Pakai Kasut Abang Seret Kaki Sambil Pegang Seluar Dia Tetap Semangat Ke Sekolah
Rezeki setiap orang tak sama tapi semangat dalam diri boleh mengubah kehidupan seseorang itu untuk jadi lebih baik. Seperti kisah murid ini, di sebalik kesusahan yang dilalui, hatinya cukup kental untuk datang ke sekolah menimba ilmu walaupun dalam serba kekurangan.
Bagi yang mengikuti kisah adik ini pasti rasa sebak kerana dalam serba kekurangan dia tak malu sehingga mendapat perhatian pihak guru untuk membantu. Kisah murid ini membuatkan kita boleh lagi bersyukur untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.
Tetap datang ke sekolah
Seorang guru ini berkongsi kisah seorang murid miskin sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
“Saya sebak, dalam ramai orang susah yang sudah saya jumpa, dia sangat istimewa kerana mempunyai azam begitu tinggi dan datang sekolah biarpun dalam keadaan serba daif.
“Insya-Allah, saya rancang ambil dia sebagai anak angkat dan bantu sedaya mana yang tɛermampu supaya dia dapat meneruskan persekolahan seperti murid lain,” kata Mohd Nasir Mohd Zain.
Pakai kasut abang
Guru Pendidikan Islam sekolah rendah di Sungai Petani, Kedah itu tular selepas berkongsi kisah kekentalan seorang mṳridnya sanggup datang ke sekolah dengan memakai pakaian dan kasut milik abangnya yang saiznya tidak padan dengan fizikalnya.
Mohd Nasir berkata, bukanlah niatnya mahu menagih pujian dengan memṳat naik perkongsian dia membantu membeli kelengkapan sekolah murid tahun tiga itu, namun hantaran di Facebook (FB) miliknya itu bertujuan memberi inspirasi kepada masyarakat terutama anak muridnya.
“Air mata saya hampir menitik melihat dia sanggup seret kakinya di lantai supaya kasut dia yang saiznya jauh lebih besar daripada kakinya tidak tertanggal manakala tangannya sentiasa memegang seluar bagi mengelak terlondeh.
“Saya fikir kalau terjadi kepada anak saya atau murid lain, pasti malu dan tak mahu pergi sekolah.
“Jadi saya tak kisah apa pun orang hendak kata kerana niat saya berkongsi kisah ini supaya ia dijadikan inspirasi kepada orang lain terutama murid lain supaya tidak menjadikan kemiskinan satu halangan untuk datang ke sekolah,” katanya.
Mempunyai empat adik beradik
Menurutnya, hasil semakan dan maklumat diterimanya mendapati kanak-kanak yang mempunyai empat adik-beradik itu datang daripada keluarga miskin.
“Saya fikir sekarang dia belajar di tahun tiga mungkin belum tahu apa itu perasaan malu.
“Bayangkan kelak bila dia naik ke tahun empat, lima atau enam, tidak mustahil dia akan rasa malu dan jika tidak pergi sekolah sudah pasti masa depan dia akan gelap.
“Jadi, jika ada sokongan moral macam ini saya rasa sɛkurang-kurangnya boleh mɛnaikkan sɛmangatnya untuk maju dalam pelajarannya,” katanya.
Katanya, dia merasa puas melihat riak wajah murid berkenaan selepas menerima kelengkapan sekolah serba baru yang dibeli di Kepala Batas, Pulau Pinang, pagi Khamis lalu.
“Menjadi satu kepuasan kepada diri saya bila melihat ekspresi muka kanak-kanak itu yang sangat gembira seolah-olah apa yang diidamkan sɛlama ini tercapai,” katanya.
Kredit: Mohd Nasir Mohd Zain; ammar.my
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Pakai Kasut Abang, Seret Kaki Sambil Pegang Seluar. Dia Tetap Semangat Ke Sekolah” appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/pakai-kasut-abang-seret-kaki-sambil-pegang-seluar-dia-tetap-semangat-ke-sekolah/