Hidup Bersama Covid 19 Pemakaian Pelitup Muka
TAHUN 2022Keranamu COVID-19, kau buat aku menangis dan tertekan di SINI.. Sungguh kelam-kabut jadinya tapi aku sangat berterima kasih kepada guru kelas dak Kakak yang berusaha memastikan semua pelajar yang terkesan dapat mengambil peperiksaan tanpa ada yang keciciran
Kini.. TAHUN 2024 Cuba untuk sampaikan mesej yang masa sekarang berlalu terlalu pantas
'Kenapa kau pakai mask, kau tak sihat ke?''Sebab aku dah terbiasa, rasa pelik kalau tak pakai mask'.'Tapi.. covid kan dah lima tahun berlalu'.
Sehingga kini, selain dari berjumpa doktor, aku masih mengamalkan pemakaian pelitup muka di tempat kerja. Mana yang jarang berjumpa atau ternampak aku pasti soalan 'tak sihat ke?' menjadi pembuka bicara.
Sebenarnya, pemakaian pelitup muka di tempat kerja ni kerana nak mengurangkan dari terhidu bau yang kurang sedap. Sebagai contoh: bau rokok, bau mulut 🤣😆 .. Aku..? Biarlah orang nak kata apa, janji aku selesa dan kerja hakiki aku berjalan tanpa sebarang masalah
===============================================
Berkuatkuasa pada 15 Julai 2024 yang lepas..
Malaysia sekarang berada dalam situasi yang lebih baik dan bersedia untuk peralihan fasa hidup bersama COVID-19. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengemaskini keperluan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian ('Hone Surveillance Order' - HSO) serta keperluan pemakaian pelitup muka.
di SINI.
HIDUP BERSAMA COVID-19
PENGURUSAN KES POSITIF COVID-19Tiada lagi Home Surveillance Order (HSO) diberikan. Individu yang positif COVID-19 akan dirawat sama seperti jangkitan saluran pernafasan yang lain.Elakkan interaksi rapat dengan orang lain.Sentiasa mengamalkan langkah-langkah kawalan dan pencegahan kesihatan awam.Segera ke fasiliti yang terdekat untuk mendapatkan rawatan lanjut sekiranya gejala bertambah teruk.
di SINI.
PEMAKAIAN PELITUP MUKA:Individu disahkan positif COVID-19 dan perlu meminimumkan interaksi sosial serta mengelakkan tempat sesak.Individu yang bergejala seperti batuk dan selesema, terutama ketika berada di fasiliti kesihatan atau tempat yang sesak dengan pengudaraan yang kurang baik.Petuga kesihatan ketika berada di fasiliti kesihatan, terutama semasa menguruskan pesakit selaras dengan amalan kawalan dan pencegahan jangkitan.
Pemakaian Pelitup Muka amatlah digalakkan - membantu mengurangkan risiko penularan COVID-19
Kisah benar.
Ada seorang ketua ni, bagi nasihat pada orang 'Kalau tak sihat pakai mask, takut nanti berjangkit' tapi bila dia sendiri yang tidak sihat, takde pula nak pakai pelitup muka. Pandai nasihat orang tapi diri sendiri tak buat.
#RemajaPurba: Prevention is better than cure..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://aizamia3.blogspot.com/2024/11/hidup-bersama-covid-19-pemakaian.html