Padu Celikkan Rakyat Tentang Transformasi Digital Elak Ketirisan Subdisi






 
Oleh: Helmi Mohd Foad





Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pangkalan Data Utama (PADU) yang dilancarkan hari ini adalah selaras dengan pendekatan transformasi digital negara bagi memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati segala kemudahan kerajaan termasuk subdisi dengan lebih berkesan.





Perdana Menteri berkata melalui sistem berkenaan, sebarang ketirisan dalam proses penyaluran bantuan dan subsidi kerajaan dapat dielakkan.





"Kita bangunkan sistem negara yang lebih canggih, yang mampu bersaing. Perlu tekad baharu dan jangan tolak ansur kerana tanpa PADU terlalu banyak ketirisan, banyak kebocoran dan penipuan





"Kalau tidak, tidak ada sebab masih ada kelompok miskin dalam negara," katanya ketika berucap melancarkan sistem tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini.





Hadir sama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, menteri-menteri Kabinet dan Ketua Setiusaha Negara Tan Sri Sri Mohd Zuki Ali





PADU yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia merupakan pangkalan data sosio ekonomi negara yang bersepadu dengan menggabungkan data dari jabatan dan agensi kerajaan bagi memberikan gambaran seadilnya mengenai kedudukan sosio ekonomi setiap isi rumah rakyat Malaysia.





PADU dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) selain kerjasama pelbagai agensi lain.





Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata menegaskan penyaluran subsidi tanpa pendekatan digital hanya menyebabkan golongan terlalu kaya dan sebanyak 3.5 juta warga asing di negara ini mendapat manfaatnya.





Jelas beliau, dalam banyak kajian yang dilakukan menyatakan subdisi kerajaan tidak sampai sepenuhnya kepada golongan sasar.





"Subsidi diberi kerajaan dikira dengan nilai ringgit sekarang cecah RM80 bilion dan tidak mungkin Malaysia bertahan mengurus kewangan belanjawan negara kalau hal ini tidak dapat diperbaiki," katanya.





Sebagai contoh katanya, amalan negara sebelum ini yang memberikan subsidi kepada semua rakyat hingga membolehkan golongan kaya turut mendapat manfaat meskipun mereka menggunakan elektrik jauh lebih tinggi.





"Hasilnya kalau ikut unjuran dapat jimat RM4 bilion kerana subdisi tidak diberikan kepada golongan maha kaya dan warga asing. Yang masih menerima subsidi 85 peratus rakyat. Tetapi insentif lain diteruskan dan tahun lalu lonjakan pelaburan tinggi," katanya.





Anwar berkata kemampuan membangunkan sistem PADU jelas menujukkan jentera kerajaan mampu melaksanakan perkara baharu tanpa bergantung kepada perunding antarabangsa yang melibatkan kos tinggi.





Sementara itu, Anwar meminta Ketua Setiausaha Negara memantau pelaksanaan sistem PADU agar ia mencapai matlamat iaitu bukan sahaja mahu menjamin bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasaran malah ia melibatkan penyertaan masyarakat.





Beliau mengingatkan seluruh jentera kerajaan agar tidak mengabaikan masyarakat miskin bandar, pedalaman dan desa dalam pelaksanaan PADU.





"Kaedah PADU memaksa setiap warganegara faham mengenai transformasi digital dan guna sistem PADU dan ia menunjukkan ada kecelikan budaya dan digital," katanya





PADU dibuka kepada orang ramai mulai hari ini sehingga 31 Mac ini bagi mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat.





Semua rakyat yang berumur 18 tahun ke atas boleh mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU itu bermulai hari ini hingga 31 Mac ini.

 






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/01/padu-celikkan-rakyat-tentang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Komen Tentang Real Time Data Padu

Komen Tentang Real Time Data Padu

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 174 hits
Saya nak komen bab near real time dalam perenggan nombor 1 dan kenapa ia sesuai untuk jenis DATA PADU Near real time merujuk kepada cara data di proses dan kebiasaannya kepada latency dan kelajuan data di ingest oleh server dan client Real ...
Jokowi Tekan Aturan Percepatan Transformasi Digital Begini Isinya

Jokowi Tekan Aturan Percepatan Transformasi Digital Begini Isinya

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 153 hits
Pertimbangan penerbitan perpres itu untuk mendorong terwujudnya pelayanan publik berkualitas dan terpercaya
Dialog Poket Rakyat Transformasi Tvet Pemerkasaan Dan Pengiktirafan

Dialog Poket Rakyat Transformasi Tvet Pemerkasaan Dan Pengiktirafan

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 164 hits
Ikuti diskusi dan analisis sejauhmana transformasi TVET dapat memperkasa dan memacu ekonomi serta memberi pengiktirafan tinggi dalam trend guna tenaga negara dalam Dialog Poket Rakyat jam 8 30 malam ini SUBSCRIBE now Astro Awani https www y...
Padu Untuk Elak Warga Asing Punya Hak Yang Sama

Padu Untuk Elak Warga Asing Punya Hak Yang Sama

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 237 hits
Sistem Pangkalan Data Utama yang saya luncurkan hari ini adalah selaras dengan pendekatan dan transformasi digital malah kemudahan dan manfaat yang diberikan kerajaan ini bakal dinikmati sepenuhnya oleh golongan berhak Kerana itulah kerajaa...
Padu Ukur Kedudukan Sosioekonomi Rakyat Malaysia Dengan Lebih Tepat

Padu Ukur Kedudukan Sosioekonomi Rakyat Malaysia Dengan Lebih Tepat

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 212 hits
PADU akan dapat membantu Kerajaan untuk menyediakan pengukuran kedudukan sosioekonomi rakyat yang lebih tepat dan mengelakkan keciciran berdasarkan pendapatan boleh guna bersih SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani su...
Hampir Setengah Juta Rakyat Telah Mendaftar Sistem Padu Ini Masalah Yang Anda Kena Tahu Dalam Tempoh 3 Hari

Hampir Setengah Juta Rakyat Telah Mendaftar Sistem Padu Ini Masalah Yang Anda Kena Tahu Dalam Tempoh 3 Hari

papar berkaitan - pada 4/1/2024 - jumlah : 245 hits
KEMASKINI FAQ PADU Data setakat jam 9 pagi 4 Jan 2024 STATUS PENDAFTARAN BERJAYA Bilangan pengguna berdaftar 456 136 Bilangan pengguna yang telah buat e KYC 230 443 61 selesai dengan pengesahan eKYC 1 KEGAGALAN e KYC Proses e KYC boleh dila...
Foto Aksi Mimbar Demokrasi Kian Meluas Mahasiswa Dan Rakyat Jambi Bersatu Melawan Politik Dinasti

Foto Aksi Mimbar Demokrasi Kian Meluas Mahasiswa Dan Rakyat Jambi Bersatu Melawan Politik Dinasti

papar berkaitan - pada 21/12/2023 - jumlah : 147 hits
Aksi Mimbar Demokrasi melawan Politik Dinasti dan Menolak Pelanggaran HAM meluas hingga Jambi
Mudahnya Pn Pas Dorong Rakyat Buat Dosa Besar Qazaf

Mudahnya Pn Pas Dorong Rakyat Buat Dosa Besar Qazaf

papar berkaitan - pada 20/12/2023 - jumlah : 165 hits
HarapanDaily comAHMAD MURSIHanya dengan pengakuan suara seorang lelaki yang tidak dikenali di platform cytro PN Pas hal itu dibesarkan Remuk hati saya bukan kerana rosaknya imej PMX tetapi sedih ramai rakyat biasa terlibat dalam dosa besar ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa