Pakai Bengkung Bukan Untuk Kuruskan Badan Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin


Pemakaian bengkung dilihat sudah cukup sinonim bagi wanita berpantang dengan alasan untuk kempiskan perut dan kembali langsing macam dulu.

Walhal apa yang lebih penting lagi pemakaian bengkung ini adalah untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak. Apa yang anda perlu tahu mengenai pemakaian bengkung ini?

Apa sebenarnya bengkung bersalin? Secara mudahnya bengkung bersalin ini adalah produk yang dililitkan di pinggang untuk memberikan sokongan kepada badan selepas melahirkan anak.
Umumnya, terdapat pelbagai jenis produk bengkung yang berbeza di pasaran. Berikut adalah variasi bengkung yang sering digunakan di negara Barat, seperti:
#Belly wrap
Merupakan bengkung elastik lebar yang boleh dilaraskan dan akan menutupi badan daripada tulang rusuk sehingga ke bahagian atas pinggul. Ia memberikan tekanan pemampatan lembut.
#Abdominal compression binder
Bengkung ini adalah antara alat perubatan yang direka untuk dipakai selepas pembedahan pada abdomen.
Ia memberikan tekanan pemampatan sederhana sehingga kuat yang boleh dilaraskan (velcro) mengikut kesesuaian.
Walaupun ia tidak dikhususkan untuk penggunaan wanita selepas bersalin, tetapi masih ada yang memilih untuk menggunakannya.
#Waist trainers/cinchers
Juga merupakan bengkung lebar boleh dilaraskan yang merangkumi bahagian tengah badan – dari bawah dada sehingga ke bahagian atas pinggul.
Jenis bengkung ini biasanya digunakan oleh golongan selebriti. Ia diperbuat daripada bahan getah atau bahan lain dan berkemungkinan mengandungi plastik atau logam.
Tujuan pemakaiannya adalah bagi mengurangkan ukuran pinggang secara drastik dan menawarkan pemampatan lebih kuat.

#Korset
Terdapat dalam pelbagai bentuk, ukuran, gaya dan tahap pemampatan yang berbeza. Namun, kebanyakannya dianggap untuk membentuk badan agar tampak lebih menarik.
Itu adalah jenis bengkung yang digunakan di Barat. Bagaimana pula jenis bengkung bersalin yang terdapat di Malaysia?
Terdapat beberapa pilihan bengkung daripada tradisional sehingga moden seperti:
Bengkung tradisional bertali Bengkung lilitan jawa Bengkung tali zig zag Bengkung bertali/barut Bengkung sarung moden – tube Bengkung moden – velcro Pastinya setiap jenis produk bengkung mempunyai fungsinya yang tersendiri dan dapat membantu pemulihan selepas melahirkan anak.
Tetapi perkara paling penting adalah untuk memastikan ia sesuai dan dicipta khusus untuk membantu wanita pulih selepas bersalin sama ada secara normal mahupun pembedahan.
Ini kerana jika anda menggunakan produk yang salah, ia boleh menyebabkan kesakitan dan berisiko mendatangkan bahaya.

Manfaat pemakaian bengkung bersalin Fungsi utama membalut perut anda selepas bersalin adalah untuk memberikan sokongan dan menyelaraskan bahagian tersebut agar organ dan otot abdomen dapat menjalankan tugasnya dengan baik.
Ia juga membantu mengatasi masalah kulit mengelebeh dan regang serta memberikan tekanan ringan untuk mempercepatkan pengecutan rahim.
Bagi ibu mengandung yang menjalani pembedahan caesarean, penggunaan bengkung dapat mengurangkan tekanan pada luka dalam proses penyembuhannya.
Pemakaian bengkung bersalin mungkin dapat mengurangkan kesakitan, memudahkan pergerakan, menstabilkan dasar pelvis dan membantu menyembuhkan diastis rektum – keadaan selepas kehamilan biasa di mana otot-otot abdomen terpisah.
Berdasarkan kajian, pemakaian bengkung juga dapat membantu wanita bangun dan berjalan lebih jauh.
Dalam penyelidikan lain pun mendakwa bahawa bengkung yang dipakai dapat mengurangkan kesakitan dan pendarahan selepas menjalani pembedahan C-Sec.
Bagi wanita yang mempunyai masalah estetika – berkaitan penampilan fizikal, sudah pasti pemakaian bengkung dapat membantu anda untuk tampak lebih langsing dan mengembalikan bentuk badan seperti sebelum hamil lebih cepat.
Jadi adakah ia bermakna pemakaian bengkung selepas melahirkan anak membawa manfaat seperti mengurangkan berat badan?

Bengkung bantu kurangkan berat badan? Sememangnya ada yang mengatakan bengkung bersalin dapat membantu mengurangkan berat badan.
Namun, menurut pakar kesihatan wanita, dakwaan bahawa bengkung dapat mengawal pengekalan air dan mengurangkan berat badan tidak dapat dibuktikan secara perubatan.
Pun begitu, kebanyakan ibu selepas bersalin yang mengamalkan penggunaan bengkung ini menyatakan mereka kehilangan berat dengan lebih cepat.
Tetapi keadaan itu mungkin disalah ertikan dengan penyingkiran semua cecair kehamilan tambahan sebagai penurunan berat badan.
Walau apapun, jika pemakaiannya dapat membantu mengurangkan kesakitan sehingga membolehkan anda bergerak lebih aktif, pastinya secara tidak langsung ia membolehkan penurunan berat badan berlaku.
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post Pakai Bengkung Bukan Untuk Kuruskan Badan, Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/pakai-bengkung-bukan-untuk-kuruskan-badan-bantu-kurangkan-sakit-lepas-bersalin/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun

13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 292 hits
Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh bada...
Kurangkan Berat Badan Dengan Set Kurus Shakle

Kurangkan Berat Badan Dengan Set Kurus Shakle

papar berkaitan - pada 2/10/2023 - jumlah : 197 hits
Siapa sini yang mencari cara untuk kurangkan berat badan dengan cara yang sihat dan berkesan Jika anda jangan lepaskan peluang untuk mencuba Set Kurus Shaklee yang hebat ini Dalam
Ibu Kerap Berpeluh Lepas Bersalin Tak Selesa Waktu Malam Ni Puncanya

Ibu Kerap Berpeluh Lepas Bersalin Tak Selesa Waktu Malam Ni Puncanya

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 216 hits
Perubahan hormon yang berlaku selepas bersalin membuatkan ibu merasa tidak keruan Perubahan badan yang bermacam ragam ini kalanya mendatangkan kerunsingan buat ibu Mulalah ibu fikir macam macam Apa sebabnya Umumnya keadaan ini berlaku pada ...
Hiburan Dia Tutup Pakai Beg Lepas Tu Usap Usap Tangan Aku Ebit Lew Paksa Mondy Acah Acah Solat Mengaji Demi Konten

Hiburan Dia Tutup Pakai Beg Lepas Tu Usap Usap Tangan Aku Ebit Lew Paksa Mondy Acah Acah Solat Mengaji Demi Konten

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 296 hits
Sedia maklum wanita berasal dari Indonesia iaitu Mondy kini menjadi perhatian netizen di Malaysia selepas dirinya mendakwa pendakwah bebas Ebit Lew jahat serta kotor Terbaru di laman Twitter tular keratan video Mondy sewaktu hadir ke podcas...
Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je

Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je

papar berkaitan - pada 26/9/2023 - jumlah : 187 hits
Air Rebusan Daun Herba Ibu Ibu Selepas Bersalin Elok Amalkan Badan Rasa Ringan Je Selepas bersalin ibu ibu sangatlah digalakkan untuk mandi air rebusan daun herba Banyak kebaikan air rebusan kepada tubuh badan terutama kepada ibu ibu selepa...
Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 176 hits
Setiap kali lepas datang bulan atau haid badan kita keletihan melampau ditambah dengan kehilangan darah kotor dalam badan Tak perlukan kos yang tinggi cara mudah untuk segarkan tubuh dalam badan adalah mencuba air rebusan ini untuk mencuci ...
Kerap Sakit Lenguh Badan Badan Mama Cuba Air Tenaga Homemade Ini Memang Lega

Kerap Sakit Lenguh Badan Badan Mama Cuba Air Tenaga Homemade Ini Memang Lega

papar berkaitan - pada 22/9/2023 - jumlah : 347 hits
Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit sakit badan Selain pengambilan air kosong yang secukupnya mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh di laman Facebookny...
Selalu Kena Kejang Otot Mungkin Makanan Ini Boleh Bantu Kurangkan Masalah Anda

Selalu Kena Kejang Otot Mungkin Makanan Ini Boleh Bantu Kurangkan Masalah Anda

papar berkaitan - pada 15/9/2023 - jumlah : 219 hits
Rasanya semua orang pernah kena masalah kejang otot kan Tapi kalau ahli sukan atau atlet benda ni biasa je Sebenarnya kejang ataj krem ni berpunca daripada kontraksi yang menyakitkan dan menjadikan otot rasa ketat dalam tempoh beberapa saat...
Petua Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin Yang Penting Kena Rajin Buat

Petua Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin Yang Penting Kena Rajin Buat

papar berkaitan - pada 20/9/2023 - jumlah : 241 hits
Petua Hilangkan Stretch Mark Lepas Bersalin Yang Penting Kena Rajin Buat Stretch mark memang cukup sinonim dengan wanita mengandung Ketika mengandung kulit menjadi regang akibat tekanan berlebihan Keadaan ini berlaku apabila wanita mengandu...
Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Rm80m Isp Victory In Senai To Feature As Isp Group S Greenfield Expansion Into Industrial Dev T

Ruth Buzzi Beloved Comedian And Iconic Gladys Ormphby Of Laugh In Dies At 88

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sayur Kubis Dan Karot Goreng Simple

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Saat Ia Pergi

Hard Rock Penang

Pengguna Terperangkap Hutang Sepanjang Hayat Kosmo Ahad 04 05 2025

Sagon Tumbuk

Rendang Asam Tak Pedas Tapi Sedap Boleh Masak Guna Semua Jenis Ikan