Pakar Bius Merana Gara Gara Wanita Hamil Positif Covid19 Sorok Kaitan Dengan Tabligh


Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid-19, menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya.

Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa dirinya mempunyai kaitan dengan peserta Tabligh yang menghadiri perhimpunan di Sri Petaling.

Terpaksa menjalani kuarantin diri selama dua minggu, Dr Kevin Goh menjelaskan dia hidup dalam kebimbangan terutama ketika hari-hari awal menanti keputusan pemeriksaan kesihatan.

“Ia satu seksaan buat saya dan keluarga.

“Sekarang saya mengasingkan diri dari keluarga, saya menghabiskan masa di taman sekitar rumah,” kata doktor berusia 42 tahun itu kepada Malaysiakini.

Meskipun Goh diuji negatif terhadap wabak tersebut yang telah menyebabkan 8 kematian, beliau memilih menghabiskan masa di taman rumahnya dan tidur di bilik berasingan pada waktu malam bagi melindungi keluarganya.

“Anak-anak saya ada di rumah, saya takut menyebarkan (wabak) itu kepada mereka, sampai sekarang. Walaupun diuji negatif untuk kali pertama, tetapi siapa tahu?

“Saya kini bercakap dengan anak dan isteri menggunakan video call dan Whatsapp,” katanya.

Bagaimanapun ayah kepada dua orang anak itu secara bergurau mengatakan sekurang-kurangnya dia mempunyai lebih banyak masa untuk berkebun.

Ditanya bagaimana keluarganya mengatasi perkara itu, doktor berkenaan berkata isterinya dilihat cuba untuk memberanikan diri.

Meskipun demikian, Goh berkata dia tahu isterinya “sedih” terutama mendapat maklumat bahawa wanita hamil yang bersalin di Hospital Pantai Laguna Merbok itu diuji positif Covid-19.

“Isteri saya menyokong tetapi dia juga sedih, dia tidak tunjukkan tapi saya tahu dia takut,” katanya.

Hospital tersebut terpaksa ditutup dua hari bermula 22 Mac lalu untuk menjalani proses disinfeksi dan semburan pewasapan (fumigation).


Saya makan malam bersama orang tua

Menurut hospital tersebut, wanita berumur 30 tahun itu tidak mendedahkan bahawa dirinya merupakan kontak rapat dengan seorang pesakit Covid-19 yang telah dimasukkan wad.

“Bagaimanapun, dia (wanita itu) demam selepas bersalin.

“Setelah ditanya, (pihak hospital) dimaklumkan bahawa wanita berkenaan tinggal bersama ahli keluarga yang menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling Kuala Lumpur dan disahkan positif Covid-19," kata hospital itu dalam kenyataan.

Kes Covid-19 dari kluster melibatkan peserta tabligh kini merekodkan sebanyak 60 peratus daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,183.

Pihak berkuasa kini masih mengesan 4,000 daripada 14,500 rakyat Malaysia yang menghadiri perhimpunan tabligh itu bulan lalu.

Malaysiakini menghubungi Goh setelah beliau membuat luahannya di akaun Facebook susulan tindakan pesakit yang “mementingkan diri” dengan tidak mendedahkan maklumat penting tersebut.

Dalam hantarannya, doktor pakar bius itu menerangkan pada 18 Mac lalu, beliau menerima panggilan kecemasan kerana pesakit itu hendak melahirkan anak.

Setelah selesai tugasnya, Goh berkata beliau pulang berjumpa keluarga malah makan malam bersama kedua orang tuanya – yang dikatakannya turut berisiko.

“Selepas selesai semua kerja di hospital, saya balik rumah berjumpa keluarga seperti biasa, malah saya pergi rumah ibu ayah saya untuk makan malam.

(untuk pengetahuan, ayah saya seorang yang berumur 75 tahun dan telah melalui pembedahan jantung).

“Saya terkejut dan sedih bila dapat khabar (wanita itu diuji positif). Bukan kerana saya terdedah, tetapi keluarga saya dalam bahaya kerana tugas saya,” katanya.

Goh juga berkata, staf bilik bedah, staf wad bersalin dan juga konsultan terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu.

“Hanya kerana seorang yang pentingkan diri tolong beritahu perkara benar apabila kita (doktor) tanya. Jangan sorok apa-apa informasi dari kami.

“Sekurang-kurangnya kalau beritahu perkara sebenar, kami doktor boleh bersedia dan memakai PPE (sut perlindungan diri) ketika membuat pembedahan.

“Dengan tidak beritahu, ia seperti menyerang kami, meminta kami pergi perang tanpa bawa senapang dan pakai perlindungan diri,” katanya.

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/03/pakar-bius-merana-gara-gara-wanita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Kevin Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Kaitan Dengan Peserta Tabligh

Dr Kevin Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Kaitan Dengan Peserta Tabligh

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 330 hits
Darshini Kandasamy Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyika...
Covid19 Pakar Penyakit Berjangkit Terkenal Dunia Pun Disahkan Positif

Covid19 Pakar Penyakit Berjangkit Terkenal Dunia Pun Disahkan Positif

papar berkaitan - pada 25/3/2020 - jumlah : 367 hits
SEORANG pakar penyakit berjangkit terkenal dunia disahkan positif Covid 19 Jumlah jangkitan coronavirus dunia mencecah angka 400 000 pada hari rabu peningkatan 100 000 jangkitan hanya dalam masa 4 hari Jika ia boleh menjangkiti saya ia bole...
Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

Doktor Kecewa Wanita Hamil Tak Dedah Ada Kontak Rapat Dengan Pesakit Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 417 hits
Doktor pakar bius di Kedah yang membantu kelahiran seorang wanita yang kemudian disahkan positif Covid 19 menyifatkan kejadian tersebut satu penderitaan buat diri dan keluarganya Ini selepas wanita berkenaan menyembunyikan maklumat bahawa d...
Wanita Ini Maut Gara Gara Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus

Wanita Ini Maut Gara Gara Terlalu Obses Untuk Jadi Kurus

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 205 hits
Sebenarnya tak salah pun kita nak diet untuk mengurangkan berat badan tapi korang amalkanlah diet yang betul supaya matlamat korang dapat dicapai dan pada akhirnya korang akan merasa kebahagiaan sebenar tau Bila korang tak mengikut cara die...
Covid19 Malaysia Catat Korban Ke 10 Jumlah Kes Positif Jadi 1306

Covid19 Malaysia Catat Korban Ke 10 Jumlah Kes Positif Jadi 1306

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 290 hits
Hanya beberapa jam selepas kes kematian kesembilan dilaporkan hari ini Malaysia mencatat kes kematian kesepuluh akibat jangkitan Covid 19 petang ini Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes kematian kesepuluh adalah ...
Covid 19 125 Kes Positif Baharu 95 Kes Berkait Kluster Perhimpunan Tabligh Dengan Jumlah Terkini Meningkat 553 Kes

Covid 19 125 Kes Positif Baharu 95 Kes Berkait Kluster Perhimpunan Tabligh Dengan Jumlah Terkini Meningkat 553 Kes

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Sebanyak 125 kes baharu positif COVID 19 telah dicatatkan pada 16 Mac 2020 menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 553 kes demikian yang diumumkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba Dalam sidang media h...
Doktor Suami Bayinya Disahkan Positif Covid 19 Gara Gara Pesakit Menipu

Doktor Suami Bayinya Disahkan Positif Covid 19 Gara Gara Pesakit Menipu

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 681 hits
Semalam Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat perutusan khas kali kedua yang merayu agar rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan iaitu duduk di rumah dan tidak keluar bagi memutuskan rantaian jangkitan virus tersebut Do...
Pelajar Uitm Disahkan Positif Covid19

Pelajar Uitm Disahkan Positif Covid19

papar berkaitan - pada 22/3/2020 - jumlah : 286 hits
Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA hari ini disahkan positif Covid 19 menjadikan jumlah pelajar universiti tersebut yang sedang menerima rawatan akibat penularan wabak itu ialah tiga orang Naib Canselor UITM Profesor Emeritus Datuk D...
Menurut Pakar Genetika Wanita Terbersih Di Muka Bumi Adalah Wanita Muslimah

Menurut Pakar Genetika Wanita Terbersih Di Muka Bumi Adalah Wanita Muslimah

papar berkaitan - pada 9/3/2020 - jumlah : 301 hits
Seorang pakar genetika Robert Guilhem mendeklarasikan keislamannya setelah terperangah kagum oleh ayat ayat Al Quran yang berbicara tentang Masa Iddah bagi wanita Muslimah yang dicerai suaminya seperti yang diatur Islam Guilhem membuktikan ...
Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Aid Palestine With Dates Inisiatif Amal

Makan Dan Solat Di Masjid Fujikawaguchiko Fujikawaguchiko

30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo