Pakaian Cuaca Sejuk Untuk Anak Anak 2 Tahun Ke Atas
Biasanya begini yang anak-anak kami pakai pabila melancong ke luar negara sejak tahun 2015 hingga kini.
Hannah dan pakaiannya
P.s : Ada banyak cara sebenarnya tapi yang ini biasa kami buat.
Kami pula sebenarnya bukan lah jenis tahan sejuk.
Kalau nak tahu, ‘aircond’ di rumah kami selalunya pasang minimum 27C.
Kalau 26C tu dah rasa sejuk betul dah.
Tapi entah kenapa bila berjalan di negara sejuk, Alhamdulillah syukur suhu belas-belas sampai bawah 10C pun badan kami boleh terima.
Yang di bawah ini adalah kebiasaan pemakaian anak-anak kami dari umur 2 tahun dan ke atas.
Yang pemakaian baby saya dah kongsikan sebelum ini.
🍁 Lapis #1: Baju sejuk
Baju dalam gambar ini tak silap saya jenis fleece. Boleh juga jumpa di UniQlo di Malaysia.
Baju corak begini boleh cari di bahagian ‘pyjama set’ 😅 Di situ lebih banyak corak baju yang comel-comel 😄
🍁 Lapis #2: Jaket
Kalau baru nak masuk musim luruh, jaket di UniQlo memang nipis amat.
Tapi Alhamdulillah takat ini bila di pakai, ianya berasa panas (warm) untuk setakat minggu ini cuaca sampai 5C.
Pastikan :
✅ Jaket mesti ada hood iaitu penutup kepala
Ianya bertujuan melindungi kepala daripada basah pabila hujan atau salji (light snow)
✅ Kalis air dan kalis angin
Biasanya ia di tulis ‘water repellent wind repellent’
Cuaca nyaman 13C memang rasa ‘just nice’. Tapi bila angin bertiup kuat, berbisa juga sampai ke tulang.
Jadi mesti kena pastikan jaket tersebut boleh tahan sejuk dari tiupan angin.
P.s : Musim luruh nak masuk musim sejuk biasanya angin rajin datang.
Kalau masuk musim sejuk (winter), memang boleh jumpa jaket versi tebal di UniQlo.
Tapi jaket tebal sangat ini kalau pakai pada cuaca musim luruh agak tak sedap juga sebab terlalu panas.
🍁 Seluar : Heat Tech
Seluar anak-anak kami semua kami dapatkan di UniQlo. Ini adalah seluar Heat Tech.
📚 Kenapa saya tulis sampai 15C sahaja?
Sebab kalau dah 16C ke atas, automatik kita pun tak nak dah pakai jaket. Rasa panas.
Baju fleece atau Heat Tech saja dah mencukupi.
P.s : Kalau mama-mama lain ada yang nak kongsikan gambar pemakaian anak-anak waktu cuaca sejuk atau tips pakaian, saya alu-alukan sangat.
Jemput share di ruang comment ya 😍
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://diaryofmuhammad.com/pakaian-cuaca-sejuk-untuk-anak-anak-2-tahun-ke-atas/