Pada Saat Doa Tidak Dikabulkan


BAGI umat Islam doa merupakan senjata, sumber kekuatan dan harapan untuk mengapai impian, kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan di samping itu, doa juga sebagai penyelesai bagi setiap persoalan dan jawapan di dalam kehidupan.
Di antara pengakuan kita sebagai manusia yang setiap hari kita lafazkan adalah seperti:

  إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ  
“Hanya Engkaulah yang kami sembah (Kami beribadah), dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.”
(al-Fatihah: 5)
Para ulamak menjelaskan bahawa ibadah seorang hamba tidak akan pernah sampai mencapai puncaknya kecuali tatkala dia meminta pertolongan kepada Allah S.W.T. 
Seperti dalam Hadis Nabi S.A.W:

“Dari Anas bin Malik, beliau berkata bahawa Nabi S.A.W bersabda, “Ya Allah, tidak ada yang mudah di dalam kehidupan ini, kecuali yang Engkau menjadikannya mudah. Dan sesuatu yang Engkau jadikan susah (sulit), kalau Allah berkehendak pasti akan menjadi mudah”.”
(Hadis ini dikeluarkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya 3/255)
Allah S.W.T menyuruh hamba-Nya memperbanyak berdoa. Persoalannya sekarang adakah kita ini berdoa atau tidak? Berapa banyak kita telah berdoa kepada Allah S.W.T dalam di setiap hari di dalam kehidupan kita?
Kita juga diperintahkan oleh Allah S.W.T supaya sentiasa berdoa kepada-Nya, kerana doa adalah merupakan amalan yang sangat mulia di sisi-Nya dan doa merupakan ibadah.

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 
“Daripada Abu Hurairah R.A daripada Nabi S.A.W bersabda, “Tidak ada satu amalan yang paling mulia di sisi Allah S.W.T selain doa.””
(Riwayat Tirmizi)
Ramai di kalangan kita yang sedang belajar, bekerja dan berusaha di dalam apa jua bidang dalam kehidupan kita, tetapi terlalu sedikit kita berdoa agar menjadikan setiap usaha kita itu disandar kepada Allah S.W.T. Kenapa terjadi begitu? Kerana di dalam benaknya, hanya memikirkan apa yang ingin diusahakannya atau apa yang harus dilakukannya untuk berjaya. Padahal hakikatnya tidak begitu. Kita disuruh berusaha dan juga disuruh berdoa, agar melancarkan atau mempermudah pekerjaan atau usaha kita, sebab semuanya adalah di bawah takdir atau ketentuan Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan…””
(al-Mukmin: 60)
Di sekeliling kita kekadang dapat dilihat, ramainya yang telah menghabiskan separuh usianya bekerja tetapi masih tidak berubah, yang sepatutnya sudah menjadi orang yang kaya raya tetapi ada juga yang sebaliknya, kerja sedikit tetapi hidupnya berubah. Apakah perubahan di dalam hidupnya kerana usaha dia atau kerana campur tangan Allah S.W.T?
Sejarah telah membuktikan bagaimana Rasulullah S.A.W berjuang ketika Perang Badar (313 lawan 1,000). Kalau dinilai mengikut akal, tidak mungkin menang. Rasulullah S.A.W ketika itu berdoa memohon kepada Allah S.W.T yang membuat Abu Bakar kehairanan melihat bersungguh-sungguhnya Nabi S.A.W berdoa. Menghabiskan malamnya (17 Ramadhan) dengan berdoa sampai ke pagi.
Ketika Nabi S.A.W mengangkat tangan berdoa, sehingga selendang di bahunya terjatuh, diangkat semula oleh Abu Bakar, jatuh lagi dan diletak semula di bahu Rasulullah S.A.W, jatuh lagi sehingga Abu Bakar berkata kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, Allah S.W.T akan kabulkan apa yang engkau minta.” Allah pasti akan menepati janji-Nya. 
Rasulullah S.A.W di dalam doanya mengatakan:
“Ya Allah penuhilah janji-Mu kepada aku. Ya Allah kalau Sahabat-sahabat aku ini terbunuh hari ini, Engkau tidak akan lagi disembah di muka bumi ini.” 
Bersungguh-sungguh dan penuh yakinnya Baginda berdoa yang Allah S.W.T akan mengkabulkan doanya. Dan akhirnya di saat perang sedang berkecamuk di Badar, Allah S.W.T menurunkan 1,000 malaikat dari langit untuk membantu tentera Islam dan memberikan kemenangan bagi kaum Muslimin. Allah mengingatkan lagi yang bermaksud: 

“…Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku…” 
(al Baqarah: 186)
Subhanallah, tetapi kadangkala kita memang kurang berdoa sebab kita lebih percaya kepada usaha kita dari bergantung kepada Allah S.W.T. Astaghfirullah.
Selama 13 tahun Nabi Muhammad S.A.W di Kota Makkah mendidik para Sahabat mengenai aqidah dan keyakinan yang benar kepada Allah S.W.T. Sedang di masa itu arak masih halal diminum di Makkah, menutup aurat masih belum diwajibkan, puasa belum diperintahkan dan kewajipan solat hanya diwajibkan masuk tahun ke-11 kenabian. 
Sejarah telah membuktikan, di mana para Sahabat Nabi S.A.W telah diseksa dengan dahsyatnya tetapi mereka sabar dan tahan diseksa tanpa berpaling dan menjual agama. Apakah mungkin kita mampu tabah seperti mereka?
Bilal bin Rabah telah dibeli oleh Abu Bakar as-Siddiq didalam keadaan dia sedang dijemur di panas terik matahari di padang pasir dengan lehernya diikat dan dadanya di tindih dengan batu yang besar. Bilal diseksa oleh Umayyah bin Khalaf setiap hari agar meninggalkan Islam namun hanya dijawab oleh Bilal dengan kata ‘Ahad ahad ahad (Allah yang Maha Esa)’. Tidak boleh dibayangkan bagaimana peritnya seksaan yang diterima Bilal bin Rabah tetapi keyakinan yang kuat kepada Allah S.W.T membuatkan dia jadi tenang dan tabah. Bilal tidak mengeluh dan menyesal bahkan bersangka baik dengan Allah S.W.T.
Satu hari Saidina Umar al-Kattab bertanya kepada Khabbab bin Arats yang pernah dipanggang di salaian dari besi agar dia keluar dari Islam, “Ya Khabab, ceritakan kepada kami bagaimana seksaan yang engkau telah terima dahulu?” Umar sebenarnya sudah tahu tetapi dia ingin menceritakan bagaimana perjuangan para Sahabat mempertahankan aqidah dan agama mereka kepada orang-orang yang baru masuk Islam itu. Mereka masuk Islam tetapi tidak merasakan pahitnya penyeksaan dan perjuangan menegakkan agama Allah. Tetapi Khabab tidak menceritakannya. Dia cuma membuka bajunya dan dia tunjukkan belakangnya. Lalu umar pun mengatakan “Aku tidak pernah melihat belakang seperti ini”. Khabab telah dipanggang di salaian dari besi di atas bara api sampai akhirnya bara api itu padam disebabkan air yang keluar dari dagingnya. 
Kenapa mereka diseksa? Sedangkan mereka hanya mengatakan “La ilaha illallah” mereka tidak mencuri, mereka tidak membunuh, mereka tidak berzina tetapi mereka hanya mempertahankan aqidah “La ilaha illallah” Inilah keyakinan yang kita sebagai umat Islam yang beriman mesti memilikinya. Kita mesti mempertahankan iman atau aqidah kita di saat hebatnya godaan yang ada di sosial media, langit terbuka sekarang ini.
Maka apabila berbicara mengenai doa, satu ketika dahulu para Sahabat yang telah menderita diseksa seperti Khabbab bin Arats, Ammar bin Yassir mendatangi Nabi S.A.W, kerana mereka tahu tiada jalan kecuali memohon pertolongan kepada Allah S.W.T. Mereka berkata, “Ya Rasulullah, apakah engkau tidak berdoa memohon kepada Allah buat kami?” mereka sudah merasa tidak kuat. Lalu Nabi S.A.W (Yang berada di bawah naungan Kaabah) menjawab:
”Dahulu sebelum kalian, ada seorang lelaki yang diseksa, tubuhnya ditanam di dalam tanah kecuali kepalanya, kemudian digergaji di kepalanya sehingga terbelah dua, tetapi seksaan itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Ada pula yang diseksa tubuhnya dengan sikat dari besi, sehingga daging mereka terpisah dari tulangnya, dan seksaan itu tidak membuat mereka berpaling dari agamanya. Allah S.W.T akan menyempurnakan agama ini, sampai nanti ada seorang yang berjalan dari Shana’a ke Hadlramaut , mereka tidak takut kecuali kepada Allah dan mungkin pada serigala yang akan memakan kambing-kambingnya. Tapi kalian adalah kaum yang tergesa-gesa.” 
Khabbab dan Sahabat-sahabatnya mendengar cerita Nabi itu dan semakin bertambah iman dan keteguhan hati mereka dan mereka berjanji akan membuktikan kepada Allah dan Rasulullah ketabahan, kesabaran dan pengorbanan mereka.
Inilah aqidah yang tersimpul kuat yang ditanamkan oleh Nabi S.A.W di hati para Sahabat beliau. Kekentalan iman inilah yang telah membakar semangat para Sahabat tatkala mereka berhijrah meninggalkan Makkah. Mereka tinggalkan Makkah tanah kelahiran mereka. Bayangkan Abd Rahman bin Auf, seorang yang sukses lagi kaya raya, meninggalkan semua kekayaan dan keluarga yang dicintainya demi Allah S.W.T. Yang penting baginya, dia ada Allah bersamanya. Abd Rahman telah dipersaudarakan oleh Nabi S.A.W dengan Saat bin Rabi’ dan Rasulullah S.A.W juga telah mempersaudarakan semua Sahabat yang hijrah kepada keluarga angkat di kalangan orang-orang Ansor.
Ketika dibawa Abd Rahman bin Auf kerumah Saat bin Rabi’, saat mengatakan, “Engkau saudaraku, aku orang yang paling kaya di Kota Madinah. Maka separuh hartaku buat engkau, dan aku mempunyai dua orang isteri, engkau lihat sendiri, mana yang lebih engkau sukai, aku akan ceraikan. Tunggu masa edahnya dan selepas itu berkahwin dengan dia.” Namun Abd Rahman apabila mendengar sahaja akan tawaran itu, lalu dia berkata, “Semoga Allah memberkatimu dan keluargamu, cuma tunjukkan ana di mana ada pasar. Ana mahu bekerja,” Subhanallah. Begitu juga yang berlaku kepada Saidina Umar bin al Kattab, tokoh yang disegani di Kota Makkah, sampai di Madinah dia hanya menjadi pengembala kambing sahaja. Mereka semuanya bekerja dan bukan mengharapkan belas kasihan orang. Inilah bukti, mereka mempunyai keimanan yang kukuh. 
Setelah melihat beberapa keajaiban dan kehebatan impak doa di dalam kehidupan insan, jadi cuba lihat pula ke dalam diri kita. Berapa kerap sudah kita berdoa memohon kepada Allah S.W.T agar Allah S.W.T memperbaiki kehidupan kita dan mempermudahkan urusan kita.
Mungkin ada sebahagian daripada kita ada mengatakan, “Ana sudah berdoa berulang-ulang kali tetapi masih tidak dikabulkan.” 
Cuba lihat kenapa doa tidak dikabulkan. Sedangkan Allah S.W.T tidak mungkir kepada janji-NYa. Jadi kalau ada yang rasa “Ana ini sudah bertahun-tahun hidup tapi masih tidak berubah, ana sudah bekerja, ana sudah berdoa, ana sudah meminta-minta kepada Allah S.W.T bahkan ana sudah berdoa di waktu yang mustajab berdoa.” 
Di antara waktu yang mustajab berdoa:
Di ketika antara azan dan iqamat.Sepertiga akhir malam.Petang hari Jumaat, selepas Asar dan sebelum matahari terbenam, seperti kata Nabi S.A.W, “Ada waktu di hari Jumaat tidaklah seorang hamba memohon kepada Allah S.W.T melainkan Allah kabulkan doanya.”Ketika hujan turun.Dan lain-lain waktu yang digalakkan.Jadi masalahnya di mana? Cuba lihat penjelasan di bawah. Semoga selepas ini, kita akan lebih mengetahui dan memahami kenapa selama ini doa kita selah-olah tidak dikabulkan Allah S.W.T.
Sebab-sebab doa itu tidak di kabulkan
(1) Diri, dosa dan apa-apa yang haram
Di antara penyebab tidak dikabulkan doa kerana diri kita yang dipenuhi oleh dosa. Manusia memang pendosa dan tidak pernah luput dari melakukan kesilapan tetapi Allah S.W.T sentiasa membuka pintu kemaafan-Nya. Manusia mudah lupa, lalai dan sering bertangguh untuk bertaubat dan memburu kemaafan Allah S.W.T dan manusia.
Akan datang satu zaman (akhir zaman), manusia tidak mempedulikan mengenai yang halal dan haram sama ada berupa makanan atau minuman, harta yang diperolehi, kelakuan, perbuatan dan percakapan, yang penting aku mesti bekerja!.
Hal ini di nyatakan oleh Nabi S.A.W:

“Daripada Abu Hurairah R.A dalam sabdanya, “Pasti akan datang suatu zaman di mana manusia tidak lagi mempedulikan dari mana hartanya diperolehi. Apakah dari jalan yang halal atau haram?”
(Hadith riwayat al Bukhari no 2083)
Pada hal Allah S.W.T tidak akan mengabulkan doa dari orang yang dagingnya tumbuh dari yang haram, seperti sabda Nabi S.A.W di bawah. Maka cuba perhatikan dan fahami:

“Dari Abu Hurairah R.A, dia berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya Allah Maha Baik dan tidak menerima kecuali yang baik. Dan sesungguhnya Allah S.W.T telah memerintahkan kepada kaum Mukminin dengan sesuatu yang Allah perintahkan pula kepada para Rasul, makanlah dari makanan yang baik-baik dan kerjakanlah amal soleh.” Dan Allah S.W.T berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah kalian dari rezeki yang baik-baik yang telah Kami berikan kepada kalian.” Kemudian beliau S.A.W menyebutkan seseorang yang melakukan perjalanan panjang dalam keadaan dirinya kusut dan kotor, dia menadahkan kedua tangannya ke langit seraya berdoa: “Wahai Rabb-ku, Wahai Rabb-ku,” namun makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, lalu bagaimana mungkin doanya akan dikabulkan”.”
(Hadis Riwayat Muslim)
(2) Tidak yakin ketika berdoa
Ramai di kalangan kita, doanya itu hanya sekadar mencuba-cuba berdoa dan sebagai rutin harian berdoa selepas solat tanpa lahir dari perasaan yakin yang Allah akan mengabulkan doanya.
Nabi menyatakan dalam sabdanya:

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin akan dikabulkan (optimis), dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengabulkan doa dari hati yang lalai.”
(Hadis Riwayat At Tirmizi dari Abu Hurairah)
Jelas dari Hadis di atas, bahawa Allah S.W.T tidak mengabulkan doa dari hati yang tidak serius dalam berdoa. Kita kena yakin atau optimis, bersungguh-sungguh dan husnuzon (bersangka baik) dalam berdoa kepada Allah. Tetapi kita sering mengiringi doa dengan mengeluh dan rasa lemah di hati, seolah-olah doa yang sudah berkali-kali dan bertahun-tahun kita berdoa itu, serupa sahaja seperti yang sebelumnya, tidak dikabulkan Allah S.W.T. Astaghfirullah.
Cuba ingat kisah Nabi Zakaria. Dari usia mudanya lagi teringin untuk mempunyai anak. Nabi Zakaria terus berdoa dari umur 30 tahun, 40 tahun, 60 tahun, 80 tahun dan akhirnya dikatakan sehingga ke usia Baginda 100 tahun lebih, baru Allah S.W.T mengabulkan beliau. Kisah ini dirakam Allah di dalam surah Maryam ayat 4 hingga 6:

“Ia berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada Engkau, ya Tuhanku.
“Dan sesungguhnya aku khawatir terhadap penerusku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera,
“Yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya’qub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai.”
Bagaimana dengan diri kita, adakah kita akan terus bersabar berdoa? Kita sebagai manusia biasa, selalu akan bayangkan kalau sudah selama itu berdoa, mungkin di hati kita sudah hinggap rasa putus asa, sesuatu yang tidak mungkin akan terjadi. Sebab kita sering menggunakan akal kita dan lupa dengan kekuasaan dan janji Allah S.W.T. Lihat dari ayat di atas akhirnya Nabi Zakaria dikurniakan seorang anak lelaki yang soleh dan bijaksana bernama Yahya selepas puluhan tahun berdoa. Menurut ulamak, Allah pasti akan berikan atau makbulkan doa melalui satu di antara tiga hal ini iaitu:
Allah akan berikan apa yang kita minta. Kalau kita minta anak, diberikan anak. Allah tahu, sekiranya diberi anak akan membahayakannya, maka ditahan pemberian anak tetapi Allah lindungi dia dari musibah yang lebih besar atau yang setara dengan doanya. Allah hendak beri yang terbaik dari semua doa-doanya itu iaitu pahala (kebaikan) di akhirat.
“Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Tidaklah seseorang berdoa kepada Allah S.W.T dengan doa kecuali Allah akan memberikan kepadanya sama ada dengan dikabulkan segera di dunia lagi. Atau disimpankan untuknya kebaikan di akhirat atau ditutupkan (Kifarat) dosanya setakat doanya selama dia tidak doakan unsur-unsur dosa, memutuskan silaturahim atau mohon disegerakan.” Maka Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah bagaimana doa minta segera itu?” Baginda berkata: “Seseorang itu berdoa, Ya Tuhanku, maka perkenankanlah segera doaku.”
(Sunan At Tirmizi)
Jadi ketika Rasulullah S.A.W menyampaikan hal ini, apa reaksi para Sahabat? Para Sahabat mengatakan, “Kalau begitu, kita kena banyak berdoa, kerana ternyata tiada rugi di dalam berdoa.” Insya-Allah pasti Allah S.W.T akan memberikan kepada hamba-Nya limpahan rezeki dan kebaikan yang banyak mengikut apa yang diperlukannya bukan apa yang diinginkannya.
Lihat peringatan Allah untuk hamba-Nya yang bersyukur (berdoa) yang bermaksud:

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.”
(Ibrahim: 7)
Inilah yang selalu hilang di dalam diri kita iaitu keyakinan dengan kekuatan doa dan kasih sayang Allah S.W.T yang menyebabkan kita kurang berdoa. Cuba lihat para Nabi tidak berhenti dari berdoa. Nabi Ibrahim juga berdoa kerana sudah lama berkahwin tetapi belum direzekikan anak. Apakah Nabi Ibrahim berputus asa dan tidak yakin dengan kekuatan doa? Tidak.
Beliau terus berdoa walaupun beliau sudah tua dan isterinya pula mandul. Sampai akhirnya dikurniakan putera bernama Ismail bersama isterinya Hajar dan Ishak bersama isterinya Siti Sarah di usia tuanya. Itulah ujian keatas Nabi Ibrahim.
Sebelum itu, Siti Sarah telah menghadiahkan seorang hamba sahaya bernama Hajar (seorang hamba yang telah dihadiahi oleh Raja Mesir) kepada Nabi Ibrahim untuk dinikahinya. Akhirnya, setelah puluhan tahun menunggu anak, Allah S.W.T mengurniakan anak kepada Nabi Ibrahim melalui Hajar tetapi Baginda diarahkan untuk membawa anaknya itu ke Makkah dan ditinggalkan di sana tanpa ada apa-apa kemudahan di persekitarannya, cuma padang pasir kosong. 
Nabi Ismail ditinggalkan bersama ibunya Hajar dengan sebekas kurma dan sebekas air sahaja. Bagaimana perasaan isteri seorang Nabi berhadapan dengan semuanya ini? 
Ketika Nabi Ibrahim ingin pergi meninggalkannya, Hajar mengikutinya dari belakang, lalu bertanya, “Ya Ibrahim, engkau tinggalkan kami kepada siapa di tempat ini?” Nabi Ibrahim tidak menoleh dan menjawab, terus berjalan dan Hajar terus bertanya dan bertanya. Dan akhirnya Hajar terfikir, “adakah soalan aku ini salah! Sehingga Ibrahim tidak menjawab pertanyaanku”. 
Diubah ayat pertanyaannya, “Ya Ibrahim, Apakah Allah yang menyuruh engkau melakukan ini?”. Lalu dengan pantas Ibrahim menjawab, “Na’am(ya)”. Apa balas Hajar, “Baliklah kamu, Allah tidak akan membiarkan kami.”
Lihatlah keyakinan mendalam Hajar kepada Allah S.W.T. Apakah kita boleh sampai ke tahap keyakinan yang dimiliki Hajar ini? Allah tidak akan membiarkan kita selagi ada nyawa, rezeki pasti akan ada. Yakinlah!
Sangat dahsyat dan beratnya ujian Allah kepada kekasih-Nya Nabi Ibrahim. Yang sebelumnya beliau diuji dengan dilemparkan ke dalam api oleh kaumnya. Nabi Ibrahim ditelanjangkan oleh kaumnya dan dilemparkan ke dalam api yang marak menyala. Beratnya ujian para Nabi. 
Jadi kalau ada orang merasai, betapa beratnya ujian yang di tanggungnya, lihatlah ujian-ujian yang Allah S.W.T telah berikan kepada para Nabi. Ingatlah, orang yang paling berat ujiannya adalah para Nabi bukan kita hamba biasa. Mereka tidak pernah mengeluh “Kenapa kami diuji sedangkan kami para Nabi.” 
Diriwayatkan, saat Nabi Ibrahim akan dilemparkan di atas unggun api, Baginda didatangi oleh malaikat Jibril dan berkata, “Ya Ibrahim, apakah engkau memerlukan apa-apa pertolongan dari aku?” Nabi Ibrahim lantas menjawab, “Aku tidak perlukan apa-apa pertolongan dari kamu. Aku hanya memerlukan pertolngan dari Allah di saat ini.” Lalu Nabi Ibrahim membaca doa, “Hasbunallah wa ni’mal wakil, cukuplah Allah bagi aku.” Allahuakbar! Hebatnya iman Nabi Ibrahim.
Saat itu, Nabi Ibrahim menyerahkan seluruh tawakalnya kepada Allah, sehingga Allah berfirman yang bermaksud:

“Kami berfirman: “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatan bagi Ibrahim”.”
(an-Anbiya’: 69)
Jadi jangan diremehkan keajaiban dan kekuasaan doa.

“Suatu hari seorang Sahabat bertanya kepada Rasulullah S.A.W, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cubaannya?” Beliau S.A.W menjawab, “Para Nabi, kemudian orang-orang soleh, kemudian yang sesudah mereka secara berurutan berdasarkan tingkat kesolehannya. Seseorang akan diberikan ujian sesuai dengan kadar agamanya. Bila ia kuat, ditambah cubaan baginya. Kalau ia lemah dalam agamanya, akan diringankan cubaan baginya. Seorang Mukmin akan tetap diberi cubaan, sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa dosa sedikit pun.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Setiap manusia ada impian dan kehendak yang ingin dicapainya. Begitu juga dengan doa. Ada orang berdoa untuk dapatkan kekayaan, jawatan, pulihkan ekonomi dan politik, keluarga bahagia, kebijaksanaan, terlindung dari penyakit dan jangkitan COVID-19 dan pelbagai lagi. 
Kebanyakan doanya hanya di sekitar dirinya, isteri atau suaminya, anak-anak dan keluarganya sedangkan jirannya, sahabat-sahabatnya, guru-gurunya, umat Islam dan manusia seluruhnya tidak pernah didoakan. 
Di mana doa kita agar jiran-jiran kita diberikan hidayah? Di mana doa kita untuk kawan-kawan kita yang buruk akhlaknya agar kembali kepada berakhlak mulia? Di mana doa kita untuk umat Islam yang masih tidak solat, masih minum arak, masih tidak menutup aurat, masih rasuah, masih jahil dari ilmu agama dan masih menolak keindahan syariat Islam? Siapa kita untuk tidak mendoakan mereka? Kitalah saudara-saudara mereka, doakan mereka agar Allah S.W.T berikan dan bukakan pintu hidayah dan kemaafan buat mereka. Masih belum terlambat selagi masih ada nyawa di badan.
Lihatlah bagaimana Rasulullah S.A.W, mendoakan kaumnya. Nabi S.A.W telah dilempar dengan batu oleh kaum Tsaqif sehingga terluka dan berdarah kakinya. Semasa dalam perjalanan pulang dari Thaif, Jibril dan malaikat penjaga gunung telah menawarkan pertolongan kepada Nabi S.A.W. “Wahai Muhammad, aku adalah malaikat penjaga gunung. Rabb mu telah mengutus aku kepada mu untuk engkau perintahkan sesuka hati mu. Jika engkau inginkan, aku akan terbalikkan Gunung Akhsyaabain ini ke atas mereka.” Jawab Nabi S.A.W, “Tidak, aku berharap Allah S.W.T akan mengeluarkan dari sulbi mereka orang-orang yang mentauhidkan-Nya.”
Hebatnya doa Nabi S.A.W dan Baginda berdoa dengan penuh harap dan yakin. Apakah kita merasa berat untuk berbuat seperti Rasulullah untuk keluarga kita, untuk manusia seluruhnya sama ada yang baik mahu pun yang jahat? Rasulullah telah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada kita. Mendoakan kebaikan untuk mereka yang telah berbuat khianat kepada Baginda. Terpulang kepada kita untuk berubah membiasakan apa yang tidak biasa kita lakukan. 
Bukakan seluasnya ruang doa kita, jangan berdoa sekadar memohon disihatkan badan sedangkan kita terlepas pandang keadaan kita di alam kubur nanti, keadaan kita semasa keluar dari kubur dan diarak ke Padang Mahsyar dengan matahari yang sangat hampir di atas kepala kita. Di sana nanti, tiada naungan kecuali hanya naungan Allah S.W.T sahaja, jadi berdoalah sungguh-sungguh dengan penuh harap dan yakin.
Kesimpulannya
Di saat doa kita tidak dikabulkan Allah S.W.T, jangan pernah berasa putua asa, kecewa, kecil hati dan berburuk sangka dengan Allah S.W.T. Jangan menuduh Allah S.W.T tidak mendengar doa kita tetapi mesti optimis bahawa doa kita pasti didengar dan dikabulkan oleh Allah S.W.T . Aamiin.
Wallahu‘alam.
FARIDAH KAMARUDDIN – HARAKAHDAILY | HARAKAHDAILY


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/pada-saat-doa-tidak-dikabulkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Macam Doa Keluar Nurul Syuhada Bahagia Tengok Anak Gembira Tunai Umrah

Macam Macam Doa Keluar Nurul Syuhada Bahagia Tengok Anak Gembira Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 28/9/2023 - jumlah : 236 hits
Ibu mana yang tidak gembira melihat anak anaknya ceria dan bahagia Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada bersyukur dapat melihat kegembiraan di wajah anak anaknya ketika mengerjakan umrah Menerusi perkongsiannya di I...
Lirik Kita Doa Andmesh

Lirik Kita Doa Andmesh

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 256 hits
waktu demi waktu terus melajuhidupku hidupmu juga begitukadang dalam kepala tak asik diajakbicaratak apa tak masalah asal kita masihsenangkau punya masalah akupun jugakau punya keluh kesah aku pun samakudoakan dirimu bisa lewati semuadan ka...
Andmesh Kita Dan Doa Chord

Andmesh Kita Dan Doa Chord

papar berkaitan - pada 1/10/2023 - jumlah : 332 hits
A B Waktu demi waktu A E terus melaju A B Hidupku hidupmu E juga begitu A B Kadang dalam kepala A tak asik diajak E bicara E A A F m Tak apa tak masalah asal kita masih F m A senang E F A E B A B E Kau punya masalah akupun juga A B Kau puny...
Sumur Maut Tetangga Ayam Burung Mati Kakak Beradik Tewas Saat Bersihkan Lumpurnya

Sumur Maut Tetangga Ayam Burung Mati Kakak Beradik Tewas Saat Bersihkan Lumpurnya

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 161 hits
Kekeringan air bersih akibat kemarau di Sumatera Selatan memakan korban jiwa Dua orang kakak beradik tewas saat membersihkan sumur
Doa Selepas Azan Dan Maksudnya

Doa Selepas Azan Dan Maksudnya

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 290 hits
Sekiranya kita biasa menonton dan mendengar laungan azan di kaca televisyen kita pastinya akan perasan bacaan doa selepas azan yang akan di bacakan Namun tahukah kita apa maksud bacaan doa selepas Azan ini Doa selepas Azan adalah suatu sunn...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment