Pak Anjang Meninggal Dunia Kenduri Di Menara Tm Ambil Kunci Desa Mentari


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Terima berita kematian Pak AnjangTok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak TinggiSinggah di Kampung Kenangan PuchongTiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa IndahMenuju rumah arwah Pak AnjangSinggah di Kari CornerBergerak ke Menara TMSinggah di Desa MentariSinggah di D'PulzeTerima berita kematian Pak AnjangKami menerima berita daripada Tok Mak pada sekitar jam 7 pagi, 7 Jan mengenai pemergian arwah Pak Anjang pada sekitar jam 5 ke 6 pagi.
Master mengambil masa yang lama untuk memutuskan bahawa kami akan mengikut Tok Mak dan Tok Ayah pulang ke Pulau Pinang atau tidak. Master agak keberatan kerana beberapa faktor:
Jarak yang jauh ke Bukit Mertajam di Pulau Pinang mengurangkan kadar peratusan kami untuk sempat mengikuti jenazah. Ini adalah kerana apa yang dituntut adalah bukannya melawat jenazah kerana kita patut menziarahi manusia semasa mereka masih hidup, tetapi mengikuti jenazah. Mengikuti jenazah adalah bermaksud menyertai solat jenazah, dan menyertai pengebumian jenazah.Kami ada kenduri kahwin untuk dihadiri. Walaupun peristiwa kematian adalah lebih besar tapi janji ke kenduri kahwin tu Master dah ikat dahulu. Alhamdulillah, kenduri kahwin itu setelah dipastikan adalah berlangsung pada 8 Januari, iaitu hari ini.Master keletihan memandu jauh. Sebelum ke Pulau Pinang ni, Master telah memandu ke Johor Bahru, dan Kota Bharu. Disertai pula pemanduan 100 kilometer sehari pergi dan balik kerja, terasa keletihan dan sakit belakang mula menyerang. Jangan kena slip disk sudahlah...Namun setelah berfikir panjang, Master memutuskan untuk menurut, pertamanya adalah untuk menjaga tali persaudaraan, manalah tahu kehadiran kami akan menggembirakan hati sanak-saudara dan ahli keluarga arwah.
<top>
Tok Mak, Tok Ayah, Pak Su Jim bertolak ke Salak TinggiTok Mak bergegas dari Felda Sungai Lui ke Salak Tinggi dan tiba sekitar jam 11 pagi, sebelum Tok Mak, Tok Ayah dan Pak Su Jim bergerak pula ke Puchong Kenangan untuk menjemput Mak Ngah Zira sekeluarga.
 
Singgah di Kampung Kenangan PuchongTedi sekeluarga pula turut menuruti mereka, dan kami bertolak dari Puchong Kenangan sekitar jam 12 tengahari. Destinasi kami adalah AEON Bukit Mertajam di mana rumah arwah Pak Anjang terletak di taman berhampiran.
Dalam perjalanan yang lancar itu, kami singgah di kawasan Rehat dan Rawat yang disediakan PLUS iaitu R&R Tapah sekitar jam 1 ke 2 petang.
Kami membuat perubahan rancangan dari tujuan asal ke Bukit Mertajam, kami melencongkan perjalanan kami ke homestay yang telah kami tempah di Taman Desa Indah, Simpang Lima, Parit Buntar. Ini adalah kali kedua kami menginap di sana.
Perubahan rancangan ini adalah disebabkan arwah Pak Anjang telah selamat dikebumikan pada waktu Zuhur.
Kami menuju ke Simpang Lima melalui susur keluar lebuhraya PLUS Changkat Jering. WAZE mengarahkan kami menggunakan susur keluar lebuhraya PLUS Bandar Baharu, tetapi Tok Ayah kata ia akan membuatkan kami berpatah balik.
Jalan yang terhampar luas dari Changkat Jering ke Simpang Lima itu banyak yang teruk, ada yang ditampal dah serupa tikar mengkuang, sehinggakan tiada ruang untuk ditampal. Jalan macam itu kalau dilaporkan dalam berita, harus disebut ianya terletak di Kelantan, kerana lazimnya jalan rosak ni dilaporkan dalam berita utama pastinya berkaitan dengan Kelantan, manakala sistem jalan di negeri lain sangat bagus. Hakikatnya, auta sangat semua tu, kami dah merantau ke Johor, jalannya hampeh juga, Pahang pun sama, Negeri Sembilan lagilah tidak berubah dari Master kecil sampai Master dah tua, kali ini Perak pula. Hakikatnya jalan di Malaysia ni kalau jalan tu tiada tol, maka hadaplah jalan yang beralun-alun, berlubang-lubang dan bertampal-tampal.
 <top>
Tiba di Homestay Nur Kasih, Taman Desa IndahKami tiba tepat pada jam 5.02 petang ketika tuan homestay ada di sana. Kali ini kami menemui tuan rumah yang sebenar iaitu encik Khairi, sedangkan sebelum ini kami berurusan dengan adinda beliau. Kedua-dua mereka peramah.
Homestay ini adalah rumah semi-D, berjiran dengan Taska Tanah Kebun dan bertentangan dengan Taska Taman Desa Indah.
 <top>
Menuju rumah arwah Pak AnjangUsai kami mandi dan makan di homestay Taman Desa Indah itu, kami bergerak menuju Bukit Mertajam pada jam 7 malam. Perjalanan adalah sejauh lebih kurang 30 kilometer.
Di rumah arwah Pak Anjang, kami berbual dengan ahli keluarga. Tiada tahlil di rumah kerana dibuat di masjid dan di surau. Pak Cik Khairol demam. Mak Anjang kurang nampak kesedihannya. Master diam, tidak tahu nak kata apa.
Master tidaklah rapat dengan arwah Pak Anjang, tetapi alhamdulillah, kebelakangan ni kami kerap juga singgah melawat keluarga beliau. Keluarga Pak Anjang adalah keluarga yang setia menjaga arwah Nyang Sahidan semasa nyang sakit lumpuh separuh badan dulu.
Keluarga Pak Anjang berat juga dugaannya kerana anak lelaki arwah, Khairol, lumpuh dari pinggang ke bawah setelah jatuh daripada tangga. Selain itu ada juga kakak Laili yang dah bekeluarga dan juga kakak Liya yang masih bujang. Tedi doakan keluarga itu akan menerima menantu lelaki yang akan menggantikan tempat arwah Pak Anjang.
Amin.
 <top>
Singgah di Kari CornerBalik dari rumah arwak Pak Anjang, kami singgah di Kari Corner sekitar jam 11.30 malam. Jika menurut Google, kedai Kari Corner ni waktu operasinya hanya sampai jam 12 malam, jadi kira gamble je lah kami ke sana, nasib baik masih dilayan ketibaan kami di sana.
Di sana ada nasi putih dan lauk campur, masakan panas, dan juga set shell out.
Ini kali kedua kami di sana, mungkin nanti Tedi akan kirimkan satu artikel pasal Kari Corner.
 <top>
20170108
Bergerak ke Menara TMKami mula bergerak ke Menara TM untuk menghadiri majlis perkahwinan kawan Mommy. Singgah di Tapah jam 10.30 pagi, dan sambung perjalanan pada jam 12.00 tengahari.
Kami sampai di Menara TM pada jam lebih kurang 1.30 petang.
 <top>
Singgah di Desa MentariSelepas selesai meraikan perkahwinan kawan Mommy, kami bergegas pula ke Desa Mentari untuk mengambil kunci daripada penyewa.
Stress pula melihat keadaan rumah yang agak kusam, dinding kehitaman dan berconteng-conteng, almari rosak, lampu tidak menyala 2 biji, dan pintu grill pula tidak boleh dikunci.
Katanya ada kejadian mangga pintu gril itu dipecahkan. Nampak gaya kena ganti pintu gril tersebut.
Desa Mentari blok 2 nampak ada perubahan, dan mulai semalam, jalan sehala mula dikuatkuasakan di sana, satu langkah yang telah lama Master cadangkan selama kami tinggal di sana.

<top>
Singgah di D'PulzeMommy nak beli bahan untuk dimasak di Cold Storage, maka kami ke D'Pluze di Cyberjaya.
Ini mungkin kali ketiga kami singgah di situ.
Setelah selesai membeli-belah di DPulze, kami pulang ke Salak Tinggi. Kami makan roti nan dan ayam tandori, sebelum kami pulang ke rumah.
Kami tiba di rumah sekitar jam 9 malam.
<top>
~20170107, 20170108~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2017/01/pak-anjang-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bus Pariwisata Dari Semarang Terjun Ke Jurang Di Sarangan 7 Orang Meninggal Dunia

Bus Pariwisata Dari Semarang Terjun Ke Jurang Di Sarangan 7 Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 116 hits
Setibanya di tikungan atas Lawu Grand forest sekitar pukul 11 00 Wib bus tiba tiba tidak dapat dikendalikan Seharusnya bus belok kiri menikung namun bus lurus dan menabrak pembatas jalan atau guardrail dan meluncur ke jurang dengan kedalama...
Kronologi Ledakan Bom Di Polsek Astana Anyar Satu Orang Polisi Meninggal Dunia

Kronologi Ledakan Bom Di Polsek Astana Anyar Satu Orang Polisi Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 133 hits
Total ada sebelas korban 10 orang luka luka yang terdiri dari 9 anggota polisi dan seorang warga yang kebetulan sedang melintas dan seorang anggota polisi meninggal dunia
Kabar Duka Lord Rangga Mantan Pimpinan Sunda Empire Meninggal Dunia Di Brebes

Kabar Duka Lord Rangga Mantan Pimpinan Sunda Empire Meninggal Dunia Di Brebes

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 108 hits
Pria bernama asli Edi Raharjo ini menghembuskan napas terakhirnya di umur 55 tahun Rest in peace Lord Rangga
Ayah Meninggal Dunia Ben Kasyafani Kenangan Momen Obrolan Bersama Almarhum

Ayah Meninggal Dunia Ben Kasyafani Kenangan Momen Obrolan Bersama Almarhum

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 92 hits
Ben ungkap 2 hal berharga dari kebersamaannya dengan sang ayah yang meninggal karena gagal ginjal dan stroke
Legenda Bola Sepak Kelantan Hashim Mustapha Meninggal Dunia

Legenda Bola Sepak Kelantan Hashim Mustapha Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/11/2022 - jumlah : 135 hits
KOTA BHARU 8211 Bekas penyerang kebangsaan dan Kelantan Mohd Hashim Mustapha menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 56 tahun sebentar tadi Berita duka itu dimaklumkan menerusi laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia 8220 Allahyarham
Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Sidek Baba Meninggal Dunia

Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Sidek Baba Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 197 hits
KUALA LUMPUR 8211 Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan 2009 Datuk Dr Sidek Baba menghembuskan nafas terakhir lewat petang tadi Berita sedih itu dimaklumkan oleh bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Dr Yu
Bekas Ahli Parlimen Langkawi Meninggal Dunia Di Jerman

Bekas Ahli Parlimen Langkawi Meninggal Dunia Di Jerman

papar berkaitan - pada 28/11/2022 - jumlah : 169 hits
Bekas Ahli Parlimen Langkawi Datuk Ir Nawawi Ahmad 61 meninggal dunia di Frankfurt Jerman awal pagi tadi Allahyarham juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Menurut Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi Nor Saidi Nanyan Allahyarham bera...
Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans Gara Gara Pintu Pagar Sempadan Tidak Dapat Dibuka

Warga Emas Meninggal Dunia Dalam Ambulans Gara Gara Pintu Pagar Sempadan Tidak Dapat Dibuka

papar berkaitan - pada 9/12/2022 - jumlah : 133 hits
Seorang wanita warga emas dari Lawas meninggal dunia apabila ambulans yang sepatutnya menghantarnya ke Hospital Miri tidak dapat melalui Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan Sungai Tujuh Miri awal pagi Selasa lalu Wanita yang...
Bekas Rakan Anwar Sidek Baba Meninggal Dunia

Bekas Rakan Anwar Sidek Baba Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 26/11/2022 - jumlah : 250 hits
BORHAN AHMADBekas rakan Datuk Seri Anwar Ibrahim Datuk Dr Sidek Baba meninggal dunia hari ini ketika umurnya 76 tahun Menurut rakan beliau Yusri Mohamad Sidek rakan yang kemudiannya menjadi lawan Anwar itu meninggal dunia jam 7 lebih malam ...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls

Mana Ji Sukjin Ada Yoo Jaesuk Kim Jongkook Calon Daesang Sbs Entertainment Awards Dikritik

Fitnah Dosa Besar Dianggap Jihad Apa Cer Muhyiddin Cakap Pas Ini Parti