Kisah Anwar Ibrahim Difilemkan Farid Kamil Pegang Watak Utama Acha Septriasa Jadi Wan Azizah






Foto: IG
Media sosial heboh memperkatakan mengenai penerbitan filem baharu yang melibatkan kerjasama pelakon terkenal negara ini dan Indonesia.

 

Difahamkan, Farid Kamil bakal memegang watak utama sebagai ahli politik disegani, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bergandingan bersama pelakon Indonesia, Acha Septriasa melakonkan watak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

 

Berita itu tersebar selepas seorang pelakon dari negara seberang dikenali sebagai Hans de Kraker memuat naik gambar Farid bersama tenaga produksi bianglala_entertainment dalam akaun Instagram.

 
Menerusi perkongsian tersebut, filem berjudul Jalan Masih Panjang diarahkan oleh Viva Westi turut menampilkan pelakon, Hasnul Rahmat yang dijangka memegang watak sebagai Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Farid yang pernah membintangi filem Legenda Budak Setan dilihat turut memuat naik semula hantaran Acha yang pernah berlakon dalam filem Heart menerusi Insta, story sekali gus menguatkan lagi kemunculan filem genre politik dan kenegaraan tersebut.

 
Bulan lalu, Farid yang mempunyai sejuta pengikut di Instagram menyatakan kecenderungan terhadap PKR selepas mengadakan pertemuan dengan Anwar selaku Presiden parti.

 
Gambar pelakon itu dimuat naik Anwar dalam Instagram rasmi beliau yang memperincikan tujuan kunjungan adalah untuk membincangkan perkara berkaitan seni dan budaya, selain mengenai industri perfileman negara.

 
Perkongsian tersebut turut dimuat naik oleh calon Parlimen Kangar, Amin Ahmad yang mewakili PKR yang mendedahkan idea mengenai penghasilan filem tersebut sudah dilakukan sejak 2018.

 
“Sebenarnya selepas 2018, ada beberapa pihak bertemu saya tentang bahan ini (atas cadangan pejabat Anwar sendiri). Ada yang nak buat dokumentari dan juga filem.

 
“Semoga semuanya lancar dan mengesankan. Nantikan Jalan Masih Panjang,” tulisnya di Facebook.

 
Hantaran yang dimuat naik dalam Twitter oleh seorang pengguna turut dihujani pujian mengenai penghasilan filem biografi Anwar.

 
“Saat filem Jokowi diputar di pawagam Indonesia pada 2013, saya dan isteri menonton sehingga kami hampir menangis di beberapa adegan.

 
“Filem mampu membuat kesan begitu mendalam serta sangat emosional. Saya berharap filem biografi Anwar ini tidak hanya membuat kita menangis, tetapi menjadi fenomena,” tulis Emir Hamdy di Twitter. -CARI
 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/kisah-anwar-ibrahim-difilemkan-farid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Farid Kamil Dan Acha Septriasa Begabung Dalam Biopik Anwar Ibrahim Jalan Masih Panjang

Farid Kamil Dan Acha Septriasa Begabung Dalam Biopik Anwar Ibrahim Jalan Masih Panjang

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 297 hits
Sebuah syarikat penerbitan filem dari Indonesia akan menerbitkan filem biopik perjalanan Dato Seri Anuar Ibrahim bertajuk Jalan Masih Panjang Filem yang kini dalam proses pre production ini bakal menampilkan gabungan pelakon Indonesia dan j...
Anwar Ibrahim Dan Wan Azizah Isytihar Harta Petang Ini

Anwar Ibrahim Dan Wan Azizah Isytihar Harta Petang Ini

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 351 hits
Anwar Ibrahim Dan Wan Azizah Isytihar Harta Petang Ini Calon Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Ampang Rodziah Ismail menolak dakwaan Zuraida Kamaruddin yang mendakwa dirinya sebagai jenama sendiri di kawasan itu setelah memegang kerusi ber...
Farid Kamil Tak Perlu Fikir Panjang Untuk Berlakon Jadi Anwar

Farid Kamil Tak Perlu Fikir Panjang Untuk Berlakon Jadi Anwar

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 300 hits
malaysiakini comPelakon Farid Kamil Zahari mengakui dia tidak perlu berfikir panjang untuk menyatakan kesediaannya melakonkan watak Anwar Ibrahim Katanya peluang itu sukar diperoleh tambahan lagi tokoh yang dilakonkan masih sihat walafiat d...
Hasnul Rahmat Pegang Watak Mahathir Dalam Filem Biografi Anwar

Hasnul Rahmat Pegang Watak Mahathir Dalam Filem Biografi Anwar

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 215 hits
Beberapa hari lepas dilaporkan bahawa filem biografi Anwar Ibrahim akan dihasilkan Lebih mengejutkan filem tersebut bukan dihasilkan pembikin filem Malaysia tetapi sebaliknya dari Indonesia Farid Kamil dilaporkan akan memegang watak Anwar I...
Anwar Azizah To Declare Assets Today

Anwar Azizah To Declare Assets Today

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 243 hits
Anwar Ibrahim and Dr Wan Azizah Wan Ismail are among the few PKR candidates who have yet to declare their assets AMPANG PKR president Anwar Ibrahim and his wife Dr Wan Azizah Wan Ismail will declare their assets today said the party s elect...
Pulak Dah Zahid Hamidi Sedia Berpakat Dengan Semua Orang Bukan Saja Dengan Anwar Ibrahim

Pulak Dah Zahid Hamidi Sedia Berpakat Dengan Semua Orang Bukan Saja Dengan Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 272 hits
Pulak dah Zahid Hamidi sedia berpakat dengan semua orang bukan saja dengan Anwar Ibrahim
Politik Malaysia Politik Dunia Ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

Politik Malaysia Politik Dunia Ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 270 hits
NORMAN RADZUANPolitik Malaysia politik dunia ketiga Anwar Ibrahim Harapan Rakyat Malaysia MASA UTK PERUBAHAN SEBENAR Di negara luar seperti Parti Buruh di Britain yg dipimpin oleh Jeremy Corbyn telah melancarkan manifesto pilihanraya paling...
Doa 5 September 2025 12 Rabiulawal 1447h Salam Maulidur Rasul

Cuti Umum Salam Maulidur Rasul

25 Ucapan Maulid Nabi Muhammad Saw Yang Menyentuh Hati Pembaca

Pm Urges Muslims To Emulate Prophet Muhammad In Nation Building

Rindunya Kita Pada Rasulullah Saw

Jadikan Rasulullah Teladan Dalam Hadapi Cabaran Bina Bangsa Negara Pm Anwar

Tabung Haji Chairman Abdul Rashid Named Tokoh Perdana Maulidur Rasul Award Recipient

British Teen David Balisong Found Safe In Kl Hotel


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ibu Penat Tapi Ibu Sayang Buku Parenting Santai Yang Dekat Dengan Hati Ibu

Jual Daging Kucing Rm26 Sekilogram Kerana Terdesak Perlu Wang

Salam Maulidur Rasul

Bergemerlapan Ini Pemandangan Asia Tenggara Termasuk Malaysia Dari Angkasa

Banyak Khasiat Ini Cara Buat Kompos Tanaman Guna Kulit Pisang

The Long House A Minimalist Residence With A Bold Cantilever In Bengaluru