Pak Menteri Cakap Biar Betul Ye


 

Perdana Menteri berkata Bahasa Melayu mesti digunakan untuk semua urusan rasmi kerajaan di luar negara. Di seantero dunia maknanya tu, termasuk persidangan antarabangsa.
“Kita sudah bincang dalam Kabinet (ertinya Jemaah Menteri), ‘option’ (pilihan) pertama…jika negara tersebut guna bahasa mereka, kita guna bahasa Melayu dan option (sekali lagi diingatkan ertinya ‘pilihan’) kedua kalau negara tersebut guna bahasa Inggeris kita gunakan bahasa Inggeris atau boleh guna bahasa Melayu,” kata Ismail Sabri Yaakob.
Saya tidak bercadang mengulas adakah langkah itu bagus atau tidak, wajar atau sebaliknya, tetapi oleh kerana Perdana Menteri menegaskan langkah itu bertujuan “memperkasakan bahasa Melayu” dan “tidak ada sebab kenapa kita rasa janggal berbahasa Melayu di luar negara”, saya sekadar mengingatkan lakukan ia dengan berbahasa Melayu secara baik dan betul.
Kalau bertutur atau menyampai ucapan dalam bahasa Melayu di khalayak atau di luar negara pastikan perkataannya betul, nahu betul, caranya betul, dan sebutannya betul.
Ini saya katakan kerana saya sendiri pernah mendengar Menteri dan Timbalan Menteri yang bukan Melayu, bila cakap Melayu, boleh bikin orang yang mendengarnya tersenyum lebar malah ketawa. Contoh. Ada menteri sebut “dada” pada hal yang dimaksudkan ialah “dadah”. Ada menteri menasihati rakyat jangan “gapuh-gapuh’. Nasihatnya yang sebenar ialah “jangan gopoh-gapah”. Ada juga yang “keliru” dengan sebutan bunyi huruf “L” dan huruf “R’. Maka “rambutan” jadi “lambutan”.
Itu masalah sebutan yang kerap melanda Menteri dan Timbalan Menteri yang bukan orang Melayu. Menteri dan Timbalan Menteri Melayu bagaimana? Semuanya bagus dan sempurna? Tidak juga. Ada menteri Melayu , “kecuali” disebut “kacauwali”. Amnya sebutan mungkin bukan masalah besar buat pak Menteri Melayu (meskipun ada juga yang loghat negerinya agak tebal) tetapi bab penggunaan perkataan, ada yang menyakitkan telinga. Tidak kurangnya kesalahan nahu serta tatabahasa.
Contoh. Ada Menteri Melayu yang gemar guna istilah “mereka-mereka”. Ini kesilapan kerap. Saya bukan guru bahasa Melayu, tetapi saya tahu “mereka” merujuk kumpulan. Beberapa orang berkumpulan umpamanya. Oleh itu apabila menteri Melayu kata “mereka-mereka” ini sudah atau “berlebihan”.
Ada Menteri Melayu masih (tetapi sejak kebelakangan ini sudah tidak ramai) yang berkata “pada pendapatan saya” meskipun yang betulnya ialah “pada pendapat saya”. Kesilapan lazim pak menteri kita ialah ketika menggunakan “dari” dan “daripada”. Suka betul mereka berkata “saya baru pulang daripada luar negara. Ini tidak betul YB. Yang betul ialah “saya baru pulang dari luar negara”.
Begitu juga apabila berkata “kajian kementerian saya dibuat daripada sudut kewangan”. Maaf tak betul. “Kajian kementerian saya dibuat dari sudut kewangan”. Ini kata pakar bahasa, bukan saya memandai-mandai.
Menteri juga gemar berkata “saya dengan PM berkawan sejak dari kecil”. Salah tu. Bukan menidakkan kenyataan menteri berkawan lama dengan Perdana Menteri . Yang salah kata-katanya itu. Yang betul begini: “Saya dan PM berkawan sejak kecil”. Tidak ada “dari”. Ini tepat.
Kata sendi nama “dari” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama. Ia menyatakan arah, tempat, masa atau waktu. Namun kombinasi “sejak dari” tidak dibenarkan. Lantas “dari” perlu digugurkan.
Kata sendi “daripada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama juga, tetapi ia menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsur abstrak. Ia menyatakan asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan menyatakan perbezaan atau perbandingan.
Semua maklumat ini saya dapati dengan membuat carian menggunakan Google. Semua ada. Baiklah cukup sebelum saya dituduh hanya mencari salah menteri.
Semua kelemahan itu boleh diatasi apabila menteri berucap menggunakan teks ucapan atau kenyataan yang disediakan terlebih dahulu. Oleh itu bahasa tepat dan baik digunakan. Namun menteri kena juga jaga sebutan. Teks betul, sebutan tak betul, tak jadi juga.
Akan tetapi oleh kerana arahan PM ialah menggunakan bahasa Melayu di luar negara untuk semua urusan rasmi, silap dalam sebutan serta tatabahasa tidak akan dikesan oleh pendengar luar negara yang sememangnya tidak tahu berbahasa Melayu. Ada yang seumur hidup tidak pernah dengar orang bercakap Melayu.
Pun begitu, apabila nak bercakap Melayu, saya ulangi, gunakanlah dengan betul dan cantik. Tak kira sama ada Menteri Melayu mahupun yang bukan Melayu. Bukan ke mereka anggota Keluarga Malaysia pimpinan Ismail?
Bukankah tujuan Perdana Menteri dan Kabinetnya mengeluarkan arahan guna bahasa Melayu di luar negara untuk “memperkasakan bahasa Melayu”? Untuk mengangkat dan memartabatkan bahasa kebangsaan?
Oleh itu perkasakanlah, muliakan dan martabatkanlah bahasa kebangsaan dengan tatabahasa dan sebutan yang betul. Walaupun orang yang mendengarnya tidak tahu mana betul mana salah. Menteri sendiri perlu rasa malu dan bersalah jika tidak menggunakan bahasa Melayu dengan betul di pentas dunia.
Dalam negara juga gunalah dengan betul. Jika tidak, hasrat Perdana Menteri akan sia-sia. Hasrat tinggal hasrat.
Saya tahu saya tidak layak bercakap mengenai penggunaan bahasa Melayu dengan baik kerana saya sendiri guna banyak perkataan dan istilah Inggeris dalam penulisan saya. Maaf, itu gaya penulisan. Sekadar untuk saya berkongsi pandangan.
Juga, saya bukan menteri yang mewakili negara untuk perkasakan bahasa Melayu di persidangan antarabangsa. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/pak-menteri-cakap-biar-betul-ye.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Air Terjun Kat Cameron Valley Biar Betul

Air Terjun Kat Cameron Valley Biar Betul

papar berkaitan - pada 3/3/2022 - jumlah : 477 hits
Assalammualaikum Dunia Sambung citer pi Cameron Valley Yang amazing itu Lihatlah keindahan dunia See tak leh mandi tauAwesome kan Meh gambau jat jambatan terbahagia Lepas dah jalan jalan untuk turun kat bawah kan eheheh ada air terjun laaaa...
Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

Betullah Orang Cakap Anak Tak Boleh Pilih Bapak Demi Content Bapa Sanggup Bahayakan Nyawa Anak Buat Aksi Willy

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 227 hits
The ReporterTindakan seorang lelaki melakukan aksi willy semasa menunggang motosikal sambil membawa anaknya bersama dikecam oleh netizen yang menganggapnya sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab Video yang mula viral di media sosial sejak...
Cakap Lah Tentang Kelantan Bukan Tentang Najib Dua Dua Ada Masaalah Keh Keh

Cakap Lah Tentang Kelantan Bukan Tentang Najib Dua Dua Ada Masaalah Keh Keh

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 218 hits
Kepada pemimpin PH aku nak ingatkan Kelantan masih diperintah PAS Dan di negeri itu masih ada banyak masalah yang membelenggu rakyat yang masih gagal diselesaikan seperti masalah air Jadi aku cadangkan adalah lebih baik pemimpin PH bercakap...
Ibu Ini Kongsi Cara Berkesan Elak Anak Belajar Cakap Menipu Kita Pun Tak Marah

Ibu Ini Kongsi Cara Berkesan Elak Anak Belajar Cakap Menipu Kita Pun Tak Marah

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 303 hits
Perasan tak bila kita rigid dan impulsif dalam menghukum nampak banyak kesan buruk pada anak Mereka lebih mudah menipu dan menyorok bila buat silap Lebih pendiam dan memendam Bila bercakap bunyinya kasar dan memberontak Tapi bila kita lebih...
Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

Muka Cina Vide0 Netizen Suka Tengok Lelaki Melayu Ini Fasih Cakap Bahasa Tamil

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 493 hits
Sebagai rakyat Malaysia salah satu perkara yang membuatkan kita tersenyum adalah melihat sesuatu kaum itu dapat menguasai bahasa bangsa lain Seperti dalam satu video di TikTok ini jika diperhatikan sekali pandang macam bangsa Cina tetapi bi...
Cakap Tak Serupa Bikin Bikin Tak Serupa Cakap

Cakap Tak Serupa Bikin Bikin Tak Serupa Cakap

papar berkaitan - pada 21/2/2022 - jumlah : 140 hits
HAMDAN TAHAOrang politik ni atau sesiapa sahaja lah Belum dapat jawatan rasuah lah lagu utama akan di nyanyikan oleh parti dan pemimpin mereka Sembang kari ni memang lah laku dan logik akal bila mereka yang tak ada kuasa berbicara tetapi bi...
Lirik Biar Qiff

Lirik Biar Qiff

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 205 hits
biarkan ku terus beginibiar saja ku disakitiputus saja jika itu yang membuat engkau bahagia semua rasa tak akan samatanya diri siapa puncakau selalu saja nak mencubahati makin derita kemana janjisumpah telah kau berisetia bersama kudon t le...
Selalulah Peluk Anak Lelaki Biar Manja Dengan Kita Baru Membesar Jadi Hebat

Selalulah Peluk Anak Lelaki Biar Manja Dengan Kita Baru Membesar Jadi Hebat

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 157 hits
Ketika anak lelaki masih bayi kita selalu memeluk mereka Bayi lelaki atau bayi perempuan sama saja bagi kita PELUKLAH ANAK LELAKI Apabila anak lelaki membesar sebagai kanak kanak kita memeluk mereka apabila pulang dari kerja kerana masing m...
Biar Anak Perempuan Rapat Dengan Bapa

Biar Anak Perempuan Rapat Dengan Bapa

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 218 hits
Biar Anak Perempuan Rapat Dengan Bapa Siapa peminat filem dan movie Inggeris biasa tak tengok kebanyakan filem Inggeris akan buat kisah bapa dengan anak perempuan Bahkan drama Melayu Cina atau Hindu sekalipun Mesti bapa dengan anak perempua...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Y15zr Tukar Fuel Pam Jet Cardinals Racing

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik