Pad Bertimbun Hingga Tersumbat Pekerja Loji Minta Wanita Jangan Flush Kapas Tuala Wanita Di Tandas


Isu membuang kapas tuala wanita (pad) ke dalam tandas sering menjadi perdebatan apabila ada pihak yang mendakwa tindakan tersebut tidak menyebabkan tandas mereka tersumbat manakala sebahagian yang lain menyifatkan tindakan itu sebagai menyusahkan orang lain apabila muncul masalah di kemudian hari.
Biarpun ramai yang telah memberi peringatan agar tidak membuang kapas dan gel pad ke dalam lubang tandas, masih ada pihak yang mengganggap cara itu sebagai langkah yang betul.
Lantaran itu, beberapa individu dipercayai bekerja dalam bidang pengurusan sisa kumbahan tampil dengan bukti akibat perbuatan tersebut – saluran tersumbat. Hal ini dikongsikan oleh seorang social media influencer, Siti Hawa Mohd Nor di Twitter miliknya.
Surprisingly ramai rupanya yang basuh sanitary pad dengan buang kapas2 berdarah tu masuk dalam lubang jamban dan flush. Jangan buat mcm tu ye. Walaupun mungkin jamban tak tersumbat tapi di peringkat kumbahan nanti akan menyusahkan. #sexeducation #toileteducation #bleedresponsibly pic.twitter.com/mbDyDUevTK
— Siti Hawa Mohd Nor (@sitiawe_) November 1, 2019

“Memang la tandas rumah tak tersumbat. Saluran paip pembetung tu yang akan tersumbat.” Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dan luahan daripada netizen termasuk mereka yang bertanggungjawab menguruskan bahagian rawatan kumbahan.
Betul ! Last few weeks , i dngn kwn2 ada buat kajian sewerage dekat negeri kedah n dpt pegi ke tmpt rawatan kumbahan tu. mmg betul org dkt situ cakap paling bnyk tersumbat adalah pad wanita n disebabkan pad tu kos utk repair mmg tinggi almost 10k kalau x silap.
— Far Far away (@farishabdullah_) November 1, 2019
kadang diaorg pikir bila buang dkt tndas akan trhapus.tiap2 bulan buat report pasal loji mcm2 jmpa 😅 pic.twitter.com/dz17ZdNRmx
— puteriiii (@puteriiazilaa) November 1, 2019
Selain itu, seorang individu yang mendakwa pernah bekerja di bahagian penyelenggaraan loji di lebuhraya mengesahkan masalah berkenaan. Menurutnya, pam yang tidak mempunyai pisau akan tersumbat kerana tidak mampu memotong sampah yang tersumbat.
Sbg ex maintenance con utk loji PLUS highway jgn buang dkt rnr, layby, toll plaza. And yup nanti boleh block dkt pump (kalau yang tak ada blade). Biasanya sampah2 dibersihkan manually jenuh nak kaut. Lagi satu, kalau tercirit jangan buang underware nanti sumbat jugak. 😅
— خالد اسماعيل (@mrcarleid) November 1, 2019
Paling hawau bila orang2 yg agak pengotor atau mungkin panic (husnuzon) main buang underwear dalam toilet then flush. Hasilnya pump tersumbat sbb takde cutter utk potong sampah besar. Even if ada cutter tapi tak boleh ptong akan jadi overload then pump terbakar. pic.twitter.com/rtUXtmgJbG
— خالد اسماعيل (@mrcarleid) July 24, 2018
Gel pun tak larut air Apabila ditanya sama ada semua atau hanya bahan tertentu tidak larut air, Siti Awe menjawab kedua-dua bahan gel dan kapas tidak larut di dalam air walaupun telah dikeluarkan daripada plastik tuala wanita.
Bahkan, gel, seperti microbeads di dalam sesetengah skrub akan mencemarkan air dan alam sekitar.

Ekoran itu, orang ramai diingatkan agar memanfaatkan tong khusus tuala wanita yang telah disediakan di tempat-tempat awam.
Basuh, bungkus dan buang dalam tong sanitary just basuh and buang dlm sanitary pad bin yg ada dlm tandas tu. kalau kt rumah basuh, bungkus dlm plastik buang dlm tong sampah.
— suri (@suriain) November 1, 2019
Jangan buang benda-benda ni dalam tandas Dalam jamban buang tissue paper je. Facial tissue pun tak boleh. Wet tissue tak boleh. Sanitary pad lagila tak boleh. Yang lelaki jgn buang cigarette butts. I hope more influencers like you can educate our public on toilet ethics.
— sab yaya (@kopikosongkaw1) November 1, 2019
Kapas memang serap air, tapi tak larut air Kapas/cotton balls /pads/swabs tu boleh dissolve in water tak? No.
Is it absorbent? Yes, very absorbent.
BUT, it won’t dissolve in water. 😊
— Anis Najihah (@annrz__) November 1, 2019
Guna pad boleh cuci lebih baik dan jimat I cant be more proud of myself that now im no longer using disposable pads. In fact, have stopped using them for 2 years, maybe more. Reusable pads are alot more gentle to my skin and more importanrly to the environment. Please support reusable pads. We can help save our planet
— 😸Amyeow😸 (@AmyCatMeow) November 1, 2019
Saya pakai cloth pad je…mmg green environment. Dah 4 tahun pakai. Jimat duit 😉
— راضية (@RadyiahAziz) November 1, 2019
Ini pula merupakan penjelasan Mufti berkenaan isu ini Tiada sebarang athar atau hadis yang menunjukkan bahawa tuala wanita yang terkandung darah haid perlu dibasuh terlebih dahulu sebelum membuangnya. Bahkan tidak ada riwayat dari para Sahabat dari kalangan wanita menyatakan bahawa mereka membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya.
Juga tidak terdapat arahan dari Nabi agar membasuhnya. Yang Nabi arahkan adalah jika darah tersebut terkena pakaian sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar. Kata beliau :
سَأَلَتُ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ دَمِ الْحَيْضَةِ يُصِيبُ الثَّوْبَ فَقَالَ : حُتِّيهِ ثُمَّ اقْرُصِيهِ بِالْمَاءِ ثُمَّ رُشِّيهِ فَصَلِّى فِيه
Maksudnya : “Aku bertanya kepada Nabi saw tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi saw bersabda : basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”
Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)
Adapun membasuh tuala wanita sebelum membuangnya, tidak pernah diarahkan oleh Nabi saw. Ini dapat dilihat dari zahir hadis Nabi saw yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri. Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw :
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
Maksudnya : “Adakah boleh kami mengambil wuduk dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing. Sabda Nabi saw : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya
Zahir hadis menyatakan bahawa الحِيض iaitu kain tuala wanita dibuang tanpa dibasuh terlebih dahulu. Jika kain tersebut dibasuh, masakan ada yang bertanya tentang kesucian air perigi tersebut.
Kami menyatakan bahawa tiada sebarang hadis atau athar yang menyatakan perlu membasuh tuala tersebut sebelum membuangnya. Adalah tidak benar jika ada yang mengatakan bahawa ia perlu dibasuh terlebih dahulu kerana dibimbangi akan menjadi makanan jin.
Namun tidak dinafikan bahawa syaitan adalah antara kalangan yang memang menyukai perkara-perkara yg kotor & najis. Ini berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang menyebut doa Rasulullah saw ketika masuk ke dalam tandas. Rasulullah berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ
Maksudnya :” Ya Allah aku berlindung dengan Engkau dari al-Khubuth dan al-Khabaith.”
Riwayat al-Bukhari (6322)
Kata al-Khattabi :
“al-Khubuth adalah kata jamak bagi al-Khabith yang membawa makna syaitan jantan. Manakala al-Khabaith adalah kata jamak bagi al-Khabithah yang membawa makna syaitan betina.”
Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)
Cuma kami mengesyorkan beberapa perkara :
Tuala tersebut perlu dibuang di tempat yang khusus. Jika boleh asingkan dari tempat buangan yang biasa digunakan seperti mana yang dilakukan di hospital. Jangan dibuang merata-merata seperti di mangkuk tandas dan lain lain tempat yang tidak sesuai. Ini kerana, ia boleh menimbulkan suasana tidak selesa. Sumber: Siti Hawa Mohd Nor (Siti Awe)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2019/11/03/gambar-pad-bertimbun-hingga-tersumbat-pekerja-loji-minta-wanita-jangan-flush-tuala-wanita-di-tandas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mayat Bayi Dalam Loji Kumbahan Ditemukan Pekerja Iwk Sewaktu Rutin Pembersihan

Mayat Bayi Dalam Loji Kumbahan Ditemukan Pekerja Iwk Sewaktu Rutin Pembersihan

papar berkaitan - pada 5/11/2019 - jumlah : 252 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Sinki Tu Bukan Untuk Cuci Taik Tandas Sinki Pesawat Tersumbat Dek Najis Penumpang

Sinki Tu Bukan Untuk Cuci Taik Tandas Sinki Pesawat Tersumbat Dek Najis Penumpang

papar berkaitan - pada 24/10/2019 - jumlah : 477 hits
The Reporter Pendeknya akal sungguh menjijikkan demikian reaksi netizen menonton video perkongsian pramugari mengenai tindakan biadab penumpang penerbangan yang melakukan onar di dalam tandas pesawat Tidak dinyatakan bila kejadian itu berla...
Wanita China Langgar Penunggang Motosikal Hingga Mati Direman

Wanita China Langgar Penunggang Motosikal Hingga Mati Direman

papar berkaitan - pada 26/10/2019 - jumlah : 727 hits
WANITA warga China yang dipercayai mabuk dan merempuh penunggang motosikal hingga menyebabkan mangsa maut semalam direman selama empat hari bermula hari ini Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Pulau Pinang Nur ...
Jangan Buat Buat Tutup Hidung Lelaki Tegur Sikap Orang Yang Suka Hina Pekerja Angkat Sampah

Jangan Buat Buat Tutup Hidung Lelaki Tegur Sikap Orang Yang Suka Hina Pekerja Angkat Sampah

papar berkaitan - pada 1/11/2019 - jumlah : 634 hits
Hanya dalam tempoh 24 jam ciapan yang dimuatnaik oleh pengguna twitter yang menggunakan nama Cheq Im tular di media sosial Mendapat lebih dari 24 000 ulang kicau dan 18 000 tanda suka Im berkongsikan realiti semasa yang mungkin pernah dilal...
Nasihat Wanita Tertua Di Dunia Jangan Nikah Dan Banyak Makan Telur

Nasihat Wanita Tertua Di Dunia Jangan Nikah Dan Banyak Makan Telur

papar berkaitan - pada 10/11/2019 - jumlah : 367 hits
Emma Morano dari Verbania Italia merupakan wanita terakhir di dunia yang lahir di tahun 1800 an Morano menyatakan bahwa rahasia umur panjangnya adalah pola makan yang benar dan tidak menikah Saya hanya makan telur dan sesekali makan kue ker...
Jangan Lepaskan Teman Wanita Anda Jika Dia Jenis Keras Kepala Dia Merupakan Calon Isteri Terbaik

Jangan Lepaskan Teman Wanita Anda Jika Dia Jenis Keras Kepala Dia Merupakan Calon Isteri Terbaik

papar berkaitan - pada 27/10/2019 - jumlah : 427 hits
Menghadapi seseorang yang keras kepala bukanlah suatu perkara yang mudah kerana ia tidak akan dengan mudah menyerah pada apa yang ia percayai dan inginkan Ternyata seorang wanita yang keras kepala adalah calon isteri terbaik Semak alasannya...
Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

Kalau Tunggu Dalam Kereta Jangan Lupa Lock Wanita Ni Kongsi Pengalaman Ngeri Dengan Anak

papar berkaitan - pada 30/10/2019 - jumlah : 698 hits
Malang memang tak berbau tapi selagi boleh elak kita elakkan perkara buruk yang boleh berlaku Kadang memang dah beringat nak kunci pintu tiap kali menunggu seseorang dari dalam kereta tapi tu lah dah beringat pun ada ketikanya lupa juga Dal...
Padah Bujang Lama Sangat Wanita Dipukul Hingga Lebam Teruk Oleh Ibu Yang Teringin Nak Menantu

Padah Bujang Lama Sangat Wanita Dipukul Hingga Lebam Teruk Oleh Ibu Yang Teringin Nak Menantu

papar berkaitan - pada 3/11/2019 - jumlah : 571 hits
Seorang wanita telah ditahan oleh pihak polis kerana memukul anak perempuannya berusia 30 tahun sehingga berdarah dan meninggalkan kesan lebam dengan menggunakan besi hanya kerana dia belum berkahwin sahaja Menurut Yangtse Evening News Lin ...
Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang Kaum Wanita Mesti Baca Ni

Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang Kaum Wanita Mesti Baca Ni

papar berkaitan - pada 2/11/2019 - jumlah : 541 hits
Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang Kaum WANITA Mesti Baca Ni Perlu Ke Basuh Tuala Wanita Sebelum Dibuang Kaum WANITA Mesti Baca Ni
Jam Galaksi Buruj X Didi Friends Jam Tangan Digital Menarik Untuk Kanak Kanak

Khasiat Air Kelapa Untuk Puasa Yang Bertenaga

Waktu Operasi Utc Pasir Gudang

Which Nano Reef Tank Is Best For A Bedroom Practical Fishkeeping

Teknik Simple Tulis Iklan Tingkatkan Jualan Di Facebook

Telemovie Saat Hilang Tong Gas Mu Lakonan Janna Nick Izzue Islam

Nasi Ulam Utara Menu Tradisi Mesti Buat Setiap Bulan Ramadan

Aeon Mall Seloka Raya Bersama Tom And Jerry 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Small Space Decor Ideas How To Make A Tiny Home Look Bigger With Simple Tricks

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music

Legal Practitioner Took Bribes To Register Births Says Macc Source

Student Collapses And Dies During Recess

Lirik Lagu Raya Hael Husaini And Nadeera Meriah Lain Macam

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan