Berjalan Seret Kaki Ingatkan Sakit Bila Cikgu Tengok Rupanya Kasut Dah Uzur Sangat
Bab anak hati setiap orang akan mudah tersentuh. Walaupun bukan anak sendiri, melihat kesusahan dan ujian kehidupan yang dilalui ditambah pula dengan kehilangan orang tersayang tak semua kuat melaluinya.
Begitu juga kisah anak ini yang dikongsikan oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh yang mana diuji dengan kehilangan ayah beberapa bulan lalu, ibu pula baru lepas bersalin dan masih lagi belum kuat untuk menguruskan keluarga.
Apa yang buatkan hati rasa sebak, semangat anak ini untuk ke sekolah tak pernah pudar biarpun apa yang dipakainya tak sempurna seperti rakan-rakan yang lain.
Bagi alasan sakit kaki
Seorang murid kelihatan berjalan pelik. Diseret kaki tanpa angkat. Ada cikgu yang perasan terus bertanya kenapa jalan pelik macam tu. Mulanya dia kata kaki dia sakit. Namun cikgu tu tak puas hati.
Pelik benar gaya berjalan, bukan gaya orang sakit kaki. Cikgu tu minta tunjuk mana tempat sakit, akhir malu-malu dia tunjuk kasut yang rosak.
Pelekat kasut langsung tak lekat dan kasut pula dah agak uzur kondisinya. Patut la seret kaki, kalau berjalan seperti biasa, kasut pasti tertanggal.
Anak yatim baru kematian bapa
Setelah siasat, rupanya dia anak yatim. Kematian ayah beberapa bulan lepas dan ibu pula baru je bersalin. Baru-baru ni kena masuk hospital balik, suspek jantung. Allah.
Bertimpa-timpa masalah anak perempuan ini. Cantik orangnya, tapi pelik, kenapa rambut dia pendek macam lelaki.
Rupanya rambut dia potong sendiri. Rambut dah panjang sangat katanya, nak pergi kedai tak ada duit. Lagi pun mak tengah sakit, anak bijak ini ambil keputusan untuk potong sendiri.
Guru yang perasan hal ni terus maklumkan pada aku kelmarin. Hari ini, aku pergi cari murid ini dengan membawa kasut baru.
Hari ni dia pakai kasut adik dia. Kecik sangat kasutnya, memang saiz langsung tak sama. Entah macamana dia masukkan kaki dia tu. Agaknya di bengkokkan semua jari kaki kot nak bagi muat?
Siapa pernah pakai kasut kecik?
Seronok sungguh dia dapat kasut baru. Terus dia tanya,
“Boleh tak saya nak pakai sekarang cikgu?”
“Mestilah boleh. Kasut adik tu letak dalam kotak ni. Bawa balik,” balasku.
“Terima kasih cikgu. Terima kasih”.
“Ni dua baucer pakaian sekolah percuma. Pergi je kat kedai ni, bagi baucer ni. Nanti awak dapat baju percuma siapa tudung semua,” kataku lagi.
BACA JUGA:
[Selepas 10 Malam Anak Masih Lagi Berjaga, Dr Kongsikan Tip Mudah Untuk Tidur]
[Kenapa Anak Selalu Meragam Dengan Ibu Tapi Dengan Ayah Elok Je, Ini Sebabnya]
[Anak Demam On Off Rupanya Kena Virus RSV. Ibu Ini Pesan Tolong Alert]
Kepala dianggukkan tanda faham. Senyum tak lekang dari bibir. Ah anak. Hari ni hari kamu ditimpa ujian. Dan ramai orang sudi membantu menghulur bantuan.
Dan di suatu besarnya kamu nanti, di saat makin lega dan berjaya, bantulah orang lain pula.
Kerana hidup ini bukan hanya tentang kita. Ia tentang kita peduli atau biar saja. Begitulah.
Jika ada yang ingin memberi sumbangan untuk Dana Kita boleh salurkan ke akaun 564221646925 (Maybank – Pertubuhan Kebajikan Dana Kita)
Kredit: Cikgu Fadli Salleh
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera di sini https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
The post “Berjalan Seret Kaki, Ingatkan Sakit..” Bila Cikgu Tengok Rupanya Kasut Dah ‘Uzur’ Sangat appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://majalahpama.my/berjalan-seret-kaki-ingatkan-sakit-bila-cikgu-tengok-rupanya-kasut-dah-uzur-sangat/