Padankan Muka Amerika


 
AGAKNYA, manalah Beyonce hendak letakkan muka selepas calon Parti Demokrat, Kamala Harris ditewas dan diaibkan dengan cara sebegini teruk. Padankan muka Beyonce. Pada 26 Okt 2024 lalu, tatkala berkempen untuk Hariss, Beyonce penyanyi bertaraf Grammy itu khabarnya memberitahu warga Amerika Syarikat (AS) yang dia menyokong naib presiden AS tersebut sebagai presiden, kerana dia melihat dirinya sebagai seorang ibu. Donald Trump menurutnya tidak layak.
Apa yang Beyonce terlupakan adalah adanya ibu-ibu di Gaza dan Lubnan yang menyumpah seranah Harris kerana dia ikut bersekongkol dengan Joe Biden, dan Benjamin Netanyahu. Entah berapa ramai ibu Palestin yang kehilangan anak-anak mereka tidak diperhitungkan oleh Beyonce.
Agaknya, manalah bekas presiden Bill Clinton hendak letakkan muka setelah Harris dimalu dan ditelanjangkan dengan cara sebegitu. Padankan muka Clinton. Pada 31 Okt yang lalu, Clinton tanpa segan silu memberitahu pengundi Muslim di Michigan, kononnya Israel terpaksa membunuh orang awam di Gaza kerana Palestin itu memang asalnya milik Yahudi, dan bukan kepunyaan orang Islam pun.
Yahudi katanya, agama lebih kuno berbanding Islam. Padahal Michigan adalah negeri di Amerika yang menampung ramai populasi Arab dan orang Islam, dan memang menjadi keperluan untuk parti Demokrat memenanginya. Clinton menegaskan, Israel tidak ada pilihan lain dan terpaksa melakukan apa yang dilakukannya. Tentu sahaja alasan ’genosid terpaksa’ itu tidak akan dapat diterima oleh pengundi beragama Islam.
Agaknya, manalah Harris hendak letakkan muka setelah ditolak rakyat AS dengan cara sebegini jahanam. Padankan muka Harris. Mana tidaknya, pada 8 Ogos lalu ketika berkempen di Detroit, Michigan, dia disorak sorai sekumpulan penunjuk perasaan antigenosid di Gaza yang meneriakkan: ‘Kamala, Kamala, kau tidak boleh bersembunyi, kami tidak akan mengundi genosida’ (Kamala, Kamala you can’t hide, we won’t vote for genocide). Harris dengan sombong membalas: ‘Jika kamu mahu Donald Trump menang, maka terus mengatakan begitu. Jika tidak, aku yang akan bercakap’ (if you want Donald Trump to win, then say that. Otherwise, I’m speaking). Memang padankan muka Kamala.
Sebagai naib presiden dalam pentadbiran Biden, Hariss sebenarnya boleh bertegas dan membuktikan dirinya punya hati nurani. Akan tetapi beliau tunduk kepada kuasa dan lobi zionis.
Dan penyerahan jiwa raga itu tentu nampaknya tidak berbaloi. Trump menang. Memang Trump dan Biden adalah serupa, mereka kedua-duanya sudah dibeli dan merupakan hamba kepada Tel Aviv. Akan tetapi, untuk seketika, kekalahan Hariss itu merupakan satu petunjuk baharu mengenai penaklukan zionis ke atas Amerika.
Untuk itu ramai yang membuka mata, bahawa pakatan atau persaingan Trump-Hariss itu sebenarnya bodoh. Kerana tidak ada negara lain di dunia ini yang calon pilihan rayanya berlumba-lumba ingin membuktikan siapa lebih akrab dengan Israel, penjenayah perang.
Sebenarnya, kita memang boleh padankan muka AS. Meskipun Trump kembali ke Rumah Putih, keadaannya tidaklah sama seperti dahulu. Lanskap politik antarabangsa telah berubah sama sekali.
Kali ini Trump tidak lagi boleh meneruskan retorika ‘America First’ sebagai polisi. Dunia tidak lagi mendengar kata AS. Taktik lapuk menekan pesaing dan meminggirkan negeri lain yang boleh dibuli dengan harapan mereka akan tunduk, tidak lagi berkesan.
China misalnya sudah tidak dapat diketepikan atau dihentak. China kini mendanai tenaga baharu, ke hadapan dalam inovasi serba-serbi dan telah berkawan dengan siapa sahaja di seluruh dunia.
China amat maju dalam kecerdasan buatan. Ekonomi China luar biasa teguh. Trump mungkin akan membelai Taiwan sedikit lebih, dan itu akan membuatkan darah China mendidih. Pun, Trump tidak akan boleh menuai bisnes dari konflik seperti yang berlaku di Gaza.
Hubungan China semakin utuh dengan Rusia. China adalah harapan banyak negara, dan telah pun menjadi kuasa dunia yang unggul. Trump tidak akan dapat menekan China tanpa balasan sengit.
Jika Trump mahu meneruskan sikap pongahnya dengan Iran, dunia tidak lagi seperti empat tahun dahulu. Iran hari ini lebih kuat. Ia boleh menembak roket dan peluru yang akan menjunam di Tel Aviv dan Haifa.
Kawan Iran lebih ramai. Sekatan ekonomi tidak berjaya untuk mengekang negara tersebut. Iran kini duduk sebaris dengan China dan Rusia, dan telah membuktikan kepada jiran-jirannya negara Teluk dan Arab yang kekuatan ketenteraannya jauh lebih maju dan berdaya saing berbanding Amerika dan Britain itu sendiri.
Jika Trump ingin membawa negara lain bergasak, dia akan meletakkan AS dalam isolasi dan pemencilan hebat. Negara itu akan kalah dalam perlawanan paling fitrah ini. Perubahan politik dunia telah dicorakkan oleh genosida di Gaza, dan Lubnan. Umat dunia kini lebih ramai menyedari siapa penggila dan penyangak internasional.
Sebarang hipokrasi dan penerusan sikap angkuh zionis akan dikatuk dengan kuat sekali. Trump hidup dalam zaman ini. Dan Trump sebetulnya tidak mampu untuk menentang perjalanan dan pergerakan kuasa bawahan ini. Jika dia meneruskan perangai lamanya, dia akan mendepani gejala antarabangsa yang tidak memihak sepicing pun.
Selamat kita katakan yang AS akan terus terpencil dan ditertawakan masyarakat dunia kerana kekal memilih untuk menjadi negeri jajahan zionis Israel. Oleh sebab itu keputusan pilihan raya presiden itu akan menelanjangkan AS ke kulit-kulitnya. Dunia telah mengetahui perangai AS, dan ramai yang enggan mendengar alasan bodoh untuk melindungi jenayah zionis ini.
Lebih kasihan, AS kini dipimpin oleh seorang presiden yang sedang mempunyai kes di mahkamah atas pelbagai dakwaan. Ini bermakna, struktur bernegara AS, piagam manusiawi, dan institusi republik itu yang kononnya terpaling demokratik sedang dinilai rapuh teguhnya.
Memang padankan AS, Trump barangkali dilihat sebagai hero terbilang oleh majoriti penyokong Republikan. Keberaniannya itu konon akan diperikan beberapa generasi mendatang. Namun realitinya, dunia kini melihat negara itu tidak bermaya lemah. China sudah pun masuk ke tahap menjadi naga.
Iran kini pula kuasa nuklear. Jika Trump tidak kompeten (dia memang tidak cekap), pesaing dan musuh Amerika akan mara. Dalam masa yang sama dunia juga telah melihat Amerika sebagai pesalah yang duduk di bawah kelangkang zionis. Kita tidak tahu apakah warga Amerika sedar betapa mereka sedang dipermain oleh Israel.
Pokoknya memanglah padan dengan muka Amerika, duduk dalam tempurung dan bebal. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/11/padankan-muka-amerika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buat Razman Padan Muka Hang Kali Ni Kena Saman Nak Ambik Duit Mana Aku Dengar Kor Ming Nak Saman Hang 10 Juta

Buat Razman Padan Muka Hang Kali Ni Kena Saman Nak Ambik Duit Mana Aku Dengar Kor Ming Nak Saman Hang 10 Juta

papar berkaitan - pada 28/10/2024 - jumlah : 171 hits
W FAUZDIN padan muka PAS tgh gelabah sebab Razman dah kantoi teruk 1 Dia dapat info orang DAP kibar bendera China Kantoi warga China yg buat 2 Dia dapat info Nga Kor Ming rasmi event tu Kantoi Menteri ada kat KL 3 Dia acah kenapa takde tind...
6 Syarikat Dari Malaysia Ini Diharamkan Amerika Gara Gara Bekal 2 Benda Ini Kepada Rusia

6 Syarikat Dari Malaysia Ini Diharamkan Amerika Gara Gara Bekal 2 Benda Ini Kepada Rusia

papar berkaitan - pada 5/11/2024 - jumlah : 82 hits
Amerika Syarikat tetap tegas dengan sokongan antarabangsa terhadap industri ketenteraan Rusia Menyebabkan enam syarikat Malaysia dikenakan sekatan oleh Jabatan Negara AS Menurut kenyataan dan laporan Malay Mail syarikat syarikat ini didakwa...
Don Dukun Raih Rm2 1 Juta Dalam Tiga Hari Laku Keras Betul Muka Zul Ariffin

Don Dukun Raih Rm2 1 Juta Dalam Tiga Hari Laku Keras Betul Muka Zul Ariffin

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 112 hits
Watak Zul Ariffin dalam filem seram komedi Don Dukun berjaya menambat hati penonton sehinggakan kutipan untuk tempoh tiga hari tayangan sudah pun mencecah RM2 1 juta Walaupun baru sahaja ditayangkan di pawagam pengarah filem berkenaan Waan ...
Mencuba Pelembab Muka Safi Hydra Glow

Mencuba Pelembab Muka Safi Hydra Glow

papar berkaitan - pada 6/11/2024 - jumlah : 144 hits
Hi Sejak kebelakangan ini saya perhatikan keperluan untuk menggunakan pelembab yang bukan hanya dapat melembapkan kulit tetapi juga memberi manfaat tambahan seperti menenangkan kulit dan menjadikan kulit lebih cerah Oleh kerana saya memilik...
Hidup Bersama Covid 19 Pemakaian Pelitup Muka

Hidup Bersama Covid 19 Pemakaian Pelitup Muka

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 239 hits
TAHUN 2022Keranamu COVID 19 kau buat aku menangis dan tertekan di Sungguh kelam kabut jadinya tapi aku sangat berterima kasih kepada guru kelas dak Kakak yang berusaha memastikan semua pelajar yang terkesan dapat mengambil peperiksaan tanpa...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids