Pahang Aktiviti Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah


Aktiviti Di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah | Habis di Kelantan kami ke Pahang pula. Sesungguhnya aku sangat puas hati dengan lawatan kali ini sebab walaupun penat tapi membawa ke banyak tempat-tempat menarik dan dapat berakit di sungai. Terima kasih kepada KeTSA dan semua pihak yang terlibat dan sudi menjemput

Ini pos yang dah lama tertangguh tetapi ringkasan overall activities already shared sebaik balik dari acara empat hari tersebut. Sebelum terlupa, marilah kita menyumbang wang kepada pusat konservasi ini supaya anak cucu kita terus dapat melihat gajah hidup di masa hadapan


Gajah Yang DilindungiPusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah ialah sebuah pusat perlindungan gajah yang terletak di Temerloh di negeri Pahang bagi menyelamatkan gajah Asia yang bermasalah yang habitatnya hilang akibat penanaman atau pembangunan. Santuari gajah ini telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan markas bagi program pemindahan gajah yang mana menjadi tempat untuk menempatkan, menjinakkan dan memindahkan gajah-gajah dari habitat asal mereka. Pusat ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menyokong penyelidikan dan menjadi tarikan pelancong yang popular sejak kewujudannya mula dihebahkan pada tahun 1997

Gajah-gajah yang ditangkap dipulihkan dijadikan gajah jinak untuk menarik gajah liar. Gajah-gajah di sini dikendalikan oleh mahut. Gajah binatang bijak. Ada yang pandai buka kunci guna hujung belalai


Kisah Gajah MalaysiaSewaktu lawatan tu ada 26 ekor gajah termasuk enam juvana. Ceritanya, Unit Kebajikan Gajah telah ditubuhkan pada 1974. Sebelum ini gajah boleh dibunuh dan diambil gadingnya. Operasi gajah yang pertama dilakukan di Felda Jengka dengan menggunakan khidmat pakar dari India. Cara ditangkap macam cerita koboi tu tapi berisko dan membahayakan nyawa manusia. Sepanjang tahun 1974 hingga 2022 sebanyak 1086 ekor gajah berjaya ditangkap dan dipindahkan. Di tahun 2021 sahaja 73 ekor berjaya ditangkap. Dijangkakan sewaktu musim buah lebih banyak gajah akan berjaya ditangkap

Di tahun 1985 ubat pelali mula digunakan. Dalam Ops Tekong di Singapura pada 1990, gajah berenang sejauh 1.5km. Gajah yang tak belajar berenang pun boleh berenang, aku yang belajar ni tak pandai pandai lagi 😄

Pada tahun 1992, Vietnam menghukum mati sahaja gajah yang mengganggu tanaman dan orang kampung kerana mereka tiada kepakaran. Kerajaan Vietnam tawarkan kepada Malaysia misi menangkap gajah. Hari keenam, seekor gajah berjaya ditangkap tetapi keesokannya dah tinggal tulang. Penat je tangkap hmm... Sejak itu aktiviti operasi dikawal tentera

Banyak cerita penangkapan gajah-gajah ni. Dalam operasi di Ayer Itam di Negeri Sembilan pada 1982, seorang staf meninggal dunia dan ada yang masuk ICU. Bahaya betul kerja ni


Gajah DenakSehingga tahun lepas, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah ada gajah bernama Lokimala yang dibawa masuk dari Assam, India pada 22 Jun 1974. Lokimala dibawa masuk ke negara ini bersama Ganesh, Lal Bahadul dan Paul Bahadul - juga dari India - bagi membantu kerja tangkapan dan pemindahan gajah liar oleh PKGK

Gajah betina bernama Lokimala ini bertindak sebagai gajah denak di pusat terbabit. Sepanjang hayat aktifnya di negara ini, Lokimala berkhidmat dengan Unit Kebajikan Gajah dan Unit Pengurusan Gajah dan terbabit dalam operasi memindahkan lebih 150 ekor gajah liar di yang ditangkap di Semenanjung. Lokimala mudah dikawal, jinak, rajin dan bersaiz besar

Lokimala juga terbabit aktiviti pertunjukan untuk tontonan pelancong yang datang ke PKGK. Lokimala direhatkan pada 2007 kerana tahap kesihatan gajah berkenaan kurang memuaskan sejak beberapa tahun lalu. Lokimala habis hayatnya pada 8 September 2023










Tebu boleh dibeli dengan harga murah. Penjualan tebu adalah salah satu cara pusat ini mendapat sumber kewangan selain sumbangan syarikat korporat dan orang ramai.

Ini Eli. Eli terpaksa dipakaikan kaki palse sebab terkena jerat.

Aktiviti Yang Dijalankan Di Pusat Konservasi Gajah KebangsaanPusat ini dibuka setiap hari bermula 10.30 pagi hingga 3.30 petang setiap hari. Mari tengok jadual aktiviti pelawat di bawah:


Tempat Aktiviti:1. Pagar Elektrik (Kawasan Pemerhatian Gajah)     Waktu: 10.30 pagi - 3.30 petang    Di sini kita boleh bagi gajah makan, membelai dan bergambar.

2. Kawasan Anak Gajah    Waktu: 10.30 pagi - 3.30 petang    Di sini kita boleh bagi anak gajah makan, membelai dan bergambar.

3. Tepi Sungai Di kawasan Anak Gajah    Gajah dewasa mandi bersama mahut. Aktiviti bergantung kepada paras air sungai dan cuaca.   Jika        paras air sungai tinggi dan hujan lebat, tiada sebarang aktiviti akan dilaksanakan. dilaksanakan pada     sebelah petang sahaja

    1.15 am hingga 11.30 am (hari kelepasan am & hujung minggu) sahaja    2.15 pm hingga 3.00pm (setiap hari)    2.45pm hingga 3.15pm ( Jumaat sahaja)
4. Pentas    Pertunjukan Berinformasi

Bagaimana ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Kuala Gandah, Pahang?
Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan kepada pelawat yang datang. Jika berminat pelawat boleh membuat sumbangan kepada Tabung Amanah Gajah


Penginapan
Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah
Kuala Gandah, 28500 Lanchang
Pahang Darul Makmur, Malaysia
Tel: 012-322 3934 (Panggilan & Whatsapp) & 017 6298740 (Panggilan)

E-mel: [email protected]
Website: www.wildlife.gov.my

***Bila tahu risiko menangkap gajah ni teringat pula satu video orang ramai menghalau HARIMAU yang muncul di jalan raya. Memasing pakat parkir kenderaan dan keluar mengejar, ada yang bawa kayu. Aku dok fikir, mereka ni ingat halau anjing ke? Sekali rimau tu terkam tengkuk kau baru ada akai


Nota:Jabatan PERHILITAN ingin menjelaskan bahawa maklumat di laman web selain daripada www.wildlife.gov.my seperti www.myelephants.org, http://elephantsanctuarymalaysia.blogspot.com, www.viator.com/kl-elephants dan sebagainya tiada sebarang kaitan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang.
Jabatan PERHILITAN adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala pengurusan gajah di Semenanjung Malaysia dan tidak menerima sebarang kutipan wang daripada orang awam melalui akaun bank pihak ketiga. Sekiranya terdapat sebarang nombor akaun untuk tujuan derma atau tabung bantuan gajah yang diwujudkan, ianya adalah atas usaha mereka sendiri tanpa pembabitan dan pengetahuan Jabatan PERHILITAN.






© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2025/01/pahang-aktiviti-di-pusat-konservasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejarah Rumah Rakit Kuala Lipis Pahang

Sejarah Rumah Rakit Kuala Lipis Pahang

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 138 hits
SEJARAH RUMAH RAKIT KUALA LIPIS PAHANG Tercatat didalam sejarahnya rumah rakit Kuala Lipis bermula seawal tahun 1906 Kuala Lipis dahulunya adalah ibu negeri Pahang Pasti disinilah penempatan awal yang amat strategik iaitu di pertemuan tiga ...
Aktiviti Majlis Pemangkin Ekonomi Dan Silatulrahim Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur Ppim 11 01 2025

Aktiviti Majlis Pemangkin Ekonomi Dan Silatulrahim Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur Ppim 11 01 2025

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 164 hits
11 Januari 2025 Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Pemangkin Ekonomi dan Silatulrahim Persatuan Kebajikan Kucing Merah Kuala Lumpur di Magica Hall Cheras Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya YB Dato Ser...
Persiapan Hadapi Sesi Persekolahan Tahun 2025 Di Pusat Pakaian Hari Hari

Persiapan Hadapi Sesi Persekolahan Tahun 2025 Di Pusat Pakaian Hari Hari

papar berkaitan - pada 14/1/2025 - jumlah : 205 hits
Sessi persekolahan 2024 bakal berakhir Pejam celik setahun berlalu 2024 pula adalah tahun pertama anak anak di sekolah baru Semangat mereka membara Syabas juga kepada anak anak Ummi sebab dapat menyesuaikan diri di sekolah baru sepanjang 20...
Pengembangan Pusat Data Malaysia Dan Keperluan Keselamatan Siber

Pengembangan Pusat Data Malaysia Dan Keperluan Keselamatan Siber

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 242 hits
Sektor pusat data di Malaysia sedang berkembang pesat menjadikan negara ini sebagai peserta utama dalam industri infrastruktur digital global Pelaburan besar besaran oleh syarikat teknologi seperti NVIDIA Amazon Web Services dan Microsoft m...
Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Drive Thru Recycling Centre Pasir Gudang

Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Drive Thru Recycling Centre Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 13/1/2025 - jumlah : 103 hits
Makluman dan hebahan kepada seluruh warga Pasir Gudang Notice to all Pasir Gudang residents Aktiviti jualan barangan terpakai secara Pandu Lalu akan diadakan sebagaimana berikut Tarikh 13 Januari 2025 Masa 9 00 Pagi 12 00 TengahariLokasi Pa...
Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

Dua Doktor Cuai Tinggalkan Pesakit Untuk Keluar Minum Pusat Bersalin Diarah Bayar Rm5 9 Juta

papar berkaitan - pada 10/1/2025 - jumlah : 91 hits
Rahmat KhairulrijalKuala Lumpur Dua doktor dengan gabungan kepakaran lebih 60 tahun dalam bidang perbidanan dan pernah mengendalikan 8 500 kes bersalin didapati bersalah atas kesalahan kecuaian perubatan selepas meninggalkan pesakit yang me...
Suara Anak Muda Amk Pusat Dan Selangor Membuat Laporan Polis Fitnah Ketu

Suara Anak Muda Amk Pusat Dan Selangor Membuat Laporan Polis Fitnah Ketu

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 130 hits
TITAH ADENDUM LAPORAN POLIS TERHADAP PEMIMPIN PEMBANGKANG Fitnah yang dilemparkan oleh Perikatan Nasional bahawa Kerajaan Madani dan PMX menyembunyikan titah adendum adalah satu tuduhan yang tidak berasas Tuduhan seperti ini tidak hanya men...
Pusat Riadah Tanjung Ketapang Serba Lengkap Manfaat Kesihatan Walking

Pusat Riadah Tanjung Ketapang Serba Lengkap Manfaat Kesihatan Walking

papar berkaitan - pada 9/1/2025 - jumlah : 108 hits
Taman rekreasi Tanjung Ketapang terletak di tepi laut di muara sungai Muar Ia adalah lokasi menarik untuk penduduk tempatan melakukan aktiviti riadah pada waktu pagi dan petang Di sini letaknya Pusat Rekreasi Tanjung Ketapang dimana terdapa...
Aktiviti Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa Ppim 28 12 2024

Aktiviti Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa Ppim 28 12 2024

papar berkaitan - pada 30/12/2024 - jumlah : 111 hits
28 Disember 2024 Program Jualan Murah Komuniti Parlimen Setiawangsa di Dataran PPR Kg Baru Air Panas anjuran bersama Ogo Shop Sdn Bhd Veteran 1 Malaysia dan PAWE Setiawangsa Program telah dirasmikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian ...
A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Sotong Goreng Lada Sedap Berapi Mudah Dan Padu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu