Pac Baharu Perlu Terus Siasat Isu Tanah Kementah


 
Jika tidak disiasat, ia akan menimbulkan tanda tanda dalam kalangan rakyat apabila ia tidak diteruskan, kata penganalisis Awang Azman Awang Pawi. (Gambar fail)KUALA LUMPUR: Siasatan berhubung isu pertukaran tanah Kementerian Pertahanan (Kementah) perlu diteruskan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu bagi memberi gambaran menyeluruh mengenai perkara itu.
Penganalisis Sosiopolitik, Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) Awang Azman Awang Pawi berkata ia perlu diteruskan supaya siasatan secara adil dapat dilaksana berdasarkan dapatan siasatan oleh PAC sebelum ini yang diketuai Pengerusinya, Wong Kah Woh.
Mengikut laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, Wong berkata jawatankuasa itu di bawah pengawasannya telah menyelesaikan 50% draf siasatan namun tidak dapat dimuktamad berikutan pembubaran Parlimen pada 10 Okt tahun lepas.
Justeru, Awang Azman berkata sambungan siasatan kes itu wajar dilakukan seiring dengan dasar kerajaan perpaduan yang ingin melihat pentadbiran lebih bersih, baik dan telus.
“Kalau tidak disiasat, ia akan menimbulkan tanda tanya dalam kalangan rakyat, selama ini didedahkan tapi tiba-tiba siasatan tidak diteruskan… siasatan harus diteruskan untuk memberi gambaran menyeluruh berdasarkan penemuan siasatan terdahulu,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata sambungan siasatan itu akan memastikan semua tadbir urus dalam Kementah dijalankan dengan lebih terperinci dan telus sekali gus membina keyakinan rakyat terhadap pengurusan kementerian berkenaan.
Awang Azman berkata ia juga bagi mengelakkan budaya rasuah dalam pengurusan kerajaan yang boleh menjejaskan nama negara.
“Kita mahu perkara tersebut dapat dijelaskan, betulkah seperti dakwaan awal ataupun sebaliknya, maknanya ia mampu membersihkan nama institusi pemimpin tertentu supaya kes itu lebih jelas… untuk menunjukkan bahawa negara kita bertindak menyiasat sesiapa sahaja tanpa mengira kedudukan dan pangkat,” katanya.
Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR) Azmi Hassan, yang juga penganalisis pertahanan, turut berpendapat siasatan wajar diteruskan bagi menghentikan khabar angin tentang salah laku dalam kes itu.
“Ramai yang terlibat dalam kes ini mungkin telahpun bersara dan berpindah ke jawatan lain tetapi bagi saya, kalau tidak diteruskan akan ada tuduhan bahawa kerajaan sekarang ingin menutup sesuatu.
“Jadi (siasatan) sepatutnya diteruskan tetapi janganlah mengambil masa yang terlalu lama… walaupun isu ini rumit dan sulit serta sensitif tetapi harus boleh dilakukan dengan cepat,” katanya sambil menambah PAC sebelum ini pernah mengambil masa hampir dua tahun untuk melakukan siasatan.
Beliau berkata bagaimanapun, keputusan untuk meneruskan siasatan bergantung kepada PAC yang bakal dilantik sama ada akan menggunakan hasil siasatan sebelum ini yang terhenti di peringkat 50% atau memulakan siasatan baharu.
Projek pertukaran tanah dan pembinaan itu bermula pada 2012 membabitkan lokasi asal di Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan serta pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson telah ditukar kepada pembinaan Kem Paloh di Kluang, Johor.
Menurut Wong, pada 2020, isu itu dikemukakan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC.
JKSTUPKK telah menjalankan siasatan terhadap 16 kes pertukaran tanah dan kaedah yang digunakan bagi membangunkan fasiliti Kementah dibiayai tukar ganti tanah Persekutuan dengan pihak swasta melibatkan tanah kerajaan seluas 2,923 ekar bernilai kira-kira RM4.8 bilion.
Wong berkata PAC ketika itu dimaklumkan antara isu dalam pelaksanaan kaedah ini ialah berkaitan kerugian kerajaan akibat kaedah penetapan nilai tanah balasan yang tidak konsisten dan pertimbangan politik melebihi kepentingan pertahanan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/01/pac-baharu-perlu-terus-siasat-isu-tanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Opr Bukan Isu Baru Rakyat Boleh Google Jer

Opr Bukan Isu Baru Rakyat Boleh Google Jer

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 210 hits
Kerajaan dilihat tidak berhasrat untuk menghalang kenaikan Kadar Dasar Semalaman yang dijangka dinaikkan sehingga 3 25 peratus oleh Bank Negara Malaysia pada bulan ini Sebaliknya BNM diseru memberi pemahaman kepada rakyat tentang kepentinga...
Hiburan Kecoh Isu Kahwin Kali Kedua Ini Antara Artis Lelaki Beri Sokongan Buat Syamsul Yusof

Hiburan Kecoh Isu Kahwin Kali Kedua Ini Antara Artis Lelaki Beri Sokongan Buat Syamsul Yusof

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 160 hits
Rasa sudah beberapa hari kisah mengenai pengarah serta pelakon kahwini anak perempuan pelakon veteran Kazar iaitu Ira Kazar menjadi topik utama di media sosial serta portal portal berita hiburan Biarpun netizen mengutuk Syamsul selepas memb...
Hiburan Mangsa Tolong Saman Polis Buka Kertas Siasatan Isu Cctv Dalam Fitting Room Netizen Gesa Boikot

Hiburan Mangsa Tolong Saman Polis Buka Kertas Siasatan Isu Cctv Dalam Fitting Room Netizen Gesa Boikot

papar berkaitan - pada 12/1/2023 - jumlah : 370 hits
Hangat diperkatakan sejak semalam apabila seorang individu telah membongkar aktiviti mengendap oleh individu tidak bertanggungjawab yang bertindak memasang kamera litar tertutup dalam bilik persalinan sebuah butik terkenal di Ibu Kota serta...
Isu Harga Makanan Naik Pengusaha Kantin Harap Ada Perbincangan Dengan Kpm

Isu Harga Makanan Naik Pengusaha Kantin Harap Ada Perbincangan Dengan Kpm

papar berkaitan - pada 10/1/2023 - jumlah : 159 hits
Kenaikan harga makanan di kantin sekolah melibatkan sekolah yang membuka sebut harga kontrak baharu kepada pengusaha kata Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah PETALING JAYA Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah memaklumkan masih tidak ada sebara...
Khutbah Dikuasai Dap Laporan Polis Dibuat Pada Pemimpin Pas

Urban Renewal Act The Good And The Not So Good

Arakurayama Sengen Park Fujiyoshida

Lirik Lagu Sesalku Edysport

Lelaki Oku Tetak Bapa Akhirnya Ditahan Setelah Dua Hari Menghilangkan Diri

The Latest Recall Alert For Kia Soul And Seltos Owners Engine Concerns

Zarina Anjoulie Dakwa Bekas Suami Culas Bayar Nafkah Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna Tengok Anak Pun Taknak

Lima Individu Pukul Lelaki Oku Di Kemaman Didenda


echo '';
Biodata Miki Ghazali Mikail Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Mia Elias

Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3


Malaysia Iran Agree To Strengthen Bilateral Ties

Vips Dnaa Not About Issue Of Numbers

Siti Kasim Snubs Teo Kok Seong For His Slave Mentality By Wanting To Uphold Ketuanan Melayu

Makan Masakan Thai Di Arked Niaga Padang Besar Perlis

Drama Deejay Kampung

Anggrek Cinto Putiah Babungo Ungu Chord