Padi Mrq76 Setanding Beras Wangi Import


Bernama Padi MRQ76 KOTA BHARU – – Padi wangi varieti MRQ76 yang berjaya dalam tanaman ujiannya di Selising, Pasir Puteh membuktikan bahawa padi berkenaan adalah setaraf dengan beras wangi yang diimport dari Thailand dan Vietnam.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Senator Datuk Husam Musa, sehubungan itu mahu lebih ramai pesawah dalam seliaan KADA menyahut seruan kerajaan untuk menanam padi wangi tempatan itu.

“Saya gembira apabila padi ini berjaya dalam ujian tanamannya yang sesuai untuk tanaman di negara kita. Padi ini setaraf kualitinya dengan beras wangi import yang kita makan dan ia sangat sesuai untuk kesihatan terutama pesakit diabetes,” katanya baru-baru ini.

Husam berkata, untuk itu beliau akan berbincang lebih lanjut dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub untuk melihat berapa peratus jelapang KADA yang boleh ditanam padi wangi itu.

“Menteri sendiri gembira apabila melihat keberhasilan padi ini dan telah menyatakan sokongan bagi KADA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Kedah untuk menjadi projek perintis untuk penanaman padi ini,” katanya.

Selain itu, pesawah akan menikmati subsidi kerajaan jika menanam padi wangi itu yang sebelum ini tidak pernah dinikmati oleh pesawah jika mahu menanam padi wangi.

“Ini kali pertama subsidi diberikan kepada penanam padi wangi dan sebab itu petani tidak ada alasan untuk tidak menanamnya,” kata Husam.

Dengan harganya yang tinggi iaitu RM40 bagi setiap paket lima kilogram, ia mampu mengubah hidup para pesawah.

Bagaimanapun, katanya, tidak semua jelapang KADA boleh ditanam padi wangi kerana ia tertakluk kepada kebenaran kementerian.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengusaha Padi Wangi Kelantan, Zailan Awang berkata kejayaan tanaman padi ini setelah dua kali penanamannya gagal berikutan beberapa faktor terutama kemarau baru-baru ini.

“Alhamdulillah selepas kali ketiga ia berjaya dan kini padi wangi ini telah mengeluarkan hasil dan ini setelah petani mendapat kerjasama MARDI dan KADA,” katanya.

Beliau berharap lebih ramai petani merebut peluang untuk menanam padi ini dan mengharapkan kementerian melalui KADA akan dapat menyediakan benih padi ini dengan secukupnya.

Zailan berkata, persatuan itu akan mengadakan pertemuan dengan pesawah lain dan akan menerangkan dengan lebih panjang mengenai kebaikan menanam padi wangi ini.

Sehubungan itu, katanya, beras wangi jenama Che Siti Wan Kembang itu akan berada di pasaran jika ia berjaya mengatasi beberapa masalah berbangkit termasuk membabitkan jumlah pengeluaran dan pasaran. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/06/padi-mrq76-setanding-beras-wangi-import.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wangi Wangi Dengan Penyegar Fabrik Dan Udara D Menc Afy Haniff

Wangi Wangi Dengan Penyegar Fabrik Dan Udara D Menc Afy Haniff

papar berkaitan - pada 27/5/2019 - jumlah : 456 hits
Hi korang Afy Haniff jenama yang tidak asing lagi di pasaran dan semakin mendapat sambutan orang ramai Produk bumiputera yang dipasarkan setanding dengan jenama yang sedia ada SA sendiri sangat sangat berpuas hati dengan produk keluaran Afy...
Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut Tak Keras Dan Wangi Dari S P Santan

Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut Tak Keras Dan Wangi Dari S P Santan

papar berkaitan - pada 11/6/2019 - jumlah : 687 hits
Resepi Bubur Som Som Pandan Yang Lembut Tak Keras Dan Wangi Dari S P Santan Salam semua Salam 7 Syawal masih mood beraya ya atau ada yang dah mula puasa 6 Ada yang baru nak balik kampung jumpa mak ayah sebab 1st Syawal tak dapat cuti raya k...
Apa Beza Parfum Eau De Perfume Dan Eau De Toilette Untuk Minyak Wangi

Apa Beza Parfum Eau De Perfume Dan Eau De Toilette Untuk Minyak Wangi

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 464 hits
Sering kita lihat banyak minyak wangi di pasaran dan kita juga terkadang kala keliru dengan istilah yang dicetak pada botol dalam minyak wangi ini Ada istilah eau de perfume atau eau de toilette Untuk itu kami ingin kongsikan sedikit sebany...
7 Tips Menggunakan Minyak Wangi

7 Tips Menggunakan Minyak Wangi

papar berkaitan - pada 14/6/2019 - jumlah : 348 hits
Ini merupakan tips mencari dan menggunakan minyak wangi yang seuai secara betul 1 Semburkan minyak wangi
Sabah Mencari Pemain Import Baharu

Sabah Mencari Pemain Import Baharu

papar berkaitan - pada 13/6/2019 - jumlah : 254 hits
Sabah mencari pemain import baharuTambadau Sabah akan memanfaatkan jendela perpindahan pemain yang mula dibuka 2 Mei untuk mendapatkan pemain import baharu Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah Datuk Peter Anthony mengesahkan perkara...
Pemain Import Baru Tfc Tunggu Pengumuman Rasmi Esok

Pemain Import Baru Tfc Tunggu Pengumuman Rasmi Esok

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 269 hits
KUALA LUMPUR Sehari sebelum jendela kedua perpindahan pemain Liga Malaysia melabuhkan tirainya esok Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu bakal mengikat dua pemain import baharu bagi memantapkan Terengganu FC Bagaimanapun menurut sumber PB...
Terengganu Fc Hanya Tukar Pemain Import Pertahanan Saat Akhir

Terengganu Fc Hanya Tukar Pemain Import Pertahanan Saat Akhir

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 303 hits
Terengganu FC membuat pertukaran pemain import pada hari terakhir jendela perpindahan yang menyaksikan kehadiran pertahanan Brazil Luis Gustavo Camilo Pemain berusia 27 tahun itu disahkan akan menyarung jersi hitam putih TFC menggantikan pe...
Analisis Pahang Pilih Salin Penyerang Import Kuburkan Impian Penyerang Tempatan

Analisis Pahang Pilih Salin Penyerang Import Kuburkan Impian Penyerang Tempatan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 304 hits
Untuk saingan Liga Malaysia musim 2019 Pahang telah beraksi sebanyak 18 perlawanan termasuk aksi Shopee Piala FA yang menyaksikan mereka telah melangkah ke separuh akhir Disebalik kejayaan menjadi 4 pasukan terbaik di Piala FA musim ini Pah...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Persediaan Persekolahan

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Bisnes Yang Macam Mana Lagi Nak Dicari


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Tutorial Popular Post Yang Stylo

Teka Teki Benda Uk

Bebas Lampin Pakai Buang Di Usia 5 Tahun

Google Family Link Brings New Supervision Tools For Parents

Persatuan Ibu Tunggal Amanah Ikhtiar Koperasi

Walking The Silk Road Malaysia Kazakhstan Ties And The Path To Muslim Unity