Pakar Bank Dunia Cukai Rm19 Bilion Negara Lesap Tanpa Gst



(Malaysiakini) – Malaysia mampu menjana lebihan RM19 bilion hasil cukai tahun lepas jika negara melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan bukannya Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sedia ada.
Ini sekiranya perbandingan dibuat bukan pada terma nominal, tetapi mengikut peratusan hasil cukai kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK), kata ketua ekonomi Bank Dunia untuk Malaysia Apruva Sanghi.
Pada 2017, katanya, GST menjana RM44 bilion, membentuk kira-kira 2.8 peratus daripada KDNK tahun itu.
Pada 2022, jumlah bersamaan untuk 2.8 peratus daripada KDNK adalah RM50 bilion.
Bagaimanapun, pada 2022, SST hanya menyumbang RM31 bilion hasil cukai, iaitu kekurangan RM19 bilion.
“Jumlah itu mungkin 61 peratus lebih dengan GST berbanding SST!” katanya di platform media sosial X, yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.

Ini bercangahan dengan hujah bahawa hasil kutipan SST adalah setanding dengan GST, kerana RM31 bilion diperolehi melalui SST pada 2022 manakala GST meraih RM44 bilion kutipan cukai pada 2017.
Apurva berkata ini jurang perbezaan mungkin dianggap lebih kecil, terutamanya apabila mengambil kira RM19 bilion yang dibelanjakan untuk pembayaran balik GST.
“(Ini) betul tetapi mengelirukan! Ini kerana KDNK nominal Malaysia adalah kira-kira 30 peratus lebih pada 2022 berbanding 2017,” katanya.
Tiada rancangan laksana GST
Bulan lalu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan terbuka untuk meneroka sebarang jalan untuk meluaskan asas cukainya, termasuk memperkenalkan semula GST.
Bagaimanapun, dia berkata tiada rancangan untuk melaksanakam GST buat masa ini dan kerajaan akan memberi tumpuan untuk membangunkan serta memperkenalkan cukai keuntungan modal pada 2024.
Pada Mac lalu, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan memaklumkan Dewan Rakyat bahawa hasil bersih untuk GST adalah RM27.3 bilion pada 2015, apabila ia diperkenalkan untuk menggantikan SST.
Bagaimanapun, pada 2019, kerajaan memperoleh RM27 bilion daripada SST, yang diperkenalkan semula oleh kerajaan Pakatan Harapan pada 2018.
Penentang GST berpendapat ia adalah cukai regresif yang secara tidak adil menghukum golongan berpendapatan rendah, yang pada masa ini tidak membayar cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, penyokong GST percaya ini boleh dikurangkan dengan memperkenalkan GST pada kadar yang rendah dan memastikan barangan keperluan dan perkhidmatan penting berkadar sifar.
Mereka juga berhujah bahawa GST boleh mengaut hasil cukai dengan cekap dan menghentikan ketirisan, berbanding SST.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/10/04/pakar-bank-dunia-cukai-rm19-bilion-negara-lesap-tanpa-gst/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krisis Iklim Pm Tuntut Negara Maju Segera Sumbang Rm100 Bilion Setahun

Krisis Iklim Pm Tuntut Negara Maju Segera Sumbang Rm100 Bilion Setahun

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 363 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menggesa negara maju menunaikan komitmen mereka untuk menyediakan AS 100 bilion setahun bagi menyokong negara membangun terhadap usaha aspirasi iklim sambil menyedari sejumlah trilion dolar ...
Antara Kereta Api Terpantas Dunia Di Beberapa Negara

Antara Kereta Api Terpantas Dunia Di Beberapa Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 294 hits
AgensiSHANGHAI Maglev FOTO Arkib AFPSemakin banyak negara memperkenalkan perkhidmatan kereta api berkelajuan tinggi Teknologi ini pernah dipelopori oleh Jepun dan Perancis namun China kini tampil sebagai peneraju dalam mod pengangkutan ini ...
Waktu Cuti Biar Anak Explore Dunia Luar Doktor Sarankan Anak Travel Ke Luar Negara

Waktu Cuti Biar Anak Explore Dunia Luar Doktor Sarankan Anak Travel Ke Luar Negara

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 262 hits
Anak kita belajar melalui apa yang dilihatnya saban hari di sekolah Apa jua pengalaman yang dilaluinya setiap hari itulah yang menjadi pengajaran terbaik bagi dirinya Sebagai mak ayah kitalah yang perlu sentiasa menambah pengalaman buat ana...
Bank Dunia Lulus As 265 Juta Perkasa Wanita Rantau Afrika

Bank Dunia Lulus As 265 Juta Perkasa Wanita Rantau Afrika

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 148 hits
BANK Dunia pada Sabtu meluluskan pembiayaan bernilai AS 365 juta untuk Persatuan Pembangunan Antarabangsa bagi projek Pemerkasaan Wanita dan Demografik Dividen Plus Sub Sahara Afrika Projek itu bertujuan untuk meningkatkan akses kanak kan
Malaysia Now Kata Lain Bank Negara Kata Lain

Malaysia Now Kata Lain Bank Negara Kata Lain

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 304 hits
Md Firdaus Jangan pancut awal Kalo jadi pun hanya 0 50 dari transaksi RM5000 Ape ape tunggu kenyataan dari bank negara
1mdb Trial Bank Negara Analyst Stands By Money Trail Report

1mdb Trial Bank Negara Analyst Stands By Money Trail Report

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 269 hits
1MDB TRIAL Bank Negara Malaysia s analyst is standing by his report on the money trail involving billions of ringgit from 1MDB funds that allegedly ended up in former prime minister Najib Abdul Razak s personal account During cross examinat...
World Bank Economist Rm19b Tax Revenue Lost By Not Having Gst

World Bank Economist Rm19b Tax Revenue Lost By Not Having Gst

papar berkaitan - pada 4/10/2023 - jumlah : 206 hits
Malaysia could have made RM19 billion more in tax revenue last year if it had implemented the Goods and Services Tax instead of the existing Sales and Services Tax This is if comparisons are made not on nominal terms but by percentage of ta...
Muzium British Sebenar Stor Artifak Curi Seluruh Dunia Ini 7 Artifak Curi Yang Dituntut Negara Asalnya

Muzium British Sebenar Stor Artifak Curi Seluruh Dunia Ini 7 Artifak Curi Yang Dituntut Negara Asalnya

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 310 hits
Pencurian harta artifak atau manuskrip sejarah adalah perkara biasa yang berlaku apabila sesuatu negara itu dijajah oleh musuh Malah kebiasaannya juga sesuatu struktur atau bangunan bersejarah juga dimusnahkan Semua dilakukan untuk memusnah...
Foto Dibombardir Israel Dubes Palestina Untuk Indonesia Banjir Dukungan Dari Negara Negara Arab

Foto Dibombardir Israel Dubes Palestina Untuk Indonesia Banjir Dukungan Dari Negara Negara Arab

papar berkaitan - pada 11/10/2023 - jumlah : 253 hits
Dubes Palestina Zuhair Al Shun mendapat banyak dukungan dan pesan solidaritas atas konflik yang terjadi di Jalur Gaza
Cycling 9 Februari 2025

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Tip Ajar Anak Berpuasa Tanpa Rasa Terpaksa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan