Pacific International Lighting Festival Di Klang
Rancang cuti-cuti bersama keluarga ketika hujung minggu
Bagi kami yang berada di Klang, sudah semestinya lokasi menarik untuk dikunjungi adalah sekitar Shah Alam dan Klang sendiri
Di Shah Alam, sudah pasti I City menjadi pilihan utama untuk membawa anak-anak dan kelurga melihat kerlipan lampu yang cantik dan warna warni.
Tetapi pada hari ini kami memilih untuk ke tempat yang sama, namun bukan I City. Kali ini kami ke Pasific International Lighting Festival di Batu 5, Klang
Sungguh cantik tau lampu-lampu yang pihak penganjur sediakan
Lampu-lampu di reka menjadi mercu kebanggaan Malaysia seperti KLCC, KL Tower, Harimau Malaya dan banyak lagi
Kapal dan naga di lopak air
KL Tower
KLCC dan bunga tulip
Mama dan gigirl di lampu bunga tulip
Anak-anak seronok melukis di tanah
Kawasan yang terlibat tidak la luas sangat tapi penuh la dengan replika berlampu tu. Jika bawa anak-anak, memang mereka boleh bebas berlari. Tak penat pun nak kejar sebab kawasan yang tak berapa luas.
Berapa tiket yang dikenakan?
Bagi kami, tiket adalah harga mampu milik bagi semua orang
Dewasa: RM8Kanak-Kanak: RM3
Harga tiket masuk ke Pacific International Lighting Festival Di KlangTapi disebabkan anak bujang telah dapat tiket percuma daripada sekolah, kami cuma spent belanja untuk yang lain-lain sahaja
Sebenarnya, pihak pengajur telah melakukan roadshow di setiap sekolah di Klang untuk mewar-warkan festival ini. Sempena roadshow berkenaan, semua murid layak mendapat 1 tiket percuma
Jadi, sekiranya anda adalah ibu-bapa yang berada di area Klang lebih baik semak dengan anak-anak yang bersekolah untuk tiket percuma ini
Bila tarikh akhir festival ini?
Semasa di kaunter tiket, kami ada bertanyakan pihak penganjur. Festival akan berlangsung sehingga 31 Julai 2019. Namun sekiranya pihak penganjur mendapat kelulusan untuk tambahan masa beroperasi, festival lampu ini akan di panjangkan sehingga 31 Ogos 2019
Bagi anda yang mencari lokasi sesuai untuk jalan-jalan di hujung minggu, boleh la bawa keluarga datang ke sini, Pacific International Lighting Festival
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://hayatisuki.blogspot.com/2019/07/pacific-international-lighting-festival.html