Scammer Semakin Pintar Elak Jadi Mangsa


BASKARAN SITHAMPARAM  

SABAN hari penipu siber atau lebih dikenali sebagai scammer semakin pintar dalam menipu para pengguna yang naif. Para pengguna bagaikan dipukau oleh para scammer dengan begitu mudah.
Scammer kini menggunakan kaedah yang lebih canggih seperti menggunakan peralatan elektronik yang lebih sofistikated  untuk mendapatkan maklumat peribadi mangsa dan seterusnya memperdayakan mereka tanpa disedari oleh mangsa.

Kebelakangan ini, mangsa scam ini merangkumi pelbagai golongan masyarakat, bukan sekadar pesara tetapi juga profesional, penghibur dan sebagainya. Pasti ada ramai lagi yang sudah diperdaya namun mereka tidak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana bimbang akan keselamatan mereka atau malu untuk melaporkannya.

Ada juga mangsa yang tidak mahu melaporkan kepada pihak polis kerana bimbang mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan oleh pihak berkuasa tertentu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Seri Mohd Zakaria, para mangsa kehilangan sejumlah RM2 bilion setiap tahun kepada para scammer. Penipuan ini melibatkan pelbagai scam. Sebanyak 5,123 kes telah dilaporkan kepada pihak polis.

Salah satu punca utama penipuan ini adalah kebocoran data peribadi. Kebocoran data peribadi ini mungkin disebabkan data tersebut dijual oleh pihak kedua atau ketiga. Namun ada juga data yang didedahkan oleh para mangsa itu sendiri. 

Ramai orang yang mendedahkan data peribadi mereka dalam media sosial seperti Facebook atau Instagram. Misalnya, gambar peribadi, nombor kad pengenalan, gambar rumah, gambar percutian, nombor kereta, tarikh lahir dan sebagainya. Data-data ini boleh digunakan oleh para scammer untuk tujuan menipu.

Di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), kami ada menerima banyak aduan. Ramai yang terjerat dengan Macau Scam, scam pekerjaan, scam cinta dan sebagainya. Kes-kes sedemikian, pihak NCCC akan mengarahkan para pengadu supaya melaporkan kepada pihak polis.

Sepanjang tahun 2018, NCCC telah menerima sebanyak 20.6 peratus daripada 10,615 yang melibatkan kes scam atas talian. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah berkaitan dengan laman web palsu.

Para scammer menggunakan peralatan yang canggih untuk membentuk dan menghasilkan laman web yang begitu cantik yang mudah memperdaya para mangsa. Dengan grafik yang begitu cantik, para pengguna mendapati sukar untuk membezakan antara laman yang sebenar dan palsu. Dengan kaedah ini, ramai yang  mudah terperdaya untuk membeli barangan dari laman tersebut.

Langkah yang perlu dibuat oleh para pengguna sebelum membeli barangan dari laman laman web seperti Facebook dan sebagainya adalah memeriksa dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Para pengguna perlu mengesahkan dengan SSM sama ada syarikat yang mereka ingin berurus niaga adalah syarikat yang sudah berdaftar dengan SSM.

Langkah kedua adalah untuk mereka melayari laman web yang telah disediakan oleh JSJK. Melalui laman web tersebut, para pengguna boleh mengesahkan nombor akaun bank itu adalah milik syarikat tersebut dan memeriksa sekiranya ada sebarang laporan yang telah dibuat tentang pemilik akaun tersebut. Layari laman (http://ccid.rmp.gov.my/semakmule).

Para pengguna harus menggunakan kebijaksanaan mereka untuk memastikan mereka menyelidiki sebelum membuat keputusan untuk berurus niaga. Mereka juga perlu tahu bahawa urusan yang berkait dengan wang perlu dibuat dengan teliti.

Jangan menjadi tamak semata-mata ingin memiliki kekayaan seperti kata pepatah Melayu, ‘Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong keciciran’. Begitu juga sekiranya anda mendapat panggilan dari ‘pihak berkuasa’ yang menyatakan bahawa anda mempunyai saman atau denda yang perlu dibayar supaya anda tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

Ramai yang terperdaya dengan panggilan scam ini. Langkah yang terbaik adalah untuk pergi terus ke pihak berkuasa tersebut untuk mendapatkan kepastian sekiranya benar atau tidak anda pernah melakukan kesalahan yang ‘disabitkan’. Untuk makluman para pengguna pihak berkuasa tidak akan menghubungi pesalah melalui talian telefon. 

Ada juga panggilan dari pihak bank yang menyatakan anda mempunyai hutang kad kredit atau pinjaman yang belum dibereskan. Anda perlu menjelaskan hutang tersebut kalau tidak anda akan disenarai hitamkan dan diisytihar muflis. Langkah yang paling baik adalah untuk terus berurusan dengan pihak bank tersebut di mana-mana cawangan terdekat.

Untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa kepada scammer, adalah lebih baik kita sebagai pengguna melengkapkan diri dengan segala pengetahuan sejajar dengan peredaran masa. Dengan kemunculan alam siber yang semakin canggih, kita juga perlu lebih pintar. Sekiranya ada panggilan dari scammer, sebelum mengambil sebarang tindakan, adalah lebih baik kita membuat usul periksa dan penyelidikan tentang panggilan tersebut. Jangan panik dan takut.

Anda perlu bincang dengan ahli keluarga atau rakan taulan dan dapatkan pandangan mereka. Bersama-samalah kita membendung angkara para scammer ini dengan menjadi lebih pintar dari mereka.

*BASKARAN SITHAMPARAM ,Pusat Khidmat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/scammer-semakin-pintar-elak-jadi-mangsa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mangsa Samun Meninggal Dunia Selepas 2 Bulan Koma

Mangsa Samun Meninggal Dunia Selepas 2 Bulan Koma

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 425 hits
BUKIT MERTAJAM Seorang pekerja butik yang cedera parah selepas disamun di Persiaran Jenahak 2 Seberang Jaya di sini pada November tahun lepas meninggal dunia di Hospital Seberang Jaya di sini Isnin lalu Polis mengklasifikan semula kes Nurfa...
Mangsa Dera Meninggal Dunia Kerana Kecederaan Di Tengkorak Usus Akibat Hentakan Objek Tumpul

Mangsa Dera Meninggal Dunia Kerana Kecederaan Di Tengkorak Usus Akibat Hentakan Objek Tumpul

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 467 hits
Media semalam melaporkan seorang kanak kanak perempuan berusia 2 tahun meninggal dunia dipercayai didera oleh ibu dan teman lelakinya Dalam laporan terkini doktor yang merawat mangsa mengesyaki kanak kanak itu didera berdasarkan penemuan ke...
Jika Ada Masalah Jangan Jadi Mangsa Jangan Buang Orang

Jika Ada Masalah Jangan Jadi Mangsa Jangan Buang Orang

papar berkaitan - pada 17/1/2020 - jumlah : 363 hits
Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai pelakon cilik berbakat besar Puteri Balqis yang kini berdepan kesempitan hidup bersama ibunya sehingga terpaksa The post appeared first on
Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Tak Patut Tinggal Sendirian Di Rumah Elak Berlaku Kejadian Tak Di Jangka

Kanak Kanak Bawah 12 Tahun Tak Patut Tinggal Sendirian Di Rumah Elak Berlaku Kejadian Tak Di Jangka

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 238 hits
Selalunya apabila anak itu sudah tahu soal makan dan minum boleh menjaga diri kita akan menganggap bahawa mereka sudah tahu dan boleh ditinggalkan sendirian di rumah Tetapi adakah tepat jangkaan sebegitu Usia 12 tahun Eh mana anak kau Tak b...
Nyawa Perlu Diganti Nyawa Suami Mangsa Ragut Berharap Suspek Dikenakan Hukuman Mati

Nyawa Perlu Diganti Nyawa Suami Mangsa Ragut Berharap Suspek Dikenakan Hukuman Mati

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 463 hits
The ReporterSuspek yang meragut seorang wanita sehingga mengalami patah leher dan meninggal dunia semalam telah ditahan dan akan didakwa di mahkamah Khamis ini Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab...
Keluarga Mangsa Bunuh Mahu Kerajaan Kekalkan Hukuman Mati Mandatori

Keluarga Mangsa Bunuh Mahu Kerajaan Kekalkan Hukuman Mati Mandatori

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 303 hits
PUTRAJAYA 14 Jan Ahli keluarga dan wakil mangsa bunuh sebulat suara membantah pemansuhan hukuman mati mandatori bagi jenayah kejam termasuk pembunuhan yang dirancang Mereka menyatakan perkara itu selepas mengadakan perjumpaan dengan Jawatan...
Hanya Ada Di Australia 3 Spesis Haiwan Ini Diancam Kepupusan Jadi Mangsa Kebakaran

Hanya Ada Di Australia 3 Spesis Haiwan Ini Diancam Kepupusan Jadi Mangsa Kebakaran

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 851 hits
Pakar ekologi di Australia percaya lebih satu bilion haiwan terkorban dalam kebakaran belukar di negara itu sejak September lalu Kebakaran melibatkan 25 juta ekar kawasan itu dilaporkan telah menjejaskan habitat dan mengancam pelbagai spesi...
Dua Bulan Bertarung Nyawa Mangsa Ragut Meninggal Dunia

Dua Bulan Bertarung Nyawa Mangsa Ragut Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 805 hits
Semalam telah kembalinya seorang mangsa ragut kepada PeciptaNya akibat kecederaan terjatuh dari motorsikal selepas diragut Sejak kejadian pada 23 Nov 2019 di Seberang Jaya yg lalu arwah NurFarahdila Zulkifli yang kritikal dirawat di Hosp Se...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Worldcoin Dan Ai

Sampul Duit Raya Menghargai Tradisi Dan Budaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi

Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2