Pak Lebai Petang Cakap Lain Malam Cakap Lain Zahid


agendaily.com19/10/2022
Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melabelkan PAS sebagai ‘pak lebai’ yang tidak boleh dipercayai kerana sering mengubah pendirian dan percakapan.

Memetik laporan BH, Zahid pada Program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran di Dataran Serdang, Bandar Baharu, Kedah hari ini (19 Oktober 2022) berkata:

“Kita jangan pedulikan pak lebai bersama kita (BN) atau tidak, pak lebai petang cakap lain, malam cakap lain. Dia kata kita durian mentah belum masak, ingat pak lebai ada durian tak cukup masak gugur, takut kena kepala pecah.

“Apabila ada situasi politik baharu mereka keluar fatwa baharu, bila untuk dirinya keluar fatwa baharu, bila nak salahkan orang keluar. Guna ayat al-Quran dan hadis yang maknanya tetap sama, tetapi ditafsir berlainan. Cukuplah pak lebai, bertaubatlah cepat.”

Hadir sama pada program itu ialah Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir; dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Sehubungan itu, kata Zahid BN menolak sebarang bentuk rundingan bersama PAS selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan menganggap parti itu sebagai kawan yang tidak setia.

Menurutnya pemimpin PAS dilihat sering berubah-ubah dalam menentukan pendirian, selain turut menggunakan ayat al-Quran dan hadis yang ditafsir oleh mereka sendiri.

Jelasnya, disebabkan itu BN memilih untuk bergerak solo pada PRU-15 dan yakin komponen BN juga dapat membantu parti itu kembali memerintah negara.

Bekas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu yang kini berdepan 87 kes mahkamah, termasuk rasuah melibatkan jutaan ringgit ketika beliau menjadi menteri semasa BN memerintah sebelum ini, berkata PAS sepatutnya mempunyai pendirian teguh dalam membuat keputusan bagi menentukan kerjasama sebelum PRU-15 kali ini.

Katanya, BN mahu kawan yang setia dan istiqamah selain sedia untuk susah dan senang bersama parti itu.

“Mereka beritahu tunggu lepas pilihan raya kita runding, BN jawab dengan cepat pilihan raya belum lagi kita sedang menghadapi realiti ketika ini. Jangan runding lepas pilihan raya, kita bukan riak, sombong, takut atau pengecut. Rakyat sudah sedar dan akan beri kepercayaan semula kepada BN.

“Ketika itu apabila kita berjaya bentuk kerajaan, baharu ada orang terhegeh-hegeh hendak jumpa kita, kita akan cakap cukup sampai di sini dan semua sudah terlambat,” katanya.

Bagaimanapun, kenyataan Zahid itu dilihat bertentangan dengan apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri kepada media selepas merasmikan penutup Konvensyen Kontraktor Melayu Malaysia 3.0 dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) ke-43 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Menurut Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO, BN hanya akan memutuskan sebarang kerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan selepas keputusan PRU-15.

Menurutnya BN akan memastikan sasaran awal untuk memenangi pilihan raya dapat direalisasikan terlebih dahulu.

“Kita tunggu dulu keputusan PRU-15, selepas itu kita akan putuskan. Kita pastikan lepas sasaran awal kita dulu. Kalau buat andaian terlalu awal (kerjasama dengan pihak ketiga) susah juga, kita tak tahu apa akan berlaku dalam pilihan raya.

“Selepas PRU (hari mengundi) nanti keputusan sudah ada, insya-Allah kita akan buat apa sahaja keputusan demi kepentingan negara dan yang pentingnya kita nak kan sebuah kerajaan yang stabil. Jadi, selepas itu kita putuskanlah,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/pak-lebai-petang-cakap-lain-malam-cakap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Cakap Lain Ismail Sabri Kata Lain Tapi Nak Salahkan Pak Lebai

Zahid Cakap Lain Ismail Sabri Kata Lain Tapi Nak Salahkan Pak Lebai

papar berkaitan - pada 21/10/2022 - jumlah : 303 hits
agendaily com20 10 2022Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata Barisan Nasional akan mengutamakan kemenangan pada...
Zahid Tiada Rundingan Dengan Parti Pak Lebai Lepas Pru15

Zahid Tiada Rundingan Dengan Parti Pak Lebai Lepas Pru15

papar berkaitan - pada 20/10/2022 - jumlah : 255 hits
malaysiakini comBarisan Nasional tidak akan mengadakan sebarang rundingan dengan parti lebai untuk apa jua gabungan selepas Pilihan Raya Umum Ke 15 kata Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Tanpa menamakan mana mana parti beliau ya...
Apa Lah Kelaku Pak Pak Lebai Penunggang Agama Dah Tak Ada Isu Lain Takut Makan Saman Kot

Apa Lah Kelaku Pak Pak Lebai Penunggang Agama Dah Tak Ada Isu Lain Takut Makan Saman Kot

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 238 hits
twitter comPAS Pusat on Twitter Mantan Menteri AGAMA PH sokong ElJiBiTi Waktu PH memerintah dahulu awal awal lagi mereka dah bangkitkan kemarahan rakyat dengan isu ElJiBiT Baca lanjut di https t co ZgLKWJbMdf TolakPH StabildanBersih PASBeri...
Adakah Anwar Dengar Cakap Zahid Tolak Kerjasama Dengan Dr M

Adakah Anwar Dengar Cakap Zahid Tolak Kerjasama Dengan Dr M

papar berkaitan - pada 24/10/2022 - jumlah : 291 hits
agendaily com23 10 2022Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan PH akan bekerjasama dengan GTA dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menghadapi PRU 15 19 November depan Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menolak kerjasama dengan Tun Dr Mahat...
Pak Lebai Vs Penyamun

Pak Lebai Vs Penyamun

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 225 hits
Pak lebai guna ugama untuk kuatkan parti Penyamun guna ugama untuk lindung harta pencurian Dalam filem P Ramlee pak lebai Telefon penyamun untuk tolong datang merompak rumah nya Dikhabarkan ada juga penyamun tubuh yayasan dan buat penajaan ...
Mengapa Azmin Ali Gelar Pas Parti Pak Lebai

Mengapa Azmin Ali Gelar Pas Parti Pak Lebai

papar berkaitan - pada 25/10/2022 - jumlah : 298 hits
PETALING JAYA Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bukan beliau mencipta istilah Pak Lebai yang didakwa merujuk kepada Pas sebaliknya perkataan itu pernah dipopularkan oleh seorang pemimpin tinggi Perikatan Nasional sendiri Pengerusi Ba...
Dr Mahathir I Told Zahid To Disband Umno Because It S Only Fighting For Najib

Dr Mahathir I Told Zahid To Disband Umno Because It S Only Fighting For Najib

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 307 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad finally admitted today that he had asked Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi to dissolve Umno Picture Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 16 Tun Dr Mahathir Mohamad finally admitted today that he had asked Datuk Seri Ahmad Zahi...
Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

Ismail Sabri Adalah Calon Pm Muktamad Dari Umno Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 17/10/2022 - jumlah : 295 hits
UMNO tidak berganjak dengan keputusan mencalonkan Naib Presidennya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri jika BN memenangi Pilihan Raya Umum ke 15 Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan yang ...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat