dibincangkan dengan ‘Top Five’ parti.

“Ini juga akan dibincangkan dengan MKT (Majlis Kerja Tertinggi) dan jemaah menteri sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Seri Paduka Baginda,” katanya sebelum ini


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/07/sampai-waktu-sesuai-saya-bubarlah-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Pm Sedang Tunggu Waktu Sesuai Perlu Beri Isyarat Betul

Pru 15 Pm Sedang Tunggu Waktu Sesuai Perlu Beri Isyarat Betul

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 275 hits
agendaily com24 07 2022Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan Isyarat yang betul perlu diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mencari waktu yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke 15 kata Pen...
Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

Jawatan Tpm Serah Kepada Ismail Sabri Kata Muhyiddin

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 333 hits
Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kebijaksanaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan berhubung isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin yang juga Presiden BERS...
Ismail Sabri Tidak Berhutang Nyawa Dengan Ppbm

Ismail Sabri Tidak Berhutang Nyawa Dengan Ppbm

papar berkaitan - pada 29/7/2022 - jumlah : 490 hits
Oleh Sirajuddin AhmadDesakan demi desakan datang dari pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Perdana Menteri Malaysia Dikala negara masih lagi struggle untuk memperbaiki ekonomi dan imej rosak kerana dijaha...
Apa Plan B Ismail Sabri Akan Dipecat Dari Umno

Apa Plan B Ismail Sabri Akan Dipecat Dari Umno

papar berkaitan - pada 18/7/2022 - jumlah : 341 hits
Jika ROS tidak luluskan pindaan perlembagaan penangguhan pemilihan jawatan antara kemungkinan adalah kes dirujuk ke mahkamah dan kemungkinan besar adalah Ismail Sabri dan gerombolannya akan dipecat sebagai usaha untuk menghalang perebutan j...
Ismail Sabri Terbukti Taat Kepada Umno

Ismail Sabri Terbukti Taat Kepada Umno

papar berkaitan - pada 31/7/2022 - jumlah : 395 hits
Dengan Pendaftar Pertubuhan melulusnya permohonan Umno untuk menangguhkan pemilihan parti maka terbuktilah yang Ismail Sabri Yaakob memang taat kepada parti
The Sosma Vote Of Confidence For Ismail Sabri

The Sosma Vote Of Confidence For Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 402 hits
The opposition is opposed to detention without trial so it is bewildering that they did not take the opportunity to kill two birds with one stone in yesterday s parliament vote Whatever it may be this vote shows Ismail Sabri has more suppor...
Ismail Sabri Perlu Memikirkan Masalah Orang Melayu

Ismail Sabri Perlu Memikirkan Masalah Orang Melayu

papar berkaitan - pada 19/7/2022 - jumlah : 350 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad gagal Tun Abdullah Ahmad Badawi gagal Najib Tun Razak gagal dan Muhyiddin Yassin gagal Semua perdana menteri semenjak 1981 gagal Sekarang giliran Ismail Sabri Yaakob pula Ismail Sabri perlu memikirkan masalah orang M...
Ismail Sabri Sah Menerima Mandat Rakyat

Ismail Sabri Sah Menerima Mandat Rakyat

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 267 hits
Hanya 160 000 ahli parti Conservative dari jumlah 46 juta pengundi berdaftar dan 67 juta rakyat Britain akan memilih perdana menteri Britain yang baru Ini cara sistem parlimen Westminster yang sama digunakan di Malaysia Sokongan majoriti ah...
Pihak Tuduh Ismail Sabotaj Parti Eloklah Bertaubat Kata Pegawai Khas Pm

Pihak Tuduh Ismail Sabotaj Parti Eloklah Bertaubat Kata Pegawai Khas Pm

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 280 hits
Pegawai khas kepada perdana menteri Kamarul Zaman Yusoff menyelar pihak yang memfitnah Ismail Sabri Yaakob mensabotaj parti dan menggesa mereka agar bertaubat Beliau berkata pindaan perlembagaan Umno yang diluluskan Jabatan Pendaftaran Pert...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara