Anak Lambat Bercakap Walau Dah Masuk 2 Tahun 15 Perkara Drastik Mama Papa Wajib Buat


Bila anak sudah masuk dua tahun, pastinya mama papa sudah mula risau anak masih tak bercakap. Sebenarnya memang patut mama papa risau bila anak dah cecah usia dua tahun.
Walaupun masih belum boleh bercakap lancar, anak pada usia ini sepatutnya sudah boleh menyambungkan ayat daripada percakapan ibunya. Jika anak masih belum berada di tahap itu dan masih lagi tidak mahu bercakap walau sepatah pun, ada baiknya mama papa mula praktikkan tip ini secara drastik.
Menurut Puan Aisyah Kassim, yang merupakan Patologis Pertuturan-Bahasa, anak harus dirangsang supaya lebih cepat bercakap dan komunikasi antara ibu bapa adalah salah satu cara anak lebih yakin untuk bercakap.
Tip Wajib Buat
Kanak-kanak belajar melalui bermain. Akan tetapi mereka memerlukan teman bermain untuk mereka mempelajari bahasa dan komunikasi. Siapa lagi orang yang paling sesuai untuk menjadi teman mereka selain ibubapa dan adik beradik yang lain. Jadi ibu bapa wajib duduk dan main sama-sama. Kedudukan yang terbaik untuk berkomunikasi ialah bertentang mata supaya senang anak hendak melihat dan memahami maksud perkataan yang cuba disampaikan oleh orang dewasa. Tambah pula, ianya lebih menarik minat anak untuk memberi perhatian pada apa yang anda cakapkan dan sekaligus akan lebih mudah untuk kanak-kanak belajar. Samada sedar ataupun tidak, kita bercakap dan berkomunikasi dalam bentuk giliran, iaitu seorang bercakap, seorang mendengar, seorang bertanya, seorang menjawab, seorang memberi arahan, seorang lagi melakukan arahan. Oleh itu, untuk kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi dengan baik, mereka perlu mempelajari kemahiran giliran. Pada awalnya kanak-kanak mempelajari giliran dalam bermain dan seterusnya mereka menggunakan kemahiran tersebut untuk berbual pula. Contoh permainan yang menggalakkan giliran adalah seperti bermain “peek a boo”, bergilir memasang lego, bergilir-gilir mengetuk gendang dan banyak lagi. Asasnya di sini adalah kanak-kanak perlu faham bahawa mereka perlu menunggu, melihat dan memberi respon yang bersesuaian dengan reaksi orang lain. 5. Gunakan Isyarat Tangan (gesture) Bagi kanak-kanak, kesemua bahasa adalah asing bagi mereka. Sebarang isyarat akan membantu mereka memahami bahasa dengan lebih baik. Bayangkan sekiranya seseorang menyebut “besar” tanpa isyarat tangan dan sebutan “besar” dengan isyarat tangan. Sudah semestinya dengan isyarat akan membolehkan kita faham perkataan tersebut dengan lebih baik. Samalah juga apabila kanak-kanak ingin mempelajari bahasa. Kita boleh membantu mereka untuk memahami perkataan dengan menambahkan isyarat tangan kepada perkataan-perkataan untuk menggambarkan maksud perkataan tersebut dengan lebih baik. 6. Cara yang efektif untuk kanak-kanak mempelajari bahasa dengan baik adalah kita mengikut haluan dan minat mereka. Caranya adalah dengan memerhatikan minat anak, mendengar apa yang disebut  atau dihasilkannya sambil menunggu apa yang ingin disampaikan oleh anak. Kemudian barulah kita cuba memberikan respon bagi menarik minat mereka untuk berinteraksi dengan kita.

7. Persekitaran, perasaan dan pengalaman yang dilalui oleh anak boleh ditukarkan ke dalam bentuk perkataan untuk mereka sebut dan gunakan dalam kehidupan harian. Ibubapa boleh menceritakan apa yang dilihat, dipegang atau dirasai oleh kanak-kanak untuk memberikan input bahasa yang bersesuaian.
Sebagai contoh kanak-kanak bermain bola dan terjatuh. Anda boleh menceritakan aksi yang dilakukan oleh kanak-kanak seperti ‘baling bola’ ‘tangkap bola’, ‘bola jatuh’,  ‘sakit’ dan lain-lain perkataan yang bersesuaian pada situasi tersebut. Pembelajaran secara langsung dari pengalaman adalah lebih berkesan berbanding pembelajaran dengan hanya melihat gambar atau mendengar perkataan sahaja.
8. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Rowe (2012), kanak-kanak 1-2 tahun perlu didedahkan dengan kuantiti perkataan yang banyak untuk membolehkan mereka mempelajari perkataan yang lebih kompleks apabila mencecah usia 3 tahun.

9. Terdapat pelbagai jenis perkataan yang kita gunakan seperti kata nama (nama orang, objek dan tempat), kata kerja (perbuatan), kata sifat (saiz, warna, suhu, bentuk), kedudukan, perasaan dan macam-macam lagi. Ini penting bagi membolehkan kanak-kanak menyambungkan ayat mereka sendiri.
10. Kanak-kanak pada usia 1 tahun biasanya bercakap menggunakan perkataan tunggal. Apabila mereka mencecah usia 2 tahun, mereka akan mula menyambungkan ayat 2 perkataan dan seterusnya 3 perkataan pada usia 2 tahun 6 bulan. 11. Apabila berusia 3 tahun, kanak-kanak sudah boleh menggabungkan 4 dan lebih perkataan dalam ayat. Bagi kanak-kanak yang lambat bercakap, mereka biasanya sukar untuk menyambungkan ayat. Oleh itu adalah penting untuk kita membantu mereka dengan memberi contoh dan model bagaimana untuk menyambung ayat. Cara yang mudah adalah dengan memanjangkan bunyi atau perkataan yang disebutkan oleh anak. Sebagai contoh:
Anak : Miau..
Ibu : Miauu .. kucing
Anak : kucing
Ibu : Aah, kucing comel
12. Ibubapa perlu menambahkan perkataan pada apa yang disebutkan oleh anak untuk menjadikannya lebih panjang.
13. Tapi ingat, ibubapa tak perlulah memaksa anak untuk menyebutkan semula ayat yang anda sebutkan. Cukuplah dengan anda menyebut dan mengulang untuk mereka dengar dan faham.

14. Sentiasalah mengulangi satu-satu perkataan itu bagi membantu kanak-kanak mengingati perkataan yang mereka pelajari. Gunakan perkataan yang diajar secara berulang-ulang dalam situasi yang berbeza untuk membolehkan kanak-kanak membuat generalisasi dan menggunakan perkataan tersebut dengan betul dan bermakna. 15. Kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi adalah dengan niat, kehendak dan keperluan yang pelbagai. Dalam mengajar kanak-kanak bercakap dan berkomunikasi, ketersediaan peluang bagi mereka untuk belajar dan mempraktikkan apa yang mereka pelajari adalah penting kerana pembelajaran tanpa praktikal yang berulang-ulang akan membuatkan maklumat tersebut hilang fungsinya dan lama-kelamaan akan hilang dan dilupakan oleh kanak-kanak.
 
The post Anak Lambat Bercakap Walau Dah Masuk 2 Tahun, 15 Perkara Drastik Mama Papa Wajib Buat! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/anak-lambat-bercakap-walau-dah-masuk-2-tahun-15-perkara-drastik-mama-papa-wajib-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 430 hits
Anak masuk Tahun 1 ibu ayah kena buat persediaan 6 perkara yang dikongsikan oleh ibu ini amat membantu si anak untuk menyesuaikan diri dan sangat praktikal Memang sesuai untuk ibu ayah tak kira yang baru anak sulung melangkah ke sekolah ren...
Apakah Yang Tersembunyi Dalam Susu Anak Anda Mama Papa Wajib Ambil Tahu

Apakah Yang Tersembunyi Dalam Susu Anak Anda Mama Papa Wajib Ambil Tahu

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 526 hits
Susu mengandungi pelbagai nutrien penting yang diperlukan oleh kanak kanak seperti vitamin dan mineral Kalsium yang terkandung di dalamnya juga amat penting untuk perkembangan tulang manakala karbohidrat dan protein pula penting untuk tumbe...
Doa Paling Mustajab Untuk Ajak Anak Solat Mama Papa Kena Amalkan Doa Ni Ya

Doa Paling Mustajab Untuk Ajak Anak Solat Mama Papa Kena Amalkan Doa Ni Ya

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 439 hits
Memang mencabar bila nak ajak anak bersolat setiap kali masuk waktu Bukan sekali dua bahkan berkali kali di suruh tapi anak buat tak tahu Pening kepala bila melalui hal yang sama saban hari Selain doa dan mengajak anak untuk turut sama bers...
Lets Stick Pull Them Off Rangsang Motor Skill Anak Mama Wajib Cuba

Lets Stick Pull Them Off Rangsang Motor Skill Anak Mama Wajib Cuba

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 482 hits
Kita selalu rasa anak anak kecil kita akan lebih cepat belajar kalau dihantar sekolah Memang benar kerana setiap hari motor skill mereka dirangsang dengan sebaiknya ketika belajar Lama lama anak jadi makin cepat meneroka semua benda Otak pu...
Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

Waktu Usia Berapa Anak Boleh Dikategorikan Lambat Bercakap Ini Jawapan Dari Pakar

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 350 hits
Ibu mana yang tidak risau bila lihat anak kawan kawan semua sudah mula pandai bercakap dan anak sendiri masih tidak boleh bertutur walaupun seusia Bagi ibu yang mengalami situasi ini pastinya bingung Ada yang mungkin memberi pandangan supay...
Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

Cungkil Minat Dan Bakat Anak Sejak Kecil Mama Papa Kena Turut Serta Ya

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 466 hits
Setiap bulan atau minggu kita belikan mainan anak bukan saja saja Begitu juga bila kita hasilkan beberapa mainan DIY buat anak Selain menguji minda dan motor otak mereka benda benda yang dimiliki anak mendorong untuk otak lebih berfikir Aka...
Suami Penyebab Stres Istri Dua Kali Lipat Dibandingkan Anak Pria Wajib Tahu Ini

Suami Penyebab Stres Istri Dua Kali Lipat Dibandingkan Anak Pria Wajib Tahu Ini

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 357 hits
Ada banyak yang menjadi sebab stres seorang ibu Mulai dari tingkah anak anak yang nakal kerjaan rumah tangga yang tidak kunjung habis dan termasuk tingkah para suami Nah benarkah bahwa suami itu menjadi sebab stres dua kali lipat dibandingk...
Apa Kata Anak Muda Di 4 Tahun Pemerintahan Jokowi Jk

Apa Kata Anak Muda Di 4 Tahun Pemerintahan Jokowi Jk

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 280 hits
Ragam pertanyaan soal pemerintahan disampaikan di acara Obrolan Santai Laporan Empat Tahun Pemerintahan Joko Widodo dan Jusuf Kalla di Auditorium BPPT Jakarta Senin kemarin Hadir sebagai perwakilan pemerintah Kepala Staf Presiden Moeldoko d...
Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

Bapa Tiga Anak Dipenjara 50 Tahun Lakukan Amang Seksual

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 508 hits
Foto BernamaMELAKA Seorang bapa tiga anak dijatuhi hukuman penjara 50 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua remaja lelaki dan menyebabkan kedua dua ma...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game