Pahang Benar Ibadah Korban Tertakluk Sop


Athirah Huda Zalhe

Jumlah petugas tak lebih 10 orang, utama individu sudah divaksin KUANTAN – Pahang membenarkan pelaksanaan ibadah korban tahun ini, tertakluk kepada syarat ditetapkan dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara. 
Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menerusi kenyataan di sini hari ini, memaklumkan ibadah itu hanya boleh dilaksana di masjid yang dibenarkan dan rumah penyembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) serta empat rumah penyembelihan ruminan swasta yang dilesenkan JPV di negeri ini. 
Pihak terlibat juga perlu mengemukakan borang permohonan kepada pejabat agama Islam daerah yang diserahkan melalui pos, e-mel atau penghantaran secara pandu lalu sebelum 7 Julai, memandangkan urusan kaunter ditangguhkan buat masa ini. 
“Ibadah korban boleh dilakukan selama empat hari bermula 20 Julai dalam dua sesi iaitu pagi dan petang dengan had maksimum lima ekor haiwan pada satu-satu sesi bagi mengelak kesesakan. 
“Jumlah petugas melaksanakan ibadah itu daripada proses sembelihan hingga menimbang untuk setiap ekor haiwan tidak melebihi 10 orang dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang telah menerima suntikan vaksin COVID-19,” menurut kenyataan itu.
Menurut JAIP, mereka yang ditugaskan dalam pasukan menyembelih perlu membuat ujian saringan COVID-19 di klinik kesihatan kerajaan atau swasta tiga hari sebelum melaksanakan ibadah tersebut dengan kos ujian boleh dimasukkan dalam yuran penyertaan korban. 
Agihan daging korban pula hanya boleh dibuat secara pandu lalu atau dihantar ke rumah mereka yang layak tanpa sentuhan. 
“Pelaksanaan ibadah korban tidak dibenarkan di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Peserta korban juga tidak dibenarkan untuk berada di kawasan pelaksanaan ibadah tersebut,” menurut kenyataan itu. 
JAIP juga mengingatkan jawatankuasa pengurusan ibadah itu untuk memastikan semua SOP dipatuhi kerana pemantauan akan dilakukan oleh polis, penguat kuasa JAIP, JPV dan pejabat agama Islam daerah.
Mereka yang didapati gagal mematuhi syarat atau SOP ditetapkan boleh dikenakan kompaun atau didakwa di mahkamah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).-  Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/pahang-benar-ibadah-korban-tertakluk-sop.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sop Ibadah Korban Lewat Penternak Di Melaka Tertekan

Sop Ibadah Korban Lewat Penternak Di Melaka Tertekan

papar berkaitan - pada 18/6/2021 - jumlah : 207 hits
Oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI AZIZI Mustafa runsing memikirkan nasib haiwan ternakan yang dibelinya untuk Hari Raya Aidiladha apabila tiada kata putus daripada pihak berwajib tentang pelaksanaan ibadah itu di Melaka UTUSAN HADI AB MANAPMELA...
Selangor Benar Ibadah Korban

Selangor Benar Ibadah Korban

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 234 hits
Oleh ABDUL RAZAK IDRIS Gambar hiasanSHAH ALAM Ibadah korban di Selangor dibenarkan tahun ini dengan syarat dan pematuhan prosedur operasi standard yang ketat selaras Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 bagi mengekang pandemik Covid 19 Pengerusi...
Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan Sop

Ibadah Korban Dibenarkan Di Perlis Dengan Pematuhan Sop

papar berkaitan - pada 19/6/2021 - jumlah : 194 hits
KANGAR 19 Jun Perlis membenarkan ibadah korban sempena Aidiladha dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard yang ditetapkan dan hanya boleh dilakukan di pusat sembelihan Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertita...
Syarat Pemilihan Haiwan Ibadah Korban Sah Dalam Islam

Syarat Pemilihan Haiwan Ibadah Korban Sah Dalam Islam

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 397 hits
Pemilihan Haiwan Ibadah Korban Hari raya korban merupakan hari kebesaran kedua selepas hari raya aidilfitri Pemilihan Haiwan untuk Ibadah KorbanMemperingati kisah antara Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail ibadah yang hukumnya sunat Muakka...
Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Wilayah Persekutuan Tahun 1442h 2021m

Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban Di Wilayah Wilayah Persekutuan Tahun 1442h 2021m

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 347 hits
Ketetapan Pelaksanaan Ibadah Korban di Wilayah wilayah Persekutuan Tahun 1442H 2021M telahpun dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Ketetapan ini telah diterbitkan melalui satu kenyatan media rasmi pada 21 Jun 2021 Sepert...
Korban For Hari Raya Aidiladha Allowed Under Strict Sop

Korban For Hari Raya Aidiladha Allowed Under Strict Sop

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 507 hits
Kelantan has allowed the slaughtering of cattle events during Hari Raya Aidiladha this month albeit under strict Standard Operating Procedures set by the Kelantan Islamic Religious and Malay Customs Council NSTP SHARIFAH MAHSINAH ABDULLAH K...
Melaka Benar Korban Di Tempat Sembelih Ditetapkan

Melaka Benar Korban Di Tempat Sembelih Ditetapkan

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 194 hits
HARAKAH DAILY MELAKA Melaka membenarkan pelaksanaan ibadah korban bersempena sambutan Aidiladha tertakluk kepada prosedur operasi standard yang ketat dengan penyembelihan dilakukan di rumah sembelih atau tempat yang dibenarkan Mufti Melaka ...
Sultan Nazrin Consents To Ibadah Korban During Mco

Sultan Nazrin Consents To Ibadah Korban During Mco

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 277 hits
Sultan Nazrin Shah gave his approval after being briefed on the procedures and guidelines for performing the sacrificial rituals IPOH The Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah has allowed for the ibadah korban in conjunction with the Hari Raya...
Sabah Must Adopt Sop Issued By Nsc Ismail Sabri

Sabah Must Adopt Sop Issued By Nsc Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 313 hits
The Sabah government must abide by and adopt the standard operating procedure issued by the National Security Council just like other states said Senior Minister Ismail Sabri Yaakob He said the NSC decided that there must be only one SOP to...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan

Serangan Terhadap Iran Apa Yang Berlaku Setakat Ini

Find Your Unique Selling Point