Doa Selepas Azan Dan Maksudnya
Sekiranya kita biasa menonton dan mendengar laungan azan di kaca televisyen, kita pastinya akan perasan bacaan doa selepas azan yang akan di bacakan.
Namun tahukah kita apa maksud bacaan doa selepas Azan ini?
Doa selepas Azan adalah suatu sunnah dan apabila telah selesai Azan yang dikumandangkan oleh mu’azzin, setiap Muslim yang mendengar Azan tersebut hendaklah berdoa dengan penuh penghayatan.
Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa.
Azan dan Iqamat Dalam Islam
Secara bahasa, azan berarti pemberitahuan atau seruan.
Azan adalah seruan yang berisi perkataan-perkataan tertentu yang memberitahukan bahwa waktu solat fardhu telah masuk.
Seruan azan mengajak orang-orang mukmin untuk segera berkumpul dan menunaikan solat fardhu.
Sementara itu, iqamat bererti bangkit atau berdiri dengan lafaz tertentu yang memaklumkan bahawa jemaah telah siap untuk melaksanakan solat.
Azan yang baik adalah azan yang dilakukan oleh orang yang bersuara lantang, elok lafaz azannya dan merdu suaranya.
Tetapi tidak dialunkan dengan berlagu yang berlebihan sehingga mengubah makna kalimat-kalimat azan.
Perkara paling utama, kalimat-kalimat azan dan iqamah itu dilafazkan dengan hati yang ikhlas untuk mengajak manusia manusia menyembah Allah Yang Maha Besar.
Seruan yang dilakukan daripada hati dan suara yang merdu, InsyaAllah dapat melembutkan hati orang yang mendengarnya untuk melaksanakan perintah Allah SWT.
Artikel berkaitan: Surah Yasin Rumi dan Doa Selepas Baca Yasin (Terjemahan)
Bacaan doa selepas Azan
Selepas habis sahaja azan, kita disunatkan membaca doa sebagai mendoakan selamat sejahtera atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW:
Bacaan dalam Rumi (untuk pemahaman sahaja, sebutan bacaan dalam tulisan Jawi adalah lebih tepat):
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Promosi: Dapatkan Jam Digital Waktu Solat berserta Azan
Maksud bacaan doa
Berikut merupakan maksud bacaan doa selepas Azan seperti yang dipaparkan di atas:
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan,
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
Saranan bacaan doa
Sunnah untuk membaca doa selepas azan ini disebutkan dalam sebuah hadis Sahih Muslim:
Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”
(Riwayat Imam Muslim)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://ecentral.my/doa-selepas-azan-maksudnya/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-selepas-azan-maksudnya